LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 5 of 8

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 5 of 8

Post by azkramm » 04 Jul 2013, 11:20

Rabu13/02/2013
Kem DGU- Puncak View - Bonsai Tengah - Kem Lembah Agas - Anak Junction - Puncak G.Junction

Hari Ke-5

Kem DGU agak luas. Ada sungai di sini. Bolehlah mandi. Jam baru pukul 12.30 pagi. Hujan di luar khemah kadang² lebat, kadang² renyai. Pokli dan aku tidur dalam khemah yang hampir basah. Sleeping bag dan carry mat dah basah membuatkan tidur jadi tak lena. Bila basah, pasti kesejukan. Bila sejuk, suhu badan jatuh. Boleh kena hypothermia.

Dari maklumat yang disurahkan, Bro Sham Castello tunggu geng2 cikgu yang lambat sampai tu. Dia tunggu di puncak kambing. Rupanya, geng cikgu ni tido kat atas trek. Mereka dah tak larat nak buat v2. Mereka akan keluar ikut tok nenek.

Sepanjang malam aku layan borak dengan Pokli. Otai gunung jugak Pokli ni. Macam² gunung dia dah naik. Kami sembang…kemudian lena bersama…

Jam 6.00 pagi dah bangun. Solat subuh dan sarapan ala kadar.Breakfast – beehoon goring (1 bwg besar, 3 bwg putih, 3 sudu serbuk cili, 2 kiub ayam, tiram, perencah bihun , sikit air + 2 telor + 2 btg carrot)

Ustaz azrin tetap tenang dan selesa dalam khemah vaude nya. Dia Nampak cool aje. Kami berkemas dengan pantas. Aku penuhkan water bladder 3 liter. Nasib baik aku bawa biodisc sekeping. Terus energised kat water bladder tu. Habis je packing, tiba-tiba rasa nak memerutlah pulak. Jadi terpaksa cari port yang agak jauh. Kali ni pakai wipe tissue aje.

Memang penting untuk pastikan sisa-sisa toksid ni dibuang pada awal pagi. Kalau tak pasti menganggu keselesaan semasa mendaki nanti.

Angkat Sauhhhh!!! Jerit azam, kami bersedia untuk memulakan perjalanan. Bila aku angkat aje beg argon aku, mak aiiiii!! Beratnya. Itulah padahnya bila beg basah. Habis barang-barang jadi basah. Mau tambah 3 kilo ni aku rasa.

Malam tadi azam dah pesan supaya jangan jalan sorang-sorang. Bahaya..

Misi hari ni ialah menamatkan pendakian hingga ke puncak Gunung Junction. Kenapa nama gunung ni junction? Mungkin ada 3 simpang kat atas tu kot?

Kami semua memulakan langkah dengan perlahan mendaki ke puncak view. Awal-awal lagi dah mula mencanak. Pacak tak ingat. Kira-kira jam 11.00 pagi, aku tiba di Puncak View (1800 meter/5905 kaki) yang melalui kawasan permatang gunung yang sempit. Kata orang, pemandangan di sini memang memukau mata di mana di kiri kanan kelihatan banjaran-banjaran yang menjadi tulang belakang semenanjung.

Adohh!! Tapi itu semua tak kelihatan kerana kabus meliputi sepanjang trek. Memang takde rezeki agaknya nak tengok pemandangan sepanjang trip ni.

Trek puncak junction ni macam lebih kurang trek tabor west. Berbatu. Sedang aku trekking, tanpa disedari tiba-tiba mengalir air mata. Rasa terharu sangat² meyaksikan betapa luasnya alam, betapa indahnya pemandangan yang diciptakan dan betapa kerdilnya jasad ini. Masa tu perasaan di puncak view sukar digambarkan dengan kata². Hanya mereka yang pernah menjejakan jasad di bumi puncak view boleh menyelami rasa itu.

Makin lama aku berjalan. Aku semakin slow. Ramai rakan² pendaki lain dah potong. Mungkin sebab lutut aku ada masalah ni. Seterusnya aku tiba di Puncak Bonsai Tengah (1860 meter /6102 kaki). Tak membuang masa aku terus henjut lagi..takut kena tinggal.

3.30 petang, kami sampai di last water point Kem Lembah Agas. Berhenti solat jamak, makan tengah hari dan mengambil bekalan air dari sungai di sini. Perjalanan masih jauh.

Tiba-tiba mat tembakau aka sweeper kami sampai. Dengan tenang terus dia tinggalkan group kami yang sedang makan tengah hari di lembah agas. Hampehhh! Kalau dia dah gerak, sapa nak jaga belakang..Mental!

Cepat-cepat kami packing barang terus gerak. Kali ni memang nahas dibuatnya. Yang tinggal hanya aku, isz dan hanny banny. Halangan pertama dari Kem Lembah Agas pun dah menguji mental bila mana kami terpaksa memanjat melepasi pokok balak tumbang di tepi tebing yang menghalangi trek. Giler! Adehh, sampai terkangkang aku, boleh hilang teruna dibuatnya.

