KEJADIAN GUNUNG GANANG

Klinik Gunung • Khas untuk ruangan diskusi ilmu pergunungan sahaja.

Moderator: orga

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 02 Apr 2007, 14:56

Oleh: ams_myye
Diterjemahkan dari buku Bukti-bukti Rasul s.a.w dan Mukjizat-mukjizat Baginda.

Ahli-ahli tafsir -رحمهم الله- telah sedar akan makna-makna ini dan mereka telah mendatangkannya di dalam tafsir-tafsir mereka bagi firman-Nya Taala:
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا dan dibentangkan kepada anda beberapa contoh daripadanya:

1 – Berkata Ibnu Al-Jauzi:
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا untuk Bumi agar ia tidak berolak-alik[10].

2 – Az-Zamakhsyari[11] berkata:
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا iaitu Kami sauhkan ia dengan gunung-ganang sebagaimana dipasak rumah dengan baji.

3 – Al-Qurtubi berkata:
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا iaitu supaya ia tenang dan tidak bergoyang-goyang terhadap penghuninya[12].

4 – Berkata Abu Hayyan:
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا iaitu Kami kukuhkan Bumi dengan gunung-ganang sebagaimana Kami kukuhkan rumah dengan pasak-pasak[13].

5 – As-Syaukani[14] berkata:
وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا perkataan الأوتاد kata ganda وتد iaitu Kami jadikan gunung-ganang sebagai pasak untuk Bumi supaya ia tenang dan tidak bergerak-gerak seperti mana distabilkan Bumi dengan baji-baji[15].



Gunung-ganang Yang Mula-mula Dicipta Adalah Gunung Berapi:

Sewaktu Allah mencipta benua-benua, ia bermula dalam bentuk kerak keras yang nipis, yang terapung di atas unsur cairan batu-batan, dan ia mula bergoyang-goyang dan bergegar. Lalu Allah mencipta gunung-gunung berapi yang keluar daripada bawah kerak tersebut, maka ia melemparkan batu-batan keluar permukaan Bumi, kemudian ia kembali tertarik ke Bumi dan menimbun berlapis-lapisbagi membentuk gunung-ganang. Ia menekan dengan beratnya yang menimbun ke atas lapisan kenyal, lantas ia menanam ke dalamnya tunjang dari bahan bukit tersebut, yang juga merupakan sebab pengukuhan kerak Bumi dan keseimbangannya.

USGS

Dan di dalam firman-Nya Taala:
وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ [Luqman : 10] terdapat petunjuk kepada cara yang terbentuk gunung-gunung berapi melaluinya, dengan pelemparan bahannya dari dasar Bumi ke atas kemudian pengembaliannya untuk tetap di atas permukaan Bumi.

Hadith Rasul s.a.w menjelaskan cara ini; Anas bin Malik[16] r.a telah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa Baginda bersabda:

" لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْأَرْضَ جَعَلَتْ تَمِيدُ فَخَلَقَ الْجِبَالَ فَعَادَ بِهَا عَلَيْهَا فَاسْتَقَرَّتْ "

“Apabila Allah menciptakan Bumi, ia mula beroyang-goyang, lantas Allah pun mencipta gunung-ganang, dan Dia mengembalikannya [iaitu gunung-gunung tersebut] ke atasnya [yakni Bumi], lalu ia menjadi tetap”[17]

Perhatikanlah pada sabda Nabi s.a.w yang menjelaskan cara penciptaan gunung-ganang: “Dia mengembalikannya [iaitu gunung-gunung tersebut] ke atasnya [yakni Bumi]” iaitu penciptaannya berlaku dengan pengeluarannya dari Bumi dan pengembaliannya ke atas Bumi.



