Gunung Chabang 5613ft

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Gunung Chabang 5613ft

Post by uglysister » 14 Sep 2006, 09:46

Log from ilhamku (SRCUTM)
Date : 10-11 June 2006

nih log ringkas perjalanan gunung chabang:-

yg pergi 13org:-
1.Rembau & Wife
2.Adli (expeditor) & Wife
3.Azizul & Wife
4.Tamin
5.Fish
6.Lamie
7.Essot
8.Ina
9.Cikgu Sya
10.Didi

SABTU 10 Jun 2006
---------------------------
9.00am
Semua dh siap pack2 nih
Rumah ad dh jadik rumah tumpangan...boleh buat mcm trekkers lodge
Lepas amik gambar...bergerak ke ipoh,
Sarapan n tapau makanan kt res..erm ape ntah nama dia,
Tp dekat jer ngn Megopex (Medan Gopeng Komplek) hehe

10.40am
Sampai ke post slim
erm bayar parking kt org asli RM10/kereta.
mula kasik RM5, tp tak cukup, dia mintak RM20...ishk...ktorg kasik RM10 jerk.

11.00am
Mcm biasa lepas warmup, start trekking
lalu ikut rumah org asli,
erm sg pertama, bini adli dh berendam kt sungai..ekekeke
mayb nk test kasut baru kot, tak pun teringin sgt nk mandi.
Lepas je sg tuh...trek pacak...pacak...

12.45pm
Sampai kt sungi water point,
lepak2 lunch,
best lepak sini, ader air terjun,
sblm nk gerak tuh HUJAN!!! seb baik skejap jer.

1.30pm
Semua dh kenyang, ape lagi treking lah balik...
erm trek pacak lagi....huh letih eden,
erm adli, rembau, azizul sampai lewat...yer lah kena jaga bini...syg btol diorg..eekekeke

4.15pm
Sampai ke last water point,
besar jugak water point,
cuma tak boleh mandi lah,
makan2 sket, minum2...

5.45pm
Bergerak ke bukit botak.
trek mcm biasa jer nih,

6.30pm
Sampai bukit botak...mula2 sampai berkabus,
tak lama kemudian....view mmg cantik...nampak bnyk gunung2 sekelling,
pelangi lagi...sunset lagi....wahai....best wooo...
Kat atas nih ader line tepon...so boleh lah bg laporan kpd mak n ayah or dll.
erm mlm nih hujan,
so berkampung bwh flysheet jer lah...
tp still boleh nampak lampu2 indah bandar ipoh,


AHAD (11 Jun 2006)
---------------------------

7.00am
view tak der pepagi nih,
kabus tebal...yg tuh semua malas2,

10.00am
Bergerak ke puncak.

10.30am
Sampai puncak..
lapang jugak puncak nih,
tp cuma tak der view,
ader lah view beirut & sign board plate chabang.

11.00am
Bergerak turun kt bukit botak,
brg2 tinggal sana.
time otw balik view mmg cantik...terang btol...pergh... rugi lah tak tengok...

11.30am
Sampai kebukit botak
kemas2 barang.

12.00pm
Bergerak turun.
main2 gelongsor reramai..yeeeehaaaa!!!

2.00pm
Sampai kt water point airterjun,
masak2 hotdog, maggie yg best
then mandi2 kt air terjun...

4.00pm
Bergerak kt kg org asli slim.
Main gelongsor lagi

5.00pm
Sampai post slim.
Last edited by uglysister on 14 Sep 2006, 13:19, edited 1 time in total.

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Post by uglysister » 14 Sep 2006, 13:18

Log from ADISOS (musz)

Gunung Chabang
Terletak di dalam kawasan hutan Simpan Bukit Kinta merupakan salah satu destinasi pendakian yang tidak harus dilepaskan. Corak pendakian yang mencabar fizikal pendaki disamping keindahan panorama di puncak merupakan tarikan utama pada pendaki semua.

Tapak permulaan pendakian yang terletak di Pos Selim iaitu kira-kira 12km dari Pekan Simpang Pulai di pinggir laluan utama Ipoh Cameron Highland. Tiada pengangkutan awam khusus yang boleh digunakan untuk kesana melainkan tempahan awal pada individu tertentu sahaja bagi membolehkan anda kesana.

