LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by azkramm » 04 Jul 2013, 17:32

Khamis 14/02/2013
Anak Junction - Puncak G.Junction - Kem Cerek - Puncak G.Korbu - Puncak G.Gayong - Kem Cerek - Puncak G.Junction

Jam baru jam 4 pagi..solid fuel yang membakar menghangatkan aku dan Isz dah lama padam. Tinggal bekas jelaga hitam. Kini aku sedang ….macam tak percaya pun ada..apasal lah aku cari pasal pergi ikut event V2 ni. Memang cari pasal betul.

Kenapa? Mengapa? Apa dah takder kerja pergi naik gunung? Macam macam perasaan melanda…

Kenapakah kita bersusah payah meredah hutan belantara tebal ni? Naik turun bukit-bukau, menyusuri sungai berarus deras berkali-kali, meniti tebing curam, tanah jerlus dan laluan becak yang kejam. Merangkak, melutut di laluan trek buluh.. Sanggup mengambil risiko yang begitu tinggi di hutan yang dipenuhi binatang liar dan buas..

Apasal lah..aku sanggup meninggalkan dunia moden hanya nak merasa tidur di atas tanah, berpenat, berhujan berpanas dan menempuh pelbagai kesusahan dan kesukaran.. trekking dalam hujan lebat dan malam yang gelap gelita..

Memang betul tu! Tidak semua orang sanggup dan mahu melakukan apa yang hikers macam kita lakukan. Kepuasan dan kenikmatan.. Hanya pendaki tegar aje yang memahami, merasai perasaan, mendalami dan dapat merasai kepuasan dan kenikmatan apabila mendaki gunung.. nak² ni hah Gunung G7.

Keindahan pemandangan di puncak dan mengharungi trek yang mencabar kekuatan fizikal dan mental adalah kepuasan yang paling tinggi. Tapi malang memang takde rezeki kami semua nak tgk view sebab cuaca kabus dan hujan menemani sepanjang 6 hari ni..

Walaupun tangan calar-balar meredah resam dan buluh, kaki bengkak, ponstan dah abis makan nak kasi lega sakit, kaki krem melayan pacak berjam-jam, tangan luka terpegang duri, ntah berapa kali aku jatuh tergolek…

Tapi kekesalan itu aku pendam dan hilangkan. Aku buang jauh jauh. Aku positifkan diri aku. Dah aku yang gatal-gatal tangan pergi sign up nak join. Jadi jangan salahkan orang lain. Salahkan nafsu sendiri yang gila glamour nak grad G7 kononnya..hahahaha :)..

Namun atas apa yang terjadi..kita tetap puas apabila berjaya mengharunginya.. Dari maklumat yang disurahkan, laluan v2 ni dulu adalah laluan komunis. Mereka banyak main kat permatang. Dari area korbu pancung ke gerah dan ulu sepat. Komando pulak banyak main lalu kat sungai.. lepas perletakan senjata mereka pada 1989 (sebenarnya PKM tak pernah akui mereka dah letak senjata, Cuma bersetuju untuk berdamai aje) Laluan trans TT dibersihkan oleh komando VAT 69 ( dikepalai oleh Hussin) dari semua jerangkap samar dan bom sejurus beberapa tahun lepas komunis menyerah.

Dari maklumat yang diwarisi dari generasi senior² gunung, ABM bersama orang asli yang bukak trek v2 ni bersambung-sambung. Awal 97 macam tu kalau tak silap.

Rekod V2 terpantas juga telah direkodkan oleh Shafiq dan kak Yati (Kenshina) dalam masa 72 jam (3 hari). Siapakah mereka? perjalanan normal bagi trek ini adalah 8 hari.

Aku teringat perasaan pagi semalam semasa di Puncak View. Keadaan di Puncak View amatlah curam kerana kami terpaksa melalui puncak permatang berbatu yang curam dikiri dan kanannya. Kemudian perlu mendaki permatang yang agak menegak kira-kira 85° untuk ke Puncak Bonsai Tengah. Setelah sampai di Puncak Bonsai Tengah dapat merasakan perjalanan telah jauh serta telah habis setengah perjalanan. Ini kerana Gunung Korbu, Gunung Gayung dan Puncak 6850' telah kelihatan dihadapan mata. Manakala dibelakang kelihatan jauh Gunung Yong Yap.

Ini adalah log TransTitiwangsa V2! Hari ke-6.

Disebabkan log hari ke-6 ini agak pendek, maka sebelum sambung kisah v2, jom sama sama kongsi ilmu dan tips dalam pendakian.

Tips Umum
Berikut ini ada beberapa tips yang kadang-kala kita selalu terlupakan dalam kegiatan pendakian gunung:

Sebelum berangkat ke lokasi pendakian gunung, ada baiknya kuku kaki dirapikan / dipotong terlebih dulu. Adalah tidak selesa jika perjalanan terganggu gara-gara kuku kaki menusuk hujungnya yang mengakibatkan rasa sakit. Kalau boleh trim semua sekali, misai janggut dan sama waktu dengannya.