Bentuk-bentuk Ie’jaz:

Sesungguhnya, sesiapa yang memandang kepada gunung-ganang pada permukaan Bumi tidak melihat ia mempunyai bentuk yang menyerupai pasak ataupun sauh, dia hanya melihatnya sebagai satu bongkah yang timbul meninggi daripada permukaan Bumi, seperti yang takrifkan oleh pakar-pakar Geografi dan Geologi. Tidak mungkin seseorang pun tahu bentuk pasaknya atau yang menyerupai sauh, kecuali apabila dia mengetahui bahagiannya yang tenggelam di dalam cairan lava di kawasan mantel, dan dari perkara yang mustahil untuk seseorang manusia membayangkan sesuatu darinya sehingga zahirnya teori Sir George Airy pada tahun 1855M.

Siapakah yang memberitahu Muhammad s.a.w tentang realiti yang ghaib di dalam perut kerak bumi serta apa yang di bawahnya, pada kedalaman yang jauh mencecah sehingga berpuluh kilometer, sebelum pengetahuan manusia mengenainya dalam jangka masa tiga belas kurun?

Siapakah yang memberitahu Muhammad s.a.w tentang peranan gunung-ganang, bahawa ia melaksanakan tugas pasak dan baji, dan ia adalah hakikat yang tidak diketahui oleh manusia kecuali setelah tahun 1960M?

Adakah Rasul s.a.w telah menyaksikan penciptaan Bumi, ketika ia sedang bergoyang-goyang? Serta penciptaan gunung-gunung berapi melalui cara pembuangan dari perut Bumi dan pengembaliannya ke atas Bumi supaya tanah menjadi teguh?



USGS

Tidakkah mencukupi itu [semua], sebagai bukti bahawa ilmu ini adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah ke atas Rasul-Nya; Nabi yang buta huruf di dalam bangsa yang buta huruf, pada zaman yang dahulunya dikuasai oleh kepercayaan karut dan dongeng?

Ia adalah bukti ilmiah yang menyaksikan bahawa sumber Al-Quran ini adalah Pencipta Bumi dan Gunung-ganang, yang Maha Mengetahui rahsia-rahsia Langit dan Bumi, yang berfirman:

قُلْ أَنزَلَهُ الَّذِي يَعْلَمُ السِّرَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِنَّهُ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

[maksudnya]: {Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.}[Al-Furqan : 6]

____________________

[10] Zad Al-Masir.
[11] Mahmud bin Umar bin Muhammad Al-Khawarizmi Az-Zamakhsyari, beliau mempunyai ilmu mendalam di dalam Bahasa, Bayan dan Tafsir. Berpegang dengan mazhab Muktazilah dan mempertahankannya. Beliau adalah pemilik [kitab] Al-Kasy’syaf di dalam Tafsir dan karangan-karangan lain. Meninggal pada tahun 538H, dan kata-kata beliau tersebut adalah di dalam kitab beliau Al-Kasy’syaf.
[12] Al-Jamie’ li Ahkam Al-Quran.
[13] Al-Bahr Al-Muhit.
[14] Muhammad bin Ali As-Syaukani Al-Yamani; salah seorang Ulama terkenal. Beliau mempunyai kerangan-karangan; antaranya Fathul Qadir, Ad-Durari Al-Mudhiyyah, Sail Al-Jarrar dan lain-lain lagi. Mati pada tahun 1250H di Sanaa.
[15] As-Syaukani – Fathul Qadir.
[16] Anas bin Malik bin An-Nadhar Al-Khazraji Al-Ansari, Abu Thumamah atau Abu Hamzah, sahabat Rasulullah dan pembantu Baginda. Beliau telah meriwayatkan daripada Baginda banyak hadith. Beliau berpindah ke Dimasyq dan dari situ beliau berpindah pula ke Basrah, dan disitulah beliau meninggal pada tahun 93H.
[17] Dikeluarkan oleh At-Tirmizi di dalam akhir Kitab: Tafsir dari Sunan beliau dan lafaz adalah oleh beliau.. Beliau berkata hadith ghorib, kita tidak tahu ia marfu’ kecuali daripada bentuk ini (tahqiq Ahmad Syakir dan lain-lain). Ia dikeluarkan juga oleh Ahmad di dalam Musnad beliau 3\124, Abu Yaa’la di dalam Musnadnya 7\682, Abd ibnu Humaid di dalam Musnadnya 1\365, Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman 3\233, Al-Asfahani di dalam Al-Aa’zomah 4\1353. Di dalam [sanad]nya Sulaiman bin Abi Sulaiman Al-Hasyimi; Az-Zahabi mengatakan di dalam Al-Kaasyif : Majhul [tidak dikenali] dan Ibnu Maa’ien berkata: Aku tidak mengenalinya. Ibnu Hajar Al-Asqolani berkata: Makbul [diterima] dari peringkat ketiga. Dan Al-Maqdasi mengatakan hassan jalan periwayatannya di dalam [kitab] Al-Mukhtar 6\153-154.
[hadith ghorib : hadis yang periwayatnya hanya melalui seorang (dari kalangan sahabat, tabie’in dan seterunya). Marfu’ : hadith yang riwayatnya sampai sehingga kepada Rasulullah. Tahqiq : semakan atau rujukan semula]

