Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

User avatar
wild
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 Nov 2010, 21:49
Contact:

Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by wild »

Salam sejahtera kepada Warga GunungOnline (GO),

Saya wakil kepada WILD JUNCTION ingin membentangkan hasrat kami disini dengan harapan dapat membuka laluan kepada pendaki-pendaki yang berminat untuk melakukan aktiviti pendakian sambil menyumbangkan tenaga dan masa untuk berbakti kepada alam sekitar dan juga nama baik penggiat aktiviti mendaki serta nama baik negara. Dibawah merupakan beberapa maklumat penting kepada kumpulan/perseorangan yang berminat dan cadangan aktiviti.

AKTIVITI
Pendakian sambil melakukan aktiviti pembersihan di sepanjang rentis dan tapak-tapak perkhemahan tumpuan seperti Kem Tudung Periuk dan Kem Kasut.

TEMPAT
Gunung Yong Belar, Cameron Highland

TARIKH
31 Disember 2010 - 2 Januari 2011 (3 hari 2 malam)

BAYARAN
Akan diberitahu melalui email/sms. Adalah dimaklumkan bahawa program ini bukan dibawah biayaan mana-mana pihak. Namun, penganjur akan cuba untuk meletakkan bayaran minima terutamanya untuk makanan, 4WD, peralatan asas perkhemahan kumpulan dan khidmat/upah pengurusan. Khidmat Jurupandu adalah PERCUMA!

SYARAT PENYERTAAN
- Keutamaan diberi kepada pendaki yang pernah mendaki Gunung Yong Belar
- Pendaki yang pernah melakukan aktiviti pendakian gunung melebihi tempoh 2 hari 1 malam
- Niat mulia dan tiada motif selain daripada melakukan riadah amal
- Mampu untuk mengikut arahan yang diberikan dalam menjayakan program
- Mempunyai kesungguhan dan boleh bekerja dalam kumpulan
- Mempunyai peralatan persendirian yang lengkap (asas)*
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bebas daripada belenggu masalah luar (cth: isteri mengandung, keluarga sakit, exam, etc)

* haversack, mess-tin, cawan, sudu, garfu, lampu-suluh, pisau, sleeping-bag, sleeping-mat, toilettries, etc

Gunung Yong Belar merupakan salah satu tempat tumpuan untuk penggiat aktiviti mendaki gunung di Malaysia. Berketinggian 2182 meter, gunung yang diberikan ranking ketiga tertinggi di Semenanjung ini telah menjadi tumpuan pendaki-pendaki tempatan dari serata negeri. Lebih-lebih lagi laluan/rentis trek yang mudah dan luas agak sesuai untuk semua golongan pendaki. Terletak berdekatan dengan kawasan pelancongan yang strategik, tempat ini juga telah menarik minat ramai pelancong luar terutamanya Singapura.

Namun disebabkan kemasukan pendaki yang kurang pendedahan dan rasa cinta terhadap keindahan alam sekitar telah membuatkan beberapa kawasan di gunung ini tercemar dengan sampah-sampah tinggalan pendaki. Meskipun terdapat pendaki-pendaki yang prihatin dengan membawa keluar sampah-sampah ini sedikit demi sedikit, namun ianya masih tidak mencukupi.

Bersempena dengan sambutan tahun baru 2011 ini, semoga niat baik dan murni ini dapat dilakukan dengan jayanya. Sumbangan dan kerjasama pelbagai pihak amatlah dialu-alukan.

BERMINAT?
Kepada mana-mana pihak yang berminat sila hantarkan maklumat diri anda seperti nama penuh, no.k/p dan nombor yang boleh dihubungi melalui email ke wildjunction@gmail.com

User avatar
sany ADALAH alger
Otai Gunung
Posts: 932
Joined: 18 Apr 2006, 09:38
Location: in the middle of jungle called KAY HELL
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by sany ADALAH alger »

wild wrote: - Bebas daripada belenggu masalah luar (cth: isteri mengandung, keluarga sakit, exam, etc)
mak terase yuuuuu :keke:
CARPE DIEM!

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Kalau berkesempatan saya join.
Kumpul di mana.....

User avatar
wild
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 Nov 2010, 21:49
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by wild »

Terima kasih diatas email-email tunjuk minat yang dihantar.

Saya disini juga ingin menjemput mana-mana pendaki yang mempunyai kemudahan/kenderaan pacuan 4 roda (4WD) untuk turut sama membantu dalam menjayakan program ini bagi mengurangkan kos pengangkutan peserta program.

