Log Trans Jerging (Suku - Irau)

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Log Trans Jerging (Suku - Irau)

Post by uglysister » 15 Sep 2006, 08:24

Log by Master

Nota: Trans Jerging dapat nama dari sungai Jerging yang kena rentas (berdasarkan Topo)

Hari Pertama (17 February 2006 - Jumaat)
10.30 mlm – Bertolak dari Pudu

Hari Kedua (18 February 2006 - Sabtu)
2.00 pagi – Sampai ipoh.
3.00 pagi – gerak ke intake suku
4.30 pagi – sampai intake suku – lepak ngan grup ryoq.. jejak kasih ni…
8.00 pagi – bangun bangun bangun bangun
10.00 pagi – start trekking
2.00 ptg – last water point
4.30 ptg – puncak sebelum suku (kemsite) … hadapan gunug chabang..layan sunset kat sini best ni..
5.30 ptg – Puncak gunung suku…kemsait la, aper lagi…

Hari ketiga (19 February 2006 – Ahad)
8.00 pagi – bangun bangun bangun bangun
9.30 pagi – gerak turun dari suku ke arah gunung irau
8.00 mlm – bukak kemsait di Lembah sungai Jerging

Hari Keempat (20 February 2006 – Isnin)
11.00 pagi – gerak ke puncak irau
8.30 mlm – puncak irau
11.30 mlm – puncak berinchang..

Hari kelima (21 February 2006 – Selasa)
10.00 pagi – keluar… uhuk terpaksa amik EL la plak…

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Post by uglysister » 15 Sep 2006, 10:01

Photos courtesy of Master

Sunrise di suku - berlatarkan irau
Image

lepak jap kat salah satu puncak selepas suku
Image

Lembah - pemandangan dari permatang
Image

Cakaran beruang
Image

Permatang batu
Image

Trek
Image

Lumut & trek
Image

Permatang
Image

Permatang & Bonsai Tua
Image

Trek & permatang lagi
Image

Irau
Image

Denai
Image

Merangkak
Image

Orkid La
Image

Konon-konon mengkaji trek la ni
Image

Tahniah kepada team semua
Image

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Post by uglysister » 15 Sep 2006, 13:50

Log by Musz S.O.S

Trans Jerging (29April – 1May)
Jumlah Peserta = 32orang

Log
29 April 3.30pagi
Bertolak menaiki bas perang.. he he ke starting point Gng SUKU..

4.30pagi
Tiba di tapak permulaan mendaki.. taklimat ringkas dan peserta mula bersiap..

5.30pagi
Pendakian bermula dengan Arman PIM menjadi lead trekker dan aku sebagai sweeper..

6.30pagi
Aku dikejutkan dengan permintaan oleh seorang rakan peserta untuk berpatah balik atas masalah mentalnya.. Hmm aku dengan tidak berputus asa memikul sama beg peserta tersebut keatas.. bagaimanapun samapi disatu tahap restpoint sebelum puncak tipu peserta tersebut sekali lagi mengulangi keinginannya.. kali ini dengan nada yg bersungguh2 lagi.. Hmm aku memohon pertunjuk dan akhirnya membuat keputusan untuk membenarkan ia turun dgn berat hati..

Kenal akan wataknya maka kegusaran hilang dan yakin dia akan selamat sampai.. Maka aku pun meneruskan perjalanan sambil memikirkan nasib beberapa peserta lain yang masih jauh dibelakang..

9.00pagi
Aku tiba di LWP dan mengarahkan semua peserta yang ada untuk terus kepuncak.. dan menyampaikan amanat aku supaya Lead Trekker MILITAN SOS Arman meneruskan perjalanan sekiranya aku tidak tiba jam 12tgh.. Aku terus menanti 2org lagi peserta yg terakhir yg sedang dalam perjalanan dari Puncak Tipu menuju ke LWP..

Sementara 9 org peserta PENANG yg sememangya hardcore dan sering mengikuti program SOS sibuk masak makan tengahari untuk dibawa kepuncak..

Akhirnya penantian aku berakhir juga setelah ke2 peserta akhir ini selamat sampai di LWP sementara peserta yg turun dari ¼ perjalanan SUKU telah pun menaiki lori SIMEN menuju Cameron Highland..

PENANG group mengambil keputusan untuk tidur di SUKU dan akan berjalan 12jam esoknya ke ANAK IRAU tanpa tidur di Kem Bear.. Okey kata aku… peta dilukis.. perjalanan dicatit.. panduan berjalan diberikan.. Dengan salam dan pelukan Akhir pada sahabat PENANG maka aku meneruskan perjalanan ke Puncak SUkU pada jam 12.30tgh… Sambil group PENANG yg asalnya memasak makan tengahari tadi lansung makan disitu.

