GENG AURA GUNUNG KINABALU CHALLENGE V2 Mesilau March 2013

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

GENG AURA GUNUNG KINABALU CHALLENGE V2 Mesilau March 2013

Post by azkramm » 06 Mar 2014, 18:53

GENG AURA GUNUNG KINABALU CHALLENGE V2 Mesilau March 2013

20 orang peserta menyahut cabaran ke puncak tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah catatan perjalanan XPDC Kinabalu. Event GENG AURA GUNUNG yang paling best giler…3-5 March 2013

PREQUEL
12/12/2012- Tiba-tiba sony Xperia S aku dicerobohi msg yang tidak dikenali. Rupanya-rupanya msg dari Siti, Group Devo bertanya tentang XPDC Kinabalu. Aku reply melalui email. Semua panduan dan ilmu tentang XPDC ni aku bagitau. Bermula dengan planning stage, kos mendaki, training, gear & equipment dan juga jadual perjalanan. Kira dah complete dah semua maklumat tu. Siti tanya adakah kos RM 1500.00 utk 4 hari 3 malam dikira murah? Aku cakap, itu cekik darah…sudahlah tak payah ikut group yang cekik darah tu. Ikut GENG AURA GUNUNG sudahlah..

2 hari kemudian, Ustaz Azrin maklumkan XPDC Kinabalu 2013 akan dijalankan seawal April 2013 selepas tamat XPDC Trans Titiwangsa V2. Aku cakap..dah lewat dah tu. Kalau nak pergi kinabalu, planning at least 6 bulan awal. Kebetulan atau tidak, akhirnya perancangan untuk ke Kinabalu buat kali ke 3 aku mulakan secara rasmi. 20 seat Kinabalu berjaya di tempah. Thanks to Siti kerana memulakan event ni..

OBJEKTIF
Matlamat utama atau primary objective XPDC ni adalah untuk menunaikan hajat Ustaz Azrin yang gagal ke puncak Kinabalu dua kali berturut-turut sebelum ni. (aku pon sama gak lah..hahahaha..) Kali pertama gagal disebabkan kami memandang rendah XPDC kinabalu dan akhirnya diserang AMS yang teruk pada Julai 2012. Pada September 2012, berbekalkan semangat juang tinggi, aku dan ustaz Azrin memacu laju ke puncak kinabalu seawall 1.30 pagi, tapi..sekali lagi gagal setelah diarah turun di Sayat-Sayat oleh renjer disebabkan ribut yang melanda.

Secondary objective ialah menunaikan hajat Cikgu Zul Sungkai yang teringin benar nak ke Kinabalu. Cikgu Zul ni semangat orangnya…Kalau duduk dekat..terasa bahang auranya. Ramai ingat cikgu zul ni cikgu sekolah. Silap-silap…bukan cikgu sekolah, tapi Cikgu Silat Sendeng.

PREPARATION
Persediaan mental dan fizikal dilakukan sepanjang bulan Dec, Januari dan Februari. Gunung Nuang, Bukit Tabur dan Irau habis kami daki sebagai persediaan. Barang2 nak mendaki semuanya aku dah ada..so tak payah nak beli yang baru.

Jumaat, 1/3/2013 (Bukit Mahkota – KLIA – KKIA T1 – Promenade Hotel)
5.30 petang. Aku masih di office. Lenguh² kaki akibat penangan V2 2 minggu lepas masih terasa. Selepas log out dari ARS, cepat² aku memecut ke tanah jajahan bukit mahkota bangi. Kelengkapan nak ke Kianabalu belum siap di packing lagi. Maklumlah, last minute packing. Macam late packers ler..
6.00 petang. Sampai di Tol Bukit Mahkota, kelibat azmir aka Penjelah Alam aka Lasak Outdoor aka supplier brg2 outdoor masih belum kelihatan. Aku janji nak jumpa dia di lokasi ni. Antara barang yang nak beli = 1 pasang glove karrimor waterproof, 1 pasang kasut bowling aka kasut getah aka adidas kampong, 1 unit windshield utk masak kat puncak, 1 unit emergency blanket (kalau sejuk sangat kat sayat-sayat), 2 kotak solid fuel.

Siti pun janji nak ambil barang dengan azmir kat lokasi ni. Selepas semua selesai aku pun dengan pantasnya balik ke rumah dan packing barang. Kali ni Osprey Argon 70 akan dijadikan beg porter. Karrimor daypack 35+5 black sebagai beg daypack.

Mmg aku dan sekeluarga nak datang awal ke KK. Boleh bawak anak isteri jalan-jalan dan makan-makan di KK sambil bersenang lenang di KK sebelum bersusah payah di Gunung.

7.30 malam. Terus check in bagasi di KLIA. Flight dalam kul 10 malam. Mmg best lah trip kali ni..bersama isteri tersayang.

12.00 malam. Sampai di KKIA terminal satu. Naik teksi airport. Kena pow dalam RM 30 lebih..nak ke Promenade Hotel. Bukan jauh pon..Sampai di hotel, check in bilik. Esok standby..nak jalan² dan shopping² di KK bersama isteri dan anak tersayang. Pasukan ni sedia di aturgerak pada bila-bila masa. Mood standby…

Sabtu, 2/3/2013 (Promenade Hotel – Centre Point Shopping Mall )

8.00 pagi, breakfast di Promenade Hotel. Carbo loading kata Abg Md Zin. Sedap² belaka.
9.00 pagi, collect kunci kereta dari Ustaz Zaha. Dari 5 biji kereta yang aku sewa, aku dah beritahu aku nak kereta yang paling tip top. Dia bagi wira aeroback SE warna merah. Tip top atau tidak, nanti kita test…
10.00 pagi – 5 petang, shopping barang di Centre Point, lunch dan tengok wayang. Citer jack the giant killer. Memang best lah citer ni.. (ketika ini krisis di Lahad Datu memuncak apabila 6 lagi polis terbunuh diserang hendap di Semporna).
8.00 malam – Dinner sea food di depan promenade. Macam biasalah..jalan kaki aje. Menu : Ikan kerapu masak stim lemon, Ikan jenahak M size masak tiga rasa (sedap ni), sotong goreng tepung ala KK, kailan belacan dan air kelapa. Teringat nasihat aku kat peserta GAG supaya jaga makan, jangan belasah aje kat KK nanti, takut2 kena food poisoning. Tapi setelah semua menu sampai..apa lagi. Makan ler..hahahaha..

Ahad, 3/3/2013 (Promenade Hotel – KKIA 1 – KKIA 2 – KKIA 1 – KK - Kundasang )
7.00 pagi, dapat berita baik punya dari Abg Md Zin. Mereka terlepas flight air asia sebab kaunter air asia tak banyak yang bukak. So bila kaunter dah close, tak dapatlah check in bagasi...apa lagi berdesup lah abang Md Zin ke MAS pulak, kot2 dapatlah flight jam 8.30 pagi.
8.00 pagi, breakfast di Promenade Hotel. Carbo loading kata Abg Md Zin. Sedap² belaka.
9.00 pagi, hantar wife dan anak ke KKIA 1 dulu balik KL. Lepas tu baru ke KKIA 2 jumpa peserta GAG.
9.30 pagi, Telefon x henti² berbunyi, peserta GAG yang dah sampai di airport tanya aku kenapa lambat. Aku jawab, bawak bersabar ye, semua kereta dah ada di airport.
10.30 pagi. Jumpa semua peserta di airport KKIA T2. Serahkan kunci kepada driver. Semua Nampak tak sabar sabar nak naik ke Kinabalu. Muka teruja. Berikut adalah senarai peserta.

Kereta 1

1.MUHAMMAD ARIFF BIN BAHAROM aka Ariff Osprey. aku lah GOGO event ni. Suka beg osprey…
2.AZRIN BIN ABDUL KARIM aka Ustaz Azrin Rambo. Founder Geng Aura Gunung. Otai Gunung. Low profile. Suka dengan watak Rambo, tapi pisau Rambo belum beli lagi…Ustaz Azrin dah tiba di Sabah pada hari Jumaat dan kini sedang bersenang lenang di Resort Strawberi Park, Kundasang.
3.ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN (DRIVER) aka Cikgu Zul Sungkai. Otai Silat Sendeng. Pernah melakonkan aksi persilatan terhebat dalam filem Puteri Gunung Ledang. Asal dari Sungkai, Perak.
4.SALLEHUDDIN BIN SAMSUDDIN aka Dean Melandri. Wakil tunggal dari LatePackers. Selalu lambat bila nak packing beg dia. Banyak kali aku racun dia suruh join trip ni. Akhirnya join jugak setelah diracun hebat. Otai hiking jugak ni.

Kereta 2

1.ABDUL HAFIZ BIN MUALLAH aka Hafiz Muallah. Team leader Geng² I-perintis. Tegas dan macho orangnya.
2.ERNIEDA BINTI MOHD NOR aka DIDA. Pernah kerja di MBSB. Ceria dan happy go lucky orangnya.
3.AHMAD NAZMI BIN ANUAR aka Nazmi. Otai gunung ni..
4.IZAYU BINTI ISMAIL aka ayu. Pun sama otai gunung jugak.

