LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 Part 8 of 8

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 Part 8 of 8

Post by azkramm » 29 Aug 2013, 12:45

Hari terakhir XPDC v2


1. Sambungan hari ke 7, jam 10.00 malam, dalam kesejukan akibat hujan dan tiupan angin kencang, kami selamat sampai di Kem Kuali. Tapak perkhemahannya memang sempit dan menjadi laluan angin. Aku Tanya azam kat mana nak pacak khemah? Azam cakap..tak payah pasang khemah..g tumpang tido kat fly amirul.

2. Rupanya kem kuali ni tempat rentasan angin dari timur. Kalau masa tu angin timur antara Okt sampai Januari memang sejuk kau kau.

3. Kem kuali ni mmg sempit. Aku rasa 3 atau 4 khemah je yang muat. Aku cari port nak pacak khemah…malangnya semua port baik habis dipenuhi khemah azam, zahid dan geng2 UMP.

4. Aku tak boleh bayangkan macam mana lah kalau geng2 cikgu tu masih meneruskan trip V2 ni. Takkan ada tempat nak tido. Aku masuk fly amirul, minta ruang sikit nak tukar baju. Sejuk kat luar ni. Entah mengapa amirul hulur sepinggan nasi goring. Tanpa berlengah terus aku terima dengan hati riang gembira. Nasi goreng bersama keropok..mak aihhh, sedap giler…

5. Malam tu aku tak boleh tidur. Ground sheet yang dijadikan alas tidur nampaknya semakin lembab menyerap air. Faham² jelah kalau akar membonjol dan berselirat bawah flysheet macam mana rasanya. Kawasan kami tidur tu agak bercerun. Aku tido paling bawah..alamatnya air bertakung di hujung groundsheet. Dah macam swimming pool lah pulak…Ya Allah..serius aku cakap…aku mmg berharap sangat agar hari cepat siang..sepanjang malam menggigil kesejukan. Dalam keaadaan menggigil tu, akhirnya aku lena dalam keletihan yang amat sangat.

6. Perasan jugak ada tikus gunung kat sini. Fuhhh besar gile. Try² meroket ration zahid yang bersepah di luar khemah.

7. Sabtu 16/02/2013. Kem Kuali - Puncak G.Yong Belar - Kem Kasut - Kem Tudung Periuk – Pintu RImba - Anak Tangga Blue Valley Dam – Powil keluar ke Tanah Rata.

8. 6.00pagi…Yeahhhh!!! Hari ni aku agak tenang. Maklum ajelah nak balik dah. Hari last di XPDC v2…angin masih bertiup kencang. Dek kesejukan, masing-masing bertambah liat nak bangun. Tapi mengenangkan hari ni hari terakhir untuk trekking dalam misi Trans V2 ini, kami kuatkan semangat dan tekad untuk menakluk satu lagi gunung iaitu Gunung Yong Belar.

9. Siapa yang pernah berkem di kem kuali ni pasti tahu betapa bekunya suhu di puncak permatang ini. Kem ditengah-tengah hutan ditandakan dengan sebiji Kuali ini ada sumber air, last water point sebelum tiba ke G. Yong Belar. Kawasan ini agak sejuk dan menjadi laluan angin walau dikelilingi pokok-pokok besar yang berlumut. Trek dari Kem kuali ke G. Yong Belar, pokok masih besar-besar dan berlumut.

10. Aku bangun awal pagi tu. Mungkin sebab dah nak balik, maka aku tak terasa stress seperti hari-hari sebelum ni. Aku lepak di khemah azam sambil bantu myra masak sarapan pagi.

11. Azam dan mat tembakau sedang enak bersenang banyak dalam khemah mereka yang rata diselimuti sleeping beg yang masih kering..mmg selesa lah.hahahaha. Fuhhh jealous aku.

12. Masak apa ni Myra? Cekodok aje balas myra.

13. Aku tengok minyak masak yang disimpan dalam botol tu dah beku. Macam baru keluar peti ais. Terpaksalah mengoreknya dengan hujung sudu kasi keluar sikit².

14. Memandangkan semua orang masih lena di ulit intan…aku g ambil air kat LWP kat bawah. Masa nak ambil air kat water point kat bawah tu, fuhhh cantiknya view air yang mengalir dari celah-celah batu ni. Air tak berapa jernih sangat, tapi kami belasah aje. Ni kalau musim kering, confirm takder air kat sini.

