Bett - Gunung Liang East West 9 - 11 Disember 2005

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Bett - Gunung Liang East West 9 - 11 Disember 2005

Post by JeNaL » 18 Nov 2012, 14:49

Jumaat – 9 Disember 2005

Sampai di Terminal Putra Gombak dalam pukul 11.30 malam. Memang lewat dari masa yang dijanjikan iaitu pukul 10 malam. Tak buleh nak elak dah, bukan disengajakan. Hari nie memang hari kelam-kabut sedunia. Lepas Jumaat gi keluar gi beli ration yang tak cukup, pergi rumah mentua aku nak mengucapkan selamat jalan sebab depa nak gi holiday kat China malam nie, Lepas maghrib baru balik rumah. Packing ration pon pukul 8 malam. Nak packing beg lagi. Memang Terkejar-kejar jugak lah dari Putra Perdana ke Terminal Putra Gombak. Jadik Alonso aku sekejap bersama kereta Kia Picanto hijau pucuk pisang nie. Nak gi ambik chimm lagi kat HUKM. Bacaan odometer ialah lebih kurang 55 km dari rumah aku ke terminal putra. Buleh tahan jugaklah jauhnya.

Sampai kat terminal putra aku nampak semua dah sampai. Orang yang datang menghantar pon ramai. Ada padil dan mazni, botak dan baby, abang yus pon ada, sham pitam, hassanayat, hensem (nak babai motty sorang je), paei, sapa lagi ekk. Sori kalau aku terlupa. Thanks sebab sudi hantor. Kes kes kes agaknya mesti semua dah tension menunggu aku dgn amoi nie. Lepas salam-salam, bagi-bagi tshirt, duit minyak, duit tol, briefing skek dan susun-susun beg, lebih kurang pukul 12 malam kitorang gerak. Singgah Shell untuk isi minyak dan terus shoot ke Tol Sungai Buluh. Konvoi 4 kereta dan 1 van dengan 22 orang ahli ekspedisi semuanya.

Singgah makan di R & R Rawang. Majoriti bebudak belum dinner lagi. Lama gak melepak kat sini dalam sejam lah jugak. Dah settle semua terus gerak ke Tanjung Malim. Sampai di tol Tanjung Malim lebih kurang pukul 1.45 pagi rasanya. Aku pon dah lupa. Call Ngai yang tengah tidur dan dia bagi direction untuk tunggu kat mana.

Kitorang pon gerak le tempat yang Ngai suruh tunggu iaitu depan 7 eleven. Muka masing-masing dah toya menahan ngantuk dah nie. Ramai jugak yang amik kesempatan untuk melelapkan mata barang seminit dua termasuk lah aku. Mana Ngai nie tak sampai-sampai. Aku call dia, rupa-rupanya baru keluar rumah. Sambung tidur balik. Tengah sedap mimpi trekking pakai karrimor sabre di samping Farah AF2 tetiba dengar bunyi ketukan kat cermin tingkap kete aku. Hampeh sapalah mengaco aku nie. La dah sampai rupanya si Ngai nie. Tanpa membuang masa aku pon gi buat report kat Balai Polis dulu. Lepas tuh baru lah ngai lead kitorang ke Kg Sungai Dara.

Jalan nak ke sungai dara nie memang gelap gila. Nampak papan tanda jalan nie nak menghala ke slim river. Jalan lama kot. Sampai satu traffic light masuk kanan dan terus lagi. Tak lama kemudian masuk lagi satu simpang ke kanan. Kat sini dah nampak ada perkampungan. Kemudian masuk lagi ke kanan ke jalan kampung. Jalan pon kecik dah time nie. Kalau selisih memang jenuh jugak ler. Memula lalu tepi-tepi rumah, kemudian makin lama makin gelap dan lalu kot kebun-kebun pulak. Memang masuk ke dalam betul. Nampaklah jugak rumah 2 – 3 bijik kat dalam nie. Dalam pukul 3 pagi sampai lah di Rumah Pam Sungai Dara. Decide tidur kat sini je lah sebab cerah sikit kawasan dia. Ada yang tidur dalam kereta dan ada yang pasang flysheet dan bentang groundsheet atas jalan tar. Nyenyak jugak tidur. Ngai pon tumpang tidur sini dulu lah. Esok pagi baru dia balik ambik guide yang tengah tidur kat rumah dia.

