Kepada sesiapa yang berminat, saya ada aturkan satu pendakian ke Gunung Tapis. Maklumat adalah seperti yang tertera dibawah:-
Tarikh: 14-17 September 2012
Tempoh: 4 hari 3 malam
Cuti Umum: Hari Malaysia
Tarikh bertolak: 13 September 2012 (10.00pm)
Tempat berkumpul: Stesen LRT Gombak (berdekatan dengan Taman Melati, Gombak)
Kategori: Sederhana
Bayaran: RM200.00/seorang
Deposit: RM50.00 (sebelum 7hb September 2012)
BANYAK SOAL JAWAPNYE..
Kenapa saya buat 4 hari 3 malam, ada orang lain buat 2 hari ke 3 hari sahaja?
Orang lain tu semua 'hardcore' punya pendaki. Saya dah tak larat nak overtime. Naik gunung nak santai-santai nikmati pemendangan indah dan mendapatkan rehat yang cukup.
Kenapa bayaran sampai RM200?
Bayaran adalah untuk upah jurupandu, makanan sepanjang ekspedisi, sewa peralatan perkhemahan, barang nak masak-masak, naik pickup 4WD atau lori untuk masuk sampai Starting Point, permit mendaki dan juga upah pengurusan. Kalau rasa awak boleh buat lagi murah, boleh usulkan kepada saya lah berapa harganya. Bilangan peserta ni tak menentu.. mungkin 3-4 orang je, atau mungkin terlebih-lebih.
Bagaimana nak ke Sungai Lembing?
Mode of Transportation ialah CONVOY. Guna kenderaan sendiri, senang awak nak balik bila-bila pun boleh. Kalau takda kenderaan pun takpe, bagitau sahaja nanti pihak pengurusan akan cuba uruskan yang terbaik. Owner2 kenderaan jangan risau, nanti duit minyak dan tol semua bahagi-bahagi sama rata dengan penumpang.
Deposit boleh dapat balik tak kalau tak jadi pergi?
Buat pengetahuan anda, deposit itu lah pihak pengurusan nak gunakan untuk mohon permit, bayar pendahuluan kepada guide supaya guide tak lari, beli barang asas dapur nak masak memasak. Kenapa fikiran sempit sangat nie? Macam budak-budak lah.. shuh! shuh!
Tak pernah naik gunung lah. Tapi minat sangat!
Yang penting ada MINAT dan PERALATAN ASAS. Kalau ada minat tapi takda peralatan asas tak guna juga. Pastikan anda seorang yang memiliki tubuh badan yang sihat serta mental yang kuat. Beg saiz 50L, ada sleeping bag, botol air, pinggan (bukan kaca), cawan, sudu, garfu, alatan mandi, baju tidur, lampu suluh dan bateri extra, kasut yang sesuai, pakaian yang sesuai serta coklat-coklat atau kudapan untuk kunyah2 semasa trekking.
Ini trip hulur pinggan je ker? Dengan kata lain trip pelancong
Biasanya kalau trip mewah atau pelancong nie, jenis main hulur pinggan masa masuk waktu makan saya akan naikkan bayaran sebanyak 200% daripada harga yang dikemukakan diatas. Jadi pandai-pandailah pikir, tolong menolong amalam mulia. Kalau nak trip makan sendiri-sendiri pun boleh. Bayar je penuh, nanti duit ration sy pulangkan.
Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh hubungi saya melalui telefon 016-2525848 (Amri), atau email kepada nkamri@gmail.com.
Tentatif perjalanan saya tidak sediakan. Dah confirm nanti saya bagi pada 14hb September.
Percaya pada saya dan nak bayar terus??? Boleh lakukan pembayaran kepada akaun WILD JUNCTION. Rujuk laman ini untuk keterangan lanjut;- http://wildjunction.com/payment/

Sekian sahaja daripada saya,
NKAMRI
WILD JUNCTION