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 02 Apr 2007, 15:00

Struktur dalaman dan plet tektonik
Struktur dalaman

Kajian keatas aktiviti seismos dan gempa bumi membolehkan kita menyiasat dengan lebih terperinci struktur dalaman planet kita. Gemparan bumi yang dapat dikesani dibeberapa kedudukan di Bumi membolehkan kita menjangka arah pergerakan gelombang seismos tersebut. Arah pergerakan ini bergantung kepada jenis bahan yang ditemui. Ini dapat mendedahkan struktur dalaman Bumi. Satu lagi cara mengkaji struktur ini ialah dengan menggunakan analisis keatas pinggiran gunung berapi yang mendedahkan campuran kimia yang terdapat didalam lapisan dalaman Bumi.

Cara kajian seperti ini mendedahkan bahawa Bumi adalah terdiri daripada tiga lapisan yang berbeza terutamanya dari segi campuran kimia. Lapisan pertama yang meliputi Bumi mempunyai ketebalan yang agak nipis. Di dasar laut lapisan ini mempunyai ketebalan berpuluhan km manakala di benua pula ia lebih-kurang berketebalan 40 km. Lapisan ini terdiri daripada batuan sedimen, granit dan basalt. Bahan-bahan ini bercampur akibat pengaruh aktiviti geologi Bumi yang kuat. Dibawah lapisan ini terdapat satu lapisan pejal yang berketebalan 3000 km. Ia terdiri daripada enapan silika yang kaya dengan besi dan magnesium. Lapisan terahkir sekali ialah teras Bumi yang terbentuk terutamanya dari besi dan sedikit nikel. Sebenarnya, teras Bumi sendiri adalah terdiri daripada dua bahagian, bahagian luar teras yang cair dan bahagian pusat yang pejal. Di pusat Bumi, suhu mencapai tahap 5000 darjat Celcius dan tekanan pula mencapai tahap berjuta kali ganda tekanan di permukaan Bumi.

Plet tektonik

Satu daripada ciri-ciri keistimewaan Bumi ialah keujudan plet tektoniknya. Kerak dan bahagian luar membentuk lapisan yang mempunyai ketebalan berpuluhan km. Lapisan ini dipanggil Litosfera yang terkenal melalui kekerasannya. Di bawah lapisan ini terdapat pula lapisan Astenosfera, yang kurang keras dan membolehkan lapisan Litosfera di atasnya bergerak secara perlahan. Litosfera terbahagi kepada beberapa plet dimana setiap satunya boleh bergerak dan bergelingsir di atas lapisan Astenosfera.