Sabtu – 10 Disember 2005

Terjaga dalam pukul 6.50 pagi. Solat subuh dan pesan nasi lemak kat ngai yang nak balik ambik guide. Kemudian ke sungai berdekatan untuk ambik air dan gosok gigi. Dekat tak dekat sangat lah sebab pergi pon naik kereta hehehe. Jalan kaki dalam 7 - 8 minit jugak ler. Besar sungai dia. Air pon deras dan agak dalam. Mungkin disebabkan musim hujan yang berlarutan dah hampir 2 bulan dah nie.

Balik ke kereta kemas-kemas apa yang patut. Guard rumah pam pon dah bertukor shift. Pakcik guard shift siang rupa-rupanya pegawai dari jabatan agama islam negeri perak. Siap tanya lagi dah ada pasangan yang dah berkahwin ke belum. Dia bagi kebenaran untuk kitorang semua guna toilet rumah pam tuh. Aku pon bahagi-bahagi ration yang tak sempat nak segregate semalam.

Dalam pukul 9.15 pagi ngai pon sampai bersama dua orang guide iaitu atan dan bulu. Tidak dilupakan ialah 22 bungkus nasi lemak yang memang sedap tapi sambal dia pedas skek. Semua budak yang memang dah lapor tak hengat pon mula melantak tak hengat donia. Pogo pulak ambik kontrak jerang ayor dan buat ayor teh. Lepas breakfast, kemas-kemas dan bawak kereta ke starting point. Tapi kitorang parking kat area tanah merah je sebab takut nak parking dalam sangat. Musim hujan nie takut angin kuat pulak. Risau pokok tumbang ke, dahan jatuh atas kete ke, naya woo.

Sessi memanaskan badan diketuai oleh anala. Ada senaman gelek bontot lagi hehehe. Dan diikuti oleh bacaan doa oleh ustaz pogo. Lebih kurang jam 10.30 pagi, xpdc pon bermula. Trek mula-mula nie jalan tar, mendatar, besar dan nun kat bawah sana sebelah kanan ada sungai. Ngai dengan guide dah tunggu kat dalam sebab depa gi naik kete, malas nak trekking. Kawasan diorang tunggu tuh ada macam pangkin kayu yang buleh duduk-duduk. Sessi briefing skek oleh guide atan. Ngai tak dapat nak ikut sebab dia ada majlis bertunang dengan mak usu hari nie. Selamat bertunang kepada ngai dan mak usu!!

10.25 pagi, kitorang gerak. Jalan sampai ke empangan. Biasanya pagar ditutup dan kena panjat pagar tuh tapi nasib kitorang baik sebab ada pakcik guard kat sini tengah menjala ikan ke memancing, tak perasan pulak tapi aktiviti dia berkaitan dengan penangkapan ikan lah. Memula main tebing jer kemudian dah start mendaki. Aku kat group belakang masa nie. Dalam setengah jam lah lebih kurang jumpa 2 simpang. Satu simpang ke kiri dan agak menaik. Satu simpang lagi terus dan main jalan bawah lagi. Aku, amoi, nowa, peyus dan jimi proceed ikut jalan bawah nie. Makin lama trek makin takder, makin lama makin hilang. Dah mushkil dah nie. Hati dah terasa mesti sepatutnya naik simpang kiri tadi. Lampu kecemasan ultraman pon menyala. Nasib baik ada walkie talkie. Aku dengan perasaan jakunnya (2nd time lah katakan guna woki toki) pon mula roger roger lah sweeper iaitu nije. Memang betoi lah kitorang dah salah trek. Maka dengan itu kitorang pon kembali lah ke pangkal jalan. Guide atan pulak sibuk mencari guide bulu takut-takut guide bulu pon bawak bebudak depan ikut trek yang sama. Nasib baik tidak.

