kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking stick)

Klinik Gunung • Khas untuk ruangan diskusi ilmu pergunungan sahaja.

Moderator: orga

Post Reply
User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking stick)

Post by lusuh adventure » 12 Nov 2011, 22:52

kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking stick)
Image

Ramai orang menganggap pengunaan tongkat ini jika beriadah sesuatu yang leceh, membazir, banyak buang tenaga, tidak manco dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa pengunaan tongkat sewaktu beriadah amatlah baik untuk kesihatan dan keselamatan diri untuk jangkamasa panjang. Memang benar ada orang berkata pengunaan tongkat akan menyebabkan pengunaan tenaga yang lebih, tetapi kajian sains menunjukan sebaliknya.

kebaikan dari kajian sains:
Satu kajian sainstifik yang dijalankan di James Madison Universiti di Virginia Amerika Syarikat, mendapati meraka yang menggunakan tongkat jika beriadah (outing), akan meningkatkan kadar degupan jantung dan akan membakar dengan banyaknya kalories dalam badan. Meraka mendapati paru-paru (lung) bertambah baik funsinya dan meningkatkan taraf kesihatan seseorang tampa merasa/sedar keupayaan itu. Pengunaan tongkat akan mengurangkan tekanan pada lutut terutama jika turun dari bukit dan kita boleh berjalan lebih jauh lagi dengan selesa.

kepentingannya: kenapa perlu dibawa (guna)


1. Untuk membantu keseimbagan badan contohnya ketika melintasi sungai yang kecil atau deras, Dilereng bukit, melintasi kawasan berbatu yang tidak rata, jika membawa baragan yang berat dan ketika berihat sebentar dikawasan yang tidak rata.

2.Untuk membantu/meningkat kecekapan anda contohnya untuk melangkah melintasi pokok yang tumbang, atau batu dilaluan (trek) dan sebagai penahan mengelak dari jatuh.

3.Untuk mengurangkan tekanan terhadap belakang badan dan lutut kaki.kesanya ialah memberi tenaga tambahan dan keseimbangan ketika mendaki,mengurangkan tekanan terhadap lutut apabila menuruni bukit. Beban tekanan yang ditanggung dibadan dan punggung dapat dikurangkan.

4.Kegunaan lain tongkat ini ialah sebagai senjata ketika kecemasan, sebagai alat untuk sandarkan bag galas (agar berdiri), sebagai pemegang/berpaut jika rehat sekejap (tidak letak bag) dan juga berfungsi sebagai alat untuk membersihkan jika terdapat halagan di laluan.

Setiap kebaikan ada kekuranganya iaitu:
-Ada yang berharga sangat mahal
-Kesukaran mencari alat ganti
-Menjadi gangguan ketika terpaksa mendaki menggunakan tangan (masa itu sahaja)
-Tidak boleh simpan dalam beg (bagi tongkak yang tidak boleh laras)
-Patah atau rosak jika tidak menggunakan dengan betul.

Namun begitu jika kita perhatikan antara kebaikan dan keburukan, untuk jangka masa panjang dan berdasar fakta sains, bertongkatlah amat baik dan digalakkan jika beriadah (outing). Masa sekarang (muda) kita mugkin tidak rasa sakit atau ada sebarang masalah, tetapi berfikirlah jika masa tua nanti.Jika kita melihat dinegara maju, sesetengahnya walaupun berjogging pun memggunakan tongkat.

Lusuh telah catitkan kebaikan,kepentingan dan kekurangan pengunaan tongkat jika berekeriasi, terpulang kepada anda untuk menilaikanya. Mengenai pengunaan tongkat ini, gunakanlah apa saja yang boleh, dari kayu atau rotan pun boleh, dari yang moden pun boleh seperti tongkat berjenama Leki, Black Diamond, Hammers, Mountain Trail (mahal),Telescopic, Better,Coleman (murah).