Gambar banjaran gunung Himalaya sebagai hasil plet tektonik yang paling menakjubkan yang telah diambil oleh misi Mercury 9 dalam tahun 1963. Kredit : NASA
Plet-plet ini bergerak akibat proses perolakan di lapisan dalaman Bumi. Tenaga janaan hasil pecahan teras radioaktif di pusat Bumi dibawa keluar melalui fenomena yang dipanggil perolakan. Dalam proses ini magma bergerak kepermukaan, batuan tersebut menjadi sejuk dan turun semula kedalam. Pergerakan bahan-bahan tersebut di lapisan Astenosfera menyebabkan plet bergerak di lapisan Litosfera yang juga dikenali sebagai plet tektonik. Sebagai contoh, ia telah menyebabkan perpisahan benua Amerika Selatan dari benua Afrika dengan kelajuan tiga sentimeter setahun.

Plet tektonik ini telah bertanggung-jawap dalam kebanyakan pembentukan geologi di Bumi. Oleh yang demikian, akibat perlanggaran dua plet, satu banjaran terbentuk. Perlanggaran antara plet yang membawa India dan China telah menghasilkan banjaran gunung Himalaya. Subduksi berlaku bila satu plet terbenam kebawah satu plet yang lain dan meninggalkan satu kesan yang sama. Sebagai contoh, Subduksi telah menghasilkan banjaran gunung Andes.

Satu daripada kesan-kesan plet tektonik yang paling penting ialah pembaharuan permukaan Bumi. Di tengah lautan Atlantik terdapat satu siri puncak yang dipanggil Oceanic Ridge. Di sini, rekahan dua plet-plet membolehkan magma di lapisan bawah timbul kepermukaan. Fenomena bertentangan pula berlaku di kawasan Subduksi dimana plet di lapisan atas terbenam semula kebahagian dalaman. Kedua-dua fenomena ini membolehkan lapisan tersebut bergerak ke permukaan Bumi sebelum terbenam semula ke bahagian dalaman dalam jangka masa beratus juta tahun. Akibatnya, terjadilah pembaharuan permukaan yang berterusan yang tidak berlaku dimana-mana planet yang lain di dalam Sistem Suria kita. Ini dapat menjelaskan terutamanya persoalan kenapa walaupun Bumi mengalami hentaman meteorit yang kuat pada masa dulu, kesan kawah hentaman tersebut sukar didapati di permukaan Bumi pada masa sekarang ini.

Hasil sampingan fenomena tersebut ialah kestabilan kuantiti gas karbon-dioksida di dalam udara kita. Hujan dengan senangnya boleh meyerap karbon-dioksida di dalam udara dan menhalir ke dalam Bumi dalam bentuk karbonat atau dihalirkan kelaut. Jika tidak disebabkan oleh aktiviti volkano yang mengeluarkan kembali karbon-dioksida tersebut keudara, kesan Greenhouse Effect akan menurun ketahap yang amat rendah menyebabkan suhu juga menurun seperti yang terjadi di permukaan Marikh. Pengeluaran semula gas karbon-dioksida yang terperangkap di dalam lava volkano kedalam atmosfera kita membolehkan kuantiti gas ini menjadi stabil dan suhu menjadi sederhana.

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Postby rembau » 02 Apr 2007, 15:11

syabas...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Postby rembau » 28 Sep 2007, 15:34

Tuan KAmal izin saya copy & paste hadith dan terjemahan Quran ke dalam Surau kita.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 28 Sep 2007, 15:39

Untuk kebaikan umat manusia
Bertapa besar ciptaanNya.

