Bett - Gunung Bubu 23 - 26 Mac 2001

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Bett - Gunung Bubu 23 - 26 Mac 2001

Post by JeNaL » 18 Nov 2012, 14:48

AHLI-AHLI EKSPEDISI GUNUNG BUBU

KHGian

1. Betterman - seorang kapla jingga yang sporting dan suka
mengentutkan diri sendiri.
2. Aweng - guide yang fit dan masih lagi kuat kentut!!
3. Effa – asyik gelak ajer dan suka gaduh dengan Fadilth.
4. Angah - budak manja tapi still gagah perkasa. Tak padan dengan
kechik.
5. Odah - rajin betoi gi dapur dan gaduh dengan Botak Gonjol.
6. Fadilth - kalau gelak macam muka nak nangis. Hobi asyik gaduh jer
dengan Botak.
7. Mamu – Macam Rafi Cecupak pun ada. Tak lekang dengan kamera dia.
Tau macam² jenis pokok termasuklah scientific name sekali!!

Bukan KHGian

1. Botak - tukang buat lawak xpdc. Tak habis² dok bangga pasal
kampung dia. Juga masuk list kuat kentut yang busuk.
2. Saiful - tukang masak xpdc. Sedap sehingga menjilat tumit!!
Aktiviti sampingan, jadik bilal.
3. Abe - seorang yang paling rajin. Tolong memasak, ambik air, basuh
mass tin dll
4. Khalis - tukang gelak ajer keje dia nie.
5. Pian – 2nd guide yang mana begnya ringan gila. Seorang yang
pendiam.

So, semuanya berjumlah 12 orang ahli-ahli ekspedisi yang best!!


LAPORAN EKSPEDISI GUNUNG BUBU

23 MAC 2001 - JUMAAT

Semua ahli ekspedisi berkumpul di Puduraya jam 10.00 malam. Tapi
seperti biasa, berkumpul jer pukul 10.00 malam, datangnya entah pukul
berapa termasuklah aku. Aku datang lebih kurang pukul 11.00 malam.
Sampai ajer aku terus bahagikan t-shirt XPDC iaitu t-shirt KHG yang
pertama!! Heheheheheh….. Yang datang hantar kitorang hari tu Sue
(malas_dah), Che