Gunung Murud

Ruangan data dan info gunung terkini berhubung denai dan rintis sebagai rujukan Pendaki

Moderator: bEkamBinG

Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Gunung Murud

Post by JeNaL » 25 Sep 2007, 17:12

Nama Gunung: Gunung Murud (Banjaran Tama Abu)

No ketinggian pada senarai ketinggian gunung Malaysia: 4

Lokasi: Pulong Tau National Park, Limbang, Sarawak

Ketinggian: 2424 meter (2435m aku punya GPS)

Tempoh Pendakian: 3 Hari 2 Malam

Bantuan Terdekat: Ba Kelalan

Pengangkutan Ke Pintu Masuk: 4wd dari Ba Kelalan

Alamat Balai Polis: Balai Polis Ba Kelalan

Alamat Pihak Berkuasa: Sarawak Forestry Coorporation

Jenis Hutan: Hutan Bukit Dipterokap, Hutan Kerangas, Hutan Lumut
Jenis laluan: Jalan Balak/ Denai Hutan/ Permatang
Sumber Air: Ada
Bantuan Talian Kecemasan: Satelite phone
Info : http://www.borneojunglesafari.com

ad
Pendaki Gunung
Posts: 101
Joined: 04 Oct 2006, 17:49
Location: Gombak
Contact:

Post by ad » 29 Sep 2007, 12:59

Nampaknya borneojunglesafari ni dah mepolopori trip gunung murud.. semuanya kener melalui agent ni jer..

User avatar
pentadbir
Pentadbiran
Posts: 97
Joined: 05 Dec 2005, 10:49
Location: Tingkat 4, JPM
Contact:

Post by pentadbir » 20 Sep 2008, 11:50

Hi,

Hubungi Borneo Jungle Safari - Sandra Tagal 012-3991750 . Tiga kali saya ke puncak gunung Murud, semuanya diuruskan oleh Sandra.

Ada beberapa cara dan laluan ke puncak:

1. Dari Ba Kelalan (menaiki 4WD) ke Lepo Bunga - Church Camp - Murud (return)
2. Dari Ba Kelalan -merentas bukit & hutan-Pa Rabata - Lepo Bunga - Church Camp - Murud (return)
3. Ba Kelalan - Church Camp - Murud - Pa Remusu - Long Repong - Pa Lungan - Pa Ukat Bario
4. Bario - Pa - Lungan - Long Midang (Kalimantan Timur, Indonesia) - Ba Kelalan - Church Camp - Murud.

Saya sudah mencuba semua laluan di atas.

Yang penting, mesti sampai ke Ba Kelalan. Dari Miri naik pesawat twin otter ke Lawas. Dari Lawas pesawat twin otter ke Ba Kelalan. Dengarnya, ada cadangan untuk penerbangan terus Miri ke Ba Kelalan.

Dari Miri, juga ada pesawat ke Bario. Dulu, ada pesawat dari Bario ke Ba Kelalan tapi kalau cuaca buruk selalu cancell.

Keterangan lebih lanjut hubungi saya di zaidi_bidin@yahoo.co.uk

Zaidi
Warisan Khazanah Pergunungan

User avatar
pentadbir
Pentadbiran
Posts: 97
Joined: 05 Dec 2005, 10:49
Location: Tingkat 4, JPM
Contact:

Post by pentadbir » 20 Sep 2008, 11:51

Memang ada laluan darat Bario Murud.

Miri - Bario (fly)
Bario - Pa Ukat
Pa Ukat - Pa Lungan
Pa Lungan - Long Repong
Long Repong - Pa Remusu
Pa Remusu - Murud
Murud - Kem Gereja
Kem Gereja - Lepo Bunga
Lepo Bunga - Pa Rabata
Pa Rabata - Ba Kelalan

Tapi, jalan darat dari Pa Remusu ke puncak Murud susah dan tak berapa jelas. Denai pemburu. Pastikan dapat guide yang memang boleh dipercayai untuk bawa ikut jalan tu. Yg bestnya laluan tu ialah hutan lumutnya yang memang sangat cantik. Yang tak best, pacat bermaharajalela banyaknya.

Kali terakhir saya pergi, Januari 2007, saya dimaklumkan ada jalan lain dari Pa Remusu menuju jambatan ke Kem Gereja.