Yang ajaibnya, si Hanny Banny makin laju ke depan. Dia makan jamu apa ntah?? Tinggal lah aku menemankan si isz yang agak slow di belakang. Secret weapon aku aka steel crampon belah kanan dah hilang dalam selut tadi. Gile ganas trek ni sampaikan steel crampon pun boleh hilang…

Trek banyak mencanak naik, lepas naik..kena lalu permatang, lepas tu turun…lepas turun hah kat depan tu mulalah jap lagi mencanak naik. Yang aku tak boleh blah, kena banyak menunduk. Kalau tak beg pasti sangkut. Memang mental….habis. aku ingatkan puncak kambing dah teruk dah. Dari lembah agas ke Puncak junction ni lagi teruk…!

Trek berkabus. Bila bernafas..asap keluar. Gile badan aku pon berasap…Aku perasan kali ni aku agak laju bila mendaki naik. Bila turun memang slow sebab nak jaga lutut. Isz pulak agak slow bila mendaki dan agak laju bila turun.

Kami berjalan berdua. Aku melaung orang kat depan. Mula² ada lah orang sahut menandakan mereka dangan kami takdelah jauh sangat. Lepas tu dalam jam 7 malam macam tu dah takde sapa nak sahut menandakan aku dan isz memang confirm jauh tertinggal ni.

Trekking dengan isz ni agak santai jugaklah sebab aku banyak lepak, rest dan recovery nafas. Taktik yang aku gunakan ialah aku akan henjut dulu dalam 20 meter macam tu, bila penat, aku lepak tunggu isz. Kesian tak sanggup aku nak tinggalkan isz sorang² kat belakang. Head lamp mula kami on sebab hari dah mula gelap dan berkabus.

Dari maklumat yang disurahkan, trek DGU ke Gunung Junction ni adalah trek yang sangat jarang orang masuk. Maknanya jin² yang berkampung disini agak asli kerana kurangnya interaksi dengan manusia. Sepanjang pendakian, hanya zikir² alfatihah, ayat kursi menjadi kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan.

Bila tibanya maghrib, aku dan isz lepak di satu pokok. Isz dah pewai habis. Aku pulak bagi semangat kat Isz. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan aku. Kalau dua-dua give up memang bahana lah jawabnya.

Dalam kegelapan malam yang pekat itu..di tengah belantara tebal trek V2..Sampai satu tempat, ntah macam mana aku boleh terperosok ke dalam tanah jerlus. Allahhuakbar! Tangkap sampai pinggang. Woi !! isz tolong tolong….

Aku risau kalau kasut getah aku tertinggal kat dalam. Memang bahana lah..nasib baik isz tolong tarik…Kasut getah aku dapat diselamatkan.

Lepas peristiwa itu, aku dah mula nekad. Ntah semangat apa yang merasuk fikrah aku masa tu..aku nekad dah ! Nak henjut je sampai campsite. Aku tak kisah berapa lama masa di ambil nak ke sana. Hujan serta angin kencang macam tak mengasihani kami. Sejuk bukan main. Suhu masa tu mungkin dalam 5 darjah aku rasa. Mental!

Aku dah tak mampu lagi mengira bukit yang kami redah. Setiap kali mendaki bukit, harapnya itulah bukit terakhir yang terpaksa kami daki. Tambah menyeksakan bila terpaksa merangkak di bawah pokok... memang tangkap lutut. Hari ni perjalanan terasa begitu jauh sekali, betul-betul menguji kekuatan mental.

Lebih kurang jam 8.00 malam, isz dah tak tahan. Dia cakap kita mesti masak air dan makan dulu. Aku setuju. Cari port baik, bukak dapur masak air. Milo bijirin campur nescafe. Mmg terbaiklah di saat sejuk beku ni.

Lepas rehat 30 minit, kami kumpul tenaga dan henjut balik. Aku rasa dah lama dah kami jalan..mana campsite ni weiiii!!!???

Lebih kurang jam 9.00 malam, kami sampai di Puncak Junction.... oh tidakkk.... rupanya baru sampai Anak Junction... adoiii... bila la nak sampai ni? Berapa jam atau berapa jauh lagi nak ke kem bapak junction, aku tak pasti..


Aku dan Isz gagal tiba di kem puncak gunung junction seperti yang dirancang. Kami dah trekking dari 9 pagi hingga 9 malam, bayang² campsite masih tak Nampak. Penat, marah, sedih, kecewa, panas hati, sejuk, dingin, confuse dan macam macam perasaan bercampur baur. Suhu dalam 5 darjah celcius. Badan, kaki dan tangan habis calar balar..tapi entah kenapa tak rasa sakit.

Treknya pulak..MasyaAllah..Hanya yang pernah trans dari Yong Belar ke Junction je lah yang tau. Trek sempit penuh duri. Kena lalu bawah balak tumbang. Kena lalu atas balak pecah. Kena merangkak. Kena menunduk. Ada trek pacak, ada trek menurun.