Kereta 3

1.SITI KHADIJAH BT SULAIMAN aka Siti. Baru je lepas grad dari Darul Syifa. Pernah seluk tangan dalam mulut buaya, tapi selamat tak putus tangan. Sapa2 ada asma, g jumpa dia kasi rawat.
2.MD. ZIN BIN SAMSURI (DRIVER) aka abg Md Zin. Low profile tapi pendaki lagenda semalaya. Pernah menjejak ke Puncak Everest. Setakat Kinabalu..ntah berapa kali agaknya dia jejak ke sini.
3.RAHIMAH BINTI SAMSURI aka Kak Rahimah. Otai gunung ni..kakak kepada Abg Md.Zin.
4.FARIS DANIAL BIN MD. ZIN aka Faris. Anak abg Md Zin. Otai jugak ni sebab seawal usia 12 tahun dah jejak kaki ke Gunung Nuang. Aku seawal 12 tahun, masih main kat taman permainan aje…hahahaha..

Kereta 4

1.HARIS BIN MAHMUD aka Haris. Otai gunung. Setakat Kinabalu..ntah berapa kali agaknya dia jejak ke sini.
2.SUHAILY BINTI SUHAINI aka Elly. Wife kepada MD NORYASSIN BIN MOHAMMAD. Siapa MD NORYASSIN BIN MOHAMMAD? Dia ialah suami Elly. Elly memang otai gunung lah..laju dia ni..Hampir² tak jadi nak join trip ni sebab hubbynya x dapat cuti. Hah..kalau cancel kira burn lah deposit..Nasib baik jadi Join..ni kali ke2 dia naik Kinabalu.
3.MD NORYASSIN BIN MOHAMMAD (DRIVER) aka Yassin. Low profile tapi pendaki yang agak laju gak. Hebat orangnya..
4.MOHAMMAD HAFIZ BIN SHAHRIN YUSOFF aka Hafiz Shahrin. Otai gunung ni..Geng² perintis.

Kereta 5

1.AHMAD FAZZAL BIN RAUP (DRIVER) aka Fazzal. Otai gunung. Setakat Kinabalu..ntah berapa kali agaknya dia jejak ke sini.
2.ZUBYDAH BINTI HAMZAH aka Zubi. memang otai gunung lah..laju dia ni..last minute dapat tempat dapat tempat ke KK selepas ada peserta awal tarik diri.
3.MOHAMMAD FAIRUZ BIN HAMZAH aka Fairus. Low profile tapi pendaki yang agak laju gak. Hebat orangnya..
4.MOHD NAZIM BIN WAN RAMLI aka Ajim kedai Abot. Siapa x kenal ajim? Pendaki lagenda ni.. Google Kedai Abot kat bangi.

So semua peserta kali ni otai2 belaka. Silap2 aku yang akan ketinggalan di belakang macam trip kat V2 ari tu..hahahaha.

11.00 pagi, RM 50.00 diberi pada driver sebagai duit minyak..hahahaha best kan..so bila semua dah dapat kunci kereta maka apa lagi berdesuplah mereka hilang dari pandangan. Aktiviti hari ni bebas. Terpulang lah pada driver nak kemana. Nak shopping ke, nak jalan2 ker…aktiviti bebas. Dengan syarat mesti tiba di Strawberi Park jam 5 petang untuk rehat.

Aku dan cikgu zul bawak 2 kereta untuk diserahkan kepada Abg Md zin yang akan tiba di KKIA T1. Flight MAS mendarat disini. Jam 11.15 abg md zin bersama anaknya dan kakaknya muncul di balai ketibaan, kasi kunci kat dia..maka kami semua berdesup menuju ke Kundasang.

Kereta aku agak selesa. Cikgu zul driver, dean melandri duduk depan. Maka aku duduk belakang boleh mengangkang sepuas hati dengan selesanya..hahaha. tiba-tiba sampai di pekan KK, Elly call tanya macam mana direction nak pergi kundasang. Aku cakap, pergi cari stesen minyak, beli Map..mesti sampai punya..

2.00 petang, Sepanjang perjalanan ke Kundasang, view memang terbaiklah..Cantik. Cuaca cerah. Memang aku suka. Sembang2 dengan dean melandri pengalaman naik korbu kat V2.

2.30 tiba di pekan nabalu. Dean beli nenas potong rm 2. Aku beli sebiji nenas rm 3. Lepas tu suruh tokeh tu potong..dapat kuantiti lagi banyak dari yang dean beli. Kat sini kami beli banyak makanan macam pisang dan buah-buahan.

3.00 petang. Tiba di Kinabalu Park. Ustaz Azrin call. Dia dah sampai di Strawberi Park. Aku cakap suruh dia check in dulu. Kami dah booking 2 chalet besar dan 1 bilik biasa, 1 chalet boleh muat 10 orang. 1 bilik boleh masuk 5 orang. So kapasiti semua dalam 25 orang. Memang muat lah untuk XPDC kali ni yang ada 20 orang. Terlebih-lebih…

Di Kinabalu Park, aku uruskan pendaftaran untuk hiking esok pagi. Disini kena cakap slang bahasa sabah. Baru lah mesra sabah bah..hahaha. Confirm booking dengan SSL, collect pass dengan Kinabalu park dan uruskan pembayaran guide dan transport ke Mesilau.

Aku cakap dengan ketua Guide, aku mahu Guide nama dia azzudin. Aku tak mau lagi guide perempuan macam yang kami terkena semasa second time ke KK sept lepas. Guide perempuan ni duit mau lebih, kerja mau kurang..

Guide ni penting sebab kalau kita mesra dan baik dengan dia, dia akan tunjukkan benda2 yang pelik yang jarang dia bagi kat orang luar lebih² lagi geng² hensem macam kami..so selepas dapat deal dengan Azzudin melalui telefon, dia setuju bawa lagi 3 orang guide yang gagah perkasa untuk trip ni. (rupanya ni bukan azzudin yang aku mahukan, azzudin lain dah…salah orang. Tapi takpe asalkan gagah perkasa cukup).

Tetiba aku masuk dalam office Mountain Torq yang buat via Ferrata. Akhirnya, aku dan cikgu zul setuju nak buat via ferrata. Satu sejarah lah..ni konon-kononnya..hahaha..Call ustaz azrin, kasi racun suruh join via ferrata. Dia kata ok.

Aku pun racun dean melandri. Dia kata ok, tapi mahal sangat nak bayar dalam RM440.00. aku kata apa ada hal..banker ada..hahaha kasi racun. Sebab dia wakil late packers..so wajib lah buat via ferrata. Hahahha, baek punya racun.

Lepas selesai urusan di Kinabalu park, kami lunch kat kedai bawah tu. Aku order bubur je, kononnya mudah hadam…hahahaha. Cikgu zul tapau je bubur tu selepas dia tgk aku makan macam sedap je..

4.30 petang. Tiba di resort strawberi park. Rehat, solat jap.
5.00 petang. Jalan2 ke pekan kundasang. Ustaz azrin ajak makan KFC. Aduhhh aku dah kenyang. Last2 kami temankan je Ustaz azrin membedal KFC snack plate dia di KFC kundasang. Dulu sept 2012, takde pun KFC kat kundasang ni..lepas makan, kami shopping barang di pekan kundasang. Lepas shopping, kami berjimba sakan dan bergambar berlatar belakang kan gunung kinabalu

6.30 petang. Solat Maghrib di masjid kundasang
9.00 malam. Briefing kepada semua peserta. Sesi suai kenal dan kemudian semua tido awal. Esok nak trekking awal..kul 6.30 pagi mesti dah ada di Kinabalu Park. Aku dah tau sangat ragam trekkers ni. kalau janji 6.30 pagi..last2 kul 7.30 pagi baru boleh gerak..


Isnin, 4/3/2013 (Kinabalu Park – Mesilau Park – simpang laying-layang - Laban Rata – Gunting Lagadan )

Seawal 4.30 pagi aku dah bangun. Tak tau apasal tak boleh tido malam tadi. Cikgu zul bangun kejutkan Ustaz Azrin dan Abg Md Zin. Semua bersiap siap packing barang. Aku dah setuju nak korbankan beg Osprey Argon 70 untuk di kongsikan bersama barang² Ustaz Azrin dan CIkgu Zul. Semua barang termasuk jaket, ration dan dapur dah siap masuk Argon. Aku timbang dalam 20 kg lebih.

Lepas suboh..”angkat sauhhh!! “ Hah!! Teringat kat uncle azam Hah semasa di V2 ari tu. Sapa uncle ni?