15. Sembang² dengan azam..aku tanya dia apa benda yang kita cari kat V2 ni? Rilek je azam cakap..kalau tenang yg kau cari..tenang lah yang kau dapat. Kalau kau menyesal, penyesalan lah yang kau dapat..hahaha, ayat azam terbaik lah..

16. Aku cakap dengan azam aku nak pergi naik dulu ke puncak Yong Belar. Nak tengok Ustaz Azrin dia dah bangun ka belum..Azam cakap ok..Jalan terus je sampai puncak. Azam bagi satu pek bubur segera sebagai ration nak makan kat puncak.

17. Lepas sarapan aku terus packing barang masuk osprey argon. Hampeh..betul, apasal beg makin berat ni. Adakah beg dan isi² nya yang basah menambah berat atau stamina aku yang dah semakin merosot…

18. Dengan lafaz bismillah..Aku memulakan pendakian solo ke puncak Gunung Yong Belar meninggalkan kawan-kawan yang sedang lena tidur di kem kuali. Masa tu stamina dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje. Langsung tak boleh nak laju..jadi terpaksalah mendaki slow². Azam kata jalan terus je susur permatang. Hampeh ..mana ada..Pacak je mendaki berpaut akar ke puncak..

19. Perjalanan ke puncak yong belar dari kem kuali mengambil masa dalam 1 jam jugaklah. Masa tu langit putih dan berkabus. Langsung takde view. Takde rezeki rasanya nak tengok view. Takpelah..ada masa aku repeat V2 ni.

20. Kuali ke puncak yong belar ni punyalah mencanak. 90 darjah ..terpaksa aku menggunakan saki baki tenaga yang ada ni..sedang sedap melayan trek tetiba dengar bunyi orang kat belakang. Uncle rupanya potong line tanpa sedikitpun rasa mengah. Fuhh hebat stamina orang tua ni. Adakah dia minum kukubima atau air daun ketum? Nak kena korek gak rahsia dia nanti..

21. Akhirnya dalam 1 jam kemudian..aku menghampiri puncak Gunung Yong Belar. Mana ustaz azrin ni?? Malam tadi ketika semua pendaki bermalam di Kem Kuali, seorang pendaki tegar aka legend iaitu Ustaz Azrin telah meneruskan perjalanan dan bermalam secara solo di puncak Yong Belar. Kerja giler ni dilakukan kerana ingin meraikan kejayaan Grad G7 dengan cara yang unik.

22. Di puncak gunung ni kuperhatikan ada kawasan lapang..dan rata. Kalau pacak khemah memang best lah boleh luruskan kaki dan tido dengan lena. Kira mewah dah ni.

23. Akhirnya kesemua puncak dalam misi Trans V2 ini telah berjaya ditakluki, hari ni semua pendaki kelihatan tak sabar-sabar untuk menamatkan misi dan keluar segera dari hutan. Terpancar aura kepuasan yang tidak terhingga dari wajahnya. Akhirnya beliau berjaya menamatkan siri G7 dalam tempoh 3 bulan. Bermula dengan XPDC CUS pada dec 2012, XPDC Tahan pada Jan 2013 dan diakhiri dengan V2 pada feb 2013. Tahniah!

24. Setelah puas bergambar, kami bergerak menuruni Gunung Yong Belar, jam masa tu kalau tak silap dalam 11.00 pagi. 40 minit kemudian..melepasi kem kasut..aikkk..Kejap je dah sampai kem kasut? Apakah bumi ini telah dilipatkan?

25. Aku melalui Kem Kasut tanpa disinggahi. Sepanjang perjalanan ke check point seterusnya iaitu kem tudung periuk, perjalanan lebih mudah dan santai. Ada trek menaik, ada yang menurun. Tapi lebih banyak menurun lah. Pada masa ni minda, fikrah dan semangat aku dah berada di rumah. Hanya jasad fizikal masih bergerak di bumi belantara v2. Aku memperlahankan rentak trekking. Satu persatu orang belakang potong line. Aku pada masa tum mmg slow. Cuma aku perasan Isz, Hanny, Izan dan sweeper legend kita Mat Tembakau masih di belakang. Taklah rasa risau sangat kena tinggal.

