Tragedi di Gunung Tahan

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

-=[ RuFFHiKeR ]=-
Pendaki Tegar
Posts: 225
Joined: 15 Dec 2005, 00:53

Post by -=[ RuFFHiKeR ]=- »

ninja_man wrote:Tetibe terpikir camne la Hamdan n partner handle situasi tu.. dahla june ni aku booking dia jadi guide kat sana..

ceh wan....gerak p tahan xroger kengkwn....mcm nie ker
Alaaa... aku tau klu ajak pn ko busy keje jekkk!!
Hahahahha..

-=[ RuFFHiKeR ]=-
Pendaki Tegar
Posts: 225
Joined: 15 Dec 2005, 00:53

Post by -=[ RuFFHiKeR ]=- »

ninja_man wrote:Tetibe terpikir camne la Hamdan n partner handle situasi tu.. dahla june ni aku booking dia jadi guide kat sana..

ceh wan....gerak p tahan xroger kengkwn....mcm nie ker
Alaaa... aku tau klu ajak pn ko busy keje jekkk!!
Hahahahha..

nazawgw
Pendaki Gunung
Posts: 136
Joined: 18 Mar 2006, 23:38
Contact:

Post by nazawgw »

betterman wrote:yo tanya lah makcik ko apa keuputusan post mortem
nak gak tau apa sebab kematian arwah
opismate aku kata arwah ni badan gempal..mgkin tu salah satu faktor..kalau push sgt cepat penat/letih... :roll: :roll:
aku pun ada di sini!!

nazawgw
Pendaki Gunung
Posts: 136
Joined: 18 Mar 2006, 23:38
Contact:

Post by nazawgw »

betterman wrote:yo tanya lah makcik ko apa keuputusan post mortem
nak gak tau apa sebab kematian arwah
opismate aku kata arwah ni badan gempal..mgkin tu salah satu faktor..kalau push sgt cepat penat/letih... :roll: :roll:
aku pun ada di sini!!

User avatar
cik_leey
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 22 Mar 2006, 10:32

Post by cik_leey »

takziah semoga rohnya dicucuri rahmat,dan kepada keluarganya semoga bersabar dgn dugaan ini amin....
:) BETTER LATE THAN NEVER.....

User avatar
abat_syed
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 19 Feb 2006, 23:55
Location: ipoh (manjoi)

Post by abat_syed »

takziah tuk kuarge arwah...semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah...
"illahi antamaksudi warido kamatlubi"
-DeuTerisM-

User avatar
faisall
Pendaki Sondol
Posts: 484
Joined: 02 Jul 2007, 16:25
Location: bandar uda utama
Contact:

al-fatiha

Post by faisall »

walaupun lambat terima berita sedih ini aku ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga nya.....al-fatiha

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira »

al fatihah
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

azizriadi
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 10 Feb 2010, 21:42

Re: Tragedi di Gunung Tahan

Post by azizriadi »

Salam,

Sambil2 layan buat kerja, saya terjumpa thread nie, dan ramai jugak yang tak tahu kes Arwah Razif nie punca kematian. Mungkin cerita ni dah lama (tahun 2007)....tapi, bila kes kematian kedua melibatkan group kami di Water Point Belumut - Bonsai (Gunung Tahan).....saya rasa masih fresh je benda tu. Then saya nak share sikit pengalaman saya masa tu.

Kalau ikutkan Post Morterm (Left Heart Failed)...kegagalan jantung kiri (kalau tak silap saya)....memang kalau ikutkan keletihan melampau (tapi, kalau dah namanya ajal, itu semua sebagai penyebab sahaja)...

Kalau ikutkan kisah dari awal...saya ringkaskan.

1. Arwah satu khemah dengan pendaki lain yang sangat kuat berdengkur menyebabkan tak boleh nak tidur lena

2. Bila kurang tidur, badan letih dan selera makan pun takde. Kena pulak Arwah nie first time naik gunung. Kalau orang dah biasa, biasanya mmg kena load makanan selepas seharian mendaki. Sebab utk tenaga esoknya.

3. Jadi, 2 malam kurang tidur (Kem Kor dan Kem Botak)....lepas tu, sampai puncak, kasut pecah pulak sebab Bonsai ke Puncak kan banyak batu.

4. Malam berikutnya, tidur di Gunung Gedung, oleh kerana hujan sangat lebat dan angit sangat kuat, siap dirikan khemah, kebanyakkan pendaki masak ala kadar dan terus tidur. Tapi, bila saya check esoknya, group arwah nie 3 orang , tak makan sebab malam tu, dah hujan, dan semua malas nak masak dan terus tidur.