Kita selalu bawa bateri spare tapi lupa untuk membawa lampu spare. Periksa keadaan lampu sebelum bertolak. Ini memang betul kami kena kat v2. Nasib baik aku bawa 2 head lamp bersama stok bateri dekat 16 biji.

Bagi pendaki musalim, sebelum membuang air kecil atau besar di hutan selalu amalkan membaca: salamun ala sulaiman nafil alamin (ayat nabi sulaiman). Kerana jin dan makhluk halus tunduk kepada Nabi Sulaiman dan akan beralih dari tempat tersebut.. **Ustaz Ismail Kamus. Biasanya kasi tambah dengan ayat kursi. Tapi kalau dah tak tahan sangat, baca Bismillah…

Untuk mereka yang period, meskipun belum waktunya, tak ada salahnya bagi pendaki perempuan membawa persediaan (tuala wanita). Jin yang berleluasa di pergunungan macam tertarik dengan bau darah haid ni. Jadi berhati-hatilah. Cegah sebelum kena.

Udara di gunung lebih kepada kering lembab. Sebelum pendakian, ada baiknya kulit tangan disapu dengan hand & body lotion. Sedangkan kulit wajah disapu dengan pelembap yang ada kandungan penahan sinar ultra violet. Untuk bibir disapu dengan pelembap / vitamin khusus untuk bibir. Tips ini baik bagi perempuan mahupun lelaki. Sebab sering kita alami sepulang dari pendakian bibir terasa kering, kulit wajah dan tangan terbakar sehingga dua atau tiga hari sepulang pendakian kulit ari kita mengelupas. Bila itu terjadi, setiap hari sehabis mandi kulit ari yang mengelupas tadi digosok dengan lembut setelah itu baru disapu dengan hand & body lotion atau pelembap wajah. Hal tersebut untuk mempercepat pengelupasan kulit.

Kalau pergi v2 atau trip yang makan masa berhari-hari. Jangan lupa amalkan minyak komando aka minyak bawang. Menda minyak bawang ni? Apa tujuannya? Bukan ke minyak jadi beku kat tempat sejuk? Tujuan minyak bawang ni adalah untuk mengelakkan kulit tapak kaki dan betis dari melecet. Cara sediakan mudah. Tuang minyak masak, lebih baik lagi minyak kelapa asli dalam botol. Campurkan hirisan bawang merah atau bawang putih. Tunggu 15 minit sebelum di sapu di tapak kaki dan betis. insyaAllah tak melecet. Kenapa namanya minyak komando? Sebab mungkin komando² senior yang ajar taktik ni sebagai persediaan menghadapi ujian long march dalam kursus asas komando.

Kalau boleh jangan guna kasut getah untuk trip yang panjang. Setakat 3 hari tu bolehlah..Kalau ada bajet, bolehlah invest beli kasut hiking yang sesuai.

Sila pakai 2 lapis stoking. Satu inner, satu outer. Untuk inner boleh pakai stoking macam stokin office tu. Licin dan nipis. Untuk outer pulak, stoking bola boleh atau stoking pacat boleh atau stoking yang tebal sikit lah.

Lepas balik hiking, rendam kaki kita beberapa minit dalam air hangat kuku yang dicampur garam. Nak lagi best gunakan garam bukit. Nak lagi power gunakan air biodisc. Tapi yang paling power sekali suluh kat tapak kaki guna biodisc. Lepas tu memang akan tertido dengan lena sekali. Setelah itu baru disapu param atau krem. Jangan lupa tidurlah dengan posisi kaki lebih tinggi daripada kepala. Insya Allah pagi esok tu badan kita cukup segar, tapi otot-otot yang kaku mungkin hilang dalam beberapa hari. Takes time jugaklah.

Ok jom sambung log. Jam 6.00 pagi. Isz dah bangun kejutkan aku. Aku cakap sabar, lepak dulu. Isz nak cepat sampai ke campsite bapak gunung junction. Dia bersemangat nak teruskan hiking ke KORGA.

7 pagi, selepas minum ala kadar, kami packing dan teruskan perjalanan. Isz jadi guide aku. Aku dah tak semangat nak teruskan v2 ke KORGA. Ada 2 sebab. Sebab pertama, injury. Tak ada sebab untuk aku teruskan dengan keadaan fizikal yang tak mengizinkan. Sebab kedua pulak..recovery. Aku nak lepak kat kemsite je hari ni.

Perjalanan ke gunung junction dari anak junction ambil masa 1 jam jugaklah melalui permatang. Baru 5 minit jalan, tiba-tiba laluan antara aku dan Isz bagai terhalang. Aku dengar suara dia kat depan tu melaung suruh gerak cepat. Tapi aku tak dapat detect trek. Hadohhh ..dekat 15 minit aku berpusing-pusing di tempat yang sama. Jangan terjebak kedalam lingkaran naga berlapan sudahlah.

Akhirnya, berpandukan suara isz yang dah agak jauh kedapan, aku redah aje trek yang Nampak terhalang tu…sah! Tiba-tiba je aku jumpa isz..Cis! kena main lah tadi ni.. Kami dengan semangatnya terus ke depan.