26. Tiba di kem tudung periuk dalam jam 4.00 petang macam tu. Solat jamak jap. Lunch pack dah habis aku setelkan masa tgh trek tadi. Lapar beb…kebetulan hujan pulak time ni. Masa tu jumpa ustaz azrin Tanya kat dia ada pain killer tak? Sakit lutut dibuatnya..

27. Thanks to Bro Fadzly sebab bagi pack ubat pain killer ponstan. Jasamu ku kenang bro..

28. Ajaib! selepas dapat pain killer, perjalanan mendaki agak laju jugaklah. Dari Kem Tudung Periuk perjalanan diteruskan menuju Blue Valley Dam (BVD), Treknya juga mencabar mental dan fizikal terpaksa pula meredah naik turun 6-7 bukit termasuk beberapa puncak tipu hingga sampai ke Pintu Rimba. Sengaja aku menyantaikan perjalanan, baru dapat lihat view.

29. Tiba-tiba sahaja aku terjumpa cahaya di depan…Perghh rupanya dah sampai pintu rimba. Perasan jugak Nampak paip PVC. Akhirnya selamat kembali tamadun manusia…

30. Dari Pintu Rimba terpaksa menyusuri denai yang dipenuhi pokok resam dan menuruni cerun tanah liat yang agak licin hingga sampai ke Kem Kabin.

31. Masa ni dah maghrib, aku berjalan solo melayani view yang terindah di kawasan rimba. Rehat sekejap tukar bateri head lamp. Lepas tu sambung berjalan…punyalah licin trek tu.. 2 3 kali tergolek menggelungsur ke depan walaupun dah berhati-hati..

32. Akhirnya tiba juga ke sebatang sungai. Sampai kat sini dah gelap. Aku cross aje sungai tu. Try cari marker..tak jumpa. lepas cross sungai try cari trek, tak jumpa pulak..tapak kaki ada, tapi depan tu jalan mati.. Ahhh sudah.. Sorang² pulak tu.

33. Dari log yang dibaca, maklumat memaklumkan, follow aje paip PVC tu..nanti sampailah kat tangga. Aku try follow..kejap je dapat susur trek tu, lepas tu kat depan jalan mati. Masa tu dah pukul 8 malam. Aku tau dari sungai nak ke tangga BVD tak jauh, dalam 1 jam je lagi nak tamat XPDC v2 ni.

34. Akhirnya selepas dekat 30 minit cari jalan tak jumpa, aku stop kat tepi sungai tu. Aku tau hanny, isz, izan dan Mat Tembakau masih dibelakang. Taklah rasa risau sangat.

35. Mungkin orang belakang masih jauh, aku bukak dapur dan masak bubur segera yang di bekalkan azam. Ration semua dah habis, tinggal ni je last. Fuhh layan…

36. Skrg Jam dah pukul 9.00 malam. Mana orang belakang ni tak sampai²..atau aku yang dah tersalah jalan?? Fuhh bermacam kemungkinan bermain. Aku nekad dah..kalau pukul 10.00 malam mereka tak cross sungai ni..aku akan pacak khemah dan tido disini. Esok pagi baru cari jalan balik…

37. Aku rasa masa ni ustaz azrin dan semua pendaki dah selamat tiba di finish line. Aku sedang terkandas kat tepi sungai..menanti sweeper mat tembakau. Nak jimat bateri, aku off kan lampu head lamp. Baring jap tepi sungai. Gelap gile bertemankan bunyi air sungai yg mengalir..fuhhh tak dapat dibayangkan perasaan time ni. Sorang² je..menanti geng belakang sampai

38. Dalam 10.30 malam macam tu..tetiba Nampak 4 cahaya headlamp terkial-kial menuruni bukit nak cross sungai. Aku kasi signal kelip-kelip satu.

39. Woii..sini-sini…cross sini..aku jerit. Lega aku rasa..ada juga orang datang.

40. Isz Tanya mana yang lain. Aku cakap mereka semua dah gerak. Izan Tanya kenapa aku tunggu kat tepi sungai..aku cakap aku tak jumpa trek. Takut sesat, lebih baik tunggu. So sekarang semua berharap pada sweeper orang asli ni Mat Tembakau.

41. Sepanjang pengetahuan aku, mat tembakau ni mmg tak pernah lalu trek ni. Macam mana lah kau nak cari trek ni mat? Pada masa ni situasi agak tension. Isz dah pewai habis. Hanny dah macam blur². Izan pulak tak sabar² nak balik. Mat Tembakau terkial-kial cari trek asal. Aku agak tenang, maklumlah dah dinner tadi.

