Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Isu agama Islam yang berkaitan dengan aktiviti luar
Post Reply
killerbees
Otai Gunung
Posts: 818
Joined: 26 Jun 2006, 11:06

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by killerbees »

benda yg selalu kita dan masyarakat KITA buat... :cry:

Oleh: Nawawi
Sumber: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)


Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)


Ini adalah kerana para sahabat Rasulullah Radhiallaahu ‘anhu yang sangat mencintai Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam pun apabila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam masuk ke dalam sesuatu majlis, mereka tidak berdiri untuk beliau. Kerana mereka mengetahui bahawa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam tidak menyukai perkara tersebut.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

Telah menjadi kebiasaan manusia untuk berdiri sebagai tanda penghormatan kepada manusia lainnya yang tertentu. Apatah lagi jika dia adalah seorang syaikh (tuan guru) masuk untuk membentangkan pengajian, atau untuk untuk tujuan tertentu. Juga jika seseorang pemimpin atau pembesar yang datang ke dalam sesuatu majlis, kebanyakan manusia akan bangun sebagai tanda penghormatan dan sebagai dasar memenuhi protokol-protokol tertentu. Sesiapa yang tidak mahu berdiri akan dikatakan sebagai tidak beradab, dan tidak menghormati orang lain dari tok gurunya atau para pemimpinnya.

Sewajarnya, seseorang guru atau pemimpin yang berilmu dan mengamalkan ilmuya perlu memberitahu permasalahan tersebut kepada masyarakat. Supaya dengan pemberitahuan tersebut masyarakat tidak akan melakukan perkara yang dibenci oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam berulang kali. Malah, apabila seseorang pemimpin atau tok guru mendiamkan perkara tersebut, ia adalah seakan-akan mereka juga turut bersetuju dengan cara penghormatan seperti itu ke atas dirinya, sedangkan Nabi membencinya.

Membiasakan berdiri untuk menghormati orang alim atau orang yang masuk ke dalam sesuatu majlis, akan melahirkan di hati keduanya kesenangan untuk dihormati dengan cara berdiri. Malah jika seseorang tidak berdiri, ia akan merasa gelisah. Mereka yang berdiri itu menjadi penolong syaitan apabila mereka menyenangi penghormatan dengan cara berdiri untuk orang yang hadir. Padahal Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,

“Janganlah kamu menjadi penolong syaitan atas saudaramu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sebahagian dari mereka menyatakan, “kami berdiri kepada tok guru hanyalah sekadar bertujuan menghormati ilmunya.

Kita bertanya kembali kepada mereka, “Adakah kamu meragui keilmuan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam dan adab para sahabat kepada beliau, walau pun demikian, mengapa mereka tetap tidak berdiri untuk Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam?”

Perlu kita fahami bahawa Islam tidak mengajarkan penghormatan dengan cara berdiri. Tetapi Islam mengajar dengan keta’atan dan mematuhi perintah, menyampaikan salam dan saling berjabat tangan.

Adakah makam seseorang tok guru dan pemimpin yang diberi penghormatan dengan berdiri itu lebih tinggi dari kedudukan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Sering kita lihat dalam sesuatu sesi pertemuan atau majlis, jika orang kaya yang masuk, semua berdiri menghormati. Tetapi giliran orang miskin yang masuk, tidak seorang pun berdiri menghormatinya. Perlakuan tersebut akan menumbuhkan sifat dengki di hati orang miskin terhadap orang kaya dan para hadirin yang lain. Akhirnya di antara umat Islam wujud perasaan saling membenci yang merupakan sesuatu yang amat dilarang di dalam Islam. Musababnya, berdiri buat menghormati. Padahal orang miskin yang tidak dihormati dengan berdiri itu, boleh jadi di sisi Allah dia lebih mulia dari orang kaya yang dihormati dengan berdiri.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, “Jika kita tidak berdiri untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang duduk.”

Kita menjawab, “Kita menjelaskan kepada orang yang datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati. Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk Neraka.”

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam,

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)


wallahualam

User avatar
burningredberry
Pendaki Gunung
Posts: 44
Joined: 04 May 2011, 09:43
Location: Balakong
Contact:

Re: Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by burningredberry »

Owh...
Selalu buat mcm nie, ✗ tau pulak ✗ boleh sebenar nya...
Rasa jahil sangat..


