Sama-Sama Renung

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

User avatar
prebetsapu
Pendaki Gunung
Posts: 3
Joined: 05 Feb 2006, 18:13

Sama-Sama Renung

Post by prebetsapu » 06 Feb 2006, 16:03

Sifat mahmudah:
· Cukup apa yang diberikan
· Tidak pentingkan duniawi
· Menyimpan rahsia
· Lambat marah
· Berani
· Pemaaf

PERBUATAN memburuk-burukkan seseorang tanpa mengetahui kebenaran tuduhan dan prasangka itu adalah sifat terkeji. Mereka yang melakukannya adalah dari kalangan yang tidak mencintai keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara mara.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku. Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.

Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu kepada seseorang.

Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula ingin membuktikan dia tidak bersalah.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam juga melarang umatnya daripada sikap suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’. Tetapi, dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian. Tujuannya untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat.

Apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan menegah daripada berlakunya perkara sumbang. Sebaliknya, bagi mendapatkan rahsia keaiban orang. Ia kemudian dijadikan modal untuk memburuk-burukkan orang itu.

Islam menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Hal ini kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita dari terhebah kepada orang lain.

Antara sifat manusia yang suka menyebarkan khabar angin dan fitnah adalah hasad dengki dan iri hati. Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Hadis riwayat Muslim).

Sikap itu mungkin membawa kepada keadaan lebih buruk apabila timbul sikap benci membenci, tuduh-menuduh, caci-mencaci dan akhirnya perbalahan dan boleh mencetuskan pembunuhan.

Sekiranya tidak ada orang yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan daripada sifat berburuk sangka, penyebaran khabar angin, fitnah serta hasad dengki, tentu membawa kepada berlakunya perkara lebih buruk. Ia boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia.

Dalam hal ini, kesabaran menjadi asas utama bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia.

Bagi mengelakkan diri terbabit dengan sifat keji itu, eloklah beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:
· Al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan).
· Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi).
· Kitmanus-sir (menyimpan rahsia).
· Al-hilm (lambat marah).
· As-syajaah (berani).
· Al-iffah (pemaaf).

Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah, janganlah kamu berhasad dengki dan janganlah kamu bermasam muka, sebaliknya jadikanlah kamu hamba Allah yang bersaudara." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Salam,
Prebetsapu

p/s :-Biar kita tidak dihargai, tapi masih ada harga diri daripada hilang harga diri demi untuk dihargai -

Abg_Jaws_Ikan_Paus
Pendaki Gunung
Posts: 62
Joined: 16 Jan 2006, 02:00

Post by Abg_Jaws_Ikan_Paus » 07 Feb 2006, 00:57

kalau inilah kebenaranye.... cite atau mukadimah ape lagi yg nak dikeluarkan saudara, dgn aku lagi senang kalau cakap direct aje kalau betul lah aku tak de bukti atau memburukan org....

aku bukan cakap kosong tanpa sebarang bukti dan bukan utk memburukan org lain sesuka hati.... tapi kebersihan tu pon sebahagian dari islam.... bukan nak kondem sesape... sedang kan org berak tepi trek pon aku hangin (bukan ko ngai... ahaks) inikan pulak tinggal kan sampah begitu saje....


ini lah sampah yg ditinggal kan dibawah beirut (tpt masak) oleh group yg tido kat puncak
Image

jgn sampai aku lak yg berhadis....

DewaGunung
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 06 Feb 2006, 13:49
Contact:

Post by DewaGunung » 07 Feb 2006, 10:01

hambikkkkkk!!

User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Post by KuKuBesi » 07 Feb 2006, 10:45

Image

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 07 Feb 2006, 12:52

stylo la abg jaws!!! memang pedih tu!! penat dier taip panjang2, abg paste gambar sekali jer!!
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 07 Feb 2006, 13:24

sabar..sabar..bawak bertendang, mana tau leh masuk..gollllllllllllll!!! yeahhh, itu dia!!


eceh, salah masuk topik daaaaaaaa.. (kasi cool down sket :P )
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

DewaGunung
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 06 Feb 2006, 13:49
Contact:

Post by DewaGunung » 07 Feb 2006, 13:49

padil;
gambo ukir nama kat pokok kem sarsi takde sape ambik ker?