Ketinggian : 5613kaki, 1711meter
Lokasi : Simpang Pulai Perak
Jumlah Hari Pendakian : 2hari 1malam
Gred Kesukaran : 5:10
Gred Kecantikan : 7:10
Gred Kesejukan : 7:10
Gred Bekalan Air : 5:10

Jadual Pendakian
Day 1
8pg Bertolak masuk dari Medan Gopeng (samaada dgn kenderaan sendiri ataupun dengan kenderaan yan disediakan penganjur)
9pg Mula mendaki ke Sg Selim
10.30pg Rehat sebentar di air terjun Sg Selim
11pg sambung semula pendakian (3jam tanpa air)
2ptg tiba dilast water point (makan tengahari dan rehat)
3ptg sambung semula perjalanan (bawa air dari sini untuk bermalam di kem botak)
5ptg tiba di kem Botak (mendirikan khemah dan minum petang)
6ptg bersiar-siar ke puncak (15minit perjalanan)
7ptg kembali ke kem Botak untuk sessi menatap Banjaran Titiwangsa

Day 2
8pg bangun masak sarapan
11pg mula turun
3ptg tiba di Pos Selim (tamat)

-----------------------------------------------------------------------------------
Masa : 24hb jam 3pagi
Lokasi : Gerai Brader Bob Medan Gopeng


Quote:
GoLLLLLLL.. Bersorak gembira para penyokong Switzerland ketika pasukan tersebut beraksi menentang wakil Asia terakhir yg hanya selangkah lagi menuju kepusingan kedau Piala Dunia 2006……


“hmmm… sayang betulla Korea nie.. peluang depan mata pun tak boleh nak score..nasib baik aku punya pasukan pilihan adalah Perancis”

Sambil menantikan saat mata terlelap aku bersama para peserta yang tiba awal untuk ekspidisi kali ini menghabiskan masa di warung tetap pendaki yang singgah diipoh.. gerai brader Bob.. (gitulah gelaran yang diberi oleh para rakan).. Kemeriahan World Cup kali ini dikongsi bersama mereka yang tiba awal kali nie iaitu En Hamid (berdua dari Johor – sampai sorang kat Ipoh???), Joyah Sports Rim, Cd Din, Abg Arif, Apek Loloq dan Hensem Guyz Beckham Chayok2..

Kami bertiga datang menyambut dengan huluran salam mesra para guides (militant shakehand).. he he he.. Jam 4.00pagi (lebih kurang kot) setelah tenteram jiwa mendengarkan berita baik Perancis berjaya ke pusingan Kedua maka kami pun melelapkan mata..

--------------------------------------------------------------------------------

Celebrate da Dayyyyyyy.... yeyyy yeyyyyy (lagu rasmi XPDC sempena World Cup)

6.30pagi aku terjaga mengenangkan Syahrul yang masih belum sampai dari Penang..

“hallo sahabat!!! Lokasi dimana sekarang??” tanya aku

“huargggghhhhh ….. mak!!! Aku tertidoq la kat R&R Sg Perak… wokey wokey aku gerak sekarang ke Ipoh..” Syahrul kali nie tiba bersama 4 org pendaki Ekspres Sinarannya untuk memeriahkan lagi skuad Piala Chabang..

Dengan perasaan kemalasan tahap Ultraman Unggu aku pun memulakan perjalanan menghantar Kumpulan Risik Gempur yang diketuai Chief Militan Arman a.k.a PIM disampin Militan Kedah Am dan dibantu peserta hensemguyz.. Beckham.

“Hang jangan lupa buat teh Man!! Kang aku datang second round sure lapaq giler punyer!!!”

“Orait bro!!…” jawap Arman ringkas..

7.30pagi tiba semula di Medan Gopeng kelihatan Poyiek dan para-para nya menanti dalam kereta.. Sori la kalau lambat sikit.. hmmm time nie la si WAWA a.k.a JC pulak call untuk mengesahkan kehadiran grupnya dengan muatan 9 orang.. Sorang terpaksa kami hantar!!

8.30 selesai urusan angkut mengangkut dan semua peserta selamat tiba di Pos Selim jam 9.30 pagi termasuk la Daboom, Ita and the Gang yang sememangnya berjanji guna waktu Zimbabwe.. (kaki tipooo!!!)

So lengkap la line Up Gng Chabang dengan kekuatan 26 orang

1.Muzs SOS
2.Arman Militan
3.Am Kedah Militan
4.Mail Tenuk Militan
5.Apek Loloq
6.Beckham
7.En Hamid OGLJB
8.Cd Din
9.Joyah Sports Rim
10.Abg Arif
11.JC a.k.a Wawa a.k.a Nora Selama
12.Poyiek
13.Intan
14.Brader Tasya
15.Hakim
16.Cat
17.Ijai
18.Somphob
19.Member Poyik
20.Daboom
21.Ita
22.Member Daboom
23.Member Daboom
24.Member Daboom
25.Syarul Militan Penang
26.Wan Penang
27.Budak Sekolah
28.Member Syarul


Bagaimanapun Syarul bermula sedikit lewat iaitu sekitar jam 11.30 pagi..

