LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 part 1 of 8

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 part 1 of 8

Post by azkramm » 20 Mar 2013, 14:49

Log ini disediakan sebagai catatan perjalanan. Maklumat log adalah bersumberkan pengalaman beginner penulis dalam pendakian gunung-ganang. Harap mendapat tunjuk ajar dari abang-abang otai sekalian..Terima Kasih..

GOGO: Nature Explorer Sham Castello
Tarikh: 08/02/2013 – 16/02/2013
Guide : Are-xam Tikusletrik & Mat Tembakau (guide Orang Asli)

Peserta : 24 Pendaki tegar iaitu Mr. Big, Uncle Alam Haahhh!, Acap, Amin, Raja, Apek, Shah, Fadzly, Hirwan, Mirul, Hanny, Isz, Myra, Izan, Zahid, Tiqa, Sarah, Abas, Shimi, Apex Iqbal, Ustaz Azrin, Ariff ,Yazid dan Pokli.

TA’ARUF

8 hari 9 malam, kurang lebih 90 kilometer.Ada 4 gunung utama yang bakal didaki iaitu Gunung Yong Yap, Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar yang merupakan antara gunung utama yang membentuk Banjaran Titiwangsa. Gunung-gunung dalam kategori G7 ini juga antara yang tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian melebihi 7000 kaki.

Dikenali sebagai “the most notorious route” oleh SOS, mengharung cuaca sejuk dingin. Laluan beronak duri, melutut, meniarap dan meniti laluan maut.

Segalanya bermula bila aku gatal-gatal tangan tekan butang like di EVENT TT V2 melalui FB Grup Nature Explorer, diterajui Bro. Sham Castello.

The LOG

Jumaat 08/02/2013 (Hari zero)

Bandar Baru Bangi - Bukit Mahkota Bangi.- Kg.Dato Keramat AU3 – LRT Gombak – Simpang Pulai - Kg.Raja

Jam 5 petang. Aku masih di pejabat. Giler ahh.. bag tak packing lagi. Sibuk gile minggu ni. Malam ni trip ke Trans Titiwangsa V2 akan bermula. Ikut jadual, kami akan berkumpul di LRT Gombak jam 8.00 malam. (padahal kul 12 malam baru gerak..biasanyanyer la)

Tanpa berlengah, dari Bangi aku terus memecut balik rumah. Terus packing bag. Masih teringat penangan Nasi Arab semasa solat Jumaat tadi.. sedapnya..

Tiba di rumah..Osprey Argon 70 dah tersedia untuk digunakan dalam misi kali ni. Setelah ditimbang, berat bag adalah dalam 20 kg. Tak boleh jadi ni..ration company 5 kg. jadi jumlah 25 kg? hmm berat ni..

Tanpa diduga, aku repack balik barang2. Habis semua biskut2 dan megi2 aku tinggalkan. Berat berkurang ke 18 kg. kali ni aku nekad, berat beg mestilah dalam 20kg maksimum tanpa aku sedari betapa berharganya biskut2 dan megi2 tersebut bila mengharung misi 8 hari XPDC V2!

8.00 malam..aku terus memecut macam nak gila ke tanah jajahan AU3 keramat Ustaz Azrin@ustaz Rambo. Ntah apa yang dibanggakan sangat dengan title Rambo tu, aku pun tak paham. Kat sana, sekali lagi aku repack bag Argon aku. Sekotak kurma madu, kuali lightweight dan pancang2 khemah aku tinggalkan. Sampai saat ini, aku masih menyesali tindakan ini.

Ustaz Azrin dengan senjata rahsianya..Osprey Aether 70 Redesign 2013 yang masih berbau kedai akan dirasmikan dalam misi V2 ni. Nampak gah dan mantap.

10.00 malam, kami menaiki teksi ke LRT Keramat. Dari LRT Keramat, terus ke LRT Gombak. Dalam LRT, kami terpaksa berhimpit, ramai pulak orang time ni. Ditambah dengan beg aku yang besar.