Sekian sahaja dari saya semoga kita mendapat sedikit ilmu darinya.

terima kasih.
Image
Lusuh Adventure
301109 1229
http://lusuh.multiply.com
(sumber asal penulisan: http://lusuh.multiply.com/journal/item/ ... king_stick
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking sti

Post by irmuaaz » 15 Nov 2011, 00:47

Sangat detail dan best abang Sam! Byk benefit pakai trekking poles. Juga menolong kita maintain posture yang baik semasa trekking utk mengelakkan sakit belakang. First2 janggal pakai dulu tapi kalau load berat macam 25 kilo ke atas sangat membantu. Terutama bila kita lalu terrain yang susah (berbatu/jalan tak rata). Bila nak naik bukit pendekkan sikit, bila nak turun bukit panjangkan sikit. Byk tolong kita balance badan dan alih load dari lutut dan buku lali (betula ke? ankle bhs inggeris). Sapa veteran cam saya lutut dgn joint2 memang sakit bila turun bukit lelama.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking sti

Post by shahrul » 15 Nov 2011, 01:07

antaranya jugak, tongkat ni boleh berfungsi sebagai extended-arm (pinjam ayat abg forest gump)
cth bila berhadapan dengan haiwan2 liar berbisa spt ular, lipan etc. bolehla gunakan hujung tongkat tu untuk mengusir jauh dari kedudukan kita :)
_________________
_________________

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking sti

Post by lusuh adventure » 15 Nov 2011, 12:20

Sangat detail dan best abang Sam! Byk benefit pakai trekking poles. Juga menolong kita maintain posture yang baik semasa trekking utk mengelakkan sakit belakang. First2 janggal pakai dulu tapi kalau load berat macam 25 kilo ke atas sangat membantu. Terutama bila kita lalu terrain yang susah (berbatu/jalan tak rata). Bila nak naik bukit pendekkan sikit, bila nak turun bukit panjangkan sikit. Byk tolong kita balance badan dan alih load dari lutut dan buku lali (betula ke? ankle bhs inggeris). Sapa veteran cam saya lutut dgn joint2 memang sakit bila turun bukit lelama.
hahahha...yerlah tu muaz....saya sejak tahu kebaikannya naik bukit pun guna tongkat....ia amat membantu...tongkat sya (jenis murah jer kekeke) membantu dalam menamatkan G7 saya, dengan pengunaan yg betullah...
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking sti

Post by lusuh adventure » 15 Nov 2011, 12:21

antaranya jugak, tongkat ni boleh berfungsi sebagai extended-arm (pinjam ayat abg forest gump)
cth bila berhadapan dengan haiwan2 liar berbisa spt ular, lipan etc. bolehla gunakan hujung tongkat tu untuk mengusir jauh dari kedudukan kita :)
betul tu syarul
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking sti

Post by orga » 08 Dec 2011, 13:12

aqu guna trekking poles ikut keadaan tempat yg nak pegi..
kalo gng luar aqu bawak sepasang..kalo gng sini yg ada trek terang aqu bawak sebatang..
kalo gng sini yg tader trek atau trek semak, aqu pakai tongkat kayu dr dlm utan je..
ImageImageImage

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking sti

Post by lusuh adventure » 10 Dec 2011, 10:47

aqu guna trekking poles ikut keadaan tempat yg nak pegi..
kalo gng luar aqu bawak sepasang..kalo gng sini yg ada trek terang aqu bawak sebatang..
kalo gng sini yg tader trek atau trek semak, aqu pakai tongkat kayu dr dlm utan je..
info terbaik bro..
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

viceroy
Pendaki Gunung
Posts: 70
Joined: 29 Mar 2007, 12:36

Re: kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking sti

Post by viceroy » 10 Dec 2011, 13:12

masa memuda dulu aku pandang sebelah mata jer benda nih...bila dah berumur sikit baru tau pentingnya tongkat nih...hadoohh...padan muka aku..kekeke..!!! semenjak dua menjak nih...misti bawak...kalu tak rasa tak lengkap...& kalu tertinggal kat rumah ( walaupun dah prepare )...pasti cari anak2 kayu sebagai ganti...tapi pastikan bukan dari jenis pokok yg berharga..!!