42. Mula-mula mat follow trek yang aku sesat tadi. Dalam hati aku dah tau kat depan tu memang jalan mati. Tapi aku diamkan dulu, mana tau mat boleh jumpa simpang lain. Kemudian, seperti dijangka, mmg jalan mati terpaksa patah balik tempat asal.

43. Kali ni mat ikut sungai pulak. Adalah dalam 15 minit ikut jalan sungai. Pun tak jumpa jalan keluar. Isz bertambah tension. Aku pujuk isz, rilek², kita mesti yakin dengan mat. Dia kan guide. Dia mesti tau jalan keluar..dengan confidentnya aku bagitau isz. Hanny masa tu macam nak nangis pun ada, tapi dia control. Kering hati budak ni..

44. Skrg jam dah pukul 11.30 malam. Mat reccee jalan depan..dia Tanya aku ada nampak tapak kasut tak? Apa kejadahnya tapak kasut mat??? Depan ni semua batang paip…mana nak cari tapak kasut.. tak nampak jejak orang lalu pun mat..adohhhh

45. Aku bagi cadangan kat mat..apa susah susah mat..Kita camping ajelah kat sini. Beras ada, semua ada..esok kita keluar lah.. kesian betul aku tengok isz yang memang dah tak boleh jalan dah.. Izan bagi semangat suruh jalan pelan-pelan.

46. Aku tak tau berapa jam kami berpusing-pusing di tempat yang sama. Dah jauh kedepan..lepas tu patah balik. Sabar jelah aku dengan mat ni. Tapi takleh salahkan dia jugak sebab mmg dia tak pernah lalu kawasan ni..

47. Skrg dah dekat 12.00 malam. Aku minta semua rest dulu. Aku bagi headlamp spare aku kat hanny. Head lamp dia dah selamat jatuh gaung kat korbu. Masa rest tu, isz masih ada bekalan lunch pack dalam beg dia. Aku cakap, isz makan lah dulu..tapi dia takde selera nak makan. Last² aku cakap bak sini nasi tu, lapar ni.

48. Sambil² mat merecce trek depan, aku habiskan lunch pack isz. Nasib baik tak basi lagi..bedal ajelah. Skrg 12.30 malam masih terkandas lagi..

Bersambung hari ke-9…

paksu_97
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 06 Sep 2011, 17:01

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 Part 8 of 8

Post by paksu_97 » 19 Jan 2014, 00:41

Eh, ariff, tak abes lagi ni.. haha..

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 Part 8 of 8

Post by azkramm » 04 Feb 2014, 16:56

FINAL EPISODE OF LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013. HARI² TERAKHIR XPDC. Hari ke-9.

Ahad 17/02/2013. Pintu RImba – Cross Sungai – Batang Paip - Anak Tangga Blue Valley Dam – Powil keluar ke Tanah Rata – Apartment Tanah Rata – Pekan Brinchang – Sungai Rengil – Kg. Raja – Balik KL – AU3 Keramat – Bandar Bukit Mahkota – Klinik – Home – End.

Sambungan dari episod lepas : aku bersama Hanny Banny, Izs, izan dan our guide Mat Tembakau masih terkandas di trek tak jumpa jalan keluar. kami masih berpusing-pusing di laluan yang sama. Lepas trek sungai nak ke batang paip..

1. Sepanjang pengetahuan aku, mat tembakau ni mmg tak pernah lalu trek ni. Macam mana lah kau nak cari trek ni mat? Aku harap sangat mat boleh cari trek yang betul. Nama pun guide..steadylah mat..

2. Pada masa ni situasi memang tension. Isz dah pewai habis. Hanny dah macam blur². Dari gaya trekkingnya, injured dah.

3. Kami meneruskan perjalanan meniti batang² paip yang licin. Mat dengan headlamp yang besar tu cuba tengok kalau ada jalan. Aku sweeper belakang sekali. Bateri headlamp aku dah nyawa² ikan. Kejap² mati. Izan punya pun sama. Cuma head lamp hanny je masih power sebab baru tukar bateri. Ceh itu aku punya kasi pinjam tadi. Rasa macam nak ambil balik tapi tak sampai hatilah pulak..adohh..Isz pulak takde head lamp. Bateri habis. Aku ler yang menyuluh jalan kat Izs.

