sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Klinik Gunung • Khas untuk ruangan diskusi ilmu pergunungan sahaja.

Moderator: orga

Post Reply
User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

Salam kengkawan,
saya slalu mendengar istilah sondol, rintis trek tp saya masih keliru aper yang dimaksudkan sondol @ rintis, cam ne cara tuk menyondol @ rintis, mcm mana keteria yang boleh dipanggil sondol @ rintis. Aper persiapan yang perlu di buat sebelum menyondol @ merintis dan aper pralatan yang biasa digunakan @ di bawak semasa menyondol @ merintis . Bagi pendaki mcm saya istilah e2 adalah amat baru n tidak banyak pendedahan yang boleh di dapat, dihapat kan kepada bro2 yang agak berpengalaman @ yang kurang berpengalaman boleh mengupas serba sedikit isu ini bagi merungkaikan tanda tanya yeng bermain di pikiran saya.

Di dahulukan ngan ribuan terima kasih kepada bro2 yang sudi berkongsi info :minum: :minum: :minum: :mrgreen:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by orga »

rintis tu bahasa sedapnya nye la..sondol tu bahasa pasar nya..sama je kot meaning nya kt dak gng..
yg dikatakan sondol gunung tu bila kita pegi kt satu gunung yg tader lg trek..so menebas la carik trek ke puncak..
kalo wat laluan baru pon bole la dikatakan menyondol..ni istilah dikalangan dak2 gng je..
tp kalo naik gng niat nk deting, tu menyundal namenya,hehe
apa bestnye menyondol?..ni kalo taip sampai sok pon tak abis..

nnt ada la yg tolong sambung2 topik nih..
ImageImageImage

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

mekashih bro orga
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by orga »

span wrote:Salam kengkawan,
saya slalu mendengar istilah sondol, rintis trek tp saya masih keliru aper yang dimaksudkan sondol @ rintis, cam ne cara tuk menyondol @ rintis, mcm mana keteria yang boleh dipanggil sondol @ rintis. Aper persiapan yang perlu di buat sebelum menyondol @ merintis dan aper pralatan yang biasa digunakan @ di bawak semasa menyondol @ merintis . Bagi pendaki mcm saya istilah e2 adalah amat baru n tidak banyak pendedahan yang boleh di dapat, dihapat kan kepada bro2 yang agak berpengalaman @ yang kurang berpengalaman boleh mengupas serba sedikit isu ini bagi merungkaikan tanda tanya yeng bermain di pikiran saya.

Di dahulukan ngan ribuan terima kasih kepada bro2 yang sudi berkongsi info :minum: :minum: :minum: :mrgreen:
sebut pasal persiapan nk menyondol ni sebenarnya ia perlu lebe rapi dan tersusun berbanding xpdc biasa..kadang2 sampai bebulan2 sblm xpdc da ada perancangan..sbb info ttg tempat yg nk pegi tu sgt terhad..persiapan diri mental n fizikal mmg penting..peralatan plak kena tip top,tamau bawak berat2 tp lengkap..ni setting pon agak beza skek dr biasa..masalah utama biasanya nk carik punca air dlm pejalanan sambil tu perlu cari trek..peralatan navigasi perlu secukupnya..topo,kompas,gps perlu jadi mainan biasa bg navigator..parang kena bawak,kalo tak lg baek balik je la..dr segi ancaman pon perlu amik kira..dr segi line up pon penting..tu sbb yg biasa gi sondol ni dikalangan jiwa2 leader je..dan kebelakangan ni aqu nampak dah ramai para pelapis yg suka nyondol..itu pekembangan menarik yg aqu pon suka..

rasa kt dlm GO ni pon ramai pakar2 sondol..aqu pon tungu suara2 dorang bg pendapat memasing..
ImageImageImage

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

orga wrote:

mm info yang berguna.... mmm bagi kengkawan yang ader pengalaman @ yang baru nak mencedok pengalaman boleh la berkongsi-kongsi pengalaman kat cni :minum: :minum:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by rembau »

rintis adlah jalan yang diteroka menjadi denai tetap setelah digabungkan beberapa rintis sebagai laluan hutan.