Perjalanan diteruskan dengan mendaki bukit yang tak berapa mencanak. Selepas turun dari bukit nie jumpa sungai kecil. After crossing sungai nie naik bukit semula. Buleh tahan jugak bukit nie. Tapi perasaan penat tuh hilang sebab bila turun dari bukit nie jumpa sungai dan air terjun yang memang lawa. Sungai yang datang dari sebalah kiri seolah-olah terpecah dua dengan satu bahagian mengalir masuk ke bawah batu besar, mengalir terus dan membentuk air terjun yang berketinggian 2 hingga 3 meter. Memang lawa view nie. Airnya yang sejuk dan jernih memberi ketenangan kepada kaki yang direndam di dalam air.

Naik bukit lagi.... apa nak buat. Kitorang teruskan perjalanan sehingga bertemu dengan bebudak depan tengah take 5 kat tepi sungai. Jam menunjukkan 12 tengah hari. Perut masing-masing pon dah lapar. Destinasi makan tengah hari iaitu Lubuk Antu dah tak berapa jauh dah, mengikut kata guide atan.

“Mengapa kau termenung, oh adik berhati bingung”.... terdengar suara sumbang guide atan menyanyi-nyanyi lagu seroja yang dipopularkan oleh jamal abdillah dan jugak mawi. Lirik itu je lah yang diulang-ulang hampir 24 386 kali. Nak nyanyi sampai habis tak reti agaknya. Nak tak nak terpaksalah menadah telinga mendengar suara dia. Ada jugak cita-cita nak menjentik kerongkong dia secara laju-laju agar dia berhenti menyanyi ataupun menyanyi dengan lirik yang penuh, tetapi bila teringat pesanan sifu aku (bukan m.nasir ye) bahawa jangan derhaka kepada guide, maka hasrat itu dipendamkan sahaja.

Akhirnya pukul 1 petang sampai jugak ke lubuk antu. Aku tengok bebudak dah jadik memerang main ayor. Aku pulak jerang ayor nak buat teh. Lunch ialah roti dengan daging burger. Sorang 2 set. Memang lapar siut. Anala pulak bawak keluar lempok. Mmm dap.... Mandi-mandi dan buat solat jamak kat sini. Cuaca pulak macam ala-ala mandom dah nie. Pukul 2 petang start trekking semula. Nak crossing sungai kat sini agak bahaya skek. Chimm telah menjadi mangsa terjatuh ke dalam sungai.

Kali nie trek memang bagi baek punya. Naik jer takder turun-turun. Tengah layan pangok tuh tanpa diundang hujan pun turun. Memula tuh renyai jer tapi lepas tuh lebat. Trek yang dah memang berselut nie bertambah licin lah. Banyak pokok tumbang pulak tuh. Salah satu perkara yang menarik sepanjang trek nie ialah pokok-pokok balak besar berada dalam kuantiti yang agak memberangsangkan. Jalan sikit jumpa pokok besar. 10 minit lepas tuh jumpa lagi. Kitorang kat belakang nie bajet pokok-pokok nie berusia 100 tahun lebih. Kat belakang masa nie aku, amoi, nowa dan nije. Jalan memang slow je lah. Si amoi dah pancit. Mentol pon dah malap. Sikit lagi pecah lah tuh, aku berkata di dalam hati.

Slow memang lah slow kali nie tapi nasib baik tak banyak take 5. Mana taknya shejukkk... perut pulak dah mintak untuk diisi. Sampai satu tahap tuh tepaksa mintak rescue orang depan untuk amik beg amoi. Nasib baik ada woki toki. Memang berguna betoi benda nie. Tak lama kemudian guide atan sampai. Dia bagitau dah tak jauh dah kubang *ditapis*. Start dari sini trek makin mencanak pulak. Adoih la, aku dah le lapar nie.... layan je lah pangok nie sekali-sekala. 5.15 petang kitorang team sweeper sampai di kubang *ditapis*. Nampak le bebudak dok tengah take 5. Tapi geng-geng depan dah takder. Mengikut kata tomot, dari sini ke kem site 7 eleven mengambil masa 45 minit. Harap-harap betul lah. Dari kubang *ditapis* memang pacak baek punya. Slow gila jalan. Aku follow dak amoi nie pon dah mula lenguh kaki. Banyak kali lah take 5. Rasanya nije dengan nowa musti tension jer kot hehehe. Hujan pon dah mula sidang nie.

