Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 25 Apr 2012, 15:16

Gunung Ledang, Johor ( 2 Jun 2012 - 3 Jun 2012)

Dengan segala hormatnya, lily mengalu2kan penyertaan dari kawan2 sepergunungan

Kos : RM 180.00 Deposit : RM 90.00

meliputi :
1) khidmat guide taman negara,permit,yuran taman negara,tapak perkhemahan,sijil & insuran &
2) Ration dan pengangkutan bas

Pembayaran deposit sudah boleh dibuat sekarang….
sila sahkan penyertaan anda dengan pembayaran deposit sebanyak rm90.00 sekiranya anda nak g ler...
Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri disaat-saat akhir.
sila bank in di CIMB no acct : 1432-0061644-52-1 Suhaili Bt Mohd Sharidan...
(apabila sudah di bank in kan sila call atau sms kt saya, simpan resit pembayaran)

Perhatian :
(sila bagi nama penuh, alamat rumah, ic no, no tel, nama waris, no talipon waris - utk kes emergency)

Berminat sila roger atau pm kt saya, Lily 017-3461740

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 18 MAY 2012

Jumaat
(1/6/2012)
11.00 mlm Berkumpul di Terminal LRT Putra Gombak
Bas akan berada di terminal LRT
12.00 mlm Gerak ke Tangkak, Muar

Sabtu
(2/6/2012)
4.30pg Dijangka tiba di taman hutan lagenda
Awal lagi.. Tidur ler dalam bas..
6.00 pg Solat subuh.Berkumpul di taman negara gunung ledang
7.00 pg Breakfast dan bersiap2 untuk pendakian
9.00pg Pendaftaran dan taklimat Pendakian
10.00pg mula mendaki ke CP4 (Kolam Gajah)- {2-3 jam}
1.00pm lunch & set camp site di CP4
Aktiviti Bebas di campsite
4.00pm Minum Petang dan suaikenal
7.00pm Makan malam
9.00pm Tidur

Ahad
(3/6/2012)
2.00pagi Bangun dan bersiap2
2.30pagi Gerak ke puncak (4-5 jam)
5.30pagi Dijangka tiba di puncak ledang & sessi penggambaran
7.00pagi Turun dari puncak ke CP4 (2-3 jam)
10.00pagi Sampai campsite
Kemas2 .. Makan tengahari
3.00ptg Dijangka sampai ke Lagenda - Pintu Masuk (entrance)
Penyampaian sijil
4.00pm Gerak pulang ke Kuala Lumpur.

Perhatian :
PESERTA HARUSLAH MEMATUHI SETIAP ARAHAN YANG DIBERI DARI MASA KE SEMASA.
PERUBAHAN MASA, PERJALANAN DAN AKTIVITI BERGANTUNG KEPADA SITUASI SEMASA DAN KEADAAN PESERTA

Pakej yang disediakan :-

1) Jenis trip : Bukan trip Pendaki Pelancong, boleh dikategorikan sebagai separa Pelancong
(saya amat mementingkan kerjasama/teamwork dari semua peserta)

2) Tahap trek : Ada kala santai sebab leh mandi mandi di sungai/air terjun, adakala pacak.. Biasalah naik gunung mana de menurun..ahaks…!!!
(Info Gunung Ledang : rajin-rajin ler bertanya kepada kawan2 yang pernah g naik gng ledang, atau senang je cari kt internet)

3) Makan/ration : akan diberitahu kemudian k
Ration akan dibahagi2kan.. Dan dipikul bersama2..tidak ada porter k…
Masak : Ada chef, ada krew nak best jom kita sama2 membantu kt dapur. Sambil sembang bawah fly..hehehe!!!

4) Firstaid : Disediakan. Jenis-jenis ubat adalah yang sakit normal sahaja..

5) Peralatan perkhemahan : Konsep tidur bawah fly
(flysheet, groundsheet disediakan, sama2 pikul k)

6) Pengangkutan : Bas

Syarat-syarat Penyertaan Peserta

Sebagai persediaan sebelum mendaki, sila trening untuk stamina anda.. sila buat kajian dan inisiatif
sendiri untuk mengambil tahu tentang trek gunung Ledang.. banyak info yang boleh diperolehi melalui
pengalaman kawan2 dan internet..

1) Peserta : terhad kepada 30 orang sahaja… (1 Guide 10 orang…)

2) Tahap Peserta : Boleh daki gunung, pastikan persediaan mental dan fizikal
Yang rasa tak biasa joint group ramai2 ni..kena fikir banyak kali k…

3) Umur peserta : terbuka kepada semua usia.
Yang masih bersekolah sila minta kebenaran dari ibubapa anda.

