[SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

Post Reply
User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

[SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by am » 15 Aug 2012, 18:04

Salam,

Kepada sesiapa yang berminat, saya ada aturkan satu pendakian ke Gunung Tapis. Maklumat adalah seperti yang tertera dibawah:-

Tarikh: 14-17 September 2012
Tempoh: 4 hari 3 malam
Cuti Umum: Hari Malaysia
Tarikh bertolak: 13 September 2012 (10.00pm)
Tempat berkumpul: Stesen LRT Gombak (berdekatan dengan Taman Melati, Gombak)
Kategori: Sederhana
Bayaran: RM200.00/seorang
Deposit: RM50.00 (sebelum 7hb September 2012)

BANYAK SOAL JAWAPNYE..

Kenapa saya buat 4 hari 3 malam, ada orang lain buat 2 hari ke 3 hari sahaja?
Orang lain tu semua 'hardcore' punya pendaki. Saya dah tak larat nak overtime. Naik gunung nak santai-santai nikmati pemendangan indah dan mendapatkan rehat yang cukup.

Kenapa bayaran sampai RM200?
Bayaran adalah untuk upah jurupandu, makanan sepanjang ekspedisi, sewa peralatan perkhemahan, barang nak masak-masak, naik pickup 4WD atau lori untuk masuk sampai Starting Point, permit mendaki dan juga upah pengurusan. Kalau rasa awak boleh buat lagi murah, boleh usulkan kepada saya lah berapa harganya. Bilangan peserta ni tak menentu.. mungkin 3-4 orang je, atau mungkin terlebih-lebih.

Bagaimana nak ke Sungai Lembing?
Mode of Transportation ialah CONVOY. Guna kenderaan sendiri, senang awak nak balik bila-bila pun boleh. Kalau takda kenderaan pun takpe, bagitau sahaja nanti pihak pengurusan akan cuba uruskan yang terbaik. Owner2 kenderaan jangan risau, nanti duit minyak dan tol semua bahagi-bahagi sama rata dengan penumpang.

Deposit boleh dapat balik tak kalau tak jadi pergi?
Buat pengetahuan anda, deposit itu lah pihak pengurusan nak gunakan untuk mohon permit, bayar pendahuluan kepada guide supaya guide tak lari, beli barang asas dapur nak masak memasak. Kenapa fikiran sempit sangat nie? Macam budak-budak lah.. shuh! shuh!

Tak pernah naik gunung lah. Tapi minat sangat!
Yang penting ada MINAT dan PERALATAN ASAS. Kalau ada minat tapi takda peralatan asas tak guna juga. Pastikan anda seorang yang memiliki tubuh badan yang sihat serta mental yang kuat. Beg saiz 50L, ada sleeping bag, botol air, pinggan (bukan kaca), cawan, sudu, garfu, alatan mandi, baju tidur, lampu suluh dan bateri extra, kasut yang sesuai, pakaian yang sesuai serta coklat-coklat atau kudapan untuk kunyah2 semasa trekking.

Ini trip hulur pinggan je ker? Dengan kata lain trip pelancong
Biasanya kalau trip mewah atau pelancong nie, jenis main hulur pinggan masa masuk waktu makan saya akan naikkan bayaran sebanyak 200% daripada harga yang dikemukakan diatas. Jadi pandai-pandailah pikir, tolong menolong amalam mulia. Kalau nak trip makan sendiri-sendiri pun boleh. Bayar je penuh, nanti duit ration sy pulangkan.

Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh hubungi saya melalui telefon 016-2525848 (Amri), atau email kepada nkamri@gmail.com.

Tentatif perjalanan saya tidak sediakan. Dah confirm nanti saya bagi pada 14hb September.

Percaya pada saya dan nak bayar terus??? Boleh lakukan pembayaran kepada akaun WILD JUNCTION. Rujuk laman ini untuk keterangan lanjut;- http://wildjunction.com/payment/

Image

Sekian sahaja daripada saya,

NKAMRI
WILD JUNCTION
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
Fiftyhertz
Pendaki Gunung
Posts: 91
Joined: 24 Apr 2011, 09:45
Location: Ampang

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by Fiftyhertz » 22 Aug 2012, 00:08

lamanya x trekking dgn en. amri ni hehe
heal the world. make it better place.

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by am » 30 Aug 2012, 10:51

Jom lah.. sy takde geng nie.

Penyertaan dah hampir mencapai bilangan maksima. Insyallah kalau dpt deal terbaik, kos trip bole kurang sket.

PENGUMUMAN

Diatas persetujuan beberapa pihak, trip ke Gunung Tapis ini telah dipendekkan kepada durasi 3 hari 2 malam sahaja. Bertolak daripada KL pada malam hari Jumaat, berkumpul di LRT Gombak (berdekatan Taman Melati) pada jam 9.00 malam.