Thanks killerbees bg info yg berguna
Keep it up
Nature.is.the.art.of.God | "Aim for the moon, at least you'll fall among stars"
Image Image

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by seper4alif »

terbaik lah tuan nih... salam tuan... bila nak belanja ana makan kebab unta... buleh borak borak sama tuan
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

akademiks
Pendaki Terlampau
Posts: 617
Joined: 08 Jul 2006, 10:08
Location: tpt yg mendamaikan

Re: Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by akademiks »

seper4alif wrote:terbaik lah tuan nih... salam tuan... bila nak belanja ana makan kebab unta... buleh borak borak sama tuan
bukan ke ko skarang ni nak jd bapa mithali.........
Sedarlah wahai manusia........dunia adalah sementara.Hargailah apa yg telah dicipta olehNYA

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by rembau »

Tq
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
Hangar 18
Kerabat Gunung
Posts: 1356
Joined: 18 Jan 2006, 15:18
Location: Bkt Jalil
Contact:

Re: Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by Hangar 18 »

tQ 4 Sharing.

User avatar
sukahatiadam
Pendaki Gunung
Posts: 128
Joined: 08 Oct 2009, 12:59
Location: Sungai Sedim
Contact:

Re: Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by sukahatiadam »

teringat kisah di kedai makan , saya tidak bangun utk bersalam dengan orang atasan kami. Teman di sebelah kata saya tak reti nak hormat orang.

ashim74
Pendaki Gunung
Posts: 25
Joined: 30 Jan 2013, 09:01

Re: Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by ashim74 »

Assalaamua'laikum,

Mohon penjelasan berkaitan hukum larangan berdiri tanda menghormati.

Disini saya sertakan sedikit percangahan dalam memahami hadith Nabi S.A.W, semoga dengan penjelasan tuan dapat saya mengamalkan dan sama2 peroleh manfaat didunia dan akhirat insyaAllah.


Hukum berdiri menghormati VIP masuk ke majlis

Posted on January 28, 2010 | Leave a comment


Soalan:
btulka hukum haram apabila seseorang lebih kurang mcm pemimpin masuk ke satu majlis n makmum berdiri? Rujuk (shahih muslim,no 413)

Jawapan:
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Dalam hadith yg diberikan tu, Rasulullah s.a.w sedang uzur dan menjadi imam dalam keadaan makmun berdiri. Kemudian Rasulullah bersabda, “jika kalian melakukannya,bererti kalian melakukan apa yang dilakukan oleh org parsi dan rom.mereka berdiri untuk pemimpin mereka sedgkan pemimpin mereka duduk.maka jgn lakukan bgtu(shahih muslim,no 413). Dalam riwayat lain, hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abu Umamah radiyaLlahu anhu katanya :

“RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam pernah keluar untuk menemui kami dalam keadaan berpapahkan tongkat, lalu kami bangun berdiri kepadanya. Lalu RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Ertinya “Janganlah kamu berdiri sebagaimana orang-orang ajam (bukan Arab) bangun berdiri sesama mereka.”

Larangan Rasulullah s.a.w ini bukanlah larangan mutlak supaya jangan berdiri menghormati pemimpin. Para ulama berpendapat bahawa larangan tersebut bermaksud jangan berdiri mengagungkan pemimpin seperti orang-orang Rom, Parsi atau orang ‘Ajam. Mereka berdiri mengagungkan pemimpin, bahkan terkadang mereka menyembah pemimpin.

Pendapat ini dikuatkan dengan hujjah dari Hadith yang diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Abu Said Al Khudri radiyaLlahu ‘anhu bahawa ketika Banu Quraizah (satu puak Yahudi) selepas menyerah kalah sanggup menerima hukuman yang dijatuhkan oleh Saad bin Muaz radiyaLlahu ‘anhu, lalu RasuluLLah sallaLlahu ‘alaihi wasallam mengutuskan utusan untuk menjemputnya (Saad). Tak lama kemudian Saad pun tiba, lalu RasuluLlah bersabda: “Bangunlah berdiri untuk tuan kamu.” Atau di dalam satu riwayat:”….seorang yang terbaik di kalangan kamu.”
Arahan ini adalah jelas supaya berdiri bangun untuk Saad.

Menurut Imam An Nawawi di dalam kitabnya ‘Syarah Sahih Muslim’ (12/93): ‘Padanya anjuran memuliakan mereka yang memiliki kelebihan dan menyambut mereka dengan cara bangun berdiri ketika mereka tiba. Inilah dijadikan hujah oleh jumhur ulama untuk menyatakan sunatnya berdiri.

Wallahu a’lam
JANGANLAH KAMU MENDUSTAKAN APA YANG DISAMPAIKAN KEPADA KAMU(KEBENARAN)KERANA IA PASTI MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA KAMU JIKA KAMU KETAHUI

ashim74
Pendaki Gunung
Posts: 25
Joined: 30 Jan 2013, 09:01

Re: Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Post by ashim74 »

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِى ٱلۡمَجَـٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (١١)

11. Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Al- Mujaadilah- 11
JANGANLAH KAMU MENDUSTAKAN APA YANG DISAMPAIKAN KEPADA KAMU(KEBENARAN)KERANA IA PASTI MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA KAMU JIKA KAMU KETAHUI

Post Reply