10.00pagi bagi semua peserta permulaan dimulakan dengan taklimat oleh tokey SOS a.k.a Muzs dan disudahi dengan bacaan doa keselamatan perjalanan oleh En Hamid… alhamdullillah..

Peringkat pertama para peserta dihidangkan dengan sorakan dan teguran oleh kanak2 dari pos selim…. “kuih kuih kuih… woi bagi la kuey…*&#@#**&+++@## “

Aku pon paham dengan apa yang sering diminta oleh kanak2 ini “DUIT” hmmmmm nie lah akibat bila ada diantara pendaki yang terlalu baik hati bagi macam2 time balik dari Gunung Chabang, maka mereka sudah mula menanam tabiat meminta-minta dari semua pendaki yang ke Gng Chabang.

BUAT tak TAU ajelaaaaaaa… selepas Kg Orang Asli kami turun ke Sungai Chuglik dan naik semula kesimpang Kebun…. Dari sini ada harapan la sorang dua yang rasa macam dah pilih salah hobi… he he he

“ada jugak yang menyesal tak pegi gunung Bunga Buah nie..he he he!!”kata aku dalam ati pada Loloq yang membatalkan niatnya disaat akhir setelah mengetahui (cerita tipoo dari aku) bahawa ramai pompuan yang pergi…..

Akhirnya XPDC yang dijangkakan meriah dengan peserta perempuan menerima nasib hampir sama dengan Trip Trans Titiwangsa Eija Nabila (skandal penipuan terbesar oleh N**i hampeh ko)

Ruper-rupernya pompuan kat Malaysia nie suma dok kat umah tengok World Cup sebaliknya para lelaki macho sanggup korbankan World Cup 2006 untuk kunun-kunun bersama pendaki perempuan ke gunung Chabang (hmmm termasuklah aku pun terkena!!) kes kes..

--------------------------------------------------------------------------------


Games Begun...

Refree : Muzs SOS a.k.a adisos2002
Linesman : AmKedah Militan
Linesman : Mail Tenuk Militan
Pembantu Pengadil : Arman Militan

Stadium : de Sve La P'eos Svelim
Result : 0-0 (Trek teruk dibelasah sepertimana Peserta juga)
--------------------------------------------------------------------------------
Pendakian kali nie berlaku dengan licin sekali baik samaada pergerakkan malahan keadaan trek pon sama licin he he sempat jugak la aku menurun secara tak sengaja akibat dari trek yang licin nie!!

11pagi Ketibaan kami di Air Terjun Sungai Chuglik disambut dengan deruan air yang cukup besar.. hmm nampaknya XPDC kali ni akan merasai nikmat sebenar trek Gunung Chabang disebabkan trek yang dilanda hujan kebelakangan nie…

Pertukaran shift berlaku diantara guides dan Assistant guides, aku mula mengambilalih peranan sweeper untuk catitan seterusnya ke Last Water Point…

Perjalanan dibelakang ditemani rakan pendaki yang baru sahaja ditauliahkan sebagai Militan iaitu Mail dan juga Apek Loloq..

Vrooooommmmm hujan lebat turun mencurah-curah bagaikan pintu langit terbuka luas turun menyuci segala kekotoran dilantai hutan… hmmmmmmmmmm ngat ngat ngat menyengat.. Penyakit lama iaitu “sejuk beku” pun datang tanpa simpati mengegarkan tubuh badan umpama misen parut kelapa lagaknya!!!! Seperti biasa ground sheet Celcom menyelimuti badan aku untuk pendakian ke last water point.

Selut, tanah liat, pasir bukit segalanya dah melekat kat tapak sandal aku.. terasa macam pakai kasut but pulak!!! Nasib baik takda pacat kat area nie!!! Kalau tak sedekah darah la jawapnya musim2 hujan nie.

Setelah berpulas hempas dan berlangang tungang maka tiba jua kami ke last water point.. Pda yang belum pernah sampai ke sini sememangnya satu dugaan besar untuk tiba ke Last Water Point ni.. Maklum sajalah 4jam perjalanan terpacak hebat… Nasib baik tak ada yang berjalan guna siku macam kat Trans Jerging ari tue!!!

