Assalamualaikum & Salam sejahtera

Isu agama Islam yang berkaitan dengan aktiviti luar
Post Reply
User avatar
pogolix
Kerabat GunungOnline
Posts: 143
Joined: 14 Feb 2006, 11:07
Location: Gaza

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Post by pogolix »

tiada apa2 yang hendak saya perkatakan sebenarnya.. cuma bett memberi saya mandat untuk menjadi salah seorang ajk di dalam sub topic gunung online..

sebenarnya saya bukanlah seorang ustaz.. saya hanya orang awam yang jahil di dalam agama.. mungkin ada di antara sahabat yang lebih pandai daripada diri saya sendiri.. so, saya minta kerjasama daripada sahabat2 sekalian untuk sama2 berkerjasama dalam menuntut dan mempelajari ilmu Allah.. jika ada kenyataan saya dan sahabat2 yang bercanggah dengan quran dan sunnah.. maka wajiblah kita menegurnya.. mudah mudahan setiap perkara yang kita lakukan akan menjadi saham untuk kita bertemu dengan Allah.. terima kasih..

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

InsyaAllah pogo....
sama-sama lah kita saling mengingati
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Akhirnya cita-cita nak wujud kan SURAU nie termakbul...

TQ kepada Bro Orga n Bett yang berusaha kearah nie...

Sumbangan Kekawan Amat Dihargai

Pogo..taniah...sesama le kita..
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
Rayyan
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 26 Sep 2006, 11:33
Location: Pahang
Contact:

Post by Rayyan »

A'kum...

alhamdulillah.. ada gak ruangan cam ni kat sini. Seonok gak rasa hati. Takle sia2 rasanya jd ahli forum ni.. disamping cari info pasai gunung2 dpt gak sikit sebyk nasihat, tazkirah dan peringatan kat sini.

So.. sama2 ler kita beramal dgn apa yg kita tahu ni.. jgn dok bincang jer tp tak buat...kan!.

Aku pun byk menda nak kongsi ngan korang dlm hal mcm ni.

ok.. moga niat ikhlas ni berjaya mendidik kaki2 gunung cam kita ni menghayati kebesaran dan keagungan ilahi. 8)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Asalamualaikum...

Muslimin & muslimat

Sila jaga tingkahlaku anda ketika berada di SURAU....

Surau tempat untuk beramal & mencari Ilmu akhirat ...

Kalau nak borak / sembang / berbual kosong leh gi

1. Pasal Gunung- gi le Folder GUNUNG
2. Bukan pasal Gunung - gi Folder Campsite
3. Kalau ada pertanyaan - Question & Answers

Terima kasih...

kalau ada yg kena delete tu jangan marah ye
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

rembau wrote:Asalamualaikum...

Muslimin & muslimat

Sila jaga tingkahlaku anda ketika berada di SURAU....

Surau tempat untuk beramal & mencari Ilmu akhirat ...

Kalau nak borak / sembang / berbual kosong leh gi

1. Pasal Gunung- gi le Folder GUNUNG
2. Bukan pasal Gunung - gi Folder Campsite
3. Kalau ada pertanyaan - Question & Answers

Terima kasih...

kalau ada yg kena delete tu jangan marah ye
Betoi sangat kata rembau....
hopefully takde yang berborak kosong kat sini ye
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

nrhyt75
Pendaki Gunung
Posts: 56
Joined: 26 Mar 2006, 15:32
Location: putrajaya
Contact:

Post by nrhyt75 »

Askum! Slmt Pose!
Best ada ruangan ini. Boleh bg peluang kpd yg kurang berilmu menambahkan pengetahuan. Topik jama' qasar sesuai sgt2.

Mcmne pun, harap2 dptlah tambah topik berkenaan IBADAT DURING DARURAT - Xtvt mendaki yg ambil masa berhari2... . masalah air, keadaan pakaian yg kotor, dan limited time & space sometime can create confusion masa nak solat. Basic ilmu agama masa bljr sekolah dulu adala... tapi bila dah beso ni, mcm2 juga yg kita dngr and lihat, & dgn ilmu yg cinonet tu la kita beramal. Bila ragu2, kita pun buatla apa yg kita rasa betul. nak tanya kawan, malu. :D :)

Easy said than done, yea? :? My suggestion is that kita buat style case study. Bagi satu senario, and then analyze the situation and give advise.

