LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 7 of 8

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 7 of 8

Post by azkramm » 11 Jul 2013, 12:41

Sambungan dari hari ke 6.

12.00 tgh hari : Hari ni adalah hari yang terindah sepanjang 8 hari XPDC v2 ni. Aku hanya rest & recovery di puncak Gunung Junction. Walaupun tapak khemah aku becak dan basah, ini dah kira mewah sebab dapat regroup dengan semua pendaki di kemsite Puncak Gunung Junction. Ramai pendaki yang meneruskan pendakin ke KORGA. Aku bersama beberapa orang lagi hanya melepak di kemsite.

Cuaca syukur Alhamdulillah agak panas menjelang petang. Kami ambil peluang menjemur pakaian yang basah.

Aku banyak habiskan masa bersembang dengan guide orang asli aka Mat Tembakau. Macam best je rokok kau ni mat..bak sini sebatang, aku pau sebatang rokok Mat. Fuhhh best jugak pekena rokok tembakau di puncak gunung junction ni. Mat tembakau ni baik orangnya. Friendly dan peramah.

Sembang punya sembang, akhirnya barulah aku tau rupanya Mat Tembakau ni tak pernah lalu lagi kat trek V2 dari Yong Belar keluar ke dam. Hah ! Sudah !..macam mana kau nak jadi swepper ni mat? Hahaha belasah jelah…

Sedang sedap melayan kopi panas, tiba-tiba muncul sorang pendaki cina. Kami bertegur sapa dan dia maklumkan group dia dalam 5 orang sedang dalam pendakian TT V1. Mereka masak maggi ala kadar dan kemudian meneruskan pendakian ke KORGA.

Jam 7 malam, ustaz azrin dan uncle dan big sampai di kemsite setelah seharian daypack ke Korga. Wajah kepuasan ustaz azrin jelas terpancar. Maklum saja dia akan grad G7 esok pagi bila menamatkan xpdc puncak yong belar.

Malam tu hujan dan angin kencang seakan-akan mencabar kesabaran kami. Kesemua menggigil menahan sejuk. Pada masa tulah aku teringat dan terkenang pada family yang aku sayang. Agaknya macam tu lah perasaan tentera yang berkhidmat jauh di pedalaman.

Makan malam disediakan bersama. Menu ala kadar aje. Dinner – Nasi + sambal sardin + kobis msk lemak / cendawan putih (1bwg besar, 3 bwg putih, ciliboh, + air = 3 sardin)

Isz sampai agak lewat. Dalam 10.00 malam macam tu. Masa tu dia minta nak kongsi khemah dengan aku. No problem…

Rupanya masa trekking kat KORGA, Isz ni dah pewai gile sampai nak tidur kejap kat trek katanya. Nasib baik ada si hirwan. Hirwan tak henti-henti memberi kata-kata perangsang. Masa ni lah kekuatan mental amat penting. Masa tu yang paling last sekali kalau tak silap si Hanny dan Azam.

Kesian betul. Kalau aku, pasti badan dah menggigil kesejukan, perut rasa senak, pedih, berangin.

Malam tu semua tido awal. Ada lagi 2 hari nak habiskan v2 ni. Tiba-tiba dapat berita yang agak menggemparkan dari Ustaz Azrin. Berita kematian seorang pendaki Gunung Tahan. Kemungkinan akibat sejuk melampau atau keletihan yang amat sangat. Ya Allah, permudahkan perjalanan kami dan hindarkanlah kami dari sebarang bahaya..amin…

PART 7

Jumaat 15/02/2013
Puncak G.Junction - Kem H2O - Puncak H2O - Kem Kuali

Pagi ni aku bangun awal dengan semangat baru. Hari ni hari Jumaat, esok sabtu dan berakhirlah XPDC kerja gila v2 ni. Hahahaha, masa tu tak sabar nak balik.

Cuaca masih berkabus seperti biasa. Tinggal lagi dua hari untuk berada dalam hutan. Keadaan fizikal kurang memuaskan, tapi alhamdulillah dari segi mental masih kuat.

Hari ni kami akan menempuh satu lagi perjalanan jauh menuju Kem Kuali. Trek dari puncak Junction banyak yang menurun, tambah mencabar bila terpaksa menuruni cerun-cerun yang agak curam serta menyusup di celah dan bawah akar pokok.

Aku tak mahu tahu berapa kilometre ke Kem Kuali. Boleh mental dibuatnya. Aku hanya mahu teruskan berjalan dengan tenang dan konsisten hari ni. Sarapan ala kadar Nasi goring ikan masin (1 bwg besar, 4 bwg putih, sos tiram, ikan masin (kecik), 5-6 cilipadi). Lunch pack macam biasa, Nasi Putih bersama serunding daging.

Pagi tu aku dan ustaz azrin semangat gila nak ke Kuali. Kami siap buat stretching kaw-kaw kasi heat sikit. Jam 8.30 pagi macam tu aku dan ustaz azrin memulakan perjalanan ke Kuali. Kami menyusuri permatang. Merangkak bawah akar… baru 10 minit macam tu tiba-tiba ustaz azrin potong aku dan nak jalan dulu. Aku memang slow bila bab menurun ni. Lutut dah sakit sangat. Tak lama kemudian ustaz azrin pun hilang dari pandangan. Tinggallah aku kembali solo menyusuri trek ke kuali.

