Page 1 of 1

Mohon rakam video ucapan ulangtahun GO

Posted: 13 Feb 2018, 08:50
by betterman
Salam. Secara tradisinya setiap kali sebelum majlis Malam Gala Gunung Online, pihak GO akan memohon jasa baik sahabat-sahabat pendaki sekalian untuk merakamkan video ucapan selamat ulang tahun kepada GO. Video-video nie akan disusun dan ditayangkan pada malam majlis nanti.

Jadi kalau sudi dan tak rasa menyusahkan, mohon jasa baik sahabat pendaki sekalian merakamkan ucapan selamat ulang tahun Gunung Online ke 20. Video tu nanti boleh email ke encikbett@gmail.com.

CNY akan datang nie mesti banyak trip gunung 😬

Segala usaha dan jasa baik sahabat sekalian kami dahului dengan ucapan terima kasih.

#gunungonline
#malamgalagunungonline