LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 3 of 8

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 3 of 8

Post by azkramm » 14 Jun 2013, 17:54

LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013

Log ini disediakan sebagai catatan perjalanan. Maklumat log dizahirkan dari maklumat di internet dan pengalaman newbie penulis dalam aktiviti riadah pendakian gunung-ganang. Harap mendapat tunjuk ajar dari abang-abang otai sekalian..Terima Kasih..

GOGO: Nature Explorer Sham Castello
Tarikh: 08/02/2013 – 16/02/2013
Guide : Are-xam Tikusletrik & Mat Tembakau (guide Orang Asli)

Peserta : 24 Pendaki tegar iaitu Mr. Big, Uncle Alam Haahhh!, Acap, Amin, Raja, Apek, Shah, Fadzly, Hirwan, Mirul, Hanny, Isz, Myra, Izan, Zahid, Tiqa, Sarah, Abas, Shimi, Apex Iqbal, Ustaz Azrin, Ariff ,Yazid dan Pokli.

TA’ARUF

8 hari 9 malam merangkumi 120 kilometer merentas banjaran Titiwangsa. Ada 4 gunung utama yang bakal didaki iaitu Gunung Yong Yap, Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar yang merupakan antara gunung utama yang membentuk Banjaran Titiwangsa. Gunung-gunung dalam kategori G7 ini juga antara yang tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian melebihi 7000 kaki.

Trans Titiwangsa V2 Dikenali sebagai “the most notorious route” oleh SOS, mengharung cuaca sejuk dingin. Laluan beronak duri, melutut, meniarap dan meniti laluan maut.

MALAYSIA mempunyai pelbagai gunung dengan ketinggian dan cabaran yang berbeza antara satu sama lain. Bagi pendaki-pendaki gunung, istilah G7 dan G12 sangat popular di kalangan mereka bagi mengkategorikan gunung-gunung yang ada di Malaysia. Jadi apakah maksudnya gunung G7 dan G12 itu? Dari mana muncul istilah G7 ni..?

Sedikit maklumat Gunung Yong Yap dari blog SOS. Gunung Yong Yap adalah setinggi 2167 meter ~ 7,110 ft. Gunung ini mempunyai tarikan tersendiri terutama pada permandangan di puncak, laluan yang cantik, dan jalan masuk yang melalui perkampungan orang asli. Terdapat 2 jalan masuk ke gunung ini iaitu dari Kampung Kuala Mu di Sungai Siput, Perak dan dari Pos Brooke Sungai Rengil, Cameron Highlands, Pahang.

Laluan masuk bagi kedua duanya memerlukan kenderaan pacuan 4 roda, terutama bagi laluan A yang mengambil masa selama 2 ke 3 jam melalui jalan tidak berturap dan berlumpur. Musim bunga adalah waktu paling sesuai untuk mendaki gunung ini kerana terdapat pelbagai jenis bunga akan mekar serentak namun awas dengan serangga seperti lebah turut banyak ketika itu. Permandangan matahari terbit adalah panorama paling indah dari puncak gunung ini.

Segalanya bermula bila aku gatal-gatal tangan tekan butang like di EVENT TT V2 melalui FB Grup Nature Explorer, diterajui Bro. Sham Castello.

Ini adalah log pendakian hari ke-3.

Isnin 11/02/2013
Puncak G.Yong Yap - Simpang Yong Yap - Puncak G.Bubu - Kem Lopak Air - Puncak Kayong - Puncak Kambing

Aku bangun seawal 6.00 pagi selepas dikejutkan dengan laungan azan subuh dari Bro Hirwan yang merdu. Di luar khemah, memang sejuk menggigit hingga ke tulang. Sepanjang malam aku hanya tidur-tidur ayam disebabkan angin sejuk puncak Yong Yap yang berjaya menerobos masuk ke dalam khemah, seakan memberi amaran awal akan cabaran yang akan ditempuhi hari ini.

Selepas sarapan ala kadar, aku mula packing osprey argon dan bersiap sedia meneruskan perjalanan menurun ke simpang Yong Yap. Menu sarapan disediakan oleh team Azam dan Hirwan. Cara masak, senang jer…1 bwg besar, 3 bwg putih, 3 sudu serbuk cili, 2 kiub ayam, tiram, kicap, sos ABC, sikit air dan 2 biji telor.