Eniwei memang hebat betul kali nie punya cabaran.. menyaksikan para rakan pendaki yang berpaut-paut untuk naik ke trek sebelah atas… bukan kerana ketinggian tapi disebabkan tiada tempat berpaut di sekitre trek yang licin tersebut.

Ketibaan kami dilast water point disambut para rakan pendaki yang telah pun berada disitu awal 1jam dari kumpulan di belakang (sweeper). Teh panas serba sedikit dapat mengurangkan kesejukan dalam badan… Lawak jenaka para militan dan peserta meriuhkan lagi LWP yang menanti kami dengan air sungai bewarna perang….

“aduhhhhh.. kedengaran bunyi perut bergaduh-gaduh didalam”…. Lapar giler !!! ras cam nak kunyah kayu jer!!! Namun apa kan daya kami tiba lewat dan Arman dah pun makan roti yang dibekalkan… Belasah ajer la kudap2.. nasib baik ada bawak power Yoss Snek he he perisa strawberi plak tue!!

Setelah hampir semua peserta meninggalkan kami maka tiba pula grup Penang yang bermula lewat… Rupanya mereka bermula jam 12tgh dari pos Selim.. dan Tiba dalam masa 3 jam sahaja ke LWP.. laju gilosss.

Sambil mengarahkan mana2 peserta yang masih belum bergerak agar lekas2 ke Kem Permatang yang jaraknya hanya 45 minit dari Last Water Point, aku memulakan perjalanan dengan langkah sedikit berat.. Entah kenapa mengantuk sangat sebab tengok World Cup semalam. Teringat aku bagaimana hampir terjatuh tadi sewaktu tertidur ditebing tinggi menantikan peserta yang keletihan untuk tiba di Last Water Point.. Nasib baik lekas2 terjaga kalau tak entahla…..

(moral : jangan tido time trekking !! kalau takda pengalaman macam Ngai kan kan kan)

5petang tiba di Kem Permatang dimana pemandangan dikaburi Kabus tebal… sejuknya usah diceritakan.. rasa macam kat Irau plak…

Setibanya disini agak terharu melihat khemah Daboom yang menggunakan single layer fly sheet.. Nasib baik ApekLoloq dengan bermurah hati meminjamkan nya pada mereka sambil Arman memasang diatas lapisan flysheet mereka yang saling tak tumpah macam kain batik rentang jer!!!

Pertolongan diberi disudahi dengan ucapan “terima kasih yekk !!” oleh ita

Arman menjawap “alaa setakat Terima Kasih kat highway pun banyak”… he he he itulah gelagat si Arman yang suka mengusik Daboom dan Ita diantara 4 orang pendaki wanita untuk XPDC kali ini.
Annyway sebenarnya Daboom dah pun kasi Roti Kismis kemek pada kami semua sebagai menghargai usaha suci murni kami cewahhhhhhhhh.

--------------------------------------------------------------------------------
XTVT Malam tak dapat nak citer sebab kami tido awal!!! Letih woooo Apek Loloq pulak takut tidor tepi!!

Apa lagi kami pun membekalkan padanya 2 bilah parang, 9 batang lilin disamping menyalakan beberapa ketul solid fuel untuk menguatkan semangatnya yang mungkin sekurusnya jugak… kih kih kih (jgn marah apek kami gurau jer!! Lagipun nak kasi lu kuat semangat je)

--------------------------------------------------------------------------------
Besok paginya seawal jam 7.30pagi perjalanan 20 minit dilakukan oleh kebanyak peserta menuju ke Puncak Chabang untuk mengesahkan kehadiran kami disini!!! Sessi foto ala-ala tugu negara!!!

Ketibaan kami dipuncak dijangkakan menerima sambutan hangat Syahrul bersama 3 orang lagi rakan Penang… malangnya ayam2 dipuncak sudah tidak berkokok lagi….. Mereka masih lena diulit mimpi konon2 kat eskimo!!!!

View pagi nie memang marbeles… untuk tidak mengelakkan kegagalan merakam saat manis dipuncak.. maka kami dengan pantas pulang semula ke Permatang untuk menatap pemandangan tersebut dengan penuh rasa kagum semua memandang view tersebut seolah-olah menghayati perjalanan trans yg pernah dilaluli mereka sebelum ini… Pada yg tdk pernah melalui Trans Titiwangsa, masing2 tertanya-tanya…

“bior betul.. nak kena naik sumer tue pas tu turun balik???”

