Bett - Gunung Suku 21 Feb 2006

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Bett - Gunung Suku 21 Feb 2006

Post by JeNaL » 18 Nov 2012, 14:50

Suku success!!

Dari kL 10 orang

bett
amoi
pisha
eppot
nazzly
tomot
budin
hensem
chimm
pogo
dari ipoh

adli
ngai
salan
topoi
am


mmg gila lah.... gi naik gunung hari selasa iaitu hari bekerja... tapi aku off day... nak follow nyer pasal sanggup bebudak nie amik mc dan on leave... hahaha

dari KL pukul 9.00 pagi dan sampai area kaki gunung suku dlm kol 12 tgh hari. Tunggu bebudak ipoh yang diketuai oleh ngai dan salan tak sampai-sampai lagi. Akhirnya kitorang start trekking pukul 2 ptg hahahah.... bebudak ipoh sampai tak lama lepas kitorang gerak.... diorang laju... buleh catch up dgn kitorang....

mmg tak hengat nyer dia bagi naik jer dari bawah... trek memang semak dan takder tempat untuk pijak yang kukuh.... daun gugur memang banyak gila dan licin.... time turun mmg tangkap biawak je lah keja....

sampai permatang nampak view puncak lepas trekking 1 jam – 1 jam setengah..... sampai sini dalam pukul 3.15 petang. Nampak puncak berdiri gagah kat belakang...

pastuh main permatang skek dan turun ke last water point.... permatang pendek jer....

dalam 30 minit jugak lah dari permatang view tuh.... waterpoint tak besar sangat.. sungai kecik jer...

dari last water point dia bagi baik punya canak trek sampai ke permatang..... kat sini ada 2 simpang

ke kanan gi campsite.... ke kiri gi puncak.....

nak sampai simpang nie lebih kurang sejam ke sejam setengah lah jugak dari last water point..... aku sampai dalam pukul 4.45 petang kat simpang nie...

campsite dekat jer dlm seminit dr simpang nie....

campsite ala-ala puncak jugak tapi bukan puncak sbb nampak view 180 darjah dan nampak puncak Chabang.... campsite sederhana besar buleh muat dalam 25 - 30 orang

dari simpang tadi, kalau amik ke kiri dalam 2 – 3 minit sampai satu puncak tipu...

dari sini 15 – 20 minit ke puncak suku

nampak puncak suku dari sini dan buleh nampak orang kat puncak.....

nampak diorang yang dah sampai melambai-lambai kat kitorang


view dari sini mmg superb.... 360 darjah
pastuh turun sikit main permatang dan kena lalu bawah buluh-buluh kecik. sampai lagi satu spot yang buleh nampak view..... nak kata puncak pun bukan jugak tapi kawasan tuh takder pokok.....

and the dari sini turun main permatang je lah dan ada lah menaik sikit sebelum sampai ke puncak yang mmg open.... sampai puncak pukul 5.15 petang.

360 darjah beb!!!!

Lawa giloshhhhhhhhhh. Suku nie permatang-permatang dia semua pendek-pendek jer.... tapi trek memang bersih dan tak banyak kesan-kesan binatang...

Kat puncak nampak banjaran-banjaran gunung sekeliling....

nampak puncak irau dan banjaran ke irau (trans jerging). Pastuh belah belakang nampak jalan raya ke cameron highland dan jugak gunung yong belar dan gunung-gunung lain yang tak dikenal pasti...

After makan-makan dan lepak-lepak, gerak turun dalam 6.15 petang. Memasing turun laju jer sebab nak kejar masa takut gelap. Orang terakhir sampai bawah dalam pukul 8.30 malam.

Maka tamatlah sudah riwayat mendaki gunung di hari selasa iaitu hari bekerja...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Post Reply