30 minit kemudian, Uncle pulak potong aku. Lepas tu geng Tika dan zahid. Ceh! Trek ke H20 ni banyak menurun.

Aku masih ingat lagi peristiwa ni. Lepas cross sungai sepatutnya ke kanan menuju ke kem H20. Malangnya aku terus je daki laluan tu sebab ada tapak kaki. Naik aje..mencanak jugak.. last-last dah tak jumpa trek. Semak je depan ni tak ada kesan-kesan manusia. Sah aku dah sesat. Yang best bila aku trek balik laluan asal dah tak jumpa. Adalah lah dalam 20 minit aku berpusing-pusing di laluan yang sama. Cuak jugak sesat ni.

Last-last dengar tiupan wisel dari jauh. Berpandukan arah bunyi tersebut, aku langgar aje semak berduri, pokok resam. Masa tu tak ingat apa dah. Nasib baik jumpa trek asal. Syukur Alhamdulillah…

2.30 petang, aku tiba di Kem H2O yang terletak di lembah. Sesuai dengan namanya, ketibaan aku disambut dengan air sungai yang mengalir deras. Makan dan Solat jamak kat sini. Refill water baldder 3 liter. Aku tanya azam jalan yang aku sesat tadi menuju ke mana? Menuju kebahagiaan azam jawab…hahhahah..

Lepas tu saja saja gatal tanya azam, jauh lagi ke nak ke Kuali? Berapa jam?

Azam selamba jawab standard 6 jam gak arr..Mak aihhh! 6 jam lagi nak ke Kuali. Ni kang kalau start trekking kul 3 petang, takkan jam 9 malam baru sampai???? Tak nak aku Overtime…

OT atau tidak..pendakian perlu di teruskan. Baru 5 minit mendaki ke puncak H20, beg aku rasa sangat berat. Macam bawak batu. Last² kat tengah² trek tu aku bukak beg argon tu dan keluarkan baju basah. Yang mana boleh let go, terpaksalah aku let go sebab terlalu berat nak pikul.

Lepas tu beg tu takdelah rasa ringan pun, still berat lagi. Hampeh betul..

6.00 petang, tiba di Puncak H2O, sebuah puncak kecil yang hanya berkeluasan kira-kira 2 meter persegi dan dikelilingi semak belukar setelah naik turun beberapa bukit yang aku sendiri pun tak kira.. Hujan mula turun renyai-renyai. Aku meneruskan perjalanan bersama Hirwan dan Pokli.

7.20 malam, kami rehat sebentar menghormati masuknya waktu maghrib. Hirwan melaungkan azan di tengah² belantara v2. Kami tau ramai lagi kawan-kawan pendaki yang masih ada di belakang kami. Harap mereka tak terkejut bila dengar azan di hutan ni.

8.00 malam, inilah pendakian paling gila dan mental sepanjang xpdc 8 hari ni aku rasa. Mana puncak kuali ni? Trek punyalah pacak 90 darjah tak berhenti. Lepas satu pacak, pacak lagi..dan lagi..dan lagi. Terpaksa berpaut pada akar yang berselirat. Trek dah habis hancur dibajak group depan. Nasib baik si hirwan ada memberi kata-kata perangsang. Dia pun pelik dengan aku sebab berani follow trip hardcore macam v2 ni. Terus-terang aku kata paling lama aku kat hutan pun 3 hari 2 malam. G hiking nuang. Hahahaha…itu je.

Sampai satu point tak tau kat mana..aku dah pewai gile. Pokli pun sama. Si hirwan dah tak sanggup nak tunggu tengah trek dan teruskan pendakian. Dalam 10 minit kami rest dan kumpul tenaga. Bila sambung pendakian dalam 5 minit macam tu tiba-tiba jumpa khemah azam. Lah dah sampai rupanya..

Ustaz azrin mana? Dia tido puncak yong belar. Azam jawab sempoi.
Dia pergi dengan sapa? Sorang je azam jawab

Jauh tak nak ke puncak yong belar?
1 jam jugaklah dari kuali ni..

Err takpelah, aku lepak kuali jelah…hahhaha..

Bersambung lagi..

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 7 of 8

Post by Denan » 12 Jul 2013, 16:29

sambung bang last part... 8 of 8...

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 7 of 8

Post by Denan » 29 Jul 2013, 09:01

episod akhir tak kuar2 g bang... ending kene ada

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 7 of 8

Post by shahrul » 30 Jul 2013, 00:04

ahaha.. peminat dah bertanya tu..

p/s bang Nan.. syoookk aaar bonus raya sebulan gaji wooo :3
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 7 of 8

Post by Denan » 30 Jul 2013, 09:03

bos2 yg gaji banyak untung aarrr... yg aku ni gaji ciput boleh le cover2 duit raya ngan servis kete... :lol:

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 7 of 8

Post by azkramm » 30 Jul 2013, 12:13

tgh busy ler skrg..
nanti ada masa insyaAllah sambung last part...

Post Reply