4) Kesihatan : Bebas dari semua penyakit berjangkit dan penyakit berisiko tinggi..
sila bawa ubat-ubatan peribadi

5) Untuk Individu : Peralatan yang perlu dibawa : beg haversack, pakaian yang bersesuaian
utk treking, mestin/pinggan, cawan, sudu garfu, headlamp, bag daypack,
pakaian tidur, baju hujan, baju sejuk, sleeping bag. Jangan membawa barang lebih muatan
takut anda tidak terpikul ..ahaks!!!
1.5 liter botol mineral kosong untuk kegunaan dapur

6) Kudap-kudapan/Jajan sendiri.

Sekiranya ada pertanyaan dan kemusykilan sila call atau PM saya k..TQ

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 25 Apr 2012, 15:18

Sila baca dari awal hingga akhir k...sesiapa berminat sila roger2 saya k..TQ

rakcacer
Pendaki Gunung
Posts: 16
Joined: 16 Apr 2012, 21:59
Location: Johor Bahru

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by rakcacer » 25 Apr 2012, 22:31

Bulan ni je dh 3 kali naik ledang...

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by matsaiko » 26 Apr 2012, 01:20

Bulan ni je dh 3 kali naik ledang...
fuh otai ledang ni..
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
En Azlee
Pendaki Tegar
Posts: 280
Joined: 16 Nov 2009, 16:32
Location: putrajaya
Contact:

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by En Azlee » 26 Apr 2012, 08:59

lepas ni bleh try trail jementah plak ye..rakcacer
" Pengalaman adalah guru terbaik..."
azleemustafa@gmail
0172366218

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by am » 26 Apr 2012, 14:35

wow.. sy tak penah pi ledang. 2jun ya? akan check jadual.. kalu ada jodoh ke gunung ledang insyallah i will pollow..
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by shahrul » 26 Apr 2012, 14:40

lepas turun takde aktiviti ke mana2 ke kak lily.. makan2 kat sana best2 dengor eh :lidah:
_________________
_________________

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 26 Apr 2012, 15:59

lepas ni bleh try trail jementah plak ye..rakcacer
perghh.. dah tgk map trail dari jementah.. mcm tak de waterpoint je..

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 26 Apr 2012, 16:01

lepas turun takde aktiviti ke mana2 ke kak lily.. makan2 kat sana best2 dengor eh :lidah:
shahrul ko g ke? :keke: tangkak terkenal ngan tempat shopping..biasalah kain2 banyak lah, :lol: kalo g muar memang byk tempat makan.. nanti leh tanya orang sana lah.. mana tempat makan yang best.. sebab jarang sampai area tangkak, sagil tu..

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 26 Apr 2012, 16:03

wow.. sy tak penah pi ledang. 2jun ya? akan check jadual.. kalu ada jodoh ke gunung ledang insyallah i will pollow..
jom am.. kalo jadi g ..roger2 lah akak k... ko mencari jodoh ke kt gng ledang.. manalah tau. kena check dulu ramai tak qudiz2 yang g.. ramai gak kawan2 bertemu jodoh dlm trip akak ni.. :keke: :minum:

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 26 Apr 2012, 16:41

Lily cakap awal2 k.. trip lily hanya untuk transport bas sahaja.. sebab dah budget untuk 30 orang sahaja yang g.. sebab 1 gaid untuk 10 orang.. so 30 orang kira 3 gaid digunakan.. Gunung ledang wajib guna gaid taman negara k..

sesapa nak g sendiri dengan berkenderaan sendiri dipersilakan.. tapi wat ler trip sendiri k.. sebelum nak tau g trip mana2 gunung pun.. jangan lah malas nak cari info.. tak kira samada gogo atau peserta sila cari info samada bertanya ngan gaid atau kawan2 yang dah pernah pergi gunung mana2 skali pun.. dalam internet pun leh cari info.. dalam gunung online ni pun leh cari info... sebelum bertanya kita cari dulu info.. kalo dah tak de sumber dan tak faham leh lah tanya kt kawan2 yang ada info.. paling penting kalo guna gaid taman negara adalah lebih senang bertanya dengan gaid taman negara sendiri.. jangan direct tanya kt saya k.. saya pun sendiri tanya kt gaid tentang kos dan tentatif program kt ledang..

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 26 Apr 2012, 17:13

Sesapa nak g sendiri ada pilihan... kawan2 dalam GO ni pun ada wat trip ke ledang gak.. leh saya promote.. konsep car pool .. rasanya dia ada iklan dalam Facebook..leh kontek sham castello 012-6206087 atau en azlee.. dia pun ada up iklan dalam GO untuk trip gunung ledang.. banyak info yang leh kita cari kt dalam GO ni..