User avatar
rakangunungpenang
Pendaki Gunung
Posts: 190
Joined: 31 Jan 2008, 12:20
Location: Butterworth
Contact:

Postby rakangunungpenang » 14 Oct 2008, 09:31

Amin...........kami bersyukur kepada allah.

zan
rakangunungpenang
0195240104&0175798895

akademiks
Pendaki Terlampau
Posts: 617
Joined: 08 Jul 2006, 10:08
Location: tpt yg mendamaikan

Postby akademiks » 14 Oct 2008, 13:34

ALLAHUAKBAR...........ALLAHUAKBAR............ALLAHUAKBAR...........
Sedarlah wahai manusia........dunia adalah sementara.Hargailah apa yg telah dicipta olehNYA

User avatar
takhbir99
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 12 Apr 2007, 21:57
Location: Ujong Serambi Ontahmano

Postby takhbir99 » 14 Oct 2008, 15:28

AL-HAMDULILLAH.....Bersyukur kita dpt menikmati keindahan dan keajaiban paya bakau, rimba pergunungan dan flora fauna dari rahmat serta keagungan NYA.......

TAKHBIRRRRR.............
=* Takhbir lah kepada NYA, nescaya DIA akan ingat akan kamu *=

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Postby JeNaL » 22 Oct 2008, 13:16

selaian kejadiannya untuk pasak bumi... apakah sumbangan dan faedah gunung-ganang ni kepada kita

User avatar
killerbees
Otai Gunung
Posts: 818
Joined: 26 Jun 2006, 11:06

Postby killerbees » 23 Oct 2008, 02:34

"jazaakallah khayran"

berguna sngt nih.... :wink:

azim_xp
Pendaki Gunung
Posts: 13
Joined: 27 Nov 2008, 22:06
Location: sepang
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby azim_xp » 06 Jan 2009, 02:14

Kita manusia patut bersyukur...

_____________________________________________________________________________________________________
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)
........"aku dan sesuatu"........ "ada apa disebalik tu haaa??" :roll:
http://arezim.multiply.com

User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby maclan » 13 Jan 2009, 11:07

g SWG ni...

baru ku tau asal gunung ganang ni........

mekaseh pade GO.....
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby JeNaL » 17 Jan 2009, 10:40

penerangan abg kamal masa swg memang best....sampai kenapa banjir kat Kota Tinggi dan Segamat pun ada kaitannya...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
ilhamku1
Pendaki Gunung
Posts: 9
Joined: 08 Jan 2006, 00:52
Location: KL
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby ilhamku1 » 28 Jan 2009, 13:16

lihatlah betapa Besar Kuasa Allah,

so, jgn ler lupa tunai kan Solat. haha

User avatar
kurmajalis
Pendaki Gunung
Posts: 25
Joined: 20 Feb 2009, 17:15
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby kurmajalis » 21 Feb 2009, 08:10

g SWG ni...

baru ku tau asal gunung ganang ni........

mekaseh pade GO.....
boleh suruh abg Kamal cerita kat sini tak bro..

berkongsi-kongsi maklumat.. saya budak baru belajar..
saya budak, nak belajar..

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 07 Nov 2010, 04:28

Ada impak tak daripada kejadian letupan gunung berapi di Indonesia baru2 ni terhadap gunung-ganang kita? Kalau ada, dari segi apa eh..bole kongsi pandangan..
ImageImageImage

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 08 Nov 2010, 08:50

Mengikut maklumat yang saya terima letupan pada pagi Jumaat tu merupakan letupak ke 5 yang biasanya Merapi akan meletup sebanyak 7 kali maknanya akan ada 2 lagi letupan besar yang akan berlaku. Sekarang ni di kawasan 60 Km persekitaran Merapi menjadi gelap kerana abunya merebak ke ruang angkasa dan cahaya matahari tdak sampai ke bumi.

Kesannya jika letupannya bertambah kuat dan mungkin debunya akan melitupi juga ruang udara Malaysia. Debunya banyak memberi masalah selain merosakan enjin jet juga akan menyebabkan sakit kerongkong yang parah.