10.30 malam, kami tiba di LRT Gombak. Solat Isyak dulu di Surau bawah tu. Berjumpa pulak dengan sorang mamat yang pikul beg dueter 75. Wan nama dia aka HIRWAN..Geng V2 jugak ni. Tiba-tiba kepala aku pening macam diserang migraine. Rasa nak muntah pun ada. Aik..belum masuk jajahan v2 sudah kena attack ni? Rasa pening, mual dan berangin secara tiba-tiba adalah petanda aku sedang berperang dengan serangan alam sana. Minta Ustaz Azrin tarik jap..ahh lega rasanya.

Mulai jam 11 malam, para pendaki tegar mula berkumpul di Putra LRT Gombak. Ramai gile geng gunung. Rupanya ada satu lagi group yang nak ke Gunung Benum. Yang tukang menghantar lagi ramai..dah macam nak balik raya..mmg meriah lah... Kesesakan jalanraya sempena cuti Tahun Baru Cina menyebabkan kelewatan beberapa pendaki untuk tiba di sini. Aku dan Ustaz Azrin naik kereta powil (Badang namanya) milik Abg Sham Castello . Badang ni mmg gah..pernah hilang kena curi tapi lepas tu jumpa balik..

Dengar khabarnya Abg Sham Castello baru je balik dari trip XPDC Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat. 8 hari ikut trek lagenda. Baru balik pagi tadi..malam dah nak gerak ke v2..Giler ahh!

Hampir jam 1.00 pagi barulah kami bergerak menuju Kg. Raja. Ustaz Azrin jadi driver jap sebab Abg Sham sangat penat nak drive. Lalu lintas agak sibuk sempena cuti panjang dan kami berhenti seketika di R&R Tapah untuk menyegarkan mata.

To be continued..

(1524.Rambo.Chalie.bounderies3. 180313)

Sabtu 09/02/2013 (Day First)

Kg. Raja- Kg. Sg. Rengil - Kem Sungai Y - Kem Agas

5.00 pagi, kami tiba di Masjid Kg. Raja, Cameron Highland. Terbaeklah suhu kat sini. Sehingga menggigit tulang. Selesai saja solat subuh, aku duduk termenung dalam masjid sambil memikirkan betul ke keputusan aku nak ikut trip v2 ni? Bermacam-macam persoalan bermain di minda. Hahaha..

7.00 pagi..Packing balik beg selepas dapat ration company. Nasib baiklah ration company tak banyak. Beras dalam 1.5 kg. Kicap ABC sebotol plastic, Kuey Tiau 1 bungkus, Mee 1 bungkus, gas 1 tin, dan ration2 lain. Jumlah 5 kilo. Nasib baiklah tak banyak.. kalau tak mau perit nak kena pikul. Aku teringat 3 hari sebelum v2 ni, aku ada call Kak Syida, wife Abg Sham,..yerlah Abg Sham masa tu kat CUS. Tanya dia apa menu kat V2 nanti. Dia cakap, makan semuanya sedap2 belaka. Dia tanya aku pandai masak ke? Aku balas, setakat nasi briani gam tu selamba jer, hahaha…Terus dia lantik aku jadi tukang masak. Ntah semangat gunung mana yang merasuk fikrah aku masa tu, aku terus setuju..

5 minit kemudian selepas fikiran aku kembali waras, aku call balik Kak Syida. Aku inform yang aku tak pernah join trip hardcore macam gunung2 G7 ni. Paling lama aku dalam hutan 2 hari 3 malam. Itupun bawa staff MBSB seramai 30. Aku le tukang masaknya..

Tapi Nuang dibandingkan dengan V2 ni lain..Kat Nuang, Kem lolo tu banyak air. Sungai sebelah ajer..mmg tak de masalah aku jadi tukang masak. Menu masa tu daging salai masak merah bersama nasi panas.

So aku bagitau Kak Syida, aku ni first time join trip hadcore. So aku jadi krew tolong2 ambil air dan potong bawang bolehlah. Master chef tak boleh..Bukannya apa, takut2 aku sampai lewat ke kem.