4. Semasa meniti batang paip tu, banyak kali kaki aku jatuh dalam air paya tu. Isz lagi banyak kali jatuh sebab takde headlamp. Masa tu aku tgk mat tembakau dah jauh kedepan. Ini kali aku benar-benar berharap inilah trek yang betul. Dah lama kami berjalan ni. Kalau kena patah balik, alangkah sakitnya hati dan perasaan. Hahahaha…

5. Tiba-tiba isz macam bengang. Dia tak mau jalan lagi dah..Dia dah tak boleh sabar dengan mat agaknya. Sabar²..isz. meh minum dulu. Aku offer air dari water bladder dueter aku. Fuhh dengan ganasnya isz menyedut saki baki air yang ada. Tetiba hanny jugak muncul minta air. Erkk terkejut aku. Nah sedut jelah.. Izan pun sama tak lepaskan peluang. Masa tu terasa nikmatnya air.. Kalau habis air dalam water bladder ni kang, ntah kat mana lah aku nak refill… hahahaha..

6. Aku pulak masa ni dah malas nak tengok jam pukul berapa. Lebih focus meniti batang paip tu.

7. Tetiba suara mat tembakau yang sedang lead jalan di depan memecah kesunyian malam. Sini² ikut siniiii! Mat menjerit kegembiraan. Kami dengan pantas menjejak suara mat.

8. Ada simpang. Kami ikut aje simpang tu. Pastu jumpa tangga…hahahahaha…Yes akhirnya. Syukur Alhamdulillah.. Jumpa juga tangga ke dam. Finishing line dalam 15 minit lagi aku agaklah…

9. Masa tu aku saja saja menyantaikan perjalanan. Aku biarkan hanny, isz dan izan menuruni anak-anak tangga dam dengan pantas. Aku pandang belakang dan melihat laluan v2 yang telah aku tempuhi selama 8 hari ni. Agak emo masa tu. Perasaan masa tu lain dari yang lain dan sukar digambarkan.

10. Dari jauh terlihat lampu powil azam. Berkali-kali membunyikan hon bagai menyambut kepulangan kami ke alam ketamadunan. Akhirnya selepas menuruni anak tangga dam, kami sampai ke garisan penamat XPDC V2. Syukur Alhamdulillah..

11. Kami disambut oleh azam. Azam mmg dah risau sebab aku tak sampai-sampai. Aku cakap aku lepak tunggu org belakang kat sungai. Hehehe azam gelak aje.

12. Jam dah 2.00 pagi. Kami semua naik powil azam dan terus menuju ke sekolah dimana peserta parking kereta kat situ. Selepas membersihkan diri dan buang apa yang patut, kami meneruskan perjalanan ke apartment di tanah rata untuk bermalam.

13. Sampai kat apartmen, baru aku sedar dan terasa sakit seluruh badan. Selepas solat, terus tertidur.

14. Pagi tu pulak lepas packing apa yang patut, aku dan ustaz azrin yang menumpang badang abang sham castello shopping besar²-an di berinchang. Lepas shopping kami ke sungai rengil untuk menghantar mat tembakau balik ke kampungnya.

15. Masa kat kg tu kami belasah durian orang asli. Fuhh sedap tak terkata..

16. Lepas tu teruskan perjalanan ke KL. Lepas abang sham drop aku dan ustaz azrin di AU3, tanpa berlengah aku terus ambil motor dan pulang ke Bangi

17. Dalam perjalanan pulang, macam biasalah singgah klinik utk dressing luka² apa yang patut. Minta MC dapat sehari aje..ceh..bagilah 3 hari ke.

18. XPDC v2. Trip yang paling best….!

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 Part 8 of 8

Post by rembau » 04 Feb 2014, 19:32

pergh... tak terbaca aku...

taniah
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 Part 8 of 8

Post by Denan » 06 Feb 2014, 09:13

tebaik bang... tahniah2.

Alia
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 25 Oct 2013, 22:08
Location: Melaka
Contact:

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 Part 8 of 8

Post by Alia » 11 Feb 2014, 15:19

Hai.. Saya budak baru..

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 Part 8 of 8

Post by azkramm » 13 Feb 2014, 16:50

hai alia

Post Reply