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by shahrul » 26 Apr 2012, 17:15

shahrul ko g ke? :keke: tangkak terkenal ngan tempat shopping..biasalah kain2 banyak lah, :lol: kalo g muar memang byk tempat makan.. nanti leh tanya orang sana lah.. mana tempat makan yang best.. sebab jarang sampai area tangkak, sagil tu..
yeye.. saya insyaallah pegi tgh bulan 5 nanti.. tgh tercarik2 gak tempat nak pusing-pusing dulu sebelum balik KL semula
itupun kalau trip ikut planning lah.. takda injuries dll, boleh keluar awal dan cuci mata kat Tangkak atau Muar... heheee..

ini kali keberapa dah naik Ledang kak Lily?
_________________
_________________

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 26 Apr 2012, 17:22

ini kali keberapa dah naik Ledang kak Lily?
dulu dah naik sekali.. ikut asahan.. tu pun orang kampung bawak dulu.. skrg nak merasa ler dari sagil lak.. nak rasa trek dan view trek kt sana lak... hehehehe!!!

rakcacer
Pendaki Gunung
Posts: 16
Joined: 16 Apr 2012, 21:59
Location: Johor Bahru

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by rakcacer » 26 Apr 2012, 22:07

lepas ni bleh try trail jementah plak ye..rakcacer
trail jementah tak berapa mencabar... ikut lagenda yg mencabar... lagi lagi tangga mahligai tu... dh mcm naik batu cave

rakcacer
Pendaki Gunung
Posts: 16
Joined: 16 Apr 2012, 21:59
Location: Johor Bahru

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by rakcacer » 26 Apr 2012, 22:08

lepas turun takde aktiviti ke mana2 ke kak lily.. makan2 kat sana best2 dengor eh :lidah:
shahrul ko g ke? :keke: tangkak terkenal ngan tempat shopping..biasalah kain2 banyak lah, :lol: kalo g muar memang byk tempat makan.. nanti leh tanya orang sana lah.. mana tempat makan yang best.. sebab jarang sampai area tangkak, sagil tu..
kalo sampai tangkak, makan nasi ayam pak ali. tu je kedai yg popular. kalo kat bandar muor, makan mee bandung syed nasir...

User avatar
sany ADALAH alger
Otai Gunung
Posts: 932
Joined: 18 Apr 2006, 09:38
Location: in the middle of jungle called KAY HELL
Contact:

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by sany ADALAH alger » 27 Apr 2012, 15:41

kalau election jatuh pada date yang same how ekk? :pig:
CARPE DIEM!

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 27 Apr 2012, 17:24

kalau election jatuh pada date yang same how ekk? :pig:
.. leh je tunda ke minggu depan.. gaid pun confirm nak g ngundi gak tu..kang murka lak sultan johor hehehe!!! Parlimen pun belum dibubarkan lagi.. khabar angin awal bulan Mei.. so dalam tempoh 60 hari ler leh on pilihanraya samada bulan Mei dan Jun.. tunggu je lah.. :wink:

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 02 May 2012, 12:17

sesiapa berminat nak follow trip gunung ledang ..sila roger2 saya k..TQ

rakcacer
Pendaki Gunung
Posts: 16
Joined: 16 Apr 2012, 21:59
Location: Johor Bahru

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by rakcacer » 03 May 2012, 19:38

sesiapa berminat nak follow trip gunung ledang ..sila roger2 saya k..TQ
mungkin korang akan jumpe kwn kt sana pd time tu...

ekan_biliss
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 08 Sep 2006, 22:25
Location: group blakang

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by ekan_biliss » 05 May 2012, 23:11

tak penah naik ledang.ingat nak join.
Kalau jadi, nanti confirm balik.

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by shahrul » 06 May 2012, 11:50

lepas ni bleh try trail jementah plak ye..rakcacer
trail jementah tak berapa mencabar... ikut lagenda yg mencabar... lagi lagi tangga mahligai tu... dh mcm naik batu cave
trail lagenda ni yg ikut asahan tu ke?
_________________
_________________

rakcacer
Pendaki Gunung
Posts: 16
Joined: 16 Apr 2012, 21:59
Location: Johor Bahru

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by rakcacer » 07 May 2012, 00:47

lepas ni bleh try trail jementah plak ye..rakcacer
trail jementah tak berapa mencabar... ikut lagenda yg mencabar... lagi lagi tangga mahligai tu... dh mcm naik batu cave
trail lagenda ni yg ikut asahan tu ke?
Trail lagenda ikut sagil...