Baca petikan log v2 ni… “8.00 pagi: HAAAAAAHHHHHH!!! Aku dikejutkan lagi dengan sergahan power dari Uncle Haah! Aku panggil dia uncle alam haahh! Sebab dia suka jerit dan sergah Haah. Ni taktik dia nak bagi semangat pada diri dia. Mula-mula memang tak biasa..aku layan aje. Uncle ni gah dan hebat orangnya. Umur dah jejak 50 lebey..tapi jiwa masih muda dan fit macam atlet. Pernah sekali masa trekking dia cucuk angin belakang aku. Aku tak kasi potong. Apalagi, aku makin laju. Semakin aku laju mendaki, semakin rapat dia cucuk. Akhirnya selepas 5 minit dicucuk angin, aku beri laluan kat uncle. Selamba je dia potong sebelum hilang dari pandangan aku yang masih tercungap-cungap”

Ok sambung balik citer Kinabalu ni..kami memang nak gerak awal ke Kinabalu Park. Malam tadi sengaja aku tak briefing lebih lebih kat peserta sebab semuanya otai-otai belaka..tanpa aku sedari ini satu kesilapan bila taklimat keselamatan di ambil mudah.

6.30 pagi..semua peserta dah ada kat kereta masing². Kami bertolak ke Kinabalu park untuk bersarapan pagi kat kedai bawah tu. Sampai kat sana, aku menguruskan urusan guide. Bila aku jumpa azudin guide yang aku kenal masa first time ke KK ni, “ aik ni sapa pulak ni? ni bukan azudin..” tapi nak cover punya pasal..kami sembang macam dah lama kenal.

Din guide perkenalkan 3 lagi kawan² nya yang lain. Setelah berkenalan lebih kurang, kami collect lunch pack di Balsam Café.

Aku memang tak puas hati dengan lunch pack kali ni. tak berbaloi, ada ke dia bagi 2 biji pisang muda, 2 botol air dengan 2 paket sandwich. Ni yang aku hangin dengan SSL ni. bayar dahlah mahal, ini bukan lunch pack. Breakfast pun bukan ni. nasib baik aku dah standby ration lebih. (penangan V2 membuatkan aku tak ambil ringan soal ration ni)

Setelah selesai, aku beritau pakcik transport tu kalau van dah ada, kami tunggu di kedai makan di bawah. Ok ngam..kata dia.

8.00 pagi..Encik guides yang gagah ni pun sarapan di tempat kami makan. Ramai pulak org kat kedai tu pagi tu. Jadi banyak item yang peserta order tak sampai-sampai lagi. Last² aku dengan kuasa veto yang ada “ ok gerak sekarang, siapa yang tak dapat makanan lagi boleh tapau”. Kelam kabut peserta dan guide semua packing barang-barang masuk van.

Masa tu bermula lah sesi membeli jiwa guide. Kena berbaik-baik dengan guide ni. kalau kita baik dengan dia, dia akan bagi service terbaik dan free. Serius..! so aku hadiahkan satu beg plastic penuh dengan pisang sebagai tanda pengenalan. Oklah so far so good. Diorang semua happy.

Kami mula menuju ke Mesilau gate dengan wajah ceria dan penuh semangat. Ada yang ambil gambar sepanjang perjalanan ke mesilau.
View memang marvelous lah. Kena pergi sana sendiri dan rasa apa yang aku maksudkan kat sini. Setakat baca..takleh nak sama dengan apa yang kami rasa…hahahaha..

8.45 pagi. Sampai je kat Mesilau gate..Aku nak cari toilet ni..mana toilet??? Nak memerut dulu. Tau dah .. walaupun sepanjang trek mesilau ke laban rata ada toilet di pondok2 yang disediakan..paham-paham jelah keadaannya. Aku tak mau trekking nanti dalam keadaan risau berdebar-debar menahan sakit perut. Biarkan sisa-sisa toksik yang bersarang di hujung rektrum ni bersemadi di toilet mesilau.

Lepas je dapat memerut, porter pun timbang Argon aku. Hmm..takdelah berat sangat dalam 22 kg je. 1 kg dalam RM 10.00 so total adalah RM 220.00 untuk bayar porter. Hah! Bayar jelah. Kongsi² dengan cikgu zul dan ustaz azrin kan..

Eh apasal dulu ko cakap satu kilo rm8 je? Hatiku memberontak..
Memang lah rm 8..kalau ikut timpohon. Ni ikut mesilau..lagi jauh..so RM 10.00 le. Aku pujuk hati sendiri nak sedapkan hati. Tapi aku rasa memang kesian pada enGuide yang jadi porter ni..beg dahlah berat. Lepas tu kena angkut ke laban rata. Pastu bayar 220.00 je? Kalau aku dibayar rm 5,000.00 pun belum tentu sanggup. Begitulah perit jerih porter kinabalu membanting tulang 4 kerat demi sesuap nasi.

Mesilau Trail to Laban Rata adalah sepanjang 8.2km route. Standard perjalanan untuk yang fit.. makan masa dalam 8 jam ke 10 jam jugaklah. kalau tak fit, dalam 15 jam pun boleh…Entah mengapa minda dan otak aku ingat 6 km je. mungkin masih terbawa-bawa trek timpohon.

Aku target nak sampai ke laban rata sebelum jam 3 petang. Kalau tak sempat 3 petang, dalam 3.30 petang pun jadilah..Kalau tak sempat gak..pukul 4 petang still boleh diterima lagi. Kalau tak sempat gak kul 4 petang..baik tak payah! Sebab tu dah dikira lewat nak join briefing via ferrata di pendant hut. Kalau jam 4 pon tak sampai ke laban tu kira tak fit lah nak join via ferrata.

Masa first time naik kinabalu ni pada july 2012. Timpohon ke laban rata ambil masa 8 jam jugaklah… (9.00pagi – 5.00 petang). Sept 2012, Second time pulak.. Timpohon ke laban rata ambil masa 4 jam 45 minit. (10.00pagi – 2.45 petang). Kali ni trek mesilau, 6 jam 30 minit (9 pagi – 3.30 petang). Oklah tu..

Trek mesilau ni agak mistik dan angker sikit sebab tak ramai manusia lalu ikut laluan ni. cantik lah..macam kat irau pun ada..

9.00 pagi Standby. Pasukan sedia di atur gerak pada bila bila masa. Cikgu zul dengan semangatnya lead buat warming up. Yang paling semangat aku rasa ustaz azrin, dia dah kat depan trek. Lepas je safety briefing lebih kurang oleh encik guide..kami pun berdesup memulakan hiking ke laban rata. Yeah! Aku dah tak pandang belakang dah. Aku hanya Nampak laban rata je kat depan tu.. Hujan ke, ribut ke..hantu ke, apa ke..akan ku tempoh juga. Kali ni puncak akan kami jejak walau terpaksa berperang!

9.10 pagi. Baru 10 minit berjalan, aku yang pada mulanya di depan sekali mula di potong oleh Ustaz Azrin yang bersenjatakan Cascadia 7 dia tu. Aku pula kali ni dah tak pakai kasut getah. Pakai kasut timberland hiking ion mask. Oklah jugak..

Eh apasal tiba-tiba mengah pulak ni? ye serius nafas aku semput macam tak cukup oksigen. Tiba-tiba ustaz azrin yang kat depan tadi dah hilang dari pandangan. Adoh! Laju gile..serius balik KL nanti aku akan beli cascadia 8 yang lebih hebat dari Cascadia 7 dia..hahahah..

9.15 akhirnya aku tinggalkan cikgu zul yang agak termengah-mengah di belakang. Nak kejar ustaz azrin kononnya ni..
9.20 akhirnya aku trek sorang²..Ustaz azrin depan..entah mana dia skrg. Cikgu zul masih di tempat ke 3. Aku pulak di tempat ke 2 dengan pantasnya mendaki trek mesilau yang canak. Apabila sampai di KM1, aku teruskan perjalanan tanpa rehat. Ada jumpa pondok pertama. Pondok Schima nama dia. Masih terlalu awal nak rehat.. henjut lagi. Aku fikir lagi 3 km di depan aku akan jumpa simpang.

Henjut punya henjut..Jumpa pondok kedua, nama dia pondok bambu. (Kepada yang tak fit memang nak kena bambu lah..dah suruh training, tak mau training. Hah lepaklah kat sini..) aku masih tak mau berehat. Nak kejar via ferrata punya pasal. Henjut lagi.

Masa ni trek dah banyak menurun. Adohhh sebenarnya aku benci trek yang menurun. Bila mendaki gunung, mestilah menaik..bukan menurun. Aku dah tau dah..lepas menurun ni karang kat depan tu mesti ada trek pacak yang takde belas kasihan punya..trek menurun ni dalam 1 km gak jaraknya. Cuaca sepanjang trekking memang cantik dan panas. Jarang-jarang dapat cuaca cantik macam ni kata encik guide.

Sepanjang perjalanan ke simpang aku tak berhenti untuk ambil gambar atau video. Akhirnya selepas henjut punya henjut sampailah ke pondok 3 namanya pondok Nepenthes. Tak berenti jugak..henjut lagi..sampai dah lepas km 3 ada satu jambatan gantung nama dia Kipuyut. Kat sini siap berlari-lari mengejar sorang hiker cina. Masa menurun, dia memamg laju..tapi masa naik, selamba je aku potong dia yang keletihan minta nyawa. Yang peliknya aku jumpa dia kat trek mesilau ni jer..lepas tu langsung tak jumpa dia. Pelik²…

Henjut lagi tak berhenti maka sampailah aku ke km 3.5. ada pondok ke 4 namanya Tikalod. So dalam minda aku lagi 500 meter akan sampai ke simpang. Yes!