Biasanya akan menjangkau kesan pada Gunung Berapi yang duduk diatas Plate yang sama sebab lohongan cecair magma tersebut akan menjadi panas dan mula aktif semula. Tetapi Semenanjung Malaysia yang memiliki 63 Plate bumi tu tidak satupun yang bersambung dengan Plate Bumi di Pulau Jawa. Jadi mungkin tiada kesan. Cuma saya bimbang letupan kuat akan mengegarkan Semenanjung atau debu yang sangat banyak akan terbang juga ke Semenanjung seperti Anak Krakatua pada 1893.

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 08 Nov 2010, 09:16

owh, semenanjung Malaysia ada 63 plate bumi rupanya..ni sub plate dr Euroasia eh..
Ada map khusus tak bang kamal utk 63 plate ni kalo nak refer..?..kasi tempek la bang..
ImageImageImage

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 08 Nov 2010, 10:55

63 Plate tapi tak sama tebal.
Ada yang menjangkau hingga 2 km dan ada cuma tinggal 2 m sahaja.
Buku... ada buku Geologi lama. nak kena scan la pulak. Leh refer kat Persatuan Geologi Malaysia. Urusetianya Universiti Malaya.
Kebanyakan gunung di Semenanjung adalah Gunung Bongkah dan Gelinciran namun sebenarnya ada 7 Kompleks Gunung Berapi Besar pernah ujud di Semenanjung. Gunung Jasin yang jadi Taman Negara Endau Rompin, Kompleks Gunung Sempah yang kawahnya adalah kawasan Setapak Kuala Lumpur. Sebab itulah ada kolam air panas disana yang berbau belerang (Sulfur). Membran (Saluran halus ke lapisan magma bumi masih ujud dan buleh ujud) buktinya bau belerang tu adalah sulfur yang disalurkan dari magma bumi.

Gunung sempah telah meletup 287 juta tahun lalu dengan memuntahlan lahar yang mengandungi banyak timah. Nak tahu usia letupan gunung adalah dengan unsur yang banyak dikeluarkan. Kalau 185 juta tahun ianya memuntahkan banyak Au (Emas). Kalau 5 tahun lalu... tu taik engkau. ha ha ha ha

Sebab tu baynak stanum ditemui dikawasan Lembah Klang hingga ke Banting. Itu sebenarnya adalah lahar dari muntahan Gunung Sempah. Gunung sempah yang ada sekarang tu sebenarnya adalah sisa gunung yang tinggal selepas letupan Gunung Sempah.

Mungkin dia nak meletup lagi tahun ni. Tuhan sahaja yang tahu walaupun Gunung Sempah dah lama mati. Tapi kalau Tuhan mahu...............

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 08 Nov 2010, 12:52

kalo tengok map genting sempah ada la bang kamal belakang kg sy..hehe
biasa kalo lahar gng berapi tu logam2 berat ke bang..?
dah try godek2 google masih tak jumpa la maklumat 63 plat tu..kena carik buku gak kot..
ImageImageImage

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re:

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 08 Nov 2010, 16:03

selaian kejadiannya untuk pasak bumi... apakah sumbangan dan faedah gunung-ganang ni kepada kita
Ini soalan lama yang aku belum jawab.

Gunung adalah sumber air yang utama. Hydro.
Terjadi disebabkan faktor alam awan akan tertolak ke gunung dan jatuh dikawasan gunung sebab dia tinggi. Jadi gunung adalah sumber air bersih. Manunia, tumbuhan dan haiwan memerlukan air.

Melindungi dari ribut dan angin kencang.
Sebab dia tinggi, besar dan teguh maka ia menjadi pelindung dan hamparan. Contohnya angin kencang dari pantai timur tidak sampai ke Pantai barat semenanjung disebabkan Banjaran Titiwangsa yang terdiri dari puluhan gunung yang menjadi tulang belakang semenanjung.

