Trek gunung tahan paling lama?

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

Post Reply
User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Trek gunung tahan paling lama?

Post by forestgump » 20 Nov 2012, 12:05

Paling cepat naik Gng Tahan....Kpl Rajai Rejab ..orang " sekampung ulu kinta " ambo tapi lain skuadron....24 jam 48 minit setelah berentap hempas pulas ngan wakil Senoi Praaq Bidor...ingat lagi ambo semasa tu ketua PMM..arwah dah...bersama2 ngan ambo dan pegawai Senoi Praaq Btn 19 C/Insp Mazlan menunggu tamat perjuangan kami merungut...cih..hadiah pertama RM 3,000-00 je...

tu lah dia...5 tahun berterusan kami berentap ngan Btn 19 Senoi Praaq..hadiah tak juga naik2... :-)))) tahun ni depa menang, tahun berikutnya anak2 buah ambo...berselang2..sehinggalah rekod di buat dan tamatlah perjuangan pendakian tercepat Gng Tahan dari K.Tahan - puncak GT - K. Tahan...

Malahan..sesudah anggota2 ambo tiba di garisan penamat dan menanti perserta2 lain yg tiba beberapa jam dan hari berikutnya, saya gerakkan anggota2 saya supaya masuk ke trail semula cari peserta2 yg gagal melaporkan diri pada setiap checkpoint!!!

Bagi ambo sendiri...paling cepat ambo buat...4 hari latihan senyap2 dari K.Tahan - puncak GT - K.Tahan...operational gear... dan paling lama...2 minggu dari 1hb Jan 1990 hingga 14hb Jan 1990 bermula dari..
K.Tahan
K.Melantai<overnite - pengurusan trail>
K.Putih<overnite - pengurusan trail & kajian dan BBQ ikan kelah>
K.Teku<overnite - pengurusan trail dan tali kecemasan>
Kem Air Terjun 4 tingkat<overnite 2 malam - dpt saksi 7 ekor serigala rentap ngan 3 ekor Ba** hutan>
Wray's Camp<overnite - pengurusan trail dan pengurusan trail>
Kem Padang<overnite 2 malam- pengurusan trail/tali pendakian ddan pengurusan tapak kecemasan helikopter>
Puncak GT<overnite - pendurusan trail/penggalian perigi takungan air>
Kem Ulu Kelah<overnite - pengawasan anti pembalakkan dan pemburuan - ikan habis di tuba oleh orang luar>
Kem Tengah jalan balak<overnite - pengawasan anti pambalakkan dan pemburuan serta pemantauan sempadan - kena perhambat ngan gajah liar jam 2 pagi dan 4 pagi sehingga terpaksa melepaskan tembakan ke udara>
Kem sempadan ulu relai/ladang kelapa sawit<overnite - 2 malam pengawasan anti pembalakkan dan pemburuan serta pemantauan sempadan>
Lebuhraya Aring/Gua Musang...dan bermalam di rumah rihat gua musang<hanya satu je yang ada masa tu>
15 anggota perhilitan paling berpengalaman trekking dan memancing terbaik + saya <kami bawa kompas protactor, bekalan<tak cukup rupa2nya>, backpack Swistar<Frame di luar> dan beberapa bedil :-) yang beli di Ngoh Keong
Saya sendiri bawa kotak aluminium untuk kamera Nikon FM2 dan beberapa peralatan sentitif
Khemah kami khemah lama A-Frame...seksa nak drikan di puncak G Tahan dengan angin yang kuat!
Hanya 14 orang je yang masih ada - al fatihah untuk arwah Mat Selat & Abang Ali :-(

Kami berpecah 2 kumpulan di sebabkan musim tengkujuh..terpaksa berakit ngan rotan menyeberang sg relai...dan kami keluar betul2 kat kuari lebuhraya di Felda Aring..habis seluar dan baju rabak serta berdarah di sebabkan pacat hijau.
Telor Masin pun kena ngan si pacat :-)
Sampai di lebuhraya Aring/Gua Musang...kumpulan kami keluar dulu seramai 8 anggota dan kau2 minum semua ais - teh ais, ovaltine ais, teh o ais limau dan roti2/kek2...8 orang makan - RM 64-80...saya ingat lagi kos semua dari warung makcik tepi lebuhraya tu.

Ambo dah 21 kali sampai Kem Padang tapi ke puncak GT hanya sekali je sebab...view di atas puncak amatlah membosankan.
Pernah juga bantu kawan2 cikgu dari SERATAS dan King Edwards mengikut dan membantu pasukan sekolah ke puncak - 5 kali terpaksa buat rescue sehinggalah 3 pagi dan pernah sekali terpaksa tidur di atas balak tumbang menemankan sekumpulan budak2 sekolah yang dah surrender di permatang Bukit Malang dalam perjalanan balik ke K. Melantai. Bantu menemankan PELAPES ITM bawah Kapt Basharuddin dan juga group UPM pun pernah ikut...