Abang sham castello ada berpesan.”aku lagi senang bawak team yang slow tapi masih ada kemahuan nak bergerak, biar merangkak. Tapi..Kalau tak nak bergerak langsung, ni yang parah”

Di Kem anak junction..Agak rata disini. Aku dah tak ada kemahuan nak bergerak lagi. Is dah pewai habis. Aku masih boleh henjut lagi kalau aku nak, masalahnya aku dah malas nak gerak. Si Is pulak, masih bersemangat nak teruskan ke puncak junction, Cuma dia dah tak larat. Silap² karang kalau dia pengsan, aku kena pikul.

“Ariff, kita camp dulu kat sini. Dalam kul 12 lebih kita gerak” Is mencadangkan…

“ ok aje..” aku angguk tanda setuju. Tapi dalam otak aku mmg aku dah malas nak sambung. Nak tido dah ni..penat gile.

Is pun apa lagi..pasang fly. Terkial-kial aku dan Is menahan sejuk. Angin pulak macam tak beri belas kasihan. Makin lama makin kuat membedal puncak tempat kami nak lepak.

“Is, aku rasa kita kena pasang khemah ni. Fly tak boleh ni.” aku mencadangkan.
Ok..Is setuju.

Kami pun terus bekerjasama pasang khemah aku yang boleh muat 2 orang. Bila khemah dah terpasang, apa lagi berderu kami masuk selamatkan diri dari angin banjaran titiwangsa yang menggila. Kami selongkar beg masing-masing keluarkan ration. Masa tu aku dah tak peduli sama ada ration company ke, ration siapa ke. Kami masak sardine, kari ayam bercampur sayur kacang buncis. Iskhh kalaulah ada roti ni memang best..kata Is. Nasib baik aku ada bawak spider stove, solid fuel dan khemah. Time ni rasa sangat² bersyukur dengan apa yang ada.

Kami masak dalam khemah yang tertutup. Masa tu teringat kes kematian 2 pelajar di puncak KORBU. Mereka dipercayai mati disebabkan keracunan gas memasak yang terperap dalam khemah. Sama macam situasi aku sekarang. Tapi masa tu aku dah tak peduli. Nak masak kat luar hujan dah makin lebat. Angin makin kencang. So aku nekad aje masak dalam khemah. Apa nak jadi..jadilah. lapar gile ni…

Lepas makan..aku bancuh Milo panas. Air ? kami tadah aje dari air hujan kat luar... Kami minum kepuasan. Tapak khemah pun rata. Memang selesa tido sini. Boleh lah mengangkang sepuas hati. Kaki boleh lurus..10 minit kemudian aku bangun kejutkan Is,

Weh ! tak boleh jadi ni…sejuk sangat ni..jom kita bakar solid fuel. Is terpisat-pisat dan dalam keadaan confuse angguk setuju.

Aku korbankan pinggan aku sebagai alas nak bakar solid fuel. Perggghhh kehangatan yang terhasil hasil pembakaran solid fuel memang mendamaikan jiwa. Sedap je aku rasa. Di sebabkan letih sangat, akhirnya aku pun tertidor lena mengikut jejak langkah Is yang dah lama selesa berbantalkan beg dia. Aku bermimpikan yang indah-indah. Aku bayangkan ketika itu aku berada di Hotel 5 star yang cukup selesa…bersama sedulang anggur segar dari ladang dan hidangan nasi arab bersama kambing golek panggang. Sedapnya..

Sedang sedap melayan imaginasi liar…Tiba-tiba kesejukan mula menggigit tulang sum-sum aku. Aku bukak mata..Gelap. mana kambing tadi?? Tak Nampak apa..aku raba kepala. Ada headlamp. Kasi on. Cahaya muncul. Lah…patutlah solid fuel sudah habis terbakar. Aku kejutkan Is..suruh dia bakar solid fuel lagi. Solid fuel aku? Aku simpan dulu..standby..Mana tau esok² kena lagi OT macam ni..at least ada gak stok solid fuel penyambung nyawa.

Akhirnya aku Berjaya meracun Is suruh tido di Kem anak junction. Esok pagi² baru kami sambung ke puncak Bapak Junction. Jom sambung tido..sambung mimpi kambing golek…hahahha..sambil hujan di luar khemah makin menggila. (masa tu lah kak lang sibuk nak mengacau, ada aku kisah..Nak perang tunggu esok pagi. Kita cease fire dulu ok..

Dari maklumat yang disurahkan, malam tu geng azam nak rescue kami. Tapi melihat kepada trek yang kami lalu tadi, mungkin mereka pun tak larat nak rescue. sebab tu dalam trip hardcore macam ni, janganlah bergantung 100% pada guide atau gogo kerana mereka juga manusia biasa yang boleh pewai.

Bilakah semua ini akan berakhir???
Hahahahahaha…xpdc cari pasal betul..

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 5 of 8

Post by Denan » 04 Jul 2013, 14:24

terbaek... sambung2

ayamspopo
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 16 Feb 2015, 10:14

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 5 of 8

Post by ayamspopo » 12 Mar 2015, 14:52

kakakaka Kak Lang cease fire jugak..

Post Reply