Setelah agak lama berhempas pulas sampailah aku ke KM 4. Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi.. Simpang layang-layang aku rasa mesti ada kat depan tu. 4 km dalam masa 2 jam. Not bad lar…. Nanti dah sampai kat layangg-layang nak lepak jap lah..fikirku. jalan punya jalan.. dengan lajunya tak sampai-sampai simpang yang aku cari ni.

Pacak lagi ada..lepas tu bila aku melepasi KM 4.5..cilakak! mana simpang ni? adakah aku dah masuk ke alam sana? Adakah aku terlepas simpang itu? Mustahil.. Yer lah jalan sorang². Pelbagai kemungkinan.

Dari kisah yang disurahkan kepada aku, ada pendaki yang jumpa kubah istana di laluan mesilau ni. serius aku cakap, kalau aku jumpa, memang aku ambil video. ..hahahha..

Akhirnya sampai ke pondok ke 5 . nama dia Lompoyou. Masa tulah aku tgk map kat pondok tu…Adoiii ***** ar.. lagi 1.5 km nak sampai simpang. Aku dah pewai dah ni. rupanya ambil jarak lebih kurang 6 km nak sampai simpang laying-layang. Bukannya 4 km seperti yang aku bayangkan. Patutlah tak sampai-sampai dari tadi.

So start dari situ aku dah slow dah.. dah tak jalan laju dah. Kalau sempat join briefing via ferrata, aku join. Kalau tak sempat..biarlah..akhirnya aku tido kat tengah² trek. Masa tu siap mimpi lagi. Hahahaha..pewai habis beb. Ada tupai tolong kejutkan..walaupun aku tidur 15 minit jer tapi rasanya tido tu agak panjang..

Ni bukan kali pertama aku tido kat trek. Masa kat gunung dato’ pun pernah tidur kat trek. Mendaki kul 2 pagi mmg pewai dibuatnya.

Lepas jaga dari tidur, aku rasa bertenaga. Masa ni Cuma minum air biodisc yang disedut dari water bladder aku. Chi pendant tak pakai lagi..simpan dalam poket je..

1.30 petang. Akhirnya Berjaya tembus ke simpang yang aku impikan sangat tu. Dari KM 4 ke simpang ni ambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Not good enough. Kena henjut ni..

Dari simpang ke laban rata adalah dalam 2 km lagi. 2km ni tak sama dengan 2km masa awal2 trek mesilau tadi. 2km ke laban rata ni ambil masa 2 jam aku target.

kat trek 100 meter sebelum pondok Villosa…Masa ni terjumpa dengan sorang pakcik janggut putih. Dia senyum2 pulak. Nampak macam porter. Dia tegur aku “kau dari mesilau kah?, aku Nampak kau kat mesilau tadi..mana kawan-kawan yang lain? Laju ni kau..”

Rupanya pakcik ni kami jumpa masa nak register di mesilau tadi. Gile laju pakcik ni..dia henjut bawak barang ke laban rata. Ni dah turun balik. Aku tak sampai lagi ke laban dia dah turun..

Aku teruskan rentak perjalanan yang perlahan. Masa ni ramai pendaki pendaki yang minta nyawa keletihan. Bayang² pendaki GENG AURA GUNUNG langsung tak Nampak. Aku pasti mereka pun tgh pewai ni..

Sampai je kat trek villosa, aku bantai tido. Adalah dalam 15 minit. Lepas bangun, sekali lagi aku bersedia nak henjut ke laban rata. Rasa bersemangat!. Masa tu sembang² jap dengan guide kinabalu yang lepak kat situ. Aku tanya dia apa perkembangan krisis di Lahad Datu. Ada kemungkinan ke mereka akan bersembunyi di Gunung Kinabalu? Dia cakap orang² sulu takkan berani datang ke Kinabalu sebab orang² Dusun yang jaga di sini. Jangan main² dengan orang dusun. Jawab guide yang gagah perkasa ni dengan confidentnya..

Memang lah..orang² Sulu ni tanah jajahannya di pulau, laut dan pantai. Bila naik ke Gunung, mereka macam pening². Sama gaklah orang dusun. Mereka memang hebat di pergunungan. Tapi di laut, pulau belum tentu…

2.30 petang..tinggal satu km lagi nak sampai ke laban rata. Akhirnya aku dah tak larat sangat ni.. terus aku bukak lunch pack. Makan tengah hari di tengah trek.

3.15 petang..sikit lagi nak sampai ni..aku follow group cina yang agak ramai. Kami main kejar-kejar. Dia potong aku, sat gi kat depan tu dia rehat je.. aku potong dia balik. Sampai kat pondok waras. Hahahaha, inilah pondok yang akan menjadi kediaman fazzal malam ni. sengaja aku bagi geng² fazzal tido kat waras hut. Maklumlah..geng otai..

3.30 akhirnya sampai gak ke Laban Rata. Terus aku ke kaunter pertanyaan. Minta kunci gunting lagadan. Awek kaunter tu kata kunci Ustaz Azrin sudah lama ambil..oklah tu, dapat tempat ke-2.

Sudah lama ambil? Wah laju giler. Berita baik, awek tu kata kami semua 20 orang akan tidur di gunting lagadan. Arghhh cantiklah..! so senang nak kawal. Aku tak boleh bayangkan geng² fazzal kalau tidur kat Waras Hut. Silap² tak jadi naik jam 2 pagi nanti. Ahaks!

3.35 petang..dengan minta nyawanya aku menuju ke pendant hut. Ustaz azrin melambai riang! Yes kami akan buat via ferrata esok! Briefing lebih kurang..senang je via ferrata ni. yang aku risaukan Ustaz Azrin ni sebab dia ni agak gayat orangnya. Teringat masa naik bukit tabor east. Kami kena lalu paip air besar. Tinggi jugak tu..kalau jatuh memang cedera parah jugaklah..Masa tu ler aku tau Ustaz Azrin ni agak gayat. Hehehe..jangan marah yer..

5.30 petang..apa lagi dinner time..Masa tu apa lagi jom kita makan. Buffet style. Memang sedaplah. Terbaik…Cikgu Zul masih belum sampai. Fazzal n the geng dah sampai. Elly dah sampai. Geng² perintis pun dah sampai.

6.30 petang. Hari dah gelap. Kaki dah sakit. Dengan perut yang sedikit kenyang, aku mendaki anak tangga menuju ke Gunting Lagadan. Di sebabkan Ustaz Azrin sampai awal, dia dah pilih bilik yang ada view menarik. So aku dah minta dia reservekan tempat untuk aku..lepas solat jamak, aku tidur jap. Beg argon masih di tangan porter.

7.00 malam. Ustaz azrin tiba dengan muka cemas sambil merungut. Apasal ni? apasal dia yang bawak argon ni? bukan porter ke? Rupanya porter letak beg di laban rata je..diorang nak pergi rescue anak abang md zin yang belum sampai lagi. So apa lagi Ustaz azrin angkutlah beg argon tu..Terima Kasih Ustaz!
7.30 malam. Cikgu zul masih tak sampai. Hari dah gelap gile. Siti, Kakak dan geng² abang md zin belum nampak muka. Aku dah minta kawan² tolong reservekan makanan untuk mereka yang belum sampai ni..sambil aku bersenang lenang dalam selimut di laban rata..hahahhaha..

8.00 malam. Akhirnya cikgu zul sampai di laban rata selepas berhempas pulas dengan AMS. Hahahaha, baru dia tahu..dia g pekena carbo loading dulu aka dinner.

KECEMASAN. Search & Rescue
9.00 malam. Dapat panggilan kecemasan dari Elly. Elly bagitau siti dan kakak rahimah masih di pondok villosa. Mak aihhh??? Gile..9 malam masih kat pondok Villosa? Mau lagi 2 jam mau sampai ni. kalau siang lah..kalau malam 3 hingga 4 jam jugaklah..

9.01 malam. Aku call siti. Confirm mereka masih di Villosa. Abang md zin dan anaknya masih jauh. Mereka belum tiba di simpang pun. Aku tak risaukan abang md zin. Dia tau apa nak buat..

Yang agak mendebarkan ialah si siti dan kak rahimah ni.

