Bett - Gunung Ulu Semangkuk 16 April 2006

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Bett - Gunung Ulu Semangkuk 16 April 2006

Post by JeNaL » 18 Nov 2012, 14:51

Gunung Ulu Semangkuk - 16 April 2006

Ahli xpdc : 34 orang

Kitorang gerak dari Terminal Putra Gombak pukul 8 pagi Target ialah first check point iaitu Kuala Kubu Baru (KKB) untuk breakfast dan tapau lunch. Konvoi 6 biji kereta iaitu kereta matsaiko, hensem, isekb, abang amin, primeroast dan rob. Singgah di Projet untuk isi minyak dan beli kudapan. Rob jalan dulu sebab dia nak amik member dia Din di Raub. Lipan dengan Nazzly lambat sebab Lipan bangun lambat. Nanti jumpa terus di KKB. Konvoi diketuai oleh kereta matsaiko.

Sampai di Pekan KKB tempat lakonan rompakan cerita Baik Punya Cilok. Sempat lah sesat sekejap hehehe. Breakfast di satu restoran. Ngai, Sepul dan Jun dah menunggu kat Pekan nie. Selepas makan dan tapau lunch, next checkpoint ialah Gap Resthouse. Perjalanan slow skek sebab jalan raya yang berbengkang-bengkok dan jugak berbukit-bukau. Pastuh sempit pulak tuh. Nasib baik lah buleh tengok view Empangan Sg Selangor. Banyak jugak air terjun kecik-kecik kat tepi jalan. Jambatan kontot yang dekat dengan Sg Chilling tuh dah buat baru. Dah cantik. Apsal ntah rasa lambat gila nak sampai.

Finally sampai jugak kat Gap (1115m) sekitar jam 11.15 pagi. Nampak dah ada 3 bijik kete parking kat depan rest house. Pekerja rest house cakap kete nie group Cina punya. Diorang pun pegi naik Ulu Semangkuk jugak. Then kitorang taruk kereta kat dalam kawasan parking rest house. Masa nie kete Rob parking jauh skek. Dah ler parking jauh, kunci tertinggal kat dalam kete daaa. Nasib baik ada member isekb yang terer bab-bab nak bukak kete hanya menggunakan dawai.

Ada sessi perkenalan skek sebab ramai muka-muka baru yang tak pernah jumpa sebelum nie. Dalam jam 12 tengah hari, xpdc pun bermula dengan diketuai oleh betterman iaitu diri aku sendiri. Starting pun dah 90 darjah nak naik. Terpaksa guna 4WD. Nasib baik tak tinggi sangat. Dalam 2 meter je. Pastuh lalu area pokok-pokok buluh. Awal-awal pun dah start menaik. Trek sedikit licin sebab musim hujan. Nampak kesan-kesan tapak kasut group Cina yang masuk lagi awal dari kitorang.

Trek bersih. Itu yang aku buleh cakap. Tak nampak sampah-sampah sepanjang trek. Pastuh semak pun ye jugak. Sebab orang jarang naik gunung nie agaknya. Tapi memang single trek je lah dan visible. Ada batang besi kaler merah tertanam sepanjang trek. Penanda sempadan agaknya. Makin lama makin mencanak. Banyak kali jugak lah tertipu. Ingatkan dah sampai puncak Semangkuk Gap tapi rupanya-rupanya bukan. Nak menyampai ke puncak Semangkuk Gap memang canak baik punya.

Jam 12.55 tgh hari sampai di Puncak Semangkuk Gap. Redup dan ada Beirut serta batu penanda puncak. Nampak lah view skek. Nampak trek menurun di sebelah kiri Beirut dan ada 2 bukit terbentang kat depan mata. Yang belah belakang tuh puncak Ulu Semangkuk rasanya.

Tak lama kat sini.1310 petang terus shoot turun. Geng belakang tak sampai lagi nie. Dengar kata diorang tengah sweep sorang budak pompuan member Rob. Samapi kat bawah trek rata. Memang enjoy gila. 10 minit lepas turun jumpa papan tanda Ulu Tranum Forest Reserve. Santai wong je jalan. Dah puas jalan rata dia bagi pacak pulak. Sampai kat satu puncak. Pastuh turun semula dan jalan santai wong lagi. On the way nie jumpa dengan group Cina yang naik pagi tadi. Diorang tengah on the way turun. Belas-belas orang jugak lah.

Pastuh trek turun ke satu lembah macam bekas aliran air je. Dari sini dia bagi pacak sampailah puncak Ulu Semangkuk (1310m). Geng depan sampai puncak around pukul 1420 petang. Kitorang duduk tak sampai 5 minit hujan pulak. Sederhana lebat. Nasib baik tak lama hujan nie turun. Pastuh sorang-sorang sampai. Pasang flysheet sbb kalau semua nak duduk bawah Beirut tak muat.

Keliling puncak pokok tinggi-tinggi so tak nampak view langsung. Puncak Ulu Semangkuk nie tak besar sangat tapi rata lah jugak. Ada satu pokok tuh baik punya buleh gantung hammock. Ngai sempat lah gantung hammock sekejap sebelum hujan. Orang terakhir sampai lebih kurang pukul 1520 petang.

Nampak satu trek di sebelah kanan Beirut. Besar jugak trek dia. Trek nie menuju ke Gunung Rajah. Amik masa 2 hari nak sampai ke sana. InsyaAllah one day buleh lah try.

Penuh puncak dengan 34 orang. Macam-macam ragam bebudak nie. Isk isk tak matang langsung ahaks!! Kitorang pun lunch secara berjemaah. Pastuh hujan tiba-tiba turun balik. Kelam-kabut ngai bukak hammock. Rob pasang lagi satu flysheet so muatlah untuk semua orang berteduh.

Bila hujan dah sidang skek, kitorang pun bergambarlah kenang-kenangan bersama banner RMDC. Jam 1615 petang, semua pun bergerak meninggalkan puncak Ulu Semangkuk. Trek turun masyaAllah, memang kena bajak habis trek. Licin gila. Terpaksa turun slow-slow takut tergelincir. Aku jalan kan belakang dengan Nazzly dan Lipan. Tapi belakang kitorang pun ada lagi rob dan geng-geng dia bersama dengan hensem. Sampai kat Puncak Semangkuk Gap dalam pukul 1720 petang. Take 15 pastuh terus chow turun. Trek macam biasalah, dah macam bendang lagaknya.

Masa dah dekat nak sampai ke starting point, kitorang jumpa lipan besar gila kat tengah-tengah trek. Sempat lah jugak amik gambar. Takut suit tengok lipan tuh. Kalau kena ketit tak tau lah bengkak besor mana nanti. Trek dah memang hancur lebur. Lecak dan berlecah. Sempat lah kitorang bertiga main gelongsor-gelongsor.

Akhirnya kitorang sampai bawah dalam pukul 1815 petang. Tapi nak turun ke starting point yang susah skek tuh sebab 90 darjah. Pastuh licin pulak tuh. Nasib baik tak jatuh tergolek. Gi bersihkan diri kat satu aliran air. Sejuk wooo air dia. Orang last sampai pukul 1845 petang la lebih kurang.

Tot tet tot tet dalam 1930 malam kitorang pun gerak balik. Tapi singgah Pekan KKB dulu sebab nak dinner. Rob dan kengkawan dia pulak balik ikut jalan Raub. Kitorang sampai KL kira-kira dalam pukul 11.00 malam. XPDC bersurai.

Sekianlah report ringkas dari aku.
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Post Reply