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 08 Nov 2010, 16:10

kalo tengok map genting sempah ada la bang kamal belakang kg sy..hehe
biasa kalo lahar gng berapi tu logam2 berat ke bang..?
dah try godek2 google masih tak jumpa la maklumat 63 plat tu..kena carik buku gak kot..
Sempah memang dekat je dengan Kuala Kelawang = Jelbu.
Nampak jauh sebab Sempah kat Pahang dan Jelbu kat Negeri Sembilan. Tapi Jelbu bukan sebahagian dari Kompleks Gunung Berapi Sempah sebab Jelbu tak ada Timahpun. Yang ada Timah Mak Anjang engkau je. Atau Si Timah makwe lama engkau yang ke seratus sembilan puluh tiga. Mineral batuan di Jelbu tak sama langsung dengan Kuala Laumpur atau Gunung Sempah.

Cuma selepas letupan Gunung Sempah ada satu pergerakan bumi termuda yang mengangkat dan menyendengkan sebahagian Banjaran Titiwangsa dari Kuala Kubu Bharu ke Kuala Kelawang di panggil Sesaran Kuala Kubu yang membentuk Permatang Kuarza terpanjang di dunia juga dipanggil Permatang Klang atau Permatang Kuala Lumpur atau cakap mudahnya Bukit Taboh dan Bukit Antarabangsa.

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 08 Nov 2010, 16:18

Logam berat tu
Bergantung kepada masa. Pada satu erra ketika itu letupan gunung berapi menghasilkan Stanum atau Timah, dan satu masa lagi mengeluarkan Ferum (Besi) juga Aurum (Emas).
Logam memang dikeluarkan oleh atau terhasil dari magma gunung berapi.

Tetapi logam sebenarnya tidak berasal dari bumi. Semua logam adalah dibawa oleh tahi bintang (Tahi bintang tu sebenarnya adalah pecahan atau serpihan plenet lain yang meletup) dibawa ke bumi bersama tahi bintang. Di sebabkan logam ini berat maka ianya termendap ketika bumi masih lagi cair dan membentul matel bumi yang cair.

Malah karbon juga tidak berasal bari bumi. Mungkin berasal dari plenet lain. Karbon hanya ujud di bumi sekitar 357 juta tahun lalu. Gunung Macincang (Gunung tertua didunia) memiliki batuan tanpa karbon. Ketika itu hanya haiwan satu sel seperti Virus sahaja menjadi penghuni bumi.

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 08 Nov 2010, 16:21

Kalau banyak nak bincang lagi kita buat SWG lagi
atau bincang bawah Fly nanti. Ramai jugak orang call nak tanya pasal gunung tapi maaf aku tak buleh jawab kat telefon la. Maaf la CD Tokey Unta.

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 09 Nov 2010, 09:59

veri2 good info bang kamal..
cantek jugak kalo ada yg nk wat SWG lagi..byk info yg lg fresh..
masih mencari2 info 63 plat lg ni tak jumpa2..nk selongkar mana lg nih..
ImageImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby rembau » 09 Nov 2010, 10:41

kena beli buku geologi bro baru leh dapat detail camni...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 09 Nov 2010, 11:04

adehh..nk tengok map je rembau..
ok bagi isbn no. la rembau..bg pinjam lg bagus,hehe
ImageImageImage

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 09 Nov 2010, 11:14

Kalau nak baca buku je tak cukup sebab belum ada Buku Geologi lengkap tentang sejarah Goelogi Semenanjung Malaysia. Memang tengah kumpul kumpul data nak buat buku nanti, cadang cadang pencen nanti nak tulis semula Buku Geologi Semenanjung Malaysia untuk rujukan cucu cicit nanti. Sekarang buleh rujuk kar Jurnal Persatuan Geologi Malaysia

41) Azman A Ghani & Navpreet Singh. Sempah volcanic complex, Western Belt of Peninsular Malaysia : Preliminary study of Petrology and Geochemistry Malaysian Jour. Science 21, 2002, 123 - 130
42) Azman A. Ghani. Geochemistry of biotite from Kuala Lumpur granite. Malaysian Jour. Science 21, 2002, 159 - 164