Lunch pack sama macam semalam, Nasi dan sambal ikan bilis. Apalah sangat menu ni, tapi aku bersyukur dengan apa yang ada. Dalam hutan belantara V2 ni jangan banyak berkira kata orang..

9.00 pagi, selesai bersarapan dan bergambar di Puncak Yong Yap yang masih berkabus, kami meneruskan misi V2 menuju sasaran tempat bermalam seterusnya iaitu ke Puncak Kambing. Dari maklumat ustaz azrin yang pernah ke puncak kambing ni, memang macam kambing dibuatnya..trek akan mencanak, lutut bertunang orang kata. Lutut bertunang dengan dagu lah jawabnya nanti... Khabarnya perjalanan hari ni lebih mencabar mental dan fizikal kerana treknya yang jauh dan pendakian menegak sehingga ke puncak Gunung Bubu.

Tiba-tiba sakit perut melanda lagi. Masa memerut dah sampai. Aku Tanya kat ustaz azrin, kat mana port nak memerut. Time ni memang air dalam water bladder hanya cukup² untuk minum. Jadi terpaksalah guna wipe tissue. Lepas selesai hajat, aku dan ustaz azrin jadi memulakan perjalanan menuju ke Simpang Yong Yap.

Masa nak turun tu, lutut aku dah terasa sakit. Aku layan jer, masa turun aku slow sikit. Ustaz azrin macam biasa laju ke depan. Azam minta semua peserta XPDC ni re-group di simpang yong yap.

Sampai kat situ, aku cari balik air dalam bekas campri yang aku sorokkan semalam. Apa lagi, bertambah lah berat 3 kilo kena pikul.

Dalam perjalan menuju ke Puncak Bubu, kami terserempak dengan Geng DATs. Jumpa dengan Nazaziah Hamzah. Jumpa dengan Hairy.

Aku selamat sampai di puncak Gunung Bubu (1974 meter/6476 kaki) pada jam 2.00 petang. Singgah lama sikit di sini menunaikan solat jamak dan makan tengah hari. Hanya ada 5-6 orang rakan pendaki yang aku temui di sini, yang lain telah meneruskan perjalanan... memang laju diorang ni. Pewai gile..masa tu makan lunch pack nasi bersama sambal ikan bilis rasa nikmat gile.

Aku memang tak berhajat nak lepak² kat puncak bubu ni. Lepas solat jamak, aku terus dengan langkah pantas turun dari puncak bubu menuju ke kem Lopak air. Masa menurun tu aku dah mula jalan sorang². Aku memang nak elakkan jalan sorang² ni. Tapi apakan daya, orang kat depan begitu laju, dan orang kat belakang agak perlahan. No option, terpaksalah aku ikut rentak aku sendiri.

Sepanjang perjalanan ke lopak air, aku perasan alam belantara tu macam agak² seram sikit. Sejuk, berkabus, dan hujan renyai-renyai menemani aku solo ke lopak air.

Tiba-tiba bro sham castello muncul dari belakang, perghhh laju gile. Lepas tu si Hanny Banny pulak potong aku. Mak aihh..laju gak perempuan ni. Masa tu dah masuk hari ke-3, lutut dan kaki dah mula sakit-sakit. Calar-balar terkena duri dan resam semakin banyak.

Kemudian aku teruskan perjalanan dan sampai di Kem Lopak Air (last water point) pada jam 5.00 petang. Kat situ sepatutnya kena ambil air kat kem Lopak. Memandangkan aku dah pikul 3 liter air company dan air aku dalam water bladder masih banyak lagi, aku teruskan perjalanan menuju ke puncak kambing. Anggaran dalam 2 jam. (ini semua azam yang cakap). Rupanya, 2 jam azam tak sama pace dengan 2 jam aku. Perjalanan yang di sangka 2 jam jadi 3 jam lebih…

Aku anggarkan akan tiba di puncak kambing seawal jam 7 malam. Kalau boleh aku tak nak OT.

Perjalanan menuju ke puncak kambing memang akan membuatkan anda terasa macam kambing. Lutut bertemu dagu. Pacak ajer...masa tu aku kuatkan semangat, aku fikir nak sampai campsite je, pacak khemah dan tidur.