Sejam perjalanan dari kubang *ditapis* maka sampailah kitorang ke kem site 7 eleven. Kem site nie kat permatang. Memang konporm sejuk malam nie sebab laluan angin. Kem site memanjang. Ramai jugak yang turun ke water point untuk ambik air dan mandi-manda. Tak sanggup aku nak mandi shejuk-shejuk nie. Tukar pakaian bersih dan buat kerja sikit-sikit. Fly dan khemah dah siap terpasang masa aku sampai. Aku pon tolong buat ampaian dan pasang unggun api untuk menghalau agas yang banyak nie.

Siap-siap untuk masak dinner tapi bukan aku lah heheh. Chef bud bud memulakan tugas sambil dibantu oleh wanita-wanita ayu sementara yang lain buat hal sendiri.

Menu malam nie :
nasi putih
ayam goreng
masak lemak nenas ikan masin
buncis masak kicap (kena catu)
ikan goreng (anala bawak dari rumah)
tempoyak
papedum

Lepas makan lepak-lepak dulu layan coffe mix. Tak lama pon, lepas tuh mulalah masing-masing jadik kura-kura masuk cengkerang. Si guide atan pulak tak abis-abis dok bising apa benda ntah dengan chimm. Lepas pasang pintu fly, apalagas tidur lah. Aku tidur tepi sekali belah sini, dekat dengan fly guide. Terdengar dengkuran anala dan motty yang macam bunyi mesin rumput. Zzzzz.....

Ahad – 11 Disember 2005

“Our time is running out...

and our time is running out...
you can't push it underground...
we can't stop it screaming out...
how did it come to this...

Oh oh oh yea yea yea yea yea”

::Time is running out – Muse::

6.30 pagi alarm henpon aku berbunyi. Snooze aa dulu. 5 minit kemudian bunyi lagi. Snooze lagi. Terdengar suara pogo kat luar fly nak turun ke water point. Layan tidur kejap lah. Tup tup 7.30 pagi baru terjaga. Konporm subuh gajah... kemas-kemas sleeping beg. Dapat pelajaran baru pagi nie. Nije berkata, menurut abang yus sleeping beg elok kalau main sumbat jer dalam sarung dia. Ini supaya tekstur dia akan lebih terjaga dan kekal lama berbanding kalau main gulung je macam kuih gulung. Nampak chef bud bud tengah nak masak nasik lemak. Gi lepak sana tolong apa yang patut. Ramai lagi yang tak bangun rupanya especially bebudak yang tidur dalam khemah.

Dengar cerita bebudak yang tidur pintu fly sebelah sana kena kaco dengan agas heheh. Semalam sombong takmo pasang pintu fly. Pukul 2.30 pagi depa bangun pasang pintu fly baru lah selesa skek tidur. Sambil menunggu bud bud and co selesai masak nasi lemak, packing-packing dulu sebab takder lah kelam-kabut sangat karang.

Menu breakfast :
Nasi lemak
Telur rebus sorang sebijik
Sambal tumis ikan bilis yang pedas (motty bawak dari rumah)

Itu je lah yang ada. Hehehe. Ikan bilis nak goreng, timun dan jugak kacang aku lupa nak beli. Layan jugak nasi lemak nie. Budin kalau masak memang sedap lah. Dah habis makan tuh aku masak nasik lagi untuk lunch nanti. Tengah-tengah nak masak tuh amoi confirm dia tak nak naik ke puncak. Dah puas pujuk tapi dia tetap takmo naik. Tak larat dah kata dia. Budin yang dah pernah naik LEW secara off trek dulu volunteer untuk lepak sekali dengan amoi kat kem site. Nasib baik lah abang budin ada, kalau tidak memang aku lah lepak kat kemsite.