So mungkin sebab tulah aku dapat ration yang takdelah berat sangat. Hahahaha, ngelat2…

10.00 pagi.Kami minum dulu di gerai berdekatan. Carbo loading kata abang MdZin Samsuri (Otai EBC). Aku packing 2 set sandwich buat bekal. Lunch pack pun ada dah siap2 beli.

10.30 pagi. Kami berkumpul pula di Sek. Keb. Kg. Raja untuk meletak kereta seterusnya menaiki 4x4 yang telah menunggu untuk membawa kami ke kampung Orang Asli Sg. Rengil. Aku tengok semua pendaki2 otai2 belaka. Ada yang pakai kasut salomon lar, ada yang pakai kasut adidas trek lar..Beg hiking semuanya rare belaka. Jarang2 aku tgk. Aku? Macam biasalah.. kasut getah adidas kampung untuk trip 8 hari.

3 hari lepas..Teringat masa aku call bro azam tikus elektrik. Nak tanya dia..kasut apa yang sesuai. Dia cakap dia pakai kasut getah dah 2 tahun, still boleh guna lagi..Maka aku pun dengan confidentnya ikut nasihat otai azam..(tanpa menyedari bahana yang menanti di V2 akibat kegagalan kasut getah ni) hahahaha…

11.30 pagi. Inilah pengalaman pertama aku naik powil masuk ke Kg.Orang Asli Sg.Rengil. sebelum ni tgk dalam utube je. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Di sini kami menunggu seketika sementara bro Sham Castello melaporkan senarai nama pendaki di Balai Polis Lojing. Aku agak nervous ketika ini.

Dari Kg Sg Rengil kami memulakan cabaran V2 menuju ke Kem Agas. Kami memulakan perjalanan V2 ni dengan melalui trek balak yang landai dan panas. Baru 10 minit perjalanan, aku dah mula menyesal ikut trip ni. Mental2! Peluh membasahi baju..

Aku agak laju..apa tidaknya..si Zahid, Tiqa, Sarah sedang mencucuk dari belakang. Gile fit diorang ni. Akhirnya kami sampai di sungai besar. Trek hutan bermula. Kami seramai 40 rilek dulu di sini.

Tiba-tiba..aku rasa nak memerut. Wargggghhhh! Jangan lar time2 macam ni. Dada berombak kencang. Bukan sebab takut nak memerut kat tengah hutan. Tapi takut kena tinggal selepas aku memerut nanti. Akhirnya aku nekad pergi cari port nak berak. Dah jumpa port baik punya.. dengan lafaz bismillah, dengan ayat kursi, dengan surah al fatihah..keluarlah sisa toskin yang bersarang di hujung rektrum aku. Lega siot..

Tapi bab nak membasuh ni, failed sikit. Akhirnya dengan selamba aku turun ke sungai. Tengok kiri kanan, atas bawah..confirm line clear..dengan beraninya aku membasuh di tepi sungai. Terbaiklah..lega, tak payah pakai wipe tissue. Seluar trek yang aku pakai dah basah habis..tapi seluar ni cepat kering..so no hal.

Naik jer dari tebing, dari jarak 10 meter, aku nampak si hanny banny sedang naik. Tiba2 dia sound aku dengan confidentnya..”woi ko intai aku ehh?” ohh..rupanya si hanny ni pun pergi membuang jugak..Tak pasti pulak yang besar ke yang kecik..

Aku balas balik..”takdelar, aku pon g memerut kat bawah”. Risau gak aku kot2 si Hanny ni yang intai aku sebenarnya..nampak apa yang telah aku buat kat sungai tadi..Mungkin dia saja je nak cover line..mungkinlar..

Akhirnya aku kembali ke trek asal, angkat sauhhh! Argghhh sudah, semua orang telah gerak meninggalkan aku dan si hanny. Aku mula cuak. Tapi control macho ahh.

Aku suruh hanny jalan dulu. Aku sweeper dia. Mak aihhh laju siot dia jalan. Mengah aku nak kejar. Tapi takkan aku nak kalah dengan perempuan.. dengan cover machonya aku kejar..Lokasi kami adalah ke sungai Y untuk lunch dan solat. Jauh gak berjalan..ada yang menaik, ada yang menurun, ada yang kena cross sungai. Tapi banyak trek landai lar..ada masanya aku trekking sorang2.

Last2 aku pon pewai..aku jerit suruh si Hanny yang ada kat depan suruh dia tunggu. Woi rehat dulu..take 5 aku kata. Pelik! Budak ni tak penat ke? Last2 dia pun take 5. Sedang aku berehat ambil nyawa, tiba-tiba muncul seorang lelaki gaya seperti orang asli menuju pantas ke arah kami. Setelah berkenalan, inilah rupanya guide kami aka Mat Tembakau.com.my yang akan menemani xpdc ni. Dia lambat sebab pergi layan bola di kampong dia..

3.00 petang. Tiba di sungai Y, kami solat dan lunch. Macam org tak pernah jumpa nasi dibuatnya..mmg lapar gile. Ustaz azrin asyik di depan aku, jarang aku dapat potong dia. Itupon dia belum menggunakan cascadia 8 lagi tu (baru punya). Pakai sandal aje..

3.30 petang. Kami semua meneruskan perjalanan ke kem Agas. Banyak kena cross sungai. Aku agak laju ketika ini. Sampai satu masa, kena naik bukit yang agak pacak. Gile mental masa ni.. aku memerah segala tenaga..aku sedut air dari water bladder dueter 3 liter. Perghh lega..

BOOMMMM!! Sampai satu laluan yang agak mengelirukan..terdengar satu letupan mercun bola menggegarkan langit dan bumi dari geng2 di trek depan. Arghhh sudah! Letupan mercun bola mungkin bermaksud ada haiwan seperti harimau atau gajah di depan trek.

Selang beberapa minit BOOMMMM!! Sekali lagi. Aduhh. Jangan lar ada harimau..panjang cerita nanti. Ini baru hari pertama..belum sampai kem Agas pun..Aku tak mengendahkan amaran dan teruskan perjalanan. Pewai habis dah ni..

6.00 petang akhirnya aku sampai di Kem Agas. Ku lihat ustaz azrin sedang bersenang lenang “sonang beso” di teratak vaude nyer tu. Sedangkan aku yang keletihan..

Aku dengan pantasnya pasang khemah 2 men tent. Lepas tu terus baring…lega rasanya.

Dinner disediakan oleh azam dan wan. Aku dengan semangatnya Bantu ambil air dan Bantu masak. Syukur Alhamdulillah.. beras aku digunakan untuk masak malam ni. Yes! Terima kasih. Rupanya, ration peserta akan dimasak ikut jadual secara bergilir-gilir. Good system.

Kem agas ni memang terbaeklah. Sungai ada kat sebelah. Aku memang suka kalau camping ada sumber air macam ni. Mudah nak mandi.

Ada satu group cikgu yang di lead oleh bro sham castello sampai jam 10 malam. Ada yang sampai 12 malam pun ada. Giler ahh, tak sanggup aku nak over time dalam hutan belantara ni..So make sure esok kena gerak awal, kena laju sikit..jangan sampai trekking malam. Tak sanggup den..

Malam tu aku berkenalan dengan peserta2 lain. Tido awal jam 10 malam, makan cukup mmg sedaplah (daging salai black pepper bersama nasi panas) tapak khemah rata dan luas, tak hujan..semuanya bagus. So far so good, tanpa aku sedari semua keselesaan ini bakal berakhir dalam hari2 yang akan datang..hahahaha..

To be continued..

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LOG TRANS TITIWANGSA V2 .CNY2013 part 1 of 8

Post by shahrul » 21 Mar 2013, 15:40

wow trans v2..tahniah!

8 part aar..silakan sambungannya tuan.. :minum:
_________________
_________________

Post Reply