9.02 malam. Aku call Din Guide. Hf off..cilakak!
9.03 malam. Aku sambung tido jap
9.05 malam. Tak leh tidur dengan lena sebab terbayang kat mereka yang belum sampai.
9.06 malam. Call lagi Din Guide. Hf off lagi
9.10 malam. G masak air. Minum air milo panas tenangkan fikiran. Muka buat² cool. Tapi jiwa agak kacau..
9.15 malam. Tanpa disedari Dean Melandiri dan Ajim Kedai Abot dah turun rescue. Aik..gile ganas diorang ni. kalau aku, belum tentu. Takut² aku yang akan di rescue kan nanti.
9.20 malam. Berjaya call Din Guide. Aku inform dia status kecemasan. Abang md zin masih belum sampai simpang. Siti dan kak rahimah terkandas di Villosa. Dengan pantas Din Guide mengarahkan guide² yang lain melancarkan operasi rescue selepas selesai makan malam. Cehh!
9.25 malam. Dapat call siti.

“woi ..kat mana ni siti?” aku tanya dengan selambanya
“kitorang kat pondok villosa lagi ni, sejuk sangat ni..” terketar-ketar suara dia..
“ apa benda yang ada dalam beg? Head lamp ada? “
“Head lamp takder..ada dalam beg yang dah bagi kat porter”

Emergency blanket mana? Tanya aku lagi
Dalam beg porter…kata siti
Solid fuel mana? Tanya aku lagi
Dalam beg porter gak…
Ski mask? Ada tak?
Dalam beg porter gak..Habis tu apa yang ada dalam beg?
Tudung aje..Damn. memang beku lah kejap lagi ni. Tiba-tiba teringat kisah pendaki beku mati kesejukan di gunung yang sejuk di Indonesia.

Last² aku cadangkan supaya mereka masuk ke dalam bilik air yang ada di pondok villosa tu. At least boleh gak lah berlindung dari angin kinabalu yang kejam. Bantuan in on da way…

10 malam. Call siti lagi. Status. Mereka sedang bergerak ke laban rata dalam keaadaan lemah dan perlahan.

16 pendaki Berjaya tiba di Laban Rata sebelum malam menjelma. Jam sudah 8.00 malam…4 pendaki masih berhempas pulas menahan sejuk beku angin Kinabalu dan AMS di pondok villosa. Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Berjaya kah mereka menjejak ke puncak kinabalu atau tewas dengan penangan AMS? This is the story…

Bilik² di gunting lagadan ni hanya muat untuk 4 orang. 2 katil double decker untuk 1 bilik. Full capacity Gunting Lagadan adalah 60 orang pada satu² masa. Sama dengan RestHouse Laban rata, 60 orang jugak.

Ok jom sambung balik, log citer di Kinabalu ni. Jam sudah menunjukkan lebih kurang jam 10.00 malam. Di saat orang lain sedang lena di ulit intan, aku terkebil-kebil melayan perasaan. Cikgu Zul yang gagah dan bersemangat baru saja sampai jam 8.00 malam tadi selepas teruk dibedal AMS dan angin sejuk Kinabalu kini sedang berehat memulihkan tenaga. Semangat inilah yang diperlukan untuk Berjaya menjejak ke puncak nanti jam 2 pagi. Kepercayaan yang mendalam. Komitmen. Kesungguhan dan usaha berterusan. Ini semua akan dizahirkan oleh 20 orang pendaki GAG jam 2 pagi nanti.

Ok jom sambung balik, log citer di Kinabalu ni. Jam 9.00 malam macam tu aku keluarkan ration dari beg Argon yang terpaksa dipikul oleh Ustaz Azrin selama 200 meter dari Laban Rata ke Gunting Lagadan. Ration kali ni adalah sup cambell satu tin. Perghhh terbaik lah di masak di puncak. Benda ni kalau masak di rumah, takde rasa apa apa yang menarik..biasa je.

Tapi bila di masak di puncak gunting lagadan, sup panas lebih² sup cendawan Campbell ni boleh membakar line.. setelah masak lebih kurang dalam mess tin, aku bawak sup keluar untuk diaqiqahkan dengan team yang lain. Tengok² si Elly sedang sugul menahan kerisauan kerana si siti dan kak rahimah masih belum² sampai di Gunting Lagadan. Hari makin gelap (dari tadi mmg gelap pon), angin makin kuat menderu, suhu semakin jatuh.

“rilek ah elly..jangan risau. Biar je siti tu. Takde benda. Jap lagi sampai le tuuu” aku dengan selamba cuba menenangkan situasi kecemasan.
“risau gak ni.. dulu elly pon sampai kat Laban rata dah malam” elly cuba menyedapkan hatinya sendiri.

“Dah lah tu..meh kita makan ni. Bismillah..²”..aku cuba menyedapkan hati. Elly dan hubbynya menerima messtin berisi sup. Tiba-tiba geng² perintis keluar dari bilik apabila terhidu bau sup. Apa lagi jom kita pekena sup ramai²..

Malam tu, ntah berapa kali aku masak air gunakan cerek elektrik yang ada kat situ (saja buat² sibuk). Yang aku hangin ni sedang aku lepak menunggu air dalam cerek tu masak, datang seorang gadis dengan selambanya merembat air yang aku masak tadi. Dia tuang dalam baldi dia nak buat mandi..dia kata..

Mandi air panas??? What the hekk??!! Tak payah lah mandi! Kinabalu XPDC is no longer your comfort zone. It is battle of survival…

10.30 malam : Status of Victim. Unknown. Contact loss.

10.31 malam : 4 pendaki masih tak sampai..Gelisah dan resah. Time ni aku teringat pengalaman ngeri semasa XPDC v2 pada Feb 2013. Hari ke 5, dari kem Lembah agas ke kem puncak Junction. Aku dan Is (member hiking) gagal tiba di kem puncak gunung junction seperti yang dirancang. Kami dah trekking dari 9 pagi hingga 10 malam, bayang² kem masih tak Nampak. Penat, marah, sedih, kecewa, panas hati, sejuk, dingin, confuse dan macam macam perasaan bercampur baur. Suhu dalam 9 darjah celcius. Badan, kaki dan tangan habis calar balar..tapi entah kenapa tak rasa sakit.

Treknya pulak..MasyaAllah..Hanya yang pernah trans dari Yong Belar ke Junction je lah yang tau. Trek sempit penuh duri. Kena lalu bawah balak tumbang. Kena lalu atas balak pecah. Kena merangkak. Kena menunduk. Ada trek pacak, ada trek menurun. Sampai satu tahap, aku yang dalam keadaan pewai giler akhirnya terbenam kedalam pasir jerlus. Tenggelam paras pinggang dengan osprey argon 20 kg masih terikat di pinggang. Nasib baik ada is menghulur bantuan. Time tu dah maghrib aku rasa..

Abang sham castello ada berpesan.”aku lagi senang bawak team yang slow tapi masih ada kemahuan nak bergerak, biar merangkak. Tapi..Kalau tak nak bergerak langsung, ni yang parah”

Akhirnya kami sampai ke kem anak junction. Berapa jam atau berapa jauh lagi nak ke kem bapak junction, aku tak pasti..

Di Kem anak junction..Agak rata disini. Aku dah tak ada kemahuan nak bergerak lagi. Is dah pewai habis. Aku masih boleh henjut lagi kalau aku nak, masalahnya aku dah malas nak gerak. Si Is pulak, masih bersemangat nak teruskan ke puncak junction, Cuma dia dah tak larat. Silap² karang kalau dia pengsan, aku kena pikul.

“Ariff, kita camp dulu kat sini. Dalam kul 12 lebih kita gerak” Is mencadangkan…

“ ok aje..” aku angguk tanda setuju. Tapi dalam otak aku mmg aku dah malas nak sambung. Nak tido dah ni..penat gile.

Is pun apa lagi..pasang fly. Terkial-kial aku dan Is menahan sejuk. Angin pulak macam tak beri belas kasihan. Makin lama makin kuat membedal puncak tempat kami nak lepak.

“Is, aku rasa kita kena pasang khemah ni. Fly tak boleh ni.” aku mencadangkan.
Ok..Is setuju.

Kami pun terus bekerjasama pasang khemah aku yang boleh muat 2 orang. Bila khemah dah terpasang, apa lagi berderu kami masuk selamatkan diri dari angin banjaran titiwangsa yang menggila. Kami selongkar beg masing-masing keluarkan ration. Masa tu aku dah tak peduli sama ada ration company ke, ration siapa ke. Kami masak sardine, kari ayam bercampur sayur kacang buncis. Iskhh kalaulah ada roti ni memang best..kata Is. Nasib baik aku ada bawak spider stove, solid fuel dan khemah. Time ni rasa sangat² bersyukur dengan apa yang ada.

Kami masak dalam khemah yang tertutup. Masa tu teringat kes kematian 2 pelajar di puncak KORBU. Mereka dipercayai mati disebabkan keracunan gas memasak yang terperap dalam khemah. Sama macam situasi aku sekarang. Tapi masa tu aku dah tak peduli. Nak masak kat luar hujan dah makin lebat. Angin makin kencang. So aku nekad aje masak dalam khemah. Apa nak jadi..jadilah. lapar gile ni…

Lepas makan..aku bancuh Milo panas. Air ? kami tadah aje dari air hujan kat luar... Kami minum kepuasan. Tapak khemah pun rata. Memang selesa tido sini. Boleh lah mengangkang sepuas hati. Kaki boleh lurus..10 minit kemudian aku bangun kejutkan Is,

Weh ! tak boleh jadi ni…sejuk sangat ni..jom kita bakar solid fuel. Is terpisat-pisat dan dalam keadaan confuse angguk setuju.

