Salam buat warga Gunung
Berjalan adalah perkara yg kita lakukan hari2. Sebenarnya berjalan nie ada tekniknya. dari rujukan dan pengamatan saya selama melibatkan diri dlm bidang Rekreasi, saya dapati ada tiga jenis kelompok pendaki
1.Jenis nak Berlumba (biasanya mereka akan sampai dulu )
2.Jenis bersantai (saya dalam ketogeri nie... )
3.Jenis Mengira langkah (org tak cukup latihan ataupun injured/sakit )
jadi sebelum saya terangkan lebih lanjut pasal teknik berjalan saya nak tanya otai2 kat luar sana ape teknik yg anda pakai?
Aku berada di kelompok 3.... tak cukup latihan la tu he he he.
Atas rasa penuh tanggungjawap, keinsafan dan penyesalan (mcm ucap politik pulak) aku selalunya akan bermula betul2 di belakang leader walaupun lama kelamaan akan menyanyi lagu seiring sejalan dgn sweeper akhirnya. Kekadang aku menerima tugas sweeper dgn syarat ada org lagi slow dari aku.
Apabila berhenti aku akan berhenti lebih kehadapan dari group jika boleh diatas puncak trek. Mengikut otai2 lama, jgn berhenti sehingga peluh kering. berjalan pun dgn langkah pendek2 serta tidak memanjat balak. Pada pengamatan aku, apabila kita berjalan, kita akan tempoh satu rentak yang paling sesuai dgn tubuh kita dan aku akan cuba kekalkan rentak tu. Kekadang jika keadaan memaksa aku akan berlari2 anak menuruni trek style eco-challange.
Jika dah terlampau pewai sgt. aku akan mengunakan teknik satu nafas satu langkah kerana motto aku selagi berjalan semakin hampir ke destinasi.
Satu lagi teknik yang aku gunapakai adalah dgn concentrate mengekori org dihadapan seiring dgn langkah dia. (mcm cucuk kereta depan masa racing kat highway la). Dgn cara ni kita tak sedar penat. tapi masaalahnya kita tak peka pula dgn persekitaran.
Jika diperhatikan pasukan keselamatan pula, kita dapat meneka mereka dari unit mana dari cara mereka berjalan.
9W2ZOE Masa naik - taubat tanak mendaki lagi
Sampai beirut - wohuuuuuu!!!!!!!!! Aku BOLEHHHHHH
Masa turun - duduk rumah tgk TV makan kentaki lagi best
keluar gunung - next trip kemana????
ada orang kata ngai ni pantang jumpa balak tumbang, mesti nak take 5 & hisap rokok, walaupun balak tumbang sebelumnya 1 minit yang lepas.... betul ke ngai????
aku berjalan gaya bebas jer, kekadang mengira tapak , satu langkah satu napas pun ada, kekadang santai ,kekadang berjalan macam ketam pun ada terutama masa menurun di tempat curam, apa tujuannya? untuk mengelak teknik mengangkang keesokannya harinya bila sampai rumah. slamat hari raya.
abe~G wrote:kekadang berjalan macam ketam pun ada terutama masa menurun di tempat curam, apa tujuannya? untuk mengelak teknik mengangkang keesokannya harinya bila sampai rumah.
betul....3x
Sedarlah wahai manusia........dunia adalah sementara.Hargailah apa yg telah dicipta olehNYA
aku suka jln sntai2 jerk..smbil tgk keindahan alam..
tp kalau hari nk ujan ke..nk mlm ke..kemsite jauh lg ke
kena la tuko gear..tk sanggup nk ot..kecuali jln blkg
teman org pewai..huuhhu
tp sekali sekala jln gamak2 smpai kemsite semua dh ready
pn best gak kn..wkakak (wt selalu mmg kena cepuk la) huuhhu
Teknik berjalan kalau boleh hendaklah disesuiakan dengan keperluan..
keperluan ini disokong oleh kekuatan pada diri kita jugak...