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu » 07 Feb 2006, 14:49

Pehhh !! ada main ukir2 plak ker... :shock:
Konon2 pengukir dari gunung ler ni.... :twisted:
Abang Jaws , jumaat mlm ktorg berkampung kat umah ko jap buleh la dengar live story sambil layan dividi

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko » 07 Feb 2006, 14:54

fizi,
waaaa lepak umah padil ekk? koling2 aarr leh aku join sekali

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu » 07 Feb 2006, 15:07

Transit b4 g jerangkang la reen, nije dah bg greenlight tg abg jaws plak hehe...orait nanti aku kalling2 bule sewang.

User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Post by KuKuBesi » 07 Feb 2006, 15:23

kalau bole koling aku juga

spy
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 07 Feb 2006, 15:24

Post by spy » 07 Feb 2006, 15:38

assalamualaikum.. erkmmm apa kes m0 kec0h2 neh
talak sy0k aa ini macam..
gue baru m0 blaja panjat gun0ng, m0 cari kwn ramai2
tp bila jd mcm neh rasa talak sy0k udah timb0l dlm ati w00..

sekadar menyamp0k sket la, jgn disalah anggapkan udahle..
masing2 ada diberikan mata utk melihat
m0l0t utk bercakap
ramb0t sama itam
ati laen2 w0oo0
tegur menegur mmg bagus tp jgn sampai mendatangkan kemudaratan pd kita2 yg mempunyai sifat sayangkan Hutan n kehijaun (geng2 gun0ng)..
sampai leh jd kutuk mengutuk, maki memaki..
tadak beshh woo00oo.. kita kwn2 maa, takm0 la buang kwn sendrik!
mana yg jd pesalah tu mintak le maaf
mana yg menegur tu kena la tau cara menegur
h0rmat 0rg beb!!
ingat beb, n0bodi perfek dlm ini d0nia
tegur menegur & saling bantu membantu adalah amalan yg m0lia..

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by Ezrin » 07 Feb 2006, 15:51

gua jangan lupe beb..
~ ava adore ~

KRAKATOA
Pendaki Gunung
Posts: 42
Joined: 07 Jan 2006, 15:09
Location: indonesia

Post by KRAKATOA » 07 Feb 2006, 16:08

pasal ukir nama kat pokok tu aku dah padam nama tu tinggal kem kaki jerrrr........bukan apa cuba diaorang pulak jadik pokok kita pergi toreh letak nama kita aku rasa mau menjerit kuor air mata.....kita pun belajar jugak pasal khianat nie.....tapi perbuatan khianat pada alam tu pun satu tabiat tak elok pasal pokok tu pun ada nyawa jugak yang allah beri.....alooo kawan.....kalau kena tegur sikit dah keluar semua hadis tapi time ukir nama tak ingat hadis pulak yea.....tak payahlah nak tutup kesalahan sendiri guna hadis dan gunakan hadis tu pulak konon konon nya kitaorang nie yang busuk hati...kita bukan cerita pasal busuk hati,dengki atau khianat...kalau nak khianat aku potong jer tali fly korang masa kat puncak hari tu...kita cerita pasal tabiat busuk sesetengah pendaki kalau terasa tu betulkanlah masih belom terlambat lagi....