Masa mendaki tu, jumpalah dengan pendaki KARATZ. Mereka tgh buat trip XPDC v2 compress reverse. Gile ahh..buat v2 4 hari je. Dari maklumat yang aku dengar trip v2 reverse lagi mudah dari v2 normal. Tapi kalau compress dari 8 hari kepada 4 hari..gile ahh. Fitness setangkas komando ni. Anda memang gagah lah!. Yang bestnya aku tanya jauh lagi ke bang puncak kambing, brother tu cakap dalam 30 minit lah.

30 minit kemudian..tak sampai puncak kambing.. Ni nak citer ni..ada satu part tu, kena bergayut mengangkang dari kiri ke kanan. 5 minit aku sangkut kat situ. Nak naik tak boleh, nak turun pun tak boleh. Last² dengan lafaz Bismillah..aku henjut jugak badan ke atas. Syukur selamat. Aku tak boleh bayangkan macam mana lah si Hanny nak lepas kat cabaran ni nanti.

pacak punya pacak, akhirnya aku tiba di puncak yang agak lapang. Yes! Akhirnya sampai jugak ke puncak Kambing..jam 7.00 malam. Yes tak payah OT.

Kawasan puncak agak lapang…adohhh! Pelik…mana semua orang? Aku sorang je. Betul ke aku kat alam V2 ni? Ke kat mana ni?

Tiba-tiba terlihat signboard “DO NOT Litter” ada perkataan tertulis “puncak Kayong”…

Hek eleh!!!!! Abis tu mana puncak kambing ni? Dari jauh terdengar tiupan wisel azam. Bersahut-sahut. Tanda mereka dah sampai ke puncak kambing. Aku agak panas hati masa ni sebab dah lah pewai gile..lapar lagi. Hari dah gelap. Confirm OT..adohhh!

Apa lagi, keluarkan lah headlamp. Standby. Sepanjang dari puncak bubu tadi aku memang trekking sorang². Minta² dijauhkan segala bala dan ancaman apabila belantara v2 ni bertukar alam.

Akhirnya selepas trekking punya trekking, aku sampai gak ke puncak kambing dalam jam 8.00 malam. Sejuk, hujan dan berkabus.

Tengok2 khemah azam dah siap terpasang cantik. Azam hulur teh kundur panas. Hah sedapnya..Terima kasih.

Azam bagitau malam ni aku kena tumpang khemah ustaz azrin sebab campsite tak muat nak pacak semua khemah. Ok no problem. Terima kasih ustaz azrin..

Hanny tiba tak lama kemudian. Kumpulan terakhir pula tiba kira-kira jam 11.00 malam.

Dinner – Nasi + ikan kembong swit sour + nenas + kacang botol goring
(1 bwg besar, 5 bwg putih, 7 cilipadi, halia, sos perencah switsour + air = ikan + kiub nenas). terbaik ahhh!

Malam tu aku dengar, geng cikgu² tu langsung tak sampai kat kem Puncak Kambing. Kalau mereka sampai gak, kat mana nak tido??? yang bestnya, bro sham castello pun dah sampai, guide mat tembakau pon dah sampai. Abih tu sapa yang jadi guide geng² cikgu ni? sapa sweaper?

adakah sejarah akan berulang?
di laluan bubu ini....

Bersambung lagi…

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 3 of 8

Post by Denan » 17 Jun 2013, 08:32

sejarah apa tu bang... sambung2

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 3 of 8

Post by seper4alif » 18 Jun 2013, 09:53

castelo... heem lama tak jumpa otai nih,......
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 3 of 8

Post by Denan » 18 Jun 2013, 14:40

castelo... heem lama tak jumpa otai nih,......
aku last jumpa castelo bulan lepas kat LRT gombak... dapat sembang2 jap je masa tu kalo x silap aku dia tengah besiap2 nak gerak ke gerah.

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 3 of 8

Post by shahrul » 18 Jun 2013, 16:25

nak jumpe dia datang ampang je.. tak pun kat area shamelin
bole laaa nak mengimbau cerita2 gunung sama2 :)
_________________
_________________

AHMAD DENDE
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 18 Jun 2013, 04:26

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 3 of 8

Post by AHMAD DENDE » 24 Jun 2013, 05:55

mana sambungannya...hahahaha...best plak layan baca

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 3 of 8

Post by azkramm » 24 Jun 2013, 12:44

mana sambungannya...hahahaha...best plak layan baca
insyaAllah akan bersambung dalam masa terdekat..

Post Reply