Aku korbankan pinggan aku sebagai alas nak bakar solid fuel. Perggghhh kehangatan yang terhasil hasil pembakaran solid fuel memang mendamaikan jiwa. Sedap je aku rasa. Di sebabkan letih sangat, akhirnya aku pun tertidor lena mengikut jejak langkah Is yang dah lama selesa berbantalkan beg dia. Aku bermimpikan yang indah-indah. Aku bayangkan ketika itu aku berada di Hotel 5 star yang cukup selesa…bersama sedulang anggur segar dari ladang dan hidangan nasi arab bersama kambing golek panggang. Sedapnya..

Sedang sedap melayan imaginasi liar…Tiba-tiba kesejukan mula menggigit tulang sum-sum aku. Aku bukak mata..Gelap. mana kambing tadi?? Tak Nampak apa..aku raba kepala. Ada headlamp. Kasi on. Cahaya muncul. Lah…patutlah solid fuel sudah habis terbakar. Aku kejutkan Is..suruh dia bakar solid fuel lagi. Solid fuel aku? Aku simpan dulu..standby..Mana tau esok² kena lagi OT macam ni..at least ada gak stok solid fuel penyambung nyawa.

Akhirnya aku Berjaya meracun Is suruh tido di Kem anak junction. Esok pagi² baru kami sambung ke puncak Bapak Junction. Jom sambung tido..sambung mimpi kambing golek…hahahha..sambil hujan di luar khemah makin menggila. (masa tu lah kak lang sibuk nak mengacau, ada aku kisah..Nak perang tunggu esok pagi. Kita cease fire dulu ok..

Ya, itulah antara kisah ngeri aku di V2. So aku faham macam mana perasaan orang yang sedang trekking di tengah malam tak sampai lagi ke kem ni. harap bersabar. Itulah sapa suruh join XPDC Kinabalu ni..bayar dahlah mahal. Kalau aku tau macam ni punya susah, memang confirm aku tak nak pergi..penyesalan mula melanda.. (mungkin itulah yang melanda dalam pemikiran 4 pendaki yang belum sampai ni).

10.35 malam, Gunting Lagadan. Tadi jam 9.00 malam, mereka masih di Villosa. Abang md zin dan anaknya masih jauh belum sampai ke simpang. Sekarang ni dah jam 10.35 malam. Harap harap mereka dah sampai ler tu.. aku mengharap.

Trek dari Villosa ke Laban Rata agak mencabar. Tiada lagi trek landai. Hanya trek batu batu yang kejam. Kat trek pokok² bonsai tu..memang seramlah.. Dengan oksigen yang menipis..dan kisah perkampungan istana di sepanjang laluan tu..200 meter sebelum pondok paka..kat sini ada yang jumpa istana, ada yang jumpa taman. Ada yang sesat langsung tak jumpa..

kalau perasan lah, itu pon kalau…. akan masuk satu ruang mcm boulevard, denai dia kat tengah² anak sungai.. kene lompat batu kat situ.. ade satu batu bertangkut kat situ. Ada air terjun kecik..cantik giler.. dlm batu tu ade kolam kecik banyak ikan emas.. pokok bunga pun banyak situ. boulevard tu dlm 100 meter je, pendek. Cantik, sangat tempat tu.. sampai hujung sume terang balik.. tak redup mcm tadi. Cuma yang peliknya, bila dah termasuk kesitu takde pulak teringat nak ambil gambar ke video ke buat bukti. Bila dah lepas baru teringat..bila trek balik ke kawasan tadi.. tak jumpa dah…adohhh..minta² janganlah termasuk ke alam ni..Panjang ceritanya nanti. Itulah sebabnya aku benci trekking malam².

Dalam pukul 11 malam macam tu, akhirnya siti yang ditemani ajim sampai ke gunting lagadan. dengan keadaan selamat. Mana kak rahimah aku tanya? Dia kata on da way..
Ok noted.

Aku malas nak memanjangkan cerita. Siti letih. Ajim selaku penyelamat lagi ler letih. Aku dan ustaz azrin selaku orang yang memantau dari jauh..pon letih gak. So soalan yang aku tanya pada siti..

“nak naik puncak ke tak nak ni?”
“nak!”
Dah g masuk tido….

Siti dah sampai..mana lah kak rahimah dan abang md zin ni?

12.30 malam..spanjang malam, aku tido x lena..Dari 2 jam lepas, aku dah bersiap sedia dengan pakaian trekking nak ke puncak kinabalu. Lapisan pertama..satu set long john fit warna putih. Lapisan ke2 pulak, tshirt long sleeve black commando suit dipadankan dengan seluar winter yang mmg tebal. aku tido dengan uniform ni. Stokin pacat tebal sepasang cukup. Jaket ? hmmm, kalau ribut atau hujan malam ni..aku dah standby dengan US army PARKA. Suit baju hujan military standard. Memang terbukti ketahanannya masa aku naik ke sayat-sayat dalam hujan ribut pada Sept 2012. Waterproof, wind proof dan breathable, serta ringan pulak tu.

Kalau tak hujan, aku pakai jaket timberland ringan je. Jaket ni aku bawak naik motor kalau g kerja. Waterproof, wind proof dan breathable, serta ringan pulak tu. Dipadankan dengan kasut timberland with ion mask technology. Advanced version of gore-tek.

Kali ni aku bersumpah tak nak pakai kasut getah. Padahal sebelum ni, aku yang sibuk mencanang ke sana sini kehebatan kasut getah yang terbukti gile grip di laluan berbatu kinabalu.

Ini semua fobia bila terkenang penangan kasut getah yang makan kaki aku di trip V2 yang lepas. Baru hari ke3, grip kasut getah ni dah merosot dengan mendadak. Walaupun diperkukuhkan lagi dengan steel harpoon, performance kasut getah ni hancur dengan teruknya di V2. Maka aku fobia..kaki melecet. Gile ahh..

Glove? Glove karrimor waterproof. Baru beli dari penjelajah alam aka azmir aka lasak outdoor. Dulu masa first time naik, aku pakai glove biasa. Menyesal aku…! Bila basah..air meresap perlahan ke dalam sel-sel tangan aku.. akhirnya.. tangan kebas. Bila kebas, mental tak focus…

Air dah siap isi dalam water bladder. Dah siap di energizedkan menggunakan teknologi BIODISC. Salah satu secret weapon aku.hahahaha..Aku dah siap² plan nak gerak awal ke puncak jam 1 pagi. Memandangkan kami semua ditempatkan di Gunting Lagadan, maka kami dah rancang awal² yang kami tidak akan turun ke Laban Rata untuk bersahur di sana. Save energy beb. So kami dah pakat² dengan pegawai pantry supaya bekalkan kami dengan 5 buku roti gardenia jumbo. Oklah tu..

Eh lupa nak citer..jam 12.30 malam. Ada lagi 3 orang pendaki belum sampai ke laban rata. Perghh gile ahhh!...

“ustaz azrin, agak-agak hujan tak malam ni?” aku cuba bertanya pandangan..
“malam ni? kalau ikut perkiraan saya, saya yakin tak hujan..” jawab ustaz azrin dengan gaya rambonya..

“ok ..kalau gitu saya x payah bawak jaket US army PARKA ni..buat berat je.”

Tepat jam 12.35 pagi , aku dah kejutkan semua peserta… “Bangunnnnnn!! ²!! Menuju Puncak…!! Bangunnnnnn!! ²!! Menuju Puncak…!! “ Suara aku menggegarkan mereka yang sedang senang lenang di buai mimpi indah dan mungkin sedang menahan perit di betis dan peha akibat pendakian siang tadi.

Dida aka kaka tomey muntah…segala isi keluar. Dah pesan jangan makan banyak masa buffet petang tadi. Tapi..itulah manusia. Bila dah lapar, habis segala kambing black pepper dibedalnya.

Fazzal dan wifenya semangat gile. Cepat je dah bersiap. Yassin dan isteri tersayang i.e. Elly pun sama. Dah siap sedia untuk diatur gerak. Mood : standby.

Aku macam biasa buat-buat sibuk masak air untuk peserta. Koko panas memang sedap dicicah dengan roti kosong ditengah pagi buta di gunting lagadan bersama suhu kurang lebih 12 darjah celcius. Semua minum dengan gembira. Aku bukak 1 kotak kurma madu jenis Rotab. Macam tak laku je…mentang² lah semua dah ada energy bar dan coklat cloud9.

Jam 1.00 pagi..di saat kegembiraan itu, tiba-tiba dean melandri muncul membawa khabar berita bahawa Abg Md Zin, anaknya dan kakak rahimah sedang berada di Laban Rata berehat. Ok berita terima. Syukur Alhamdulillah. Semua lega..semua selamat…Buat masa ini.