Pernah juga buat assessment dan medical attention untu 6 budak sekolah perempuan yang semua kena AMS di Kem Padang...serta bantu seorang pelajar cina yang give up di tali Gunung Gedung...serta sekali lagi pelajar ini sangkut dalam perjalan turun dari puncak.
Cuma sekali saja..saya terbabas dalam perjalanan ke trail puncak untuk membantu guide2 bawa pelajar ni turun dan saya terbabas kerana....mengejar guide dari belakang sebab saya terpaksa balik semula ke kem tukar lampu picit.
Rupa2 guide yang saya kejar tu bersama2 ngan guide lain membawa pelajar cina turun - yang di kejar tu bukan orang.... tu pasal lah menate tu menyesatkan saya sehinggalah saya tersedar trail ada dahan2 berjuntai - mana ada trail yang dahan terjuntai sebab trail ke ouncak G Tahan memang luas!
So..berhenti, buat pusingan, mengucap 2 kalimah syahadat...mengumit ayat2 ini dan itu, kohor2 jalan balik semula untuk mencari trail dan bertemu juga ngan guide2 lain ngan pelajar cina yang lembik tu!

Tu lah dia semua....ceritanya kisah cinta saya ngan gunung tahan...

Bagi pendapat saya, sekali seumur hidup gi lah naik ke puncak G Tahan melalui Kuala Tahan....turun je badan ringan. View dari Gung Gedung amat sekali menarik...

Den tak larat dah ni....masuk survival course boleh lah...
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by kenoi » 29 Nov 2012, 12:46

terbaek Tuan, saya mmg suka dgr/baca pengalaman org lain masuk hutan utk jadi panduan.

utk cerita tersasar, hanya skali sahaja apabila buat nightwalk@Angsi tahun lepas. tetiba perasan denai yg dilalui nampak macam luas dan cantik (bersih), namun tetap teruskan perjalanan sambil membaca ayat² suci. Rupanya keadaan turut dirasai oleh rakan² dibelakang...hehe

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by betterman » 10 Jan 2013, 13:17

Kem Air Terjun 4 tingkat<overnite 2 malam - dpt saksi 7 ekor serigala rentap ngan 3 ekor Ba** hutan>
Serigala ada ke kat hutan malaysia nie?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

azlanhuzaifah
Pendaki Gunung
Posts: 125
Joined: 16 Feb 2009, 16:49

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by azlanhuzaifah » 10 Jan 2013, 14:01

ehehe..puncak gunung ledang, tahun 2000..aku pernah nampak 3 ekor serigala kutub (kaler putih) di puncak. Jam 4.00 pagi. ehehehehe.

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by am » 10 Jan 2013, 14:35

'mistikus cinta' atau sememangnya satu kebenaran coz binatang2 liar susah nk dilihat di hutan kita yg padat ni... camera trap pun org biasa pasang dekat2 dengan denai dan laluan trekking je, jauh2 orang tak berapa nak letak. iye tak?
find me more at multiply | blogspot | flickr

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by betterman » 11 Jan 2013, 11:35

Fuhhh mmg terkejut gak la jumpa serigala kat hutan malaysia. pasti bukan anjing hutan ke?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by deep purple » 11 Jan 2013, 11:48

Fuhhh mmg terkejut gak la jumpa serigala kat hutan malaysia. pasti bukan anjing hutan ke?
confirm bro... :o

saya prnh jumpa...halau2 x mau pegi so member campak roti Gardenia sbb kesian tengok muka dia sedih semcm,...lps satu, satu - last2 7 keping baru dia blah

"WISHING WELL"

http://phototrek.wordpress.com/

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by forestgump » 11 Jan 2013, 12:01

Kem Air Terjun 4 tingkat<overnite 2 malam - dpt saksi 7 ekor serigala rentap ngan 3 ekor Ba** hutan>
Serigala ada ke kat hutan malaysia nie?
Geng perhilitan taman negara cakap serigala - saya setuju je.
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by kabusgunung » 11 Jan 2013, 12:06

pengaruh cerita tv....citer omputih kan asyik juper serigala

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by forestgump » 11 Jan 2013, 14:09

pengaruh cerita tv....citer omputih kan asyik juper serigala
Tahun 1990 tak ada cerita omputih serigala - astro pun tak ada.
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by betterman » 11 Feb 2013, 21:27

Mungkin sebab rare sangat kot nak jumpa serigala nie tu yang ramai orang tak tau. tapi tak mustahil pon.
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 13 Feb 2013, 12:04

Ada.. taun 80 an kami masih jumpa lagi. Tapi akhir akhir ni tak jumpa langsung. Masa kami buat Lebuhraya Timur Barat nak sampai ke Jeli ada sekumpulan Serigala disana dan selalu melolong panjang waktu malam. Lebuhraya ni di bina oleh Pasukan Jurutera dari ATM. Masa tu sy Kedet Putra lagi.

UnderAge
Pendaki Gunung
Posts: 145
Joined: 16 Jan 2006, 11:45

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by UnderAge » 21 Feb 2013, 17:05

citer yg terbaekkk....

aku pun tak tau camna beza serigala n anjing..
::: SuCCESS :::

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Trek gunung tahan paling lama?

Post by forestgump » 01 Mar 2013, 04:52

terbaek Tuan, saya mmg suka dgr/baca pengalaman org lain masuk hutan utk jadi panduan.

utk cerita tersasar, hanya skali sahaja apabila buat nightwalk@Angsi tahun lepas. tetiba perasan denai yg dilalui nampak macam luas dan cantik (bersih), namun tetap teruskan perjalanan sambil membaca ayat² suci. Rupanya keadaan turut dirasai oleh rakan² dibelakang...hehe
Kalau trek tiba2 luas dan kemas - tu tempat burung kuang jantan dan bukan tempat benda2 " keras "....minta jangan fikirkan yang bukan2 - orang kita ni suka sangat fikirkan yang bukan2 bila ternampak benda yg pelik2....
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

Post Reply