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu » 07 Feb 2006, 16:17

Boss , buleh aja...pripid baru topup ...
Ezrin , ko bule kuar malam ker :D ....
Spy , baru posting yerk , pakai la nama betul ker baru best & charer mau menyalak .......orait brader .

master
Pendaki Gunung
Posts: 127
Joined: 05 Dec 2005, 11:06
Contact:

Post by master » 07 Feb 2006, 16:17

cik ezrin,
awak mau tido umah saya gak ker... diorg mahu tido situ arr
saper mau hantar awak lepas lepak2... :twisted:

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Re: Sama-Sama Renung

Post by melati » 07 Feb 2006, 16:19

Sifat mahmudah:
· Cukup apa yang diberikan
· Tidak pentingkan duniawi
· Menyimpan rahsia
· Lambat marah
· Berani
· Pemaaf


semuga kita semua di anugerahkan sifat2 yg sebegini...aminnnnn

spy
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 07 Feb 2006, 15:24

Post by spy » 07 Feb 2006, 16:22

sesetengah ekk?? eheheeee..

tu aa
kerna nila setitik r0sak susu sebelanga w00oo00
yea dak??

KRAKATOA
Pendaki Gunung
Posts: 42
Joined: 07 Jan 2006, 15:09
Location: indonesia

Post by KRAKATOA » 07 Feb 2006, 16:26

itu macam kita jumpa jumaat malam kat umah nije aaa pekatu....mau kasi bomtarukkkk sama lu.

spy
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 07 Feb 2006, 15:24

Post by spy » 07 Feb 2006, 16:28

cik/puan/tuan/en pekatu
utk makluman aa
spy neh adalah nama aku tp bukan nama seben0 aa ehehe..
ramai yg kenai aku da tp klau 0tai2 lama tu mmg tak kenai aa
sbb aku neh baru jek menjinakkan diri dlm bidang panjat gun0ng

s0wey aa gua tak gheti menyalak sbb bkn hanjing kan eheheee..
gua gheti menaip jek!! :D

rasanya dlm neh ramai gak yg aku kenai
tp tatau aa d0rg kenai aku ke idak?? y0lah sapelah aku yg th0mei neh ahaksss..

peace beb!!

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by Ezrin » 07 Feb 2006, 16:32

pekatu;
sape kate aku takleh kuar malam?
buleh tapi ader had laa...


nije;
kalo leh tido umah awak okey gak...
tapi kalo takleh saye mintak adik saye jemput...
adikkkkk :twisted: :twisted: :twisted:
~ ava adore ~

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu » 07 Feb 2006, 17:00

Incik Spy , rilek arr itu tegur2 cara orang gunung , mana ada type gemalai punya :wink: ....
Nanti buleh la kita kenal2 yerk....orait.
Krakatoa , mau bom tarukk yerk hehe aku sudah buleh baca :)
Nije , terimalah ktorg seadanya & kasik siap itu report wokeh

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 07 Feb 2006, 17:08

lepak umah nije nak wat mender woi
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

spy
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 07 Feb 2006, 15:24

Post by spy » 07 Feb 2006, 17:08

eheheh pekatu tadak hal bebeh!!
0rg gun0ng pn ati sama wehh ngan 0rg2 len
ada gak yg berjiwa tisu ahakss... :D

en ezrin jamil
m0 g umah nije?
w00oo master tu nije ekk??
hai nije.. eheheeeee.. kim salam sama h0usemate aaa
kasik dia min0m air manyak2 eheheee..

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 07 Feb 2006, 17:15

ya la fizi.. gua pong sooda saspek laa sama itu nama. nama tu sendiri je dah buleh mendatangkan rasa saspek.. 8) mencurigakan..
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Post by KuKuBesi » 07 Feb 2006, 17:22

lepak umah nije nak wat mender woi
syyyyyyyy diam oi diam jgn kasi tau bett wakakakakak.. takde apa bai.. saje nak tgk astro.. takde apa pun.. wakakakakkaa

spy
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 07 Feb 2006, 15:24

Post by spy » 07 Feb 2006, 17:24

poncho haii ehehee..

ramai suka guna nama samaran w00oo00 itu perkara biasa aa
hak masing2 kan..
utk apa 2.. masing2 pnya hak jgak..
leks aa beb!!