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 08 May 2012, 12:23

Masih ada kekosongan lagi. sesiapa berminat nak g..sila roger2 lily k...TQ

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by shahrul » 14 May 2012, 11:49

assalamualaikum...alhamdulillah baru je selesai trip kitorang ;)

trip santai-santai mak limah je.. mendaki Ledang ni skrg dah mahal.. macam2 nak kena bayar
permit mendaki & guide mmg wajiblah.. tambah bayaran utk konservasi la, tapak khemah, insurans, deposit sampah mcm tu..
harap2 kak lily dah prepare costing semua tu sekali :)

yg optional nak tengok sunrise pun kene bayo.. sijil pun optional jugak rm15 hengget!

alhamdulillah merasa jugak ke Ledang :minum:

kepada trip kak Lily, semoga selamat sampai juga.. selamat berjaya!
_________________
_________________

kokdekdenla
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 09 May 2012, 00:59

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by kokdekdenla » 14 May 2012, 12:01

salam....best gak ni kalau dapat join sekaki... :wink:

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Denan » 15 May 2012, 08:35

assalamualaikum...alhamdulillah baru je selesai trip kitorang ;)

trip santai-santai mak limah je.. mendaki Ledang ni skrg dah mahal.. macam2 nak kena bayar
permit mendaki & guide mmg wajiblah.. tambah bayaran utk konservasi la, tapak khemah, insurans, deposit sampah mcm tu..
harap2 kak lily dah prepare costing semua tu sekali :)

yg optional nak tengok sunrise pun kene bayo.. sijil pun optional jugak rm15 hengget!

alhamdulillah merasa jugak ke Ledang :minum:

kepada trip kak Lily, semoga selamat sampai juga.. selamat berjaya!
tahniah shahrul... :o

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by shahrul » 15 May 2012, 09:35

macih bang nan :minum: .. nanti g jugak dgn geng meru kaaa..?
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Denan » 15 May 2012, 15:57

macih bang nan :minum: .. nanti g jugak dgn geng meru kaaa..?
insyaallah kalo xde apa2 ikut kot... jom ler one more time hehe :mrgreen:

User avatar
mohdariff
Pendaki Gunung
Posts: 39
Joined: 09 Apr 2011, 17:30
Location: Tempat Sunyi

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by mohdariff » 16 May 2012, 18:58

Jika sy datang sendiri ke Ledang pg sabtu itu caj macam mana ya? Sebab kg
memang di Muar, so masa tu cuti jadi memang ada di Muar. Berminat nak join trip
ni.

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by shahrul » 16 May 2012, 19:08

@mohdariff kalo taksilap trip ni kena ber-bas.. taip baik tunggu kak lily jawab la.. rasa dia tgh bz ni tak nampak online pung :lidah:
_________________
_________________

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 17 May 2012, 14:52

assalamualaikum...alhamdulillah baru je selesai trip kitorang ;)

trip santai-santai mak limah je.. mendaki Ledang ni skrg dah mahal.. macam2 nak kena bayar
permit mendaki & guide mmg wajiblah.. tambah bayaran utk konservasi la, tapak khemah, insurans, deposit sampah mcm tu..
harap2 kak lily dah prepare costing semua tu sekali :)

yg optional nak tengok sunrise pun kene bayo.. sijil pun optional jugak rm15 hengget!

alhamdulillah merasa jugak ke Ledang :minum:

kepada trip kak Lily, semoga selamat sampai juga.. selamat berjaya!
wassalam.. terimakasih kasik info.. hehehe..tau tak per ..ledang mcm2 kos kena bayar woo.. kira mahal gak ler.. akak dah wat research ler.. direct tanya kt gaid tu..apa kos kena bayar.. sebelum wat trip kena ler wat research dulu.. sampai ada dak2 tanya.. 'gunung ledang leh g ke? ledang leh sampai puncak ke' .. kalo tau ler awal2 ledang tak leh naik..awal2 lagi wat per akak wat g ledang.. kalo dah tak sampai puncak.. ni akak cari sumber direct dari gaid... ahaks!!! so budget akak sure ler dah masuk2 semua2 kos tu... so sape yg nak g tu.. tak yah dah fikir apa2 kos lagi nak bayar.. semua dah tertera dalam tentatif program.. sila tenguk semula tentatif program ..sudah ada detail kos2. .cuma tak letak berapa rm utk kos2 tersebut..ahaks!! waah sudah sampai ledang.. tahniah kt u all.. insyallah.. coming soon trip akak lak.. :wink:

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 17 May 2012, 14:54

Jika sy datang sendiri ke Ledang pg sabtu itu caj macam mana ya? Sebab kg
memang di Muar, so masa tu cuti jadi memang ada di Muar. Berminat nak join trip
ni.
sila pm saya ..atau call saya...