Sekian sahaja daripada saya setakat ini.

WILD JUNCTION

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by poncho »

good effort bru~
saya mesti pilehhh..
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
wild
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 Nov 2010, 21:49
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by wild »

TENTATIF PROGRAM

31 DISEMBER 2010 (JUMAAT)
1500 - Berkumpul di Kg. Raja, Cameron Highland, Pahang
1600 - Bertolak ke Empangan Blue Valley menaiki 4WD (30 minit)
1645 - Tiba di Empangan Blue Valley
1700 - Mendirikan tapak perkhemahan. Basecamp 1
1800 - Minum petang
1830 - Persediaan makan malam
2000 - Makan malam
2130 - ICE BREAKING
2230 - Taklimat program dan pembahagian kumpulan
2400 - Tidur

1 JANUARI 2011 (SABTU)
0730 - Sarapan pagi
0830 - Persediaan terakhir
0900 - Memulakan aktiviti pendakian
1200 - Makan tengahari (Kem Tudung Periuk)
0130 - Sambung perjalanan
1600 - Orang terakhir tiba di Camp 2 (Kasut)
1800 - Orang terakhir tiba di Camp 3 (Puncak)
2000 - Makan malam
2130 - Minum malam & Perkongsian(Sharing)
2300 - Tidur

2 JANUARI 2011 (AHAD)
0600 - Kumpulan di Camp 2 bertolak ke Puncak Gunung Yong Belar (Sunrise!)
0830 - Sarapan pagi
0900 - Kumpulan di Camp 3 bergerak turun
1000 - Kumpulan di Camp 2 bergerak turun
* Pembersihan rentis sepanjang perjalanan turun
1700 - Orang terakhir dijangka tiba di Basecamp 1
1730 - Pulang ke Kg. Raja menaiki pacuan 4WD
1815 - Upacara penutup program
1900 - Bersurai

* Berikut merupakan tentatif cadangan untuk program ini. Terdapat beberapa perkara seperti waktu untuk memulakan aktiviti perbersihan tidak dinyatakan disini kerana ianya akan diberitahu pada taklimat program pada hari pertama. Jika terdapat sebarang pendapat dan maklum balas, sila hantarkan ke email wildjunction@gmail.com @ komen terus melalui forum ini.

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by soulfly »

bagus nih..
insyaALLAH
lama sangat...

User avatar
kulatpusu
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 15 May 2008, 10:00
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by kulatpusu »

minat gak tu....
kalau takde halangan ingat nak ikut gak la
Ada program ajak jerrr

9W2KCR
kulatpusu.multiply.com

sport_excel
Pendaki Gunung
Posts: 17
Joined: 18 Jun 2010, 14:05

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by sport_excel »

menarik ni.......mcm saya baru belajar nak mendaki....aper peralatan yg saya kena bawak dlam program ni.....

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by poncho »

sport_excel wrote:menarik ni.......mcm saya baru belajar nak mendaki....aper peralatan yg saya kena bawak dlam program ni.....
wild wrote: - Mempunyai peralatan persendirian yang lengkap (asas)*
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bebas daripada belenggu masalah luar (cth: isteri mengandung, keluarga sakit, exam, etc)

* haversack, mess-tin, cawan, sudu, garfu, lampu-suluh, pisau, sleeping-bag, sleeping-mat, toilettries, etc
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
wild
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 Nov 2010, 21:49
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by wild »

Terima kasih En.Poncho,

Maklumat lanjut berkaitan bayaran penyertaan, dan lain-lain maklumat penting akan diberikan melalui email (compile-file). Pastikan anda memberikan maklumat balas (email tunjuk minat) kepada kami dengan kadar segera. Sekian sahaja daripada saya.

"Berkhidmat untuk alam dan komuniti"

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by JeNaL »

terbaik... tahniah mr 9w2lid
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by am »

Count me in!
Details sent... Hope dpt clearkan Kem Kasut menjadi seperti dulu kala.. :D

"Berkhidmat untuk alam dan komuniti"
find me more at multiply | blogspot | flickr

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by solo »

JeNaL wrote:terbaik... tahniah mr 9w2lid

Dah serik ah tengok sampah kat sana...aku kerap masuk, jenuh menjawab soalan sama...why so dirty?


by the way its 9W2ILD bro....