Harap maklum.
find me more at multiply | blogspot | flickr

Defcon
Webmaster Team
Posts: 308
Joined: 26 Dec 2006, 22:54
Location: 127.0.0.1
Contact:

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by Defcon » 30 Aug 2012, 15:06

Salam,
Kenapa saya buat 4 hari 3 malam, ada orang lain buat 2 hari ke 3 hari sahaja?
Orang lain tu semua 'hardcore' punya pendaki. Saya dah tak larat nak overtime. Naik gunung nak santai-santai nikmati pemendangan indah dan mendapatkan rehat yang cukup.
Statement nie yg paling i LIKE heheheh... samo lah kita.. baik pelan pelan kayuh santai nikmati permandangan indah..yg penting setiap check point/campsite on time sampai huhuhu... nak overtime... adeh huhuhu... Semoga akan datang Encik Am leh bikin trip dgn slogan ini lagik heheheh... memang sesuai utk orang macam saya hahahah.. tapi part cuti & nak selit ari lah pulak yg liplap liplap hahaha
.::[x]:

ikan-lelumba
Pendaki Gunung
Posts: 62
Joined: 21 Aug 2011, 21:07

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by ikan-lelumba » 30 Aug 2012, 15:12

teringin nk pegi tp date tu dah ade trip lain.

sila buat lg yer en. am

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by shahrul » 04 Sep 2012, 22:43

terbaeklah am! :)

jarang orang buat trip gunung tapis ni..
all the best!
_________________
_________________

User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by abe~G » 05 Sep 2012, 12:00

anugerah gogo paling sopan :) ..

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by Freelance » 07 Sep 2012, 16:35

Am.. kalo tak ramai orang ..postpone lah hehehe!! akak pun nak g..tapi time ni akak pun wat trip sendiri time ni..

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by am » 10 Sep 2012, 15:15

Kak Lili, korum da penuh. Wajib jalan dah. Hehehe.. Nanti am pergi dulu. Pastu agak2 dah confident tu kita pergi lagi skali! ;)
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by am » 10 Sep 2012, 19:40

PENGUMUMAN TERKINI (10/9/2012 7:38PM)

Penyertaan telah DI-TUTUP. Trip CONFIRM JALAN. Guide orang tempatan Sungai Lembing.
Kepada sesiapa yang berminat, insyallah kita akan berjumpa di lain rancangan.

:wink:
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by shahrul » 10 Sep 2012, 21:26

alhamdulillah, have a safe journey :)
_________________
_________________

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by azkramm » 11 Sep 2012, 08:41

Tahniah!

Selamat Mendaki

semoga selamat sampai ke puncak dan dipermudahkan Allah. Al fatihah

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by shahrul » 13 Sep 2012, 12:46

trip jadi ke am?
_________________
_________________

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by am » 24 Sep 2012, 01:03

Trip dah selesai. Alhamdulillah walaupun ada cabaran dalam proses mendapatkan guide dan transport, tapi semuanya dah settle. Pendakian takda masalah dan semua berjaya tiba ke puncak dengan selamat. Cuaca pun cantik.. tak hujan meskipun 1-2 hari sebelum memang hujan lebat/petir/angin di sekitar Sungai Lembing.

Insyallah ada rezeki akan kesana lagi.
find me more at multiply | blogspot | flickr

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by Denan » 24 Sep 2012, 08:36

tahniah en. am... lain kali buat insyaallah saya nak ikut. :mrgreen:

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by shahrul » 24 Sep 2012, 15:59

@am: alhamdulillah selesai sudah..tahniah diucapkan.. :)

@abg Nan: lama tak trekking sama derrr.. jom!
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by Denan » 24 Sep 2012, 16:48

@abg Nan: lama tak trekking sama derrr.. jom!
tu le lama x jumpa ko ye... biase le shahrul org tua x boleh treking slalu kang reput tulang :lol:
ada trip mana2 info le ye... insyaallah kalo ada kelapangan boleh follow :mrgreen:

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by am » 27 Sep 2012, 01:10

bulan December moh kita ke Gunung Bintang!
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by shahrul » 27 Sep 2012, 16:18

bulan December moh kita ke Gunung Bintang!
nak tau jugak pasal G. Bintang ni..apa uniknya, trail dia mcm mana..
(buat topik baru ler am) :lidah:
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by Denan » 27 Sep 2012, 18:46

lama sangat dah x g gunung bintang nih... last sampai sana masa bujang2 dulu kot... masa tu muda g :mrgreen:

zulpc
Pendaki Gunung
Posts: 1
Joined: 19 Jan 2014, 03:28

Re: [SEPT 2012] Pendakian Gunung Tapis + Air Terjun Pelangi

Post by zulpc » 19 Sep 2015, 19:17

Bila nak buat lagi trip ke Gunung Tapis ni? Rasa nak join.

Post Reply