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 17 May 2012, 14:55

ESOK LAST CONFIRM.. SAPE BERMINAT SILA ROGER2 SAYA K..

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by shahrul » 17 May 2012, 21:21

assalamualaikum...alhamdulillah baru je selesai trip kitorang ;)

trip santai-santai mak limah je.. mendaki Ledang ni skrg dah mahal.. macam2 nak kena bayar
permit mendaki & guide mmg wajiblah.. tambah bayaran utk konservasi la, tapak khemah, insurans, deposit sampah mcm tu..
harap2 kak lily dah prepare costing semua tu sekali :)

yg optional nak tengok sunrise pun kene bayo.. sijil pun optional jugak rm15 hengget!

alhamdulillah merasa jugak ke Ledang :minum:

kepada trip kak Lily, semoga selamat sampai juga.. selamat berjaya!
wassalam.. terimakasih kasik info.. hehehe..tau tak per ..ledang mcm2 kos kena bayar woo.. kira mahal gak ler.. akak dah wat research ler.. direct tanya kt gaid tu..apa kos kena bayar.. sebelum wat trip kena ler wat research dulu.. sampai ada dak2 tanya.. 'gunung ledang leh g ke? ledang leh sampai puncak ke' .. kalo tau ler awal2 ledang tak leh naik..awal2 lagi wat per akak wat g ledang.. kalo dah tak sampai puncak.. ni akak cari sumber direct dari gaid... ahaks!!! so budget akak sure ler dah masuk2 semua2 kos tu... so sape yg nak g tu.. tak yah dah fikir apa2 kos lagi nak bayar.. semua dah tertera dalam tentatif program.. sila tenguk semula tentatif program ..sudah ada detail kos2. .cuma tak letak berapa rm utk kos2 tersebut..ahaks!! waah sudah sampai ledang.. tahniah kt u all.. insyallah.. coming soon trip akak lak.. :wink:
terbaekklah... so grup akak g tengok sunrise laa ye?
masa kitorang gi aritu nak gak layan sunrise tapi cuaca pagi tu tak mengizinkan, kabus tebal.. so layan tido je la :lidah:

kitorang naik ikut trek lagenda --> bukit perca --> puncak --> turun ikut KFC :lol: nasib baikkk.. kalo idak melayan pacak KFC tu la..haha

apa2 pun semoga selamat trip akak ni :minum:
_________________
_________________

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 19 May 2012, 10:34

bkn tujuan nak tgk sunrise je.. janji semua dapat jejak puncak.. saje nak merasa jalan pagi2 buta hehehe!!! insyallah ada jeki dapat tgk sunrise.. apa yang penting peserta ok dan dapat naik puncak...

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 19 May 2012, 10:35

PENYERTAAN TELAH DITUTUP

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by Freelance » 12 Jun 2012, 12:25

Alhamdulillah trip gunung ledang success.. :minum: selamat g dan balik.. terimakasih kepada kawan2 yang ikut trip lily ke ledang.. Line up seramai 11 orang.. lily mintak maaf banyak2 sekiranya ada cacat cela, terkurang/terlebih, terkasar bahasa, terlebih gurauan... insyallah kita bertemu lagi di lain trip.. Jangan serik ya.... :mrgreen:

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by deep purple » 12 Jun 2012, 14:56

congrats lili & line-up :D

dah lama x naik ledang ni, last pun 4-5 tahun lepas bawak reporter yang buat coverage untuk ledang challenge

dulu rajin gak buat trans, naik ikut Asahan pastu turun ikut Sagil...dulu x payah guna guide, trekking buat lepas tgh malam & sampai kat Sagil pun dah petang...

Ledang ni gunung pertama saya...masa tu naik ikut tangga besi tu... :)

http://phototrek.wordpress.com/

"THE MOUNTAIN OF MY LIFE" ~ WALTER BONATTI

User avatar
GoKu
Pendaki Gunung
Posts: 37
Joined: 08 Dec 2005, 18:19
Location: Johor Bahru
Contact:

Re: Gunung Ledang, Johor (2 Jun - 3 Jun 2012)

Post by GoKu » 13 Jun 2012, 13:21

Tahniah Lily & Gang,

Ye lo..sejak kena bayar yg ntahhapahapantah ni terus stop x naik lg dh.

Post Reply