Cuma bagaimana latihan boleh dibuat dari tahap baerjinak hingga bhingga boleh menjadi trekker @ jadi iban trekker

ilmu trekker ini penting sebab kita ini pengamal bidang treking@hiking@hash tapi tak pernah terdedah ngan kemahiran treking @ navigat@ peta kompas @ etc
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Sondol, menyondol dan rintis merintis dekat dekat sama cuma pengertian agak berbeza.
Disondol je yang berbeza. Tu yang kena cam di sondol ngan *ditapis* ke.

Sondol ni bahasa kasar dan perbuatannya juga kasar cam orang nak mengamuk main sondol je. Sondol je asal sampai ke puncak gunung. Cara sampai macam mana asal sampai ke puncak walaupun terpaksa memanjat tebing tegak.

Menyondol tu orang yang mengikut di belakang tukang sondol. Ikut je lorong tu walaupun lorong tikus. Biasanya tukang bawak barang untuk tukang sondol.

Rintis ni kerjanya detail sikit. Buat laluan untuk memudahkan orang belakang nak lalu. Contohnya tukang rintis kerja ukur. Kerja rintis ni agak cermat sikit sebab kekadang buat rintisan sebab ada Jeneral nak lalu rintisan tu atau buat kerja ukur. Ianya mesti mudah, lurus dan agak cantik (Cantik jalan dalam utan la).

Menyundal tu aku tokleh jawab. Tu tanya Sifu Orga. ha ha ha la lalala

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by betterman »

tapi kadang-kadang istilah sondol jugak digunakan utk gunung yang dah ada trek, tapi dlm team tu sorang pon ahli xpdc tak pernah sampai gunung tersebut.
so diorang naik gunung tu ikut trek yang dah sedia ada ataupun hanya berpandukan nota2 org yang pernah pergi dan peta hasil lukisan kawan2
ini buleh dikategorikan sbg sondol jugak cuma bukan sondol yang sebenar...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Bett.
Jom kita menyondol..... gunung mana ehhh. Yang orang tak pegi lagi.
Gunung Besar hantu ke....

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by betterman »

saya bukan kaki sondol abg kamal hehehe...
besar hantu tu org dah selalu pegi
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

mekasih kat en Lt.Cmdr. Kamal Ariffin ngan en betterman di atas pengertian yang sedikit sebanyak menbantu dalam mencari maksud "sondol"

mmm ngan saper la yang boleh ajar saya baca pete ngan topo ni, kepada kengkawan yang mahir dalam membaca peta n topo sila beri tunjuk ajar :minum:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by soulfly »

kat sini ramai wooo,boleh ajar ko..tapi nk kena ngan caranya..
mungkin ko kena belanja depa minum ke? call depa terus tanya ke?atau buat temu janji kata ko nk belaja,
ataupun satu cara ko kena buat..
ko kena jadi gogo,maksud aku ko anjurkan satu class baca topo map,kompas dan GPS,dengan cara macm nih ko boleh jemput mereka2 untuk jadi tenaga pengajar,dan di sinilah ko boleh belajar secara langsung..apa itu sondol dan sewaktu denganya..
amin... :lol:
lama sangat...

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Boleh la kalau nak belanja
Todi Peng Kurang Manis
ha ha ha lala la la l lla

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

Alamak abg kamal todi peng x der tp kalo mau suam nye ader la hehehe
soulfly wrote:kat sini ramai wooo,boleh ajar ko..tapi nk kena ngan caranya..
mungkin ko kena belanja depa minum ke? call depa terus tanya ke?atau buat temu janji kata ko nk belaja,
ataupun satu cara ko kena buat..
ko kena jadi gogo,maksud aku ko anjurkan satu class baca topo map,kompas dan GPS,dengan cara macm nih ko boleh jemput mereka2 untuk jadi tenaga pengajar,dan di sinilah ko boleh belajar secara langsung..apa itu sondol dan sewaktu denganya..
amin... :lol:
alamak ni yang susah ni, x pown sesapa yang banyak ilmu didada leh anjurkan kelas " mari belaja Topo " tuk kanak2 baru nak belaja cam saya :D
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Tunggu la nanti Abang Pendi dengan Abang Rembau anjurkan. Katanya cadang nak buat 4 sessi setahun. Dah buat sekali..... tersangat memuaskan. Kalau tak ada aral saya juga akan hadir dan menyelit nyelit Teori Geologi dan survaival nanti.

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Tunggu la nanti Abang Pendi dengan Abang Rembau anjurkan. Katanya cadang nak buat 4 sessi setahun. Dah buat sekali..... tersangat memuaskan. Kalau tak ada aral saya juga akan hadir dan menyelit nyelit Teori Geologi dan survaival nanti.

waaa ni yang di tunggu2 ni, pas ni banyak la dapat kaut ilmu daripada orang2 yang berpengalaman hehehe :minum: :minum:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
lats840
Pendaki Gunung
Posts: 66
Joined: 07 Dec 2008, 09:07
Location: PD
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by lats840 »

span wrote:
Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Tunggu la nanti Abang Pendi dengan Abang Rembau anjurkan. Katanya cadang nak buat 4 sessi setahun. Dah buat sekali..... tersangat memuaskan. Kalau tak ada aral saya juga akan hadir dan menyelit nyelit Teori Geologi dan survaival nanti.

waaa ni yang di tunggu2 ni, pas ni banyak la dapat kaut ilmu daripada orang2 yang berpengalaman hehehe :minum: :minum:

ko jgn lupe ajak aku lak...
hehhehe....

peace
lats840

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

lats840 wrote:

jgn takut aku x kan lupakan ko hehehhe
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

UnderAge
Pendaki Gunung
Posts: 146
Joined: 16 Jan 2006, 11:45

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by UnderAge »

kalau nak tanya bab sondol ni ..tanya ngai...dia suka bab sondol menyondol nie...
::: SuCCESS :::

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by biNGai »

aaaa?
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

ajon
Pendaki Tegar
Posts: 267
Joined: 19 Dec 2005, 12:08
Location: kl
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by ajon »

Jgn lupa Ngai..aku nk mntak tolong Sondol trek baru kat Saujana :lol:

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

abam ngai mmg legen hehehehehe.....
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by kenshina »

Kalu kitorg...

sondol kitorg pakai mcm yg Bett jelaskan tu

Rintis/rentis kitorg pakai mcm yg abg Kamal jelaskan tu.. digunakan bila p menebas & open trek.. kalu dh ada trek tp... tu kira sondol jela..
challenge your limit

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by kenshina »

Salaam,

Utk merintis/bukak trek.. alatan basicnya macam yg Orga listkan tula.. Map Topo, GPS, Compas, Parang & Skuad Menebas…

Utk work hard.. amik je koordinat puncak.. tembak terus & ikut je garis lurus yg diberi dalam GPS tu.. pastu curahkanlah segala kederat yg ada utk membuat trek smpi ke puncak.. hehe

Utk work smart… bbrp kajian tempatan digalakkan dibuat terlebih dahulu. Saya sendiri pon belom pernah mengetuai mana2 xpdc rintis nih.. setakat nk share pengalaman dr pemerhatian tgk sifu & otai-otai rintis/bukak trek tu boleh la…
1. Kajian access/starting point
• Paling penting kene tau starting point .. kene tau area sekitar tu ada trek balak ke, ada kebun getah/kelapa sawit ke.. apa kampong terdekat..
• Kalu ada trek balak.. kene survey pulak sapa yg penah masuk.. sapa yg boleh bawak masuk..
Senang citer kene cari powil la..
• Kalu ada kampong atau penempatan orang asli… survey dulu samada dh ada laluan atau belom... biasa kalu dekat kampong ada laluan utk cari hasil hutan… sebaiknya bawaklah org kampong atau orang asli sebagai gaid…
• Kalu nk buat trans antara 2 gunung.. seeloknya naik dulu 2-2 gunung tu.. evaluate utk tentukan mana nak naik.. mana nk turun.. jgn main sevei dalam laman social je.. kene pegi sendiri & tgk keadaan dulu..