Tot tet tot tet pukul 10.30 pagi gerak ke puncak. Bawak siap-siap baju hujan sebab cuaca nampak suam-suam jer. Memang trek dia canak beb. Menaik jer tanpa henti. Aku kat belakang dengan peyus termengah-mengah lah mencarik napas. Bajet nak shoot terus ke puncak ke takmo stop sebab nak kejar masa. Finally sampai jugak area permatang. Bergambor sikit-sikit kat area lumut yang cun-cun. Eppott bersama kamera Minolta yang baru dibelinya kelihatan sibuk mengambil gambar.

11.55 pagi akhirnya sampai jugak ke puncak liang west. Alhamdulillah..... banyak binatang terbang kat sini. Nak kata agas bukan sebab tak mengigit pun tapi benda nie kecik macam agas. View tak nampak lah sebab kabus tebal. Puncak pon open gila dan kecik. Tak sesuai untuk buat kemsite. Layan vanilla coke dan ayor 100 plus dulu. Meraikan dah sampai puncak. Bergambor dengan banner RMDC dan jugak KHK. Lepas bergambor reramai start pegi ke liang east pulak. Tup tup hujan turun. Aku lepak dulu kat bawah Beirut. Ada jugak bebudak yang dah ke liang east. Liang east terletak tak sampai 5 minit pon dari liang west.

Lofi takmo pegi ke liang east walaupun aku dah pujuk macam-macam. Dia kata tak larat nak ke sana dan sebab hujan. Tojen pon takmo pegi. Rugi lah korang takmo pegi liang east. Bukan jauh pon. Umpama wat kemsite kat simpang gayung tapi takmo gi puncak gayung. Sia-sia jer datang. Kena padam nama liang east dari tshirt korang nie hehehehe. Dalam hujan-hujan tuh kitorang geng yang tertinggal kat belakang nie gerak menuju ke liang east. Ada satu part tuh agak bahaya nak menurun nyer. Betoi-betoi 90 darjah. 2 – 3 minit kemudian sampai lah di liang east.

Puncak liang east memang chantek. Dikelilingi oleh pokok-pokok. Umpama kawasan lord of the rings. Kalau nak kemsite kat sini memang charer lah. Cuma kena berterabur sikit lah. Disebabkan bawah beirut dah penuh dan agak berlecak so aku lepak luar dengan dipayungi oleh banner KHK, kes kes kes. Jangan marah yer encik kukubesi....

Lepak kat sini dalam 20 minit. Pastuh gerak ke liang west untuk shoot turun semula ke kem site 7 eleven. Pukul 1 petang group belakang mula gerak turun. Hujan dah agak renyai-renyai. Sepanjang turun nie kitorang tak banyak berhenti sebab nak cepat sampai ke kemsite. Jam 2.20 petang kitorang selamat sampai di kemsite. Majoriti bebudak dah siap packing dan tengah lunch. Menu lunch nasi goreng. Dalam pukul 3 petang, orang terakhir meninggalkan kemsite 7 eleven iaitu aku.

Perjalanan turun agak bahaya dan perlahan kerana trek yang sangat licin dan dah hancur lebur kena bajak dengan bebudak depan. Rasanya dak amoi tangkap biawak dekat 28 ekor. Aku pon dapat jugak tangkap barang 3 – 4 ekor. Memang agak slow turun nie. Amoi pulak kaki dah sakit-sakit semakin melambatkan perjalanan. Nazzly jalan sekali dengan aku dan amoi. Tension jugak nie sebab tak sampai-sampai lagi lubuk antu. Jalan dah non stop tapi rasa jauh sangat. Lipan, nieta dan nowa berada tak jauh dari depan kitorang bertiga. Hanya woki toki menjadik hiburan di tatkala ini. Nazzly dok berborak dengan lipan.