Chiff Lanun

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 09 Nov 2010, 11:33

baek..baek..baek..nnt sy carik..tq
ImageImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby rembau » 09 Nov 2010, 11:43

kalo tengok map genting sempah ada la bang kamal belakang kg sy..hehe
biasa kalo lahar gng berapi tu logam2 berat ke bang..?
dah try godek2 google masih tak jumpa la maklumat 63 plat tu..kena carik buku gak kot..
Sempah memang dekat je dengan Kuala Kelawang = Jelbu.
Nampak jauh sebab Sempah kat Pahang dan Jelbu kat Negeri Sembilan. Tapi Jelbu bukan sebahagian dari Kompleks Gunung Berapi Sempah sebab Jelbu tak ada Timahpun. Yang ada Timah Mak Anjang engkau je. Atau Si Timah makwe lama engkau yang ke seratus sembilan puluh tiga. Mineral batuan di Jelbu tak sama langsung dengan Kuala Laumpur atau Gunung Sempah.

Cuma selepas letupan Gunung Sempah ada satu pergerakan bumi termuda yang mengangkat dan menyendengkan sebahagian Banjaran Titiwangsa dari Kuala Kubu Bharu ke Kuala Kelawang di panggil Sesaran Kuala Kubu yang membentuk Permatang Kuarza terpanjang di dunia juga dipanggil Permatang Klang atau Permatang Kuala Lumpur atau cakap mudahnya Bukit Taboh dan Bukit Antarabangsa.
mungkin ini boleh digambarkan ....

http://en.wikibooks.org/wiki/File:INDON ... gy_map.jpg
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 09 Nov 2010, 12:30

Yes. TQ Rembau.
Itu Geology map untuk asia tenggara atau Pentas Sunda. Sunda Land.
Map menunjukan rajah pergerakan plate dari Erosia atau Bumbung Himalaya mungkin kita tak terasa sebab pergerakan dianggarkan antara 3 hingga 5 cm setahun je. Bagaimana tanah dari Gonawan dan Indo chaina bergerak dan membentuk Semenanjung.
Plate Bumi adalah lapisan lapisan batuan yang menjadi tulang belakang Semenanjung. Plan rentas menunjukan lapisan lapisan dari pelbagai zaman dankandungan mineral akan menunjukkan di manan batuan itu berasal dan tahun berapa terbentuk.
Semenanjung sahaja da 58 lapisan dan 5 lapisan lagi adalah Plate yang membentuk Jajaran Langkawi hingga Pulau Pinang. Banjaran tenggelam Larut Jugra yang hujungnya terangkat keatas yang membentuk Bukit Jugra kat belakang umah aku dan Umah Datok Farid.
Aku asambung nanti...... boss pangil

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 09 Nov 2010, 13:19

Image
ImageImageImage

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 09 Nov 2010, 15:51

Sembang panjang...
masuk kelas la weiiiii

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby rembau » 09 Nov 2010, 16:19

Bro..
formation tu mengambarkan pergerakan yang berlaku seperti digambarkan pada legend...aku tak berapa tau...mmungkin LANUN boleh cerita tempoh masa itu...
geologi semua ada lah batu...dan masa lak main jutaan tahun..ribu-ribu ini kira gerakan baru je..

ini adalah classfication utk geology by ismic study

Image
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 09 Nov 2010, 22:52

woo..slow2 skek eh kasi senang nk paham..
peta geologi semenanjung yg besar skek tader ke..
ImageImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby rembau » 10 Nov 2010, 02:09

woo..slow2 skek eh kasi senang nk paham..
peta geologi semenanjung yg besar skek tader ke..
Image
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: KEJADIAN GUNUNG GANANG

Postby orga » 10 Nov 2010, 16:24

nak baca pon tokleh la rembau..atuk dah tua tak nampak..
email yg pixel beso skek bole, dpt baca pon ok..
ImageImageImage


Return to “Klinik Gunung”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron