LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Post by azkramm » 21 Mar 2013, 17:25

Tika ini, semangat patriotic rakyat Malaysia di tahap paling tinggi ekoran konflik Lahad Datu. Kerajaan Barisan Nasional harus menggunakan peluang ini membubarkan parlimen dan buat PRU13.

Ketika ini ATM dan PDRM sedang berperang dengan tentera Elit Sultan Kiram. Baru 8 hari aku ikut V2 pun dah minta nyawa dibuatnya.. macam mana agaknya tentera yang terpaksa berbulan-bulan lepak dalam hutan belantara? Kita boleh baca pengalaman orang masuk hutan. Tapi apa yang kita baca takkan sama dengan apa yang mereka rasa. Aku banyak baca log2 V2 sebelum aku join trip ni. Aku tau trip v2 ni tough untuk insan2 biasa dan lemah macam aku ni. Aku prepare fizikal, mental, emosional dan spiritual untuk trip v2.


So hari ke dua ni sepatutnya lebih hebat dari semalam. Trek akan lebih pacak, lebih jauh, lebih mencabar dan lebih mental…Bersedia atau tidak..Redah saja trek itu!

Ok jom sambung log..

Ahad 10/02/2013 (Day 2)

Kem Agas - Kem Balak Pecah – Simpang Yong Yap - Puncak G.Yong Yap

Hari ahad macam ni biasanya aku akan bermalas-malas di rumah sambil bersenang lenang membaca akhbar, menghirup kopi panas kapal api… sambil dihidangkan telur separuh masak 1 set bersama roti bakar bersalut mentega kacang. Atau mungkin seawal 7.30 pagi aku akan ke Broga sambil menikmati pemandangan indah di celah-celah kesesakan manusia. Still santai..

Tapi masalahnya sekarang aku sedang berada di trek V2. Hari yang indah untuk ke puncak Yong Yap. Seawal 6.00 pagi aku dikejutkan dengan laungan azan subuh. Azan di tengah2 hutan belantara ni..ditengah kegelapan dan kedinginan di kem Agas, memang sayu. Dengan malasnya aku bangun untuk ambil wuduk di sungai. Kena menurun bukit sikit.

Ramai masih tidur, jadi aku ditemani head lamp turun ke sungai. Terkial-kial di buatnya menyuluh trek nak turun sungai. Sedang aku sedap-sedap menyuluh, tiba-tiba aku tersuluh satu lembaga. Dengan confidentnya aku suluh lembaga tersebut yang berada lebih kurang 3 meter di bawah. Seorang perempuan. Manusia atau bukan? Ya confirm manusia. Confirm bukan group aku. Agak tinggi lampai..tshirt biru.

Tiba-tiba..oh shit ahh! Dia tak pakai seluar.. spontan aku mengalihkan suluhan head lamp aku ke arah lain. Pura2 tak nampak. Aku berjalan selisih dan buat tak tau aje. Terus ambil wuduk dan naik balik. Kalau dia terbaca log aku ni, next time bila nak mandi ke, apa ke..silalah berteman. Bahayalah turun sungai sorang2.

Solat subuh aje dalam khemah. Solat duduk. Dalam XPDC ni jangan lupa solat. Apalah sangat nak bangga dengan grad G7 tu kalau tak solat. Ni den nak ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan lain. Walau penat macam mana pun, jangan tinggal solat.

8.00 pagi: HAAAAAAHHHHHH!!! Aku dikejutkan lagi dengan sergahan power dari Uncle Haah! Aku panggil dia uncle alam haahh! Sebab dia suka jerit dan sergah Haah. Ni taktik dia nak bagi semangat pada diri dia. Mula-mula memang tak biasa..aku layan aje. Uncle ni gah dan hebat orangnya. Umur dah jejak 50 lebey..tapi jiwa masih muda dan fit macam atlet. Pernah sekali masa trekking dia cucuk angin belakang aku. Aku tak kasi potong. Apalagi, aku makin laju. Semakin aku laju mendaki, semakin rapat dia cucuk. Akhirnya selepas 5 minit dicucuk angin, aku beri laluan kat uncle. Selamba je dia potong sebelum hilang dari pandangan aku yang masih tercungap-cungap.

9.00 pagi, selesai bersarapan dan dengan berbekalkan sebungkus nasi putih berlauk sambal ikan bilis untuk makan tengah hari, kami memulakan misi V2 hari ini untuk menakluk puncak Gunung Yong Yap.

Hari pertama di v2 ni adalah hari penyesuaian. Badan, mental, fizikal, emosional dan spiritual aku sedang menerima perubahan cuaca, suhu, berat beg dan pacak di V2. So hari ke dua ni sepatutnya lebih hebat dari semalam. Trek akan lebih pacak, lebih jauh, lebih mencabar dan lebih mental…Bersedia atau tidak..Redah saja trek itu!

Ustaz Azrin macam biasa lah.. sentiasa di depan bersama group2 yang laju macam mr.big, uncle dan tika dan Zahid dan sarah. Aku pulak, macam biasalah..average. Duk kat tengah2..Tak laju, tak perlahan..

11.00 pagi. Aku tiba di Kem Balak Pecah. Semua pendaki berkumpul disini. Hati masih gembira lagi. Trek banyak landai. Sampai di kem ni, kami lepak agak lama sambil bergambar.

Perjalanan hari ni agak jauh dan mencabar kerana terpaksa menempuh trek yang pacak lagi mencanak hampir 80 darjah... betul-betul mencabar mental dan fizikal.

Start dari balak pecah, aku dah mula jalan sorang diri. Yang depan laju sangat, tak terkejar aku. Yang dibelakang slow lah pulak..kang kalau aku tunggu aku pulak yang kena overtime.. so aku trek sorang2 jelah ikut pace aku sendiri. Ada masa aku laju, ada masa aku slow. Ada masa take 5, ada masa aku take 10. Tgk level pewai macam mana. Sedang aku layan-layan trek, tetiba je aku terjumpa beg osprey hijau di tengah jalan. Eh ni beg ustaz azrin ni. Mana dia??

Aku teruskan perjalanan. 10 minit kemudian aku tgk banyak beg bergelimpangan. Taulah aku bahawa aku sudah tiba di Last Water Point sebelum tiba di Simpang Yong Yap. Aku dengan bersemangatnya pergi ambil air. Nasib baik aku bawak water carrier campri 15 liter. Azam minta aku tadah air 3 liter aje. Kalau aku isi penuh 15 liter, mampus lah nak pikul ke simpang yong yap. 15 liter = 15 kilo. Berat tuu.

On da way ambil air..treknya nyer memang curam. Banyak tanah runtuh. Terkial-kial aku dibuatnya.. Selepas tadah air dalam water bladder dan campri, beg aku semakin berat. Takpe, nanti sampai kat simpang yong yap.., aku akan simpan bekalan air dalam campri ni kat celah2 semak sebelum naik trek pacak ke puncak yong yap.

Trek ke simpang yong yap memang cantik. Sapa yang pernah pergi gunung irau taulah macam mana cantiknya, mistiknya dan angkernya trek yong yap ni. Kalau pernah tgk citer LOTR, lebih kurang macam tu ler hutannya..mossy forest.

Akhirnya tiba juga di simpang yong yap. Kalau ke kanan, akan sampailah ke puncak yong yap. Kalau ke kiri, akan ke gunung bubu. Lepak jap sini sambil cari port baik nak sorokkan air.

Tiba-tiba abang sham castello muncul. Mak aihh laju giler! Tadi jauh aku tinggalkan dia, alih2 dah sampai. Otai biasalah kan. Sembang2 ngan abg sham, disinilah bermula kisah legendary hasan..

Hasan hilang di gunung yong yap 15 Feb tahun 2009 kalau tak silap. Sehingga hari ni masih tak jumpa. Ustaz azrin ada jugak try2 scan. Gelombang dia masih terasa..tapi tak sama macam org biasa. Mungkin dia terpilih dan dipilih untuk ke alam sana. Alam yang terpisah dengan hijab mata kasar manusia. Hanya tersingkap dengan IzinNya. Ceh..pandai-pandai je aku..

Apa2 pun mari kita sama-sama bertafakur sejenak menghadiahkan AlFatihah untuk saudara kita Hassan yang hilang di Yong Yap. Semoga kau selamat dan tenang di alam sana …Alfatihah..

Ok..sambung balik citer..Abg sham castello kata, dari simpang yong yap ke puncak yong yap dah tak jauh. Dalam 1 jam aje. Mendengar kata-kata abang sham, tanpa berlengah..aku terus pikul beg dan mula mendaki dengan lajunya. 15 minit kemudian, macam biasa, abang sham mula potong aku. Aku macam biasa lah kan..barilah laluan.

Yang peliknya..dah satu jam aku henjut mendaki laluan pacak ni. Tak sampai2 jugak..Aduhh. pewai dah ni. Kekuatan mental mula ambil alih kekuatan fizikal yang dah tak berdaya. Sampai satu tempat, kena bukak beg pulak. Ada satu lubang kena masuk. Lubang tikus nama dia..aku dengan selambanya malas bukak beg masuk jugak. Mula2 tak lepas..henjut2 last2 lepas jugak. View sepanjang trek agak kabur sebab banyak kabus putih. So tak nampak lah apa apa pemandangan menarik.

Aku teruskan pendakian..tiba-tiba aku macam dengar suara orang gelak2 kat atas. Ahh sudah! Aku daki lagi..dan lagi, dan lagi…dan lagi… tiba-tiba aku sampai di kawasan yang agak lapang. Warggghhhh! Sudah tiba ke puncak yong yap rupanya! Syukur alhamdulillah.

5.30 petang..Perasaan saya pada ketika ini? Gembira tak terkata! First G7 berjaya didaki. Macam tak caya jer. Spontan aku peluk bro sham castello sambil ucap syukur Alhamdulillah. Bro sham rilek je sambil buat muka ketat. Ustaz azrin ucapkan tahniah! Rasa macam dah sampai puncak everest pulak rasanya. Hahahaha..

Syukur alhamdulillah tapi sayang pemandangan di puncak agak terhalang kerana berkabus. Kami bermalam di sini sambil menggigil melayan kesejukan dengan suhu mencecah 12'C.

HAAAAAAHHHHHH!!! Aku dikejutkan lagi dengan sergahan power dari Uncle alam Haah! Suka hati dia je sergah2. Layan sudah. Khemah aku malam tu berdepan dengan khemah Zahid. diorang ni bawak ration sendiri. Maka kami kongsi2 makan lar..thanks Zahid.

Azam datang usik tika. Maka terzahirlah lagu ni..Lirik Lagu Tika Dan Saat Ini – Medicine

Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayanggggg…

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

*Ku ulangi pertemuan
Walau hanya mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat ini aku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia

( ulang * )
Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji

Kasih yang baru
Kumasih sendiri..

Peh layan pulak lagu rock karat ni..

Ok sambung balik..Ustaz Azrin bagitau masa dia sampai ke puncak yong yap pada oct 2012 lepas, dia sampai dalam 7.30 masa nak maghrib. So aku sampai sini jam 5.30 petang kira aku lebih hebat lah..hahahaha. Saja nak sedapkan hati.

Hari pertama dan hari ke-2, aku antara individu yang terawal tiba di kemsite. So kira hebat gak la kan..Masa ni, kaki masih ok, belum injured. Mental masih ok.. so far so good. Aku tau sebenarnya semua peserta pun penat..Mereka saja je tunjuk muka2 happy. Bukannya apa, kalau buat muka tension, lagi lar tension. Hahahaha…

Malamnya, azam dan master chef wan masak sotong masak kicap. Kul 9 macam tu baru siap. So sorry sebab tak tolong masak. Kemsite sempit menyukarkan pergerakan jadi aku lebih banyak lepak dalam khemah aku dan buat recovery. Kaki dah mula sakit2 ni.

11.00 malam : Suhu sejuk gile macam kat kinabalu/sayat-sayat aku rasa. Ditambah pulak dengan angin kencang dan hujan yang kadang2 lebat kadang2 gerimis membuatkan aku tidur kesejukan. Sleeping bag? Disebabkan nak ringan punya pasal, aku bawak sleeping bag karrimor ciplak. Memang ringan tapi nipis. Sekarang menyesal kesejukan. Time ni lar teringat kat isteri tercinta. Kalau dapat peluk2 kan best..hahahahaha

Zzzz……

Dari jauh, dari khemah uncle..HAAAAAAHHHHHH!!! dikejutkan lagi dengan sergahan power dari Uncle alam Haah! Selamat malam semua. Tiba-tiba aku teringat..Mat tembakau dan abang sham dah lama sampai. So siapa yang jadi guide dan sweeper untuk geng2 cikgu tu? Arghh..itu hal mereka. Jangan masuk campur. Aku peserta bukan gogo. Kalau dah namanya peserta, buat cara peserta. Jangan buat kerja GOGO.

Dah jom tidur..

2.00 pagi..geng2 cikgu baru sampai. Gile overtime! Gile atau tidak..jom sambung tido!

maxevan
Pendaki Gunung
Posts: 41
Joined: 03 Dec 2010, 19:49

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Post by maxevan » 17 May 2013, 12:01

aaa...best2..continue pls

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Post by shahrul » 17 May 2013, 21:22

ada bakat jadi sasterawan nih

silakan mengasah bakat anda di sini :)
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Post by Denan » 10 Jun 2013, 08:54

nak tanya bang... mat tembakau tu orang asli ek...?

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Post by shahrul » 10 Jun 2013, 16:48

^ye betul...
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Post by Denan » 10 Jun 2013, 17:49

^ye betul...
Ooo... kenal2... sham castello tahu asal usul nama mat tembakau tu haha...

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Post by shahrul » 10 Jun 2013, 20:50

mat tembakau ada ladang tembakau kut :lidah:
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY 2013 part 2 of 8

Post by Denan » 11 Jun 2013, 09:53

mat tembakau ada ladang tembakau kut :lidah:
mungkin kot... :mrgreen:

Post Reply