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko » 07 Feb 2006, 17:25

pasal ukir nama kat pokok tu aku dah padam nama tu tinggal kem kaki jerrrr.........
patut aar aku baca tertulis kem kaki jer...penin aku apekebende kem kaki..rupanya dah dipadam..ukiran penuhnye apadia..kasi bisik sket ? :lol:

DewaGunung
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 06 Feb 2006, 13:49
Contact:

Post by DewaGunung » 07 Feb 2006, 17:25

spy nie geng ogkl dan dia pompuan laaa :P
Last edited by DewaGunung on 07 Feb 2006, 17:28, edited 1 time in total.

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 07 Feb 2006, 17:27

gua layan je incik SPY, jgn amik ati. gua pong guna ID pelsu gak..ehehehe.. cuma, ang 'kenalkan' diri kat topik yg "hangaaaaat" so mudah aje kena saspek ye dak? rilek..jgn slh paham bro :wink:
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

DewaGunung
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 06 Feb 2006, 13:49
Contact:

Post by DewaGunung » 07 Feb 2006, 17:27

patut aar aku baca tertulis kem kaki jer...penin aku apekebende kem kaki..rupanya dah dipadam..ukiran penuhnye apadia..kasi bisik sket ?
kem kaki **** (nama 'otai' ogkl) :lol:

spy
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 07 Feb 2006, 15:24

Post by spy » 07 Feb 2006, 17:30

p0nch0 tadak hal.. tak amik ati p0ng eheheeee..

eee dewagunung.. btui aa
tp silap sket jek
aku neh giler k0sa sket
jgnkan 0gkl jek, semua k0muniti aku mas0k
almaklumle.. parti bebas eheheeeee..

mm sapekah dewagunung neh??
lu 0gkl ke 0r mcm aku gak parti bebas eheheeeeee..
mana2 jek la janji leh sehati sejiwa sayangkan Utan kita
Last edited by spy on 07 Feb 2006, 17:32, edited 1 time in total.

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 07 Feb 2006, 17:32

mcm ku kenal tulesan inih..di manah yah??? :roll:

nie geng nyanyi2 tu ke? :D
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

esir
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 24 Jan 2006, 03:06
Location: KL/Perak
Contact:

Post by esir » 07 Feb 2006, 17:38

..aku parti tupperware..huhuhu..cabutan bertuah... :P
:.."wei orang depan.,.tak nak duduk jap ke..???":

esir81@gmail.com
www.esir.multiply.com

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by Ezrin » 07 Feb 2006, 17:51

lepak umah gua ler parabola pon ader...
~ ava adore ~

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai » 07 Feb 2006, 18:00

lepak ipoh la ada brani ?
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

spy
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 07 Feb 2006, 15:24

Post by spy » 07 Feb 2006, 18:06

en ezrin
lepak umah mung leh layan kura2 ke? ekekeeeeee..

KRAKATOA
Pendaki Gunung
Posts: 42
Joined: 07 Jan 2006, 15:09
Location: indonesia

Post by KRAKATOA » 07 Feb 2006, 18:09

mat saiko

karang kalau aku cakap ada pulak yang kena hadis dan ceramah... :? :?

hi poncho :D

master
Pendaki Gunung
Posts: 127
Joined: 05 Dec 2005, 11:06
Contact:

Post by master » 07 Feb 2006, 18:24

fizi
aku menerima korang seadanya....wakakakaka
jangan bawak satu bas udah ler... mana nak letak korang... tido dlm "bilik kecik" leh ker....wakakakaka

aikkk report menda lak aku kena buat....

mott...
betol ker mau tido umah saya... ada berani..jom arrr..:twisted:


psttt... bawak awek sekali... abg jaws takda... boleh ranjang...wakakakakaka
kalu takda... ko ranjang motttt :twisted:
Last edited by master on 07 Feb 2006, 21:15, edited 2 times in total.

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by Ezrin » 07 Feb 2006, 18:34

master;
umah awak ader 'seeping black' lebih tak :lol:
ranjang tengkorak awak :evil:


spy;
umah saye takde bela kura-kura...
saye bela ghimau jek skang aummm :twisted:
~ ava adore ~

Post Reply