User avatar
Rocket Ross
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 21 Jan 2012, 12:15

Re: kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking sti

Post by Rocket Ross » 28 Feb 2012, 17:18

kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking stick)
Image

Ramai orang menganggap pengunaan tongkat ini jika beriadah sesuatu yang leceh, membazir, banyak buang tenaga, tidak manco dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa pengunaan tongkat sewaktu beriadah amatlah baik untuk kesihatan dan keselamatan diri untuk jangkamasa panjang. Memang benar ada orang berkata pengunaan tongkat akan menyebabkan pengunaan tenaga yang lebih, tetapi kajian sains menunjukan sebaliknya.

kebaikan dari kajian sains:
Satu kajian sainstifik yang dijalankan di James Madison Universiti di Virginia Amerika Syarikat, mendapati meraka yang menggunakan tongkat jika beriadah (outing), akan meningkatkan kadar degupan jantung dan akan membakar dengan banyaknya kalories dalam badan. Meraka mendapati paru-paru (lung) bertambah baik funsinya dan meningkatkan taraf kesihatan seseorang tampa merasa/sedar keupayaan itu. Pengunaan tongkat akan mengurangkan tekanan pada lutut terutama jika turun dari bukit dan kita boleh berjalan lebih jauh lagi dengan selesa.

kepentingannya: kenapa perlu dibawa (guna)


1. Untuk membantu keseimbagan badan contohnya ketika melintasi sungai yang kecil atau deras, Dilereng bukit, melintasi kawasan berbatu yang tidak rata, jika membawa baragan yang berat dan ketika berihat sebentar dikawasan yang tidak rata.

2.Untuk membantu/meningkat kecekapan anda contohnya untuk melangkah melintasi pokok yang tumbang, atau batu dilaluan (trek) dan sebagai penahan mengelak dari jatuh.

3.Untuk mengurangkan tekanan terhadap belakang badan dan lutut kaki.kesanya ialah memberi tenaga tambahan dan keseimbangan ketika mendaki,mengurangkan tekanan terhadap lutut apabila menuruni bukit. Beban tekanan yang ditanggung dibadan dan punggung dapat dikurangkan.

4.Kegunaan lain tongkat ini ialah sebagai senjata ketika kecemasan, sebagai alat untuk sandarkan bag galas (agar berdiri), sebagai pemegang/berpaut jika rehat sekejap (tidak letak bag) dan juga berfungsi sebagai alat untuk membersihkan jika terdapat halagan di laluan.

Setiap kebaikan ada kekuranganya iaitu:
-Ada yang berharga sangat mahal
-Kesukaran mencari alat ganti
-Menjadi gangguan ketika terpaksa mendaki menggunakan tangan (masa itu sahaja)
-Tidak boleh simpan dalam beg (bagi tongkak yang tidak boleh laras)
-Patah atau rosak jika tidak menggunakan dengan betul.

Namun begitu jika kita perhatikan antara kebaikan dan keburukan, untuk jangka masa panjang dan berdasar fakta sains, bertongkatlah amat baik dan digalakkan jika beriadah (outing). Masa sekarang (muda) kita mugkin tidak rasa sakit atau ada sebarang masalah, tetapi berfikirlah jika masa tua nanti.Jika kita melihat dinegara maju, sesetengahnya walaupun berjogging pun memggunakan tongkat.

Lusuh telah catitkan kebaikan,kepentingan dan kekurangan pengunaan tongkat jika berekeriasi, terpulang kepada anda untuk menilaikanya. Mengenai pengunaan tongkat ini, gunakanlah apa saja yang boleh, dari kayu atau rotan pun boleh, dari yang moden pun boleh seperti tongkat berjenama Leki, Black Diamond, Hammers, Mountain Trail (mahal),Telescopic, Better,Coleman (murah).

Sekian sahaja dari saya semoga kita mendapat sedikit ilmu darinya.

terima kasih.
Image
Lusuh Adventure
301109 1229
http://lusuh.multiply.com
(sumber asal penulisan: http://lusuh.multiply.com/journal/item/ ... king_stick
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Terbaik bro lusuh!!! :minum: :minum:

Marlenecrutt
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 26 Aug 2019, 06:52

kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat walking stick

Post by Marlenecrutt » 21 Oct 2019, 03:28

gan, tolong dong, laptop anne knp ya?
sblmnya anne maen biasa2 aja, and ada problem di koneksi, dan anne berfikir error karna dr modemnya, alhasil saya restart laptop saya,
dan ga bsa msk lg untuk di setting, lgsg blank total , ga bsa masuk menu BIOS
itu karna apa ya?
apakah dr matheboard? atau emg harus di install ulang?

Post Reply