keupayaan yang dimaksudkan adalah:
1. dalam tempoh terhad: Kes kecemasan
2. dalam keadaan biasa: berjalan
3. dalam keadaan luar biasa bila kekuatan fizikal dah habis kita guna Mental
Sebaiknya kita simpan sedikit kudrat bagi keupayaan diatas dan digunakan bila sesuai.....biasakan pembahagian ini...ada rehat semaksimum mungkin jiklau dibenarkan rehat....(ngai korang jangan ikut..dia Penjejak Awan)
jalan main belasah jalan lepas tu kantoi cramp kat depan....biar lambat macam kura2 jangan macam arnad kalah di hujung jalan....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)
pendaki_labuan wrote:Salam buat warga Gunung :D
Berjalan adalah perkara yg kita lakukan hari2. Sebenarnya berjalan nie ada tekniknya. dari rujukan dan pengamatan saya selama melibatkan diri dlm bidang Rekreasi, saya dapati ada tiga jenis kelompok pendaki
1.Jenis nak Berlumba (biasanya mereka akan sampai dulu )
2.Jenis bersantai (saya dalam ketogeri nie... :oops: )
3.Jenis Mengira langkah (org tak cukup latihan ataupun injured/sakit :( )
jadi sebelum saya terangkan lebih lanjut pasal teknik berjalan saya nak tanya otai2 kat luar sana ape teknik yg anda pakai?
Ikut keaddan bentukmuka bumi, cuaca dan beban backpack yang di pikul lah serta keadaan fizikal pendaki.
Saya sendiri suka berjalan perlahan sebab agar dapat " pasang telinga " untuk mendengar perubahan cuaca, kehadiran hidupan liar, keadaan peserta lain serta terima hakikat bahawa saya bukan lagi awal 20an :-)
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!
setiap pergerakan anggota tubuh badan atau berjalan,mengangkat barang2 atau membuat pekerjaan menggunakan kaki n tangan dipanggil ''body mekanik'' jalan yang tidak betoi atau membuat sebarang kerja tidak ikut body mekanik yang betoi boleh mencederakan otot atau sendi2 pada tubuh badan kita.............
setiap pergerakan anggota tubuh badan atau berjalan,mengangkat barang2 atau membuat pekerjaan menggunakan kaki n tangan dipanggil ''body mekanik'' jalan yang tidak betoi atau membuat sebarang kerja tidak ikut body mekanik yang betoi boleh mencederakan otot atau sendi2 pada tubuh badan kita.............
memang teknik berjalan dalam bidang "Sports Science"
The JUNGLE can be your BEST friend or your WORST enemy
harap2 semua pendaki2 gunung dimalysia dapat iktibar dlm body mekanik
body mekanik cukup penting dlm tubuh badan......jgan terlalu ambih mudah....jika tidak dijaga body mekanik dgn betoi....alamak bleh membahayakan urat saraf serta otot dlm tubuh badan.
Amat betul / tapat sekali. Setiap manusia semestinya mengaplikasikan body mechanic yg betul dalam smua pergerakan badan, terutamanya kpd kita yg kerap membawa back-pack yg agak heavy.
Posture badan yg sentiasa betul juga mesti sentiasa dipraktikkan. Disamping itu juga, aspek warming-up & strecthing teramat penting terutamanya sebelum memulakan trekking atau climbing.....
( ada org tua pesan, kalau setiap langkah kita sebut nama ALLAH.....
DIA akan menjaga disepanjang perJALANan kita )
TAKHBIRRRRR.......
=* Takhbir lah kepada NYA, nescaya DIA akan ingat akan kamu *=
apa teknik jalan yang betui..utk nak elang tekanan pd 'lutut'..mostly pada org yg lutut bukan lagi 100% perfect.
meaning nak kureng impact pd lutut ler.
mostly masa nak panjat trek yg mendaki (batu or akar)...
and masa nak turun trek yg mcm tu jugak.
nozeck wrote:apa teknik jalan yang betui..utk nak elang tekanan pd 'lutut'..mostly pada org yg lutut bukan lagi 100% perfect.
meaning nak kureng impact pd lutut ler.
mostly masa nak panjat trek yg mendaki (batu or akar)...
and masa nak turun trek yg mcm tu jugak.
TQ!
salah eja la pulak...nk elak or kurangkan impak pd lutut...
nozeck wrote:apa teknik jalan yang betui..utk nak elang tekanan pd 'lutut'..mostly pada org yg lutut bukan lagi 100% perfect.
meaning nak kureng impact pd lutut ler.
mostly masa nak panjat trek yg mendaki (batu or akar)...
and masa nak turun trek yg mcm tu jugak.
TQ!
waktu turun jangan jadi monyet ..asyik melompat je...nanti meletup lak....
beban jangan fokus kat atas...nanti aysik nak membongkok lak...asyik rasa nak tersungkur ke depan lak...
turun setting berat kat tengah sikit...rendahkan titik graviti badan...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)
Track level 1 - Keadaan muka bumi landai
Tanpa beban - track sebegini sebaik baiknya bersantai dan cuba memberi perhatian dan rebut peluang untuk mengamati dan menilai panorama sedia ada. Tiada pengkhususan langkah panjang atau pendek, cepat atau lambat. Ia semuanya atas keselesaan diri sendiri.
Dengan beban serta jangka masa panjang atau pendek - sebaik baiknya langkah awal adalah perlahan dan bersahaja, biarkan badan, serta otot kaki warm up dengan sendiri. Tidak perlu langkah panjang serta laju, memadai dengan santai. Kebiasaan selepas had 1 jam, kesakitan otot dan mental akan terasa, walaupun ditrack yang landai. Track level 1 adalah lebih kurang persamaan track Melantai, Kuala Tahan
Track level 2 - landai dan track balak
Tanpa beban - permulaan perjalanan yang seharusnya bermula dengan langkah perlahan, dan perlu mencapai satu momentum serta endurance yang selesa. Ia sepenuhnya bergantung kepada bentuk fizikal seseorang, sebagai contoh "adik idan" (bukan nama sebenar) fizikal yang tinggi dan stamina yang baik, mempunyai langkah panjang dan konsisten. "Rembau" (bukan nama sebenar) perlu bermula dengan langkah pendek dan endurance perlu dipertingkat dari semasa ke semasa.
Semasa berjalan di tanah landai apabila pertukaran track ke mendaki jalan balak, maka seharusnya langkah akan bertambah pendek, dan halaju perlu di kurang kan. Halaju kebangsaan di Jalan persekutuan tidak boleh dipatuhi, manakala halaju kampung akan di praktikkan. Begitu juga menuruni bukit, kekejangan otot serta kecederaan mudah berlaku. Track sebegini boleh dilayani di Gunung Liang dari empangan ke Lubuk hantu.
Bagi keadaan penuh muatan, maka seperti biasa, adalah digalakkan melangkahi kaki dengan penuh sopan dan lemah gemalai sambil mendendangkan lagu irama asli bagi mendapatkan satu mood yang akan melayani mental sampai kesatu tahap yang kita lupa membawa beban dibelakang.
Level 3 - Track balak mencanak dan berploh, track permatang, serta track hutan mendaki
Semestinya tekanan mental sudah mengejangkan kaki untuk melangkah. Kebiasaan untuk berjumpa track sebegini adalah di hari kedua pendakian. Oleh kerana badan dan otot kaki sudah merasai sakit, maka sebaiknya memberi masa untuk berjalan dan berjalan dengan langkah perlahan serta pendek. Keadaan permukaan track harus difahami dengan terliti. Kerana ada kemungkinan jarak langkah tidak konsisten seperti track level 1 dan 2. Kecederaan dan kekejangan otot teramat mudah. Maka langkah serta pernafasan serta posture badan yang betul memainkan segala peranan dalam kejayaan melangkah dengan satu langkah. Endurance akan berubah ubah berdasarkan bentuk muka bumi.
Level 4 - Track pangok
Tiada apa yang lebih penat serta sengsara apabila melayan track sebegini. Dengan keadaan yang curam, maka semestinya setiap 10 langkah akan menyentak jiwa dengan "take 5" yang cepat. Seharusnya, masa berehat perlu dikurangkan, seeloknya ambil masa untuk bernafas dan kumpul tenaga untuk 10 langkah yang berikut. Kebanyakan pendaki otai suka masak maggie dan minum kopi santai ala ala di cameron highland di track sebegini, yang boleh membuat jiwa kacau.....
Level 5 - Track pangok serta sangap, berakar, sejuk, serta jiwa kacau
Langkah berjalan di track sebegini adalah ikut suka hati lu orang... jangan injured dan merbahayakan diri sudah.... malas nak layan dah kalau track sangap macam ni
ada kalanya persekitaran dan cuaca pun mempengaruhi teknik berjalan... contoh jika kawasan yg panas dan tak ada angin.... badan cepat over heat...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL http://jenal.multiply.com
wnazry wrote:org jalan sy jalan..
org berenti sy berenti...
tp kalau org berlari... sy yg kene tinggal... ampeh...
tah nya..tak baik tipu...
ayat yg betul..org berlari..saya lari lg laju pada die...hahhaha..
selamat hari raya....
naza, aku setuju ngan ko... si nazry tu pantang ader org lari, musti dia nak kejar.
style aku plak, aku ikut rentak aku jek, time aku bleh shoot, aku jalan jek. jalan sengsorang.
time aku penat aku duduk, hisap rokok. korang nak lari, korang larilah...
*Sebenarnya bukan gunung yang hendak ditawan, sebaliknya diri kita sendiri.....*. -9w2bck-
wnazry wrote:org jalan sy jalan..
org berenti sy berenti...
tp kalau org berlari... sy yg kene tinggal... ampeh...
tah nya..tak baik tipu...
ayat yg betul..org berlari..saya lari lg laju pada die...hahhaha..
selamat hari raya....
naza, aku setuju ngan ko... si nazry tu pantang ader org lari, musti dia nak kejar.
style aku plak, aku ikut rentak aku jek, time aku bleh shoot, aku jalan jek. jalan sengsorang.
time aku penat aku duduk, hisap rokok. korang nak lari, korang larilah...
oit..!!! pandai2 jer ko...
ko isap okok aku pun dok isap okok sebelah ko....
tapi taim ko nengok burung antu.. aku tak join ler...
hahahahaa....
wnazry wrote:
oit..!!! pandai2 jer ko...
ko isap okok aku pun dok isap okok sebelah ko....
tapi taim ko nengok burung antu.. aku tak join ler...
hahahahaa....
♠ wanNaz the legend..mana ada nak lepak isap rokok klw nmpk org lain memecut..hehe..
dengar citer ko da layan trip memancing skrg..ekkekeke!
kalau saya...
bergantung pd kasut/sandle yg dipakai....
pelapik pada kasut akan membantu menyerap hentakan pada kaki... secara tak langsung akan mengurangkan sakit pada lutut....
♠ untuk mengurangkan sakit lutut, aku biasa praktikkan bila mendaratkan kaki setiap kali melangkah, dahulukan hujung kaki (mcm menjengket)..tujuannya utk kurangkan impak, plus buleh develop otot betis (hamstring) setiap kali kita trekking / hiking.
♠ klw nak teknik berjalan laju...bleh la terai teknik 'uruk-hai'...beckham paling master teknik ni...hehehe!
hmm...bab2 teknik berjalan ni...sebenarnya kena ikut keselesaan diri sendiri. Ada orang saiz badannya besar...so pergerakannya perlahan sedikit...ada orang saiz badannya kecil...langkahnya kecil tapi perginya laju....
tapi bergantung juga pada muatan yg dipikul...kalau muatan berat..tak kira saiz kecik atau besar akan jadi perlahan.
sebenarnya....teknik berjalan ni bergantung pada pernafasan kita. Pernafasan kita menetukan berapa banyak oksigen yang dapat kita sedut. Bila banyak oksigen yg kita sedut dan banyak oksigen yg dapat disalirkan dalam darah, maka rasa mengah dan lenguh dapat dikurangkan.
Sbg contoh bila kita mendaki gunung kinabalu. dari Laban rata ke Puncak. Kat sini, oksigen nipis, kita akan cepat rasa letih, kita akan cepat rasa ngantuk, daya berfikir perlahan, pergerakan pun perlahan. Cara bernafas pun macam orang semput.
So, apa yg saya nak perkatakan kat sini ialah teknik pernafasan yang menentukan kelajuan seseorang itu berjalan. Ada orang satu nafas...10 langkah. ada yg satu nafas 5 langkah. ikut kemampuan dan tahap kecerdasan masing2. So ikitibarnya kena lah training sebelum nak mendaki apa2 gunung.
CASTELLO
Callsign: 9W2CTX
Guide License No.: TG9600
Mobile No.: 0126206087 NATURE EXPLORER ENT.