Hampir sampai ke kemsite, dari jauh Nampak agak sama-samar khemah oren. Sah ni khemah vaude ustaz azrin. Assalammualaikum!!!!! Ustaz azrin senyum je..dia kata “ dah sampai dah..baru ingatkan nak g rescue” hahahaha…aku gelak jelah..

Azam datang dan hulur the kundur panas. Terbaik! Tiba-tiba hujan lagi… agak lebat gaklah ..bila lah kau nak berhenti ni..adoi. Ada hikmahnya hujan ni. Bolehlah kami tadah air buat masak nanti. Syukur Alhamdulillah hujan…Kemsite kat sini agak sempit jugaklah. Becak tu biasalah nak kena bajak dengan 26 orang kat atas ni.

Dengan pantas aku pacak khemah atas ruang yang ada. Tiba-tiba azam datang dan bagitau, dia nasihatkan supaya aku lepak aje kat kemsite. Tak yah follow gi KORGA. “eh apsal pulak tak payah? Aku Tanya azam. Azam jawab, aku nasihat aje, kalau nak ikut jugak, suka hati lar…” oklah aku lepak jelah kat kemsite ni. Tapi dalam hati memang sebenarnya aku nak lepak je..yes!

Ramai jugaklah yang tak pergi korga ni. Termasuklah izan, guide mat tembakau, Zahid, Tiqa, Sarah. Diorang dah pernah pergi so taklah rasa ralat sangat. Tapi si Isz mmg semangat gile nak ke KORGA. Walaupun dibedal pewai semalam. Baru tau rupanya dia nak grad G7. Go isz..go..!

So hari ni kerja aku hanya melepak di gunung junction sambil membersihkan diri. Rest and recovery. Bestnya dapat tido dalam khemah. Walaupun sejuk, tapi still warm lah. Makan tengah hari disediakan bersama dengan izan. Bubur nasi kami bedal beramai-ramai.

Time aku sorang-sorang dalam khemah, memang shahdu. Aku bukak hf sony experia s. Rupanya hf tu sentiasa on, last time aku on hf tu kat kem DGU. Kat gunung junction ni takde line DIGI. Aku tgk ada banyak msg yang masuk. Rupanya dari trek dgu ke junction ni ada line Digi. Mungkin kat puncak view kot.

Bersambung…lagi..

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by seper4alif » 08 Jul 2013, 13:13

kenapa kamu tak sambung kang semua log kamu nih dalam satu tajuk? (tajuk asal)
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by seper4alif » 08 Jul 2013, 13:13

kenapa kamu tak sambung kang semua log kamu nih dalam satu tajuk? (tajuk asal)
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by Denan » 08 Jul 2013, 14:22

wuihss panjang tu tan... yg ni pun dah tekebil2 aku baca... kalo di sambung semua satu page mau juling mato den :mrgreen:

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by shahrul » 08 Jul 2013, 14:30

hehe.. teruskan... :)
_________________
_________________

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by seper4alif » 08 Jul 2013, 14:35

satu posting dah lebih 1 bulan... view nya tak sampai 10org..... maksud nya????
ada 3 lebih posting.......


bukan pe,.... kenkadang kita buat sesuatu bukan sahaja untuk satu perkara sahaja tetapi terbaiknya untuk memuhasabah diri juga.... berkongsi sehingga kita tahu akan kewujudan perkongsian itu..... :)
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by Denan » 09 Jul 2013, 12:22

yup betul2... makna nye yg baik tu sama2 kita kongsi untuk kebaikan dan yg buruk sama2 kita kongsi sebagai pengajaran.

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by seper4alif » 10 Jul 2013, 09:49

sama seperti penceramah di luar sana... ada sesetengah penceramah sekali dia turun ke majlis ilmu... penuh satu stadium...
ada jugak yang datang bagai ceramah separuh surau pon takda org....

so kaji diri, kaji ilmu.. kaji perkara... yang mungkar ttp mugkar yang haram pasti haram.... yang seronok ramai carik heehehehe
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by shahrul » 10 Jul 2013, 13:51

tulis je bang.. jgn tak tulis
karang terbengkalai lak part 7 & 8 tak release lagi

ada je yg baca tu nnt.. tambah2 skrg bulan pose.. takleh masuk hutan.. deme menonggok je kat depan pc :lidah:

teruskan
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by Denan » 10 Jul 2013, 15:52

tambah2 skrg bulan pose.. takleh masuk hutan.. deme menonggok je kat depan pc :lidah:
haha betul tu... :mrgreen:

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by seper4alif » 11 Jul 2013, 09:09

bukan tak kasi tulis leeer... tulis je dalam satu folder.... senang nak carik... nak continue.... nak save semua info pon seang pasal dalam satu folder.... kang dia lukih gambau lagi kang suh kamu teka... hah mahuk??
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by Denan » 11 Jul 2013, 11:52

kang dia lukih gambau lagi kang suh kamu teka... hah mahuk??
aku rasa penah tetengok post pasal 'gambar dan teka' nih... kat mana ye...

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 6 of 8

Post by seper4alif » 11 Jul 2013, 12:33

ha ahaa.. g carik kat bawah leer hadoi....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

Post Reply