5. Perjalanan dari Gunung Gedung start 8.00 am, dan saya orang kedua sampai ke Kem Teku pada 6.15 pm. Masa turun tu saya berjalan laju bersama Arwah Amir Kamaruzaman (yang meninggal pada 13 Feb 2013 lepas di tebing water point Belumut - Bonsai)...Arwah Amir Kamaruzaman sampai dulu, kemudian saya saya sampai.

6. Sampai, siap2 pasang khemah, terus masak untuk makan malam. Lepas tu, dalam pukul 8.00 pm (saya masa tu tak makan lagi sebab nak tunggu kengkawan lain yang belum sampai)...jadi, ketua XPDC panggil semua ketua kumpulan pasal plan untuk rescue sekiranya pukul 9.00 pm masih tak sampai lagi orang terakhir. Jadi, kami pun bersiap2......pendaki kedua terakhir sampai, kami tanya pendaki terakhir (Arwah Razif) dan guide Zainal ada di belakang....dalam bersiap2 tu, tetiba Zainal berlari turun dan minta rescue sebab arwah dah meracau2 kat atas...tapi, masa tu Hamdan agak berang dengan Zainal sebab kenapa tinggalkan Razif bersendirian, masa tu dekat pukul 9.30 pm...then, dia kata dia takut sebab Arwah dah start meracau dan cakap yang bukan2....Ahhh sudah....Hamdan pun terus arahkan semua ketua kumpulan tadi naik...bawak sedikit bekalan air. Makanan tak bawak (bawak coklat je) sebab nasi pun tak sempat nak masak habis lagi masa tu...dok kalut pasal ada orang tak sampai Kem Teku lagi.

Then, Hamdan lead depan saya follow, dia free hand, punya le laju jalan, lembik saya dibuatnya...banyak kali berhenti..dan kami berdua mula tinggalkan 4 orang yang lain (yang naik sama2 memula)..tapi diorang lagi slow, dan Hamdan bgtau saya teruskan perjalanan sebab Arwah masa tu sesorang kat trek (atas sikit dari Hutang Terbakar...(ini yang guide bgtau))....

Then dalam kul 11.15 pm, kami (Hamdan dan saya jumpa Arwah terbaring kelesuan)...masa tu saya suluh muka Arwah tengok dia mmg keletihan dan bila check beg dia pun mmg agak berat. Then Hamdan angkat beg dia saya papah dia jalan perlahan (sebelum tu saya bagi dia air manis)....then, sampai tempat rehat (hutan terbakar) tu mmg betul Arwah masa tu cakap dah bukan2...tanya, mana paip air laa...dan beberapa perkataan lain yang agak pelik utk dikatakan di atas gunung dan malam2 mcm tu.

Then, kami pun tunggu sekejap untuk yang lagi 4 orang sampai. Lama jugak le tunggu dekat sejam baru sampai, tengok2...3 orang je, bila tanya, rupanya sorang lagi injured, patah balik dan yang 3 orang nie pun naik perlahan2 sebab salah seorang dari yang 3 orang naik tu pun injured jugak....then bila jumpa kami je, Hamdan terus pikul beg dan follow yang injured tadi. So, saya dan 2 orang lagi bergilir2 papah Arwah...masa tu...hati nie mmg tak putus2 berdoa agar boleh sampai ke Teku. Kalau ikutkan masa naik, dan speed turun (dengan memapah nie) saya target boleh sampai Teku dalam pukul 4am....tapi, malangnya, makin lama, Arwah makin lemah, then bila lemah, rehat 5 minit...lepas tu, jalan lagi (papah)...saya kanan, kawan saya kiri dan sorang lagi suluh jalan. dan clearkan jalan depan bagi senang nak jalan sikit.

Bilah dah dekat pukul 3 am, saya masa tu dah tak ingat dah kat mana, then rest sekejap...Arwah kata dia nak tidur situ, tapi, sebab guide kata tak boleh bermalam di trek bahaya, then saya bgtau, tak pe, rehat dulu, pastu jalan semula.