Zaidi
Warisan Khazanah Pergunungan

User avatar
pentadbir
Pentadbiran
Posts: 97
Joined: 05 Dec 2005, 10:49
Location: Tingkat 4, JPM
Contact:

Post by pentadbir » 20 Sep 2008, 11:52

1. Memang boleh buat cara koboi - pergi terus Ba Kelalan dan baru cari guide. Sampai Ba Kelalan boleh terus ke Apple Lodge dan tanyakan pasal guide di situ tapi jumpa dulu dengan Pa Tagal sebagai menghormati tuan rumah. Orang di Apple Lodge boleh bantu rekomen guide.

2. Secara teori memang boleh kalau tak pakai guide tetapi:

a) Kalau ada masalah, guide tentu lebih arif mendapatkan bantuan. Kalau bantuan penduduk kampung atau tentera diperlukan, tentu mereka tak gembira mengetahui pendaki pergi sendiri tanpa orang tempatan sebagai guide

b) Kem gereja terdiri dari sebuah gereja besar dan beratus rumah-rumah kecil yang berkunci kepunyaan penduduk kampung Ba Kelalan. Jika ada guide, guide tersebut tentu ada rumah sendiri di situ yang siap dengan dapur untuk memasak dan selesa pula untuk didiami. Jika pergi tanpa guide, seolah-olah menceroboh kawasan orang lain.

c) Perempuan Hong Kong yang hilang di denai antara kem gereja ke puncak Gunung Murud beberapa tahun lalu, sampai sekarang masih belum ditemui. Saya tidak fikir pihak berkuasa akan membenarkan pendaki luar mendaki gunung tersebut tanpa jurupandu penduduk
tempatan.

d) Walaupun boleh menaiki 4WD dari Ba Kelalan ke Lepo Bunga, tidak semestinya laluan tersebut boleh diredah kenderaan terutama jika hujan lebat dan ada jambatan yang runtuh. Semasa perjalanan saya dari Bario - Kalimantan - Ba Kelalan, kami tidak ke mendaki gunung kerana cuaca yang buruk dan jambatan runtuh tidak membolehkan kenderaan melalui jalan balak. Alternatifnya ialah mendaki bukit di Ba Kelalan untuk sampai ke Pa Rabata dan meneruskan perjalanan ke Lepo Bunga. Inilah laluan penduduk kampung apabila mereka ke Kem Gereha saban tahun.

e) Laluan mendaki bukit ke Pa Rabata ini memerlukan guide. Di sini sudah hampir dengan sempadan Kalimantan dan ramai orang keluar masuk sempadan melalui jalan hutan untuk menyeludup barang. Pernah pendaki yang tersesat di kawasan ini.

f) Sekurang-kurangnya dua guide diperlukan untuk mendaki Murud.

3. Gunung Murud terletak dalam Taman Negara Pulong Tuo (kalau tak salah tapi penguatkuasaan tidaklah terlalu ketat. Namun, disebabkan ia terletak di kawasan Taman Negara, penduduk kampung tidak lagi dibenar menebang pokok akibatnya jambatan ke Kem Gereja yang rosak tidak dapat dibaiki. Sekiranya sampai ke jambatan kayu ini dalam keadaan lembab, saya cdangkan berjalanlah dengan stokin sahaja. Memakai apa jua kasut sangat-sangat tidak digalakkan kerana teramat licin.

4. Kalau menaiki 4WD ke Lepo Bunga - tiada pacat sampai ke puncak. Pacat banyak jika ikut jalan hutan ke Lepo Bunga atau dari Pa Lungan menuju Puncak Murud - di situ pacatnya terlalu banyak sampai hitam kaki dihurungi pacat. Kalau hujan lebat, sungai di Long Repong naik tinggi dan tidak boleh menyebrang. Kena tunggu paras sungai surut dulu.

Zaidi
Warisan Khazanah Pergunungan

BeJimmieMycle
Pendaki Gunung
Posts: 3
Joined: 21 Aug 2019, 18:36
Location: Syria
Contact:

Gunung Murud

Post by BeJimmieMycle » 03 Sep 2019, 09:33

salam semua...saya org baru dlm mbf ni..dah lama jgk beli burung..tp murai kg la..ni cume nak tanya otia2 kat sini..ada tak sape2 bela murai gila atau merbah gila gunung..klau ada..camne cara terbaik nak bela..sbb kat area umah mak mentua aku ada perasan burung ni..

Post Reply