73s
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by JeNaL »

solo, hehehe aku kompius sikit td...

by the way berapa trekker ko budget ni solo
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by poncho »

Hari my bro,
aku nak join. walaupun kita 2-3 orang atau 20-30 orang, jalan je program nie ye.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by mizi »

poncho wrote:Hari my bro,
aku nak join. walaupun kita 2-3 orang atau 20-30 orang, jalan je program nie ye.
usaha yg bagus,,,perlis keja la pulak huhuhu
climb long trail
p11at

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by solo »

JeNaL wrote:solo, hehehe aku kompius sikit td...

by the way berapa trekker ko budget ni solo

aku budget lam 3 main team....6-10 trekker per team, total lam 30 trekker.

tudung periuk ngan kasut main target. kalo ramai join kita pikul turun sampah.

option tanam ngan bakar pun aku tak ketepikan kalo tak cukup man power.
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by solo »

poncho wrote:Hari my bro,
aku nak join. walaupun kita 2-3 orang atau 20-30 orang, jalan je program nie ye.
thanks for the support bro. projek ni tetap jalan macam mana pun.

kalo ramai, meriah sikit NEW YEAR 2011.

Kalo x ramai, pikul petrol ngan cangkul la jawabnya. :evil:
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by solo »

mizi wrote:
poncho wrote:Hari my bro,
aku nak join. walaupun kita 2-3 orang atau 20-30 orang, jalan je program nie ye.
usaha yg bagus,,,perlis keja la pulak huhuhu
ko pos laju air kuat badan je bro...sokongan gak tu :lidah:
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by mizi »

solo wrote:
mizi wrote:
poncho wrote:Hari my bro,
aku nak join. walaupun kita 2-3 orang atau 20-30 orang, jalan je program nie ye.
usaha yg bagus,,,perlis keja la pulak huhuhu
ko pos laju air kuat badan je bro...sokongan gak tu :lidah:
berapa kilo nak??? :tembak:
climb long trail
p11at

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by soulfly »

mizi..
nih yang buat aku berkobar2 nk joint trip :minum:
lama sangat...

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by JeNaL »

eh tak buat line up list ke
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
faisall
Pendaki Sondol
Posts: 484
Joined: 02 Jul 2007, 16:25
Location: bandar uda utama
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by faisall »

Rindunya Kat Puncak Yong belar...Rasanya lama Tak g sana....
tanya sama itu hud hud

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by am »

Salam.. hahaha, seperti kata JeNaL.. betul gak tuh pendaki-pendaki disini biasanya perlu tgk senarai line-up baru mereka ada motivasi betul tak? Dipersilakan MR.9W2ILD.....
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
wild
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 Nov 2010, 21:49
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by wild »

PAUTAN UNTUK MUAT TURUN BORANG, SURAT JEMPUTAN, TENTATIF PROGRAM, KAEDAH PEMBAYARAN DLL

Sila klik pada pautan yang disediakan dibawah untuk muat-turun file:-

INVITATION LETTER, TENTATIF & PAYMENT METHOD

BORANG MAKLUMAT DIRI PESERTA

Harap maaf, senarai peserta tidak boleh disiarkan disini (umum) atas sebab-sebab tertentu.

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by am »

Image

picture took from last yong belar expedition with lafuma....
find me more at multiply | blogspot | flickr

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by gogoyeaha »

tahniah Mr. Wild
doakan berjaya & semuanya berjalan lancar

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by biNGai »

kasi fire itu amoi skali la am..sampah byk lagi mao posing bagai2..beg kosong bole je sumbat..kasi starlite kt dahi dia 3 kali..dishh disshh disshhhhh
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by poncho »

biNGai wrote:kasi fire itu amoi skali la am..sampah byk lagi mao posing bagai2..beg kosong bole je sumbat..kasi starlite kt dahi dia 3 kali..dishh disshh disshhhhh
:kah:
aku suka statement Ngai. setuju setuju
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

pr oli
Pendaki Tegar
Posts: 287
Joined: 12 Dec 2008, 04:34
Location: Lembah kelang
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by pr oli »

projek amal....
terbaek ni....
sokongan padu...
- peace no war-
9W2OAT

User avatar
wild
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 Nov 2010, 21:49
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by wild »

Terima kasih diatas sokongan saudara/saudari di GunungOnline. Diminta pendaki-pendaki yang berminat untuk memberi maklumat diri kepada kami. Borang boleh di dapati melalui pautan diatas. Penyertaan TERHAD kepada 40 orang sahaja. Maklum balas positif telah diterima daripada beberapa kelab rekreasi universiti terpilih. Pemilihan penyertaan tidak berat sebelah. Jadi, SIAPA CEPAT DIA DAPAT..