Risau jugak takut-takut sungai dekat lubuk antu tuh jadik besar sebab hujan semalam. Risau jadik macam kes muz sos yang kena tebang pokok untuk buat titi sebab air sungai besar. Alhamdulillah, apa yang ditakuti tidak menjadi kenyataan. Kitorang sampai di lubuk antu jam 5.45 petang. Semua budak tengah menunggu kat sini. Diorang dah sampai lebih kurang sejam. Budin bagitau aku masa on trek nak ke sini tadi ada sorang budak pompuan sudah dapat satu panggilan rindu dari buah hati. Fuiyooo baru 2 hari dah rindu.... sempatlah membahan sekejap. Guide atan pon time nie sibuk nak mengorat cik motty kita, kes kes kes.

Tak lama lepak kat sini sebab waktu dah semakin petang. Pukul 6 petang terus gerak semula. Cam biasa lah aku kat belakang jadik sweeper. Nazzly jadik peneman aku. Tengah trekking tuh aku rasa lapar sangat. Tak bertenaga dah rasanya. Aku woki toki lipan tanya ada makanan tak. Lipan pond ah takder benda untuk dimakan. Kebab dia tak bawak pulak. Nak makan perut dia nanti nieta marah kat aku. Tengok-tengok amoi ada sumi. Aku suruh amoi tunggu. Dapatlah makan sumi 2 ketul. So, geng sweeper kembali seperti asal, aku, amoi dan nazzly.

Memang agak slow trekking tapi non stop sebab hari dah makin gelap. Memang tension banget. Dah ler lapar.... dalam pukul 7 malam berhenti kat sungai terakhir. Keluarkan torchlight dan take 5 kejap kat sini. Amoi dah memang tak larat. Nazzly woki toki dengan lipan. Lipan kata dia dah makin dekat dengan dam. Ingat nak mintak tolong rescue datang amik beg amoi tapi lipan kata kena naik satu bukit dan agak jauh. Takper lah kitorang decide jalan terus. Layan je lah bukit nie. Si amoi pulak dah jalan terhoyong-hayang tak larat. Risau jugak kalau jatuh kat tepi-tepi lereng tuh. Takper, pelan-pelan kayuh janji sampai.

Akhirnya lebih kurang jam 8 malam kitorang bertiga pon sampai di dam dengan disambut oleh guide atan. Tension wooooo rasa. Kaki pon dah sakit-sakit nie. Duduk rehat sekejap sebelum turun ke air bersihkan diri. Bebudak dah start gerak menuju ke kereta. Yang tinggal kitorang bertiga je lah. Nak kena panjat pagar pulak. Naisb baik dah jalan tar. Alhamdulillah sampai jugak ke kereta. Ngai pon dah ada kat sini masa nie. Orang tengah darah manis tuh hehehe. Lepas simpan beg dalam kereta, shoot ke sungai tempat ambik air masa pagi semalam. Nak mandi kat situ. Sedap wooo mandi memalam nie. Takder lah sejuk sangat. Tapi tak semua yang mandi sebab ada budak yang dah mandi di dam tadi. Lega rasanya dah bersihkan diri nie.

Dah settle semua kitorang pon terus keluar lah. Masing-masing dah kebulur macam cipan. Ngai tunggu kat kampung depan. Dia bawak kitorang makan kat restoran pyoorr air buah gelas besar. Dah masuk area sabak bernam. Menarik jugak restoran nie. Lepas makan bergambor ramai-ramai depan restoran sebagi kenangan. Gerak dari sini dalam pukul 12.30 malam. Janji jumpa kat terminal putra semula untuk pertukaran penumpang. Sampai kat sana je hujan lebat. Aku dah tidur time nie. Amoi yang bawak kereta hehehe. Tengok jam dalam pukul 2 pagi aaa lebih kurang. Gi anto jimi dengan peyus kat shah alam pastuh terus balik. Yahoooooooooo buleh tidur....

Terima kasih kepada semua yang menjayakan xpdc liang east west ini....

Xpdc tamat.....
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Post Reply