Smoga cetusan idea ni dpt pertimbangan pihak yg tlh bersusah payah menjayakan ruangan ini. Thank u. :idea:
"I can't" are sad words in any language

niefeng
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 27 Apr 2006, 14:36

Post by niefeng »

alhamdulillah

tahniah GO ada jugak buat topik ni
mmg kita bukan la ustaz
tp penting bagi kita utk menegakkan rukun Islam
plg penting adalah Solat 5 waktu

ada beberapa perkara yg aku lihat patut ditekankan

1. Waktu
cth mcm naik Kinabalu - masa waktu naik ke puncak dari jam 3 pagi akan melibatkan waktu subuh. jd bgmana nak solat subuh,

2. Tentetif
penganjur diharap menekankan waktu2 solat dlm tentetif perjalanan, cthnya jika melibatkan perjalanan sampai mlm, jd mesti beritahu solat jamak qasar kat mana

3. Tempat
camp site atau tempat rehat perlu dipastikan kemudahan mengambil wudhuk spt sungai dan sebagainya, jika tiada, kena tayamun la.

User avatar
belakangpokok
Pendaki Gunung
Posts: 119
Joined: 06 Nov 2006, 20:10
Location: Perak
Contact:

Surah Al Anbiya ayat 31

Post by belakangpokok »

sekadar renungan mengapa kita mendaki gunung. :idea:


Dan Kami telah menjadikan dibumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani....
Leave no trace but tracks

User avatar
pogolix
Kerabat GunungOnline
Posts: 143
Joined: 14 Feb 2006, 11:07
Location: Gaza

Post by pogolix »

boleh saudara belakangpokok bagi tahu sumber penyataan yang saudara bagikan tue??

User avatar
belakangpokok
Pendaki Gunung
Posts: 119
Joined: 06 Nov 2006, 20:10
Location: Perak
Contact:

Post by belakangpokok »

InsyaAllah sudah pastinya sumber rujukan saya pada Al-Quran Surah Al-Anbiya ayat 31

sila ke http://www.reciter.org/ InsyaAllah jumpa ayat ni
Leave no trace but tracks

User avatar
CarSharF
Pendaki Gunung
Posts: 44
Joined: 04 Dec 2005, 14:53
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Post by CarSharF »

Assalamualaikum. Numpang lalu.


kata Imam Ghazali:
"Tiada dapat seseorang itu beramal akan makbul sebelum ia dapat menaiki gunung yang 7"


1) Gunung Taubat
Dosa kepada Allah:
meninggalkan yang wajib
mengerjakan yang haram
Dosa pada makhluk
menganiaya diri mereka
menganiaya harta meeka
menganiaya ahli keluarga mereka
menganiaya agama mereka


2) Gunung Ilmu
Usuluddin - Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul
Feqah - Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta
Tasauf - Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati


3) Gunung Penghalang Ibadah
Dunia - hendaklah zuhud
Manusia - hendaklah diasingkan
Syaitan - hendaklah diperangi
Nafsu - hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah


4) Gunung Perintang Ibadah
Rezeki - hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah
Khatir - ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah
Qada - hendaklah redha
Bala - hendaklah sabar


5) Gunung Peringkat Ibadah
Khauf - takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka
Raja'- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga


6) Gunung Pencatat Ibadah
Riak - hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah
Ujub - hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya


7) Gunung Syukur
Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepada mentaati Allah yang mengkurniakannya...

Semoga kita sama-sama ambil iktibar, mohon dibetulkan jika ada kesilapan.

User avatar
belakangpokok
Pendaki Gunung
Posts: 119
Joined: 06 Nov 2006, 20:10
Location: Perak
Contact:

Post by belakangpokok »

Terima kasih Carshaf atas renungan tu. Mai kita tengok dan ambil iktibar pula kisah ni...

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab beberapa perkara tersebut.

Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon ( belakangpokok). Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."


Itulah sebabnya gunung gunung yang kita daki kebanyakkannya tak ada air no? sebabnya dari kisah ni..... Wallahuaklam
Leave no trace but tracks

Post Reply