User avatar
wild
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 Nov 2010, 21:49
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by wild »

poncho wrote:
biNGai wrote:kasi fire itu amoi skali la am..sampah byk lagi mao posing bagai2..beg kosong bole je sumbat..kasi starlite kt dahi dia 3 kali..dishh disshh disshhhhh
:kah:
aku suka statement Ngai. setuju setuju
>> Ini amoi first time naik gunung, nasib baik yong belar.. mau suruh dia pikul sampah?? Hahaha.. Niat kena kasi bersih dulu

User avatar
sukahatiadam
Pendaki Gunung
Posts: 128
Joined: 08 Oct 2009, 12:59
Location: Sungai Sedim
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by sukahatiadam »

good luck bro sekalian.
satu niat yg murni.
last week follow team singapore ke G bintang. Otw balik depa kutip sampah along trek , dapatlah 3 beg plastik sampah besar sampah2 sepanjang jalan.

agaknya , trip ni 15 beg sampah pun tak cukup kot ?

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by am »

En.Ngai: Kejam ye kamuu.. nak saya starlite amoi pulakk... Hehehe~
En.Sukahatiadam: Sampah rentis dari Empangan sampai ke Batu Sempadan pun dah 3 guni beras besar.. agak-agak yang dari puncak ada 15 guni kut?? Singapore kutip sampah? Ini sudah bagus, syabas abang guide... (kalau abg guide yg influence lah....)
find me more at multiply | blogspot | flickr

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Sy nak ikut tapi betis sakit.... takut tak larat lak.
Kalau saya sampai Dam aje buleh ke then sy campsite kat situ masak dan makan suka suka ati aku.
Bawak satu Pajero with Winch setakat ni belum ada penumpang. ha ha ha

User avatar
castello
Pendaki Sondol
Posts: 416
Joined: 06 Jun 2006, 09:35
Location: cheras, kuala lumpur
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by castello »

Saya pergi....
CASTELLO
Callsign: 9W2CTX
Guide License No.: TG9600
Mobile No.: 0126206087
NATURE EXPLORER ENT.

pr oli
Pendaki Tegar
Posts: 287
Joined: 12 Dec 2008, 04:34
Location: Lembah kelang
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by pr oli »

wild wrote:Terima kasih diatas sokongan saudara/saudari di GunungOnline. Diminta pendaki-pendaki yang berminat untuk memberi maklumat diri kepada kami. Borang boleh di dapati melalui pautan diatas. Penyertaan TERHAD kepada 40 orang sahaja. Maklum balas positif telah diterima daripada beberapa kelab rekreasi universiti terpilih. Pemilihan penyertaan tidak berat sebelah. Jadi, SIAPA CEPAT DIA DAPAT..
en.wild...
saya berminat...
itu maklumat diri mau kasi email blik ke?...
- peace no war-
9W2OAT

User avatar
kulatpusu
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 15 May 2008, 10:00
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by kulatpusu »

en wild, saya rasa berminat gak dengan aktiviti ni, tapi apakan daya, ada masalah keluarga sikit, walaumacamanapun, kalau perlukan bantuan terutama pengangkutan, insyaAllah saya akan turun, saya di Ipoh, dekat jer...
Ada program ajak jerrr

9W2KCR
kulatpusu.multiply.com

User avatar
wild
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 Nov 2010, 21:49
Contact:

Re: Konservasi Rentis Gunung Yong Belar (NEW YEAR)

Post by wild »

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Sy nak ikut tapi betis sakit.... takut tak larat lak.
Kalau saya sampai Dam aje buleh ke then sy campsite kat situ masak dan makan suka suka ati aku.
Bawak satu Pajero with Winch setakat ni belum ada penumpang. ha ha ha
Menarik. Abang Kamal jaga Basecamp, sambil jalan-jalan tunggu kitorang balik.. mau tepu kat Dam tuh 2 malam.. hehehe, baiklah Abang Kamal gerak dari mana nanti? Mana tau ada siapa2 yg takda transport dari KL bole join skali..
castello wrote:Saya pergi....
Mengalu-alukan En.Syam bersama kami...
pro oli wrote:en.wild...
saya berminat...
itu maklumat diri mau kasi email blik ke?...
Boleh.. Maklumat diri kasi email kembali kepada kami..
kulatpusu wrote:en wild, saya rasa berminat gak dengan aktiviti ni, tapi apakan daya, ada masalah keluarga sikit, walaumacamanapun, kalau perlukan bantuan terutama pengangkutan, insyaAllah saya akan turun, saya di Ipoh, dekat jer...
Segala jenis bantuan amatlah dihargai..

Post Reply