2. Kajian Kawasan
• Naik dulu gng2 di sekitar kawasan tersebut. Walaupon Malaysia adalah hutan hujan tp ada sikit variasi mengikut negeri dan ketinggian.
• Contoh:-
 Hutan belah Johor mmg agak jarang berbanding tempat lain. So keje menebas mmg mudah hehe… tp berhati2 sbb kurang pokok utk marking.. so bykkan tebas pokok2 renek/bawah & org belakang kene cekap tengok/baca kesan cantas.. sbb area sekeliling terang macam trek je..
 Hutan area Negeri Sembilan macam Gng Telapak Buruk.. urghhh… byk kutu *ditapis*… 
 Hutan dr area Semangkuk-Liang-Tumang Batak.. mungkin sampai ke Bar Gading-Batu Putih & Batu Bujang dianggap sebagai core sbb hutan tebal & banyakkkk rotan pulak tu.. perghhh…
• Kawasan asal atau dh kene balak… biasa kalu dh kene balak.. permatang atau bentuk muka bumi dalam map topo tu dh sama dah… so kene la pandai2 bajet hari… sbb mebi kene tukar plan onsite..

3. Kajian Vegetasi/vegetation
• Jenis hutan primer atau sekunder. Hutan sekunder ni hutan yg dh kene balak utk bbrp tahun.. so kene bersedia utk hadapi resam, pokok kekait & semak samun yg tebal… susah nk tebas sbb liat.. tapi kadang2 nasib baik kalu dapat pokok tepus ..
• Hutan primer pulak.. kene tengok ketinggian.. seperti yg kita belajar dalam kelas geografi, makin tinggi, pokok makin renek & tumbuh jarang2… selalu cuba cari permatang atau tanah tinggi sbb nk kurangkan xtvt menebas.. average ketinggian 1400-1500 m dan ke atas.. dh start boleh dapat pokok renek, pokok pon tumbuh jarang2.. bawah pada ketinggian tu.. still hutan + belukar tebal..

4. Kajian Map & Bentuk Muka bumi
• Kene buat kajian map.. nak tau susur bukit mana nk amik… area mana curam… area mana berbatu… area mana ada air… seeloknya pilih satu susur bukit & terus sampai ke puncak.. elakkan dr silang susur bukit.. turun naik turun naik gitu… bukan tak boleh sampai… still boleh sampai cuma bukan work smart la 
• Kajian bentuk muka bumi.. kadang2 apa yg kita tgk dalam map topo tu tak semudah dalam keadaan sebenar.. seeloknya kalu naik gunung yg ada trek tu bawak map sekali.. pastu banding/study apa yg tercatat dalam map topo tu vs keadaan sebenar… kalu boleh laaa…
Dari situ boleh la susun skuad, bajet ration, bajet bape hari nk pegi berdasarkan info kat atas tu.. xde rule of thumb utk bajet hari… kadang-kadang 1 hari cuma dapat 1 map square.. kadang-kadang 1 hari boleh dapat 8 map square..
Cuaca pon ada peranan…
 Musim hujan… mudah utk dpt air sbb ada air lopak atau boleh tadah ngn flysheet je tp susah la nk bekerja .. menebas & tgk map topo..
 Musim kering.. mudah nk bekerja.. tp susah nk cari air..

Tapi apa-apa pon.. kene ada minat, kesungguhan dan ilmu.. harap dapat amalkan xtvt rekreasi yg sihat.. macam yg dicadangkan.. kalu potong lurus pon mmg boleh sampai.. tp better work smart than work hard 
challenge your limit

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by orga »

like +1
ImageImageImage

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

mekasih bro kensina... info yang berguna tuk di kongsi......
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by seper4alif »

bro??? hee heee
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by shahrul »

satu lagi tips.. gunakan waktu siang sebaik yg mungkin.. fully utilize
sebab cahaya matahari pada waktu siang terang benderang, memudahkan kita meneliti laluan mana yang nak ditebas, jalan mana yang nak diredah..

bukan tak bole menebas waktu malam.. tapi jarak penglihatan sangat2 terhad.. :)
_________________
_________________

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

seper4alif wrote:bro??? hee heee
alamak salah kew .... kalau bkn bro, bra la hehehehe :kah: :minum: :minum:

mintak mahapppp cik/ pn/ en/ tuan/ dato kenshina ... saya newbis ag....
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by kenshina »

Xpe... hehe..