Dalam rehat pastu jalan berpapah, rehat, jalan berpapah...berhenti rehat...ada 3 orang naik bawak makanan dan air....salah seorangnya adalah Arwah Amir Kamaruzaman dan Zainal (guide)...dan sorang kawan lagi. Berhenti rehat, makan sikit bekal yang dibawak dari Kem Teku...punya le letih, saya duduk bersandar kat pangkal pokok, tak dan berapa minit...terus terlelap sampai le kawan saya kejutkan sebab nak start jalan. Then, masa tu saya pun dah start macam melayang2...sebab dari pukul 8.00 am angkat beg kat Gunung Gedung, sampai dekat pukul 4 am berjalan....dan tak rehat sepenuhnya...then, saya bgtau dengan yang 3 orang baru naik tu, saya minta diorang ganti sbb saya pun dah macam melayang2 dan pening kepala.

Saya turun ke Kem Teku, pukul 5.30 am baru sampai...masa tu terus bersihkan badan dan makan sikit, sembahyang isyak dan jamak maghrib...then, saya tahan mata sekejap sebab nak tunggu subuh. Kalau tidur, sure terus lajak...sampai tersenggut2 saya tunggu solat subuh...lepas subuh saya terus tidur...then, masa tu dalam 7.00 am, saya tersedar dan tanya yang dah jaga sama ada dah turun ke belum?...dan saya terperanjat sebab belum turun...then ada 3 orang pendaki lain naik nak ganti yang dari awal pagi tadi...dalam 45 min lepas tu, salah seorang yang last 3 orang naik tadi, turun semula dan bgtau ketua XPDC "Kawan kita tak boleh jalan buat selama2nya"..memula ingatkan sebab paralized ke apa, rupanya dia nak bgtau sebenarnya kawan kita dah tak de....then, masa tu memang semua jadi kecoh dah terus beberapa pendaki lain naik (ada yang bawak surah yasin) dan tunggu jenazah.

Then, Hamdan dengan sorang lagi (memula Hamdan ajak saya, tapi saya bgtau minta maaf, saya memang peiwai dan masa pulak kaki saya bengkak dan saya memang mengalami masalah nak jalan pagi tu, sebab kaki bengkak habis (tapak kaki kedua2 belah))...then..Hamdan ditemani seorang pendaki berlari ke Gunung Rajah call pihak berkuasa dan nak request Heli. So, ingatkan Heli boleh sampai pagi tu, tapi tunggu sampai tengahari tak de, dan sekali lagi ke Gunung Rajah dari Teku untuk confirmkan....then patah balik ke Teku, arahkan turun kan jenazah ke Kem Teku. Nasib baik ada sorang lagi guide dari Kuala Tahan (John Kumbang) bantu buat stretcher...so, petang tu turunkan...dekat2 maghrib sampai Kem Teku dan mlm tu bergilir2 tunggu Jenazah dan baca Yassin sampai awal pagi. Then, esoknya pukul 10.00 am Heli sampai...kami packing2 pukul 12 tghari terus shoot ke Kem Puteh, then esoknya terus shoot ke Kem Melantai dan Ke Kuala Tahan naik bot.

Then, masa Arwah Razif meninggal....orang yang terakhir bersama Arwah Razif dan yang ajar mengucap adalah Arwah Amir Kamaruzaman....

Untuk pengetahuan anda semua....group kami ada naik sekali pada tahun 2011...Alhamdulillah, tiada sebarang masalah, kemudian, 2013 ni, kita naik sekali lagi planning untuk turun Kuala tahan...tapi, perancangan Allah lebih baik dan sempurna....jadi pulak tragedy kematian sekali lagi...

Apa2 pun semua ini adalah pengalaman yang amat berharga untuk saya (khususnya)...dan sama2 kita sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah Razif dan Arwah Amir Kamaruzzaman. Al Fatihah.

Sekian.

Aziz Riadi

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Tragedi di Gunung Tahan

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

TQ share cerita ni dari orang yang paling dekat dengan kejadian.
Al Fatehah juga untuk sahabat sahabat itu.

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: Tragedi di Gunung Tahan

Post by kabusgunung »

aku pun dah tak ingat dah kes arwah razif.... mmg ajal maut di tgan Tuhan.... tapi ngai selamba jer tido tgh trek...

azizriadi
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 10 Feb 2010, 21:42

Re: Tragedi di Gunung Tahan

Post by azizriadi »

Dah mamai dan penat gila...mau tak tidur atas trek.

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: Tragedi di Gunung Tahan

Post by azkramm »

pewai...letih gile, mmg membuatkan akal gagal berfungsi dengan baik.
Pengalaman xpdc v2 pada feb 2013, dari kem kacang menuju ke Gunung Junction.
masa tu mmg dah tak larat. kekuatan fizikal dah habis all out. Akhirnya terpaksa jugak tidor kat tgh trek..kat anak junction.

Post Reply