Alhamdullillah syukur… segalanya trebentang luas Banjaran Titiwangsa dihadapan kami…
Setelah puas menatap dan merakam gambar view kami mula berkemas untuk pulang… Setelah makan tengahari dipuncak.. jam 1tgh pejalanan dimulakan… dan kami tiba di Pos Selim jam 4 petang..

Terbayang wajah para peserta yang cuak bila perlu mengelongsor jauh kebawah disebabkan trek yang terlalu licin…. Pada yang gagal brek… makan tanah la jawabnya.

Tak percaya tanya Beckham kan kan kan.
6.30petang suma telah pun meninggalkan Pos Selim

Sekian Tamat

Terima Kasih suma
Perancis Fan Club he he he he……

Muzs
Sos

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Post by uglysister » 20 Sep 2006, 11:36

Log Gunung Chabang Daytrip by Uglysister

Date : 8th July 2006

11 am - start trekking dari Pos Slim
12.15 pm - sampai sungai last.
12.45 pm - Proceed to last waterpoint
2.15pm - sampai ke last waterpoint
2.45 pm - Proceed to Bukit Botak
3.15pm - sampai Bukit Botak
3.30pm - Proceed to puncak
4.00pm - Sampai ke puncak
5.00pm - Turun ke starting point
6.00pm - Sampai sungai last
6.30pm - Sampai ke starting point

User avatar
aliph
Pendaki Gunung
Posts: 167
Joined: 16 Feb 2011, 15:28

Re: Gunung Chabang 5613ft

Post by aliph » 28 Mar 2011, 16:44

Cik MusZ

bagi skit log nak ke kg pos slim

cth: Kuala lumpur - tol Sungai buloh - R&r bla2 - Ext Bla2

start dari KL sampai ke kg Pos Slim@Starting Point Chabang


"Better to light A Black Tilos Than to Curse The darkness"
9W2 VCR
MARES
'BeTtEr To LiGhT A MuTiArA HiTaM ThAn To CuRsE A DaRkNeSs'

User avatar
roket*
Pendaki Gunung
Posts: 181
Joined: 22 Sep 2009, 02:16
Location: KL-JB

Re: Gunung Chabang 5613ft

Post by roket* » 30 Mar 2011, 02:11

Cik MusZ

bagi skit log nak ke kg pos slim

cth: Kuala lumpur - tol Sungai buloh - R&r bla2 - Ext Bla2

start dari KL sampai ke kg Pos Slim@Starting Point Chabang


"Better to light A Black Tilos Than to Curse The darkness"
terperasan dan ingin membantu (padahal dah lama tanya tue).

Tol Jalan Duta - Exit Tol Simpang Pulai - Traffic light pertama belok kanan - Traffic light kedua belok kanan - kira-kira 10km lepas itu nampak signboard Kg Pos Slim.

p/s: selamat berjaya :minum:
there is no such thing as failure, it is only a success* delay
-MARCcrewz-

User avatar
aliph
Pendaki Gunung
Posts: 167
Joined: 16 Feb 2011, 15:28

Re: Gunung Chabang 5613ft

Post by aliph » 30 Mar 2011, 11:37

WALAWEY.....

toce2 mr roket
harap-harap sampai la ke summit tu

p/s:Sondol To Summit (StoS) ekekekekekekeke....

"Better to light A Black Tilos Than to Curse The darkness"
9W2 VCR
MARES
'BeTtEr To LiGhT A MuTiArA HiTaM ThAn To CuRsE A DaRkNeSs'

User avatar
epol
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 05 Sep 2011, 23:59

Re: Gunung Chabang 5613ft

Post by epol » 09 Oct 2011, 08:06

kalau nk naek gunung chabang nak kene pakai guide ke x payah??...ce citer..heee..
asyik naik je....amek nafas jap....

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Chabang 5613ft

Post by shahrul » 16 May 2012, 19:20

kalau nk naek gunung chabang nak kene pakai guide ke x payah??...ce citer..heee..
sondol je kuttt :lidah:
---

abg2 yg dok Perak nak tanyalah kalo naik ETS dari KL turun stesen keretapi ipoh ke camna pengangkutan nak ke Chabang ni ye..?

thanks in advanced :minum:
_________________
_________________

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: Gunung Chabang 5613ft

Post by matsaiko » 17 May 2012, 22:22

kalau nk naek gunung chabang nak kene pakai guide ke x payah??...ce citer..heee..
tak perlu kalao tau trek...kalo amik asli dlm rm250 per trip
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

Post Reply