2.00ptg
Tiba diPuncak SUKU sekali lagi aku dikecewakan dengan kabus yang meliputi puncak.. sambil iringan HUJAN LEBAT aku bersama 2peserta terakhir meneruskan perjalanan ke ROCK FACE… kali ini rasanya begitu lama masa yang diambil memandangkan hari hujan dan 2peserta tersebut dibebani BEKALAN yang byk sedikit dari kebiasaan mereka..

3.30ptg
Tiba diROCK FACE dan menyambung perjalanan turun ke LEMBAH Lurah Dendam a.k.a. Sg Raya.. waktu terus berlalu tanpa sebutir nasi masuk keperut.. Hujan masih menyelubungi… lelehan dan titisan air rasa bagaikan hirisan PISAU………arghhhhhhhhhh sejuknya tuhan ajer yang tau..
Parkinsonnnn aku dibuatnya… getaran yang dikeluarkan aku bersamaan dengan kekuatan 10Handphone Vibrate serentak…. He he he

5.00ptg
Tiba di LLD makan, merokok, menggigil… aktiviti kami dikala itu.. sambil top-up bekalan AIR kami disini.. hujan yang turun menyebabkan kami tidak perlu pergi jauh untuk ambil air…

5.30ptg
Perjalanan disambung… menyangkakan untuk ke Janggut ALI mungkin memakan masa 45minit maka kami menghenjut langkah dengan begitu pantas.. akhirnya tak sampai 15minit kami telah pun berada dikemuncak Janggut ALI.. dari sini kelihatan IRAU sayup jauh disana.. Lembah kiri dan kanan mula meyerlahkan keindahan dan kegerunan masing2.. puncak SUKU kelihatan dibelakang kami..

Begambar sebentar dan meneruskan perjalanan ke kesan CAKARAN beruang dan ke Kem Tali KASUT.. kali ini aku tahu.. perjalanan semakin hampir ke tapak perkhemahan…

7.00ptg
Masih teringat sebelum ini kami hanya mengambil masa 1jam untuk tiba ke Kem Bear dari Kem Tali Kasut.. Maka dengan headlamp dikepala kami bertiga perjalanan diteruskan…. 9.00mlm kami pun tiba…

Berehat sambil mendengar LOG peserta lain dihadapan… mereka tiba puncak SUKU jam 9.30pagi, sarapan, makan tengahri dan mula berjalan jam 1tgh dari puncak SUKU dan tiba di Kem Bear jam 6.30petang.


30April 11.40pagi
Mula meninggalkan Kem Bear dan menuju ke Puncak VIEW..

1.00tgh
Tiba dipuncak View bergambar sepanjang jalan… cuaca masih lagi hujan dan sedikit berkabus… Sepanjang laluan tersebut kami berfoto dan berposing… tak kurang juga trek merangkak disini..

2.00ptg
Berhenti makan di1721m tak silap aku… kawasan dimana simpang turun untuk ke mendaki ke puncak botak..

4.00ptg
Menyambung perjalanan semula dan seperti yang aku jangkakan HUJAAAAAAAAAAANNNNNN… gila babas
Perjalanan kali ini turun naik 3 bukit sambil kedengaran air menderu dikanan laluan… tapi seingat aku Recce group pernah cuba mencari air disitu tapi tak jumpa..

7.00ptg
Tiba akhirnya kami dipuncak IRAU.. dengan hajat nak bermalam disini ajer.. Tapi ternyata SELUT2 diIrau terlalu merindui kami… maka terpaksalah kami meneruskan perjalanan ke Anak Irau…

9.30malam
Aku tiba bersama peserta terakhir…

Esoknya kami keluar jam 12tgh… sementara peserta lain ada yg lebih awal disebabkan kami akan bergilir2 dibawa turun dari Gng Berincang

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Log Trans Jerging (Suku - Irau)

Post by shahrul » 07 Jun 2013, 00:42

ada yg penah buat trans jerging full circle ke?
(suku-irau-yellow-pass)

tatau apa nama korang panggil.. tapi mcm itulah laluannya.. akhir di g.pass
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Log Trans Jerging (Suku - Irau)

Post by shahrul » 07 Jun 2013, 01:06

oh.. lupa pulak

log trans jerging full circle ada di sini http://www.gunungonline.com/basecamp/vi ... f=2&t=4926
_________________
_________________

Post Reply