Inche span cubalah dulu dgn xtvt menyondol, i.e pegi gng2 yg belom penah pegi tanpa gaid hanya berpandukan log atau lakaran tangan. Dari situ akan mengajar kita skill cari trek & landmark yg dilukiskan tu.. jg kita punya sense of direction. Good luck..
challenge your limit

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

kenshina wrote:Xpe... hehe..

Inche span cubalah dulu dgn xtvt menyondol, i.e pegi gng2 yg belom penah pegi tanpa gaid hanya berpandukan log atau lakaran tangan. Dari situ akan mengajar kita skill cari trek & landmark yg dilukiskan tu.. jg kita punya sense of direction. Good luck..

Baik2..... inshaalah akan saya usahakan..... mekasihhhhh........ :minum: :minum: :minum:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by kenoi »

den donga brader orga penah wat trek rentis a.k.a sondol dr gunung dato'/rembau ke gunung tampin.
benarkah?

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by forestgump »

tak payah guna parang dulu untuk clearkan trek....memadai lah mematahkan ranting ataupun setidak2nya buat tanda ngan parang mengupaskan kulit MENGADAP orang di belakang...
jangan lupa deria pendengaran mesti boleh tangakp bunyi sungai atau waterfall
Dan bukan semua pokok serupa rupanya...especially pokok2 besar...
pemerhatian jenis tumbuhan pun penting - boleh memberi syarat kepada kita ketinggian selain memaklumkan kepada kita bahawa tebalnya dan nipisnya semak samun adalah disebabkan oleh pembangunan pembalakkan...
Kesan hidupan liar juga dari segi bunyi2an dan cara kilit pokok di robek boleh juga memberitahu kita ketinggian kawassan ini serta terdapatnya satu arah dimana hidupan liar menuju.
Kerap saya melihat rentis di buka kau2 buat kali pertamanya dan bila tak dapat jadi lalui trek ini, akan di buka lagi trek2 yang lain dengan kaedah yang sama.
SUSAH BILA CARI ORANG SESAT dalam hutan kalau buat cara ini...
Juga...seharusnya grup perentis membuat kawasan2 RV untuk bertemu bila perintis " split " trekking...kalau ada walkie talkie, gunalah dan kalau tak ada...hayunlah belakang parang atau batnag kayu ke banir pokok yang paling besar tetapi nipis..
Seharusnya...jangan bawa first time beginner....susah nati korang!
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: sondol, menyondol, disondol dan rintis merintis

Post by span »

forestgump wrote:tak payah guna parang dulu untuk clearkan trek....memadai lah mematahkan ranting ataupun setidak2nya buat tanda ngan parang mengupaskan kulit MENGADAP orang di belakang...
jangan lupa deria pendengaran mesti boleh tangakp bunyi sungai atau waterfall
Dan bukan semua pokok serupa rupanya...especially pokok2 besar...
pemerhatian jenis tumbuhan pun penting - boleh memberi syarat kepada kita ketinggian selain memaklumkan kepada kita bahawa tebalnya dan nipisnya semak samun adalah disebabkan oleh pembangunan pembalakkan...
Kesan hidupan liar juga dari segi bunyi2an dan cara kilit pokok di robek boleh juga memberitahu kita ketinggian kawassan ini serta terdapatnya satu arah dimana hidupan liar menuju.
Kerap saya melihat rentis di buka kau2 buat kali pertamanya dan bila tak dapat jadi lalui trek ini, akan di buka lagi trek2 yang lain dengan kaedah yang sama.
SUSAH BILA CARI ORANG SESAT dalam hutan kalau buat cara ini...
Juga...seharusnya grup perentis membuat kawasan2 RV untuk bertemu bila perintis " split " trekking...kalau ada walkie talkie, gunalah dan kalau tak ada...hayunlah belakang parang atau batnag kayu ke banir pokok yang paling besar tetapi nipis..
Seharusnya...jangan bawa first time beginner....susah nati korang!

mekasih bang info yang berguna... inshaalah saya akan cuba praktikan
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

Post Reply