Jam 1.30 pagi. Kami minum lagi sambil buat regangan ringan. Aku dari tadi tak berhenti menguap minta masuk oksigen. Tgk dari jauh, gate ke puncak masih berkunci. Tangan aku mula kebas..Muka ustaz azrin dah tak sabar sabar nak memecut ke sayat-sayat. Fazzal steady je..Otai le katakan

Jam 2.00 pagi..ntah macam mana, si fazzal dah tak boleh sabar lagi. Dia merempuh aje pagar yang disangka berkunci tu…lahhh tak kunci rupanya..Penat kami tunggu guide datang bawak kunci gate. Melihat pintu ke alam Sayat-sayat telah terbuka luas, maka berderu-deru lah kami menyerbu pintu itu. Dengan lafaz bismillah, dengan berkat selawat azimiah..dan doa.. Kami memulakan pendakian penuh getir ke Puncak Kinabalu. Baru 10 minit mendaki tangga ke sayat-sayat. Aku dah mengah. Eh apasal ni? mana pergi kecergasan aku?? Apasal lemah sangat ni? dada berombak kencang. Nafas semakin laju selaju kederasan tinju 7 hari. Aku berhenti kejap agar jantung berehat seketika. Kaki boleh henjut lagi ni tapi oksigen bagai segan segan nak meresap masuk ke dalam ranting paru-paru.

Pandangan yang jelas semakin kabur. Aku menutup mata kejap. Aku menguap seluas alam agar oksigen masuk.. oh tidak…aku mengantuk rupanya..Ceh tak cukup tidor!


Selasa..5/03/2013..

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun" (Surah al-Isra' ayat 44)

Bismillahirahmanirrahim, Segala puji bagi Allah s.w.t pada setiap kerdipan mata dan turun naik nafas. Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah s.a.w, nabi junjungan, rahmat untuk sekelian alam.

Terlebih dahulu ingin saya menzahirkan ucapan kesyukuran kehadrat Allah, dengan izin dan limpah kurnianya berjaya sudah misi pendakian Geng Aura Gunung seramai 20 orang ke Gunung Kinabalu pada 4-5 Mac baru2 ini. Terima kasih kepada orang Kuat GENG AURA GUNUNG, Ustaz Azrin dan juga Cigu Zul Sungkai dan semua peserta yang telah bersusah payah menjayakan trip ini sehingga Berjaya dengan cemerlang sekali. Kepada semua peserta juga, saya ucapkan terima kasih dan tahniah!

Ok jom kita sambung balik log pendakian..

2.45 pagi…Dengan perlahan kami mendaki ke sayat-sayat. Aku dah briefing kat peserta, jika Berjaya jejak ke sayat-sayat… tu dah kira dah sampai ke puncak kinabalu lar tu. Ini disebabkan pendakian yang bahaya adalah dari gunting lagadan ke sayat-sayat. Selepas je sayat-sayat, maka trek dah mudah. Trek dah landai…dah boleh jalan lenggang mak limah. Trek dari Gunting Lagadan ke Puncak Low peak adalah sejauh 2.7 km. Kalau naik treadmill, dalam 10 minit dah boleh setel…hahahha

Macam biasalah..Ustaz Azrin dah memecut laju ke depan. Dia mendaki anak tangga ke sayat-sayat dengan pantas. CIkgu Zul yang ada di depan aku..mula perlahan. Ada beberapa kali dia berhenti mengambil nafas melayu. Dah tua, biasalah kan. Orang tua memang begitu lumrahnya.

Elly dan Yassin konsisten di depan aku. Ada masa aku potong mereka. Lambat sangat. Fazzal dan wifenya pun konsisten jugak. Fazzal memang laju Cuma wife dia agak perlahan. Aku dengan perlahan dan lesu mendaki dengan tongkat. Setiap 10 langkah..aku berhenti mengambil nafas panjang.

Entah mengapa lain benar pendakian kali ni. cuaca begitu cantik. Tak ada pun angin yang bertiup mencabar. Tak ada hujan yang menggulung dari bawah. Tak ada ribut yang berputar. Cuma kadang-kadang angin bertiup..kencang , kemudian kembali tenang.

Aku memandang ke bawah..kulihat gunting lagadan sudah lama aku tinggalkan. Dari jauh..Cahaya putih berbondong-bondong berbaris naik perlahan. Itulah biasan headlamp pendaki² yang sedang naik ke sayat-sayat.

Aku masih mengah..belum dapat kuasa lagi ni. aku seluk poet kanan. Ada 2 biji kurma. Telan 2 biji. Wah! Terus dapat tenaga. Jaket timberland terus aku bukak dan simpan dalam beg. Panas pulak pakai jaket. Wah!! Dah tak sejuk lagi ekk..

Sampai ke tali yang pertama, aku berhati-hati..hah, kalau dah sampai tali tu maknanya sayat-sayat dah tak jauh. Memang agak berbahaya juga keadaan ini. Guide gunung memberitahu kami terdapat kejadian di mana pendaki jatuh dari gunung. Mayat mereka yang sudah membeku cuma dapat dijumpai selang beberapa hari kemudian.

Ustaz azrin yang laju giler dah entah kemana. Ramai yang potong aku semasa di tali. Mamat jepun ada, minah mat salleh dari US dan UK pun ada. Penat semakin terasa. Kaki masih boleh henjut lagi. Daya tahan cardio dan endurance masih ada. Yang aku tak tahan ni..oksigen. Sekali sedut macam 30% je yang masuk. Hadohhhh..lepas 10 langkah mesti berhenti sedut oksigen dalam-dalam.

Cikgu zul telah lama aku tinggalkan di bawah. Tiba-tiba lampu headlamp aku semakin malap. Berhenti kejap tukar bateri. Sebenarnya aku memang cari alas an untuk berhenti…asalkan ada peluang memang nak berhenti je kerjanya..

Eh itu macam pintu sayat-sayat..Maka aku melajukan pergerakan. Makin aku laju, semakin laju jantung berlari. Tak boleh jadi ni..aku tak nak henjut macam pagi tadi. Terlalu penat dibuatnya. Aku nak simpan tenaga untuk via ferrata pagi nanti.

Sampai di sayat-sayat, kami kena beri pas permit pada renjer yang bertugas. Aku teruskan pendakian ke Puncak. Sikit lagi mau sampai ni.. pada masa tu minda, semangat, mental aku dah pun berada di puncak Kinabalu. Hanya tubuh fizikal masih di sayat-sayat lagi.

Dengan perlahan aku mendaki. Atas sikit dari sayat-sayat..entah semangat gunung mana yang merasuk pemikiran aku..aku cari tempat yang agak rata. Dapat je tempat rata..aku baring dan terus tidor. Ngantuk gile ni dari malam tadi tak tidur.. Elly dan hubbynya Nampak aku tido, terus join sekali berehat. Aku tak pasti berapa lama aku tertidor..tapi mmg aku terlena…siap mimpi sekali. Best betul.

Mood Mimpi..Lagu standing in the eyes..bermain di minda

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah tak ke mana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini standing in the eyes of the world
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul

Wajar standing in the eyes of the world
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin Berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Bila aku bangun dan nak sambung pendakian, elly dan yassin dah tinggalkan aku. Mungkin mereka dah ke depan. Dari tadi aku tak tgk jam. Jadi aku tak pasti dah berapa lama aku mendaki.

Dari tadi aku tak banyak bercakap. Semua pendaki aku tengok tak bercakap. Semua tercungap-cungap minta oksigen. Semua focus nak ke puncak. Aku mendaki dengan perlahan. Aku tak peduli sama ada jauh lagi ke tak..berapa lama lagi nak sampai ke tak..aku terus berjalan, berjalan, dan terus berjalan.

Ada masa tu aku tertidur semasa berjalan. Bila tidur, roh pun keluar dari badan..Teknik tidor masa berjalan ni biasanya banyak diamalkan oleh Komando semasa menjalani latihan asas komando dalam sesi Long March. Mereka akan tidur sambil berjalan perlahan-lahan sambil tangan memegang beg kawan yang ada di depan. Pada mulanya aku tak percaya, sehiggalah aku merasai sendiri. Bila badan terlalu penat..badan akan buat benda pelik yang tak terjangkau akal.

Sedang aku sedap-sedap tidur sambil berjalan..tiba-tiba kaki aku tersepak batu ! dengan kepantasan yang lebih laju dari cahaya..roh aku kembali. Mata tersentak! Spontan aku menarik nafas dari mulut dengan pantas dan dilepaskan beransur-ansur. Sakit gile tersepak batu!

Serius lepas tu, aku dah tak ngantuk dah. Mata segar menahan sakit tersepak batu tadi. Sampai satu kawasan yang agak lapang, aku tgk jam dah pukul 4.55 pagi. Agak-agak dah subuh dah ni…Nak cari air takde, so kenalah bertayamum. Selepas tu, solat atas batu je..takde alas pun.

Lepas solat..sambung balik mendaki. Guide kata dah tak jauh dalam 50 meter nak sampai puncak. Masa tu aku dah tak pikir apa-apa. Pemandangan sungguh indah..cahaya matahari terbit di puncak kinabalu sangat cantik.

Dalam 10 meter lagi nak sampai puncak aku lepak jap kat batu. Masu tu perasaan aku..sukar digambarkan dengan kata-kata..

Ntah mengapa mengalir air mata melihat betapa luasnya alam ni yang diciptakan. Bahu aku ternaik-naik menahan sedu. Aku try nak tahan..apa barang rambo nangis..hahahaha..tapi makin ditahan makin laju pulak air mata ni mengalir. Serius... Aku ingat dah lama aku tak nangis. Sangat lama…Last nangis masa kat puncak view trek V2. 2 minggu lepas..

Mungkin agak sejuk di puncak, aku keluarkan solid fuel untuk dibakar. Kawan² lain turut menumpang kehangatan.

Kulihat 360 darjah. Pemandangan indah. Sangat indah. Saujana mata memandang. Awan berada di bawah..nun jauh disana Nampak jelas bandaraya Kota Kinabalu. Ya Allah..Sungguh keadaan alam semula jadi senantiasa memberikan ketenangan dan kedamaian kepada diri. Tidak kira walau seremuk mana hati itu dilanda dengan musibah, dihujani dengan ujian. Namun Alam tidak pernah pernah gagal memberikan ketenangan pada diri ini.

Lantaran itu lah, kita pernah mendengar seorang penulis muda mahupun tua akan pergi mencari ilham dengan bertemankan alam. Jika di kota, penuh dengan hiruk pikuk, bunyi hon yang membingitkan telinga, namun setelah mengambil sedikit waktu dengan duduk di tepi biara, melihat pemandangan laut yang indah, pukulan ombak yang mesra lantas ilham pun keluar mencurah-curah.

Pada situasi yang lain, mungkin ada di antara kita yang tidak tahan dengan ke 'panasan' rumahtangga. Lantas, buat seketika waktu, kita cuba menjarakkan hubungan dengan mencari ketenangan. Masuk ke hutan melihat keindahan ciptaan tuhan. Damainya! Hilang segala kekusutan di jiwa. Kita tenang dengan keadaan itu.

Segala kekusutan minda, kesesakan jiwa kita kumpulkan dalam satu keluhan. Lantas kita hembus perlahan... Saat itu, terasa hilang segala bebanan yang memberatkan fikiran. Benarlah, sesungguhnya alam tidak pernah gagal memberikan ketenangan!

Syukur Alhamdulillah..segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di atas kebesaran, keagungan dan kekuasaanMu ya Allah, tuhan yang maha pemberi Rahmat. Terima Kasih ya Allah, akhirnya di beri Keizinan olehMu untuk aku menjejak kaki ke puncak Kinabalu. Syukur…. Syukur Alhamdulillah. Tanpa izinMu apakan daya kami..Ya Allah.

Aku kini berada di Puncak Kinabalu. Jauhkan lah kami ya Allah dari sifat riak dan takbur. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa tunduk pada perintahMu Ya Allah. Buangkanlah sifat sombong kami ya Allah. Hanya Engkaulah tuhan yang kami sembah dan hanya kepadaMu Ya Allah kami memohon pertolongan..

Aku pejamkan mata sejenak. Air mata belum kering..masih mengalir..kulihat..Di dalam sebuah hutan yang didalamnya ada beberapa air terjun yang mengalir, kedengaran akan bunyi air terjun yang mengalir, bunyi cengkerik yang tersorok di sebalik batu-batu, bunyi buluh yang bergesel sesamanya, bunyi burung yang menyanyi riang di bawah pohonan rimbun...

Semuanya begitu menenangkan. …
Di atas puncak kinabalu ini yang diseliputi oleh awan dan kabus tebal, udaranya sungguh nyaman, cuacanya cukup dingin, kesunyian yang teramat sangat, kedengaran dan terasa kelembutan dingin angin yang bertiup menyapa kelembutan kulit...

Semuanya begitu mendamaikan…
Di tepian pantai yang dihiasi dengan terumbu karang nan indah, di dasar lautan yang jernih bisa dilihat dari permukaan air, kelihatan anak-anak ikan yang beraneka species dan ragam berenangan keriangan di sebalik terumbu karang, deruan angin yang menderu, bunyi ombak yang memukul pantai, juga daun-daun pokok ditepian pantai seolah-olah menari apabila ditiup angin...

Semuanya itu sangat mententeramkan. Banyak lagi pelbagai keindahan alam yang begitu menenangkan jiwa, mendamaikan hati, melapangkan minda, menyejukkan jiwa. Rupa-rupanya baru aku sedar... Segala apa yang ada di langit dan bumi ini senantiasa bertasbih dan memuji ilahi. Cuma aku yang tidak mendengarnya. Seperti jelas dalam firman Allah swt dalam al-Quran :

"Segala yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah); dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Hadid ayat 1)

"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Hasyr ayat 1)

"Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah as-Saf ayat 1)

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Jumua' ayat 1)

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi MahaPengampun" (Surah al-Isra' ayat 44)

Tetapi bila aku mendengar dan memerhati kepada alam sekeliling, jiwa dan jasad ku berasa tenang. Begitu jualah dengan orang yang lain, sama ada apa anutan sekali agama mereka, pasti dan pasti alam itu memberikan ketenagan dan kedamaian padanya kerana jiwa dan roh itu sentiasa tenang bila mendegar tasbih dan pujian pada ilahi.

Maka seharusnya hati dan lidahku perlu lebih banyak bertasbih dan memuji ilahi supaya bisa menenangkan jiwa, mendamaikan hati, melapangkan minda, juga menyejukkan jiwa. Bila jiwa sudah tenang, maka kembalilah jiwa yang tenang ini kepada penciptaNya..

Al-Fatihah…

Maka lengkaplah sudah log perjalanan menuju ke puncak kinabalu. Ada pengajaran yang dapat kita belajar dari setiap perjalanan hidup…

Berikut adalah catatan ustaz Azrin..

Ok.. di ringkaskan cerita... hampir kesemua peserta berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Walaupun dengan bersusah payah... Ada yang mengalami kecederaan lutut yang serius... Ada yang terjatuh.. Ada yang terkena serangan AMS yang serius... Ada yang meredah trek didalam kegelapan dan kesejukan malam kerana masalah headlamp... Pelbagai perasaan suka dan duka... kecewa dan hampir putus asa.. mungkin perasaan marah pun ada...

Mungkin kita akan menganggap peserta yang sampai awal itu yang hebat.. peserta yang laju itu yang otai dan sebagainya...

Tapi ingatlah... "Puncak Gunung itu hanyalah satu titik destinasi, Pengalaman di sepanjang pendakian itulah yang paling utama"...

Sahabat-sahabat semua... Pada saya, sebenarnya mereka2 yang mendaki dengan perlahan2, mungkin kerana kurang stamina, terlalu penat, kurang persediaan, atau mungkin kerana mengalami kecederaan, mungkin kerana tidak berpengalaman... mereka2 ini bertempur dengan perasaan2 mereka sendiri di sepanjang pendakian... sedih, menangis, kecewa, marah, sakit hati, takut, panik, hampir-hampir berputus asa... Tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan... ada yang sampai lewat petang... ada yang sampai lewat malam... dengan penuh kepayahan dan kesukaran mereka meneruskan perjalanan... akhirnya mereka sampai ke destinasi...

Pada saya... mereka2 inilah sebenarnya yang kuat.. mereka2 inilah sebenarnya yang mempunyai hati yang teguh, jati diri yang kuat, kesabaran yang tebal, semangat tempur yang ampuh... Mereka mendaki didalam ujian... dan mereka telah lulus ujian itu...

Sahabat-sahabat semua... duka dan kecewa semalam mungkin membuat kita serik untuk mencabar diri dan menempuh cabaran lagi... Tetapi hakikatnya, selagi kita hidup, selagi itulah kita akan dicabar dan tercabar dengan takdir dan ketentuan hidup kita. Mahu atau tidak, kita tetap akan menempuh cabaran2 tersebut.

Sekali lagi, saya mengucapkan berbanyak2 terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang mengikuti trip Geng Aura Gunung dalam misi pendakian Gunung Kinabalu, Mac 2013. Saya memohon maaf jika ada sebarang tutur kata, atau sikap saya yang menyinggung perasaan sesiapa... Akhir kata dari saya, Jangan serik untuk mendaki... "Dari tegap bersimpuh, baik rebah merempuh".... wassalam.

Next Kinabalu trip..March 2014. Are you ready?

3polxin
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 10 Mar 2016, 14:21
Location: Tangerang
Contact:

Re: GENG AURA GUNUNG KINABALU CHALLENGE V2 Mesilau March 2013

Post by 3polxin » 20 Apr 2016, 15:06

Gunung kinabalu dengan kesejukan dan dingin udarayan di tawarkan. jadi pingin deh ngopi di ketinngian.
Belaian dingin udara pada saat digunung seperti kompresor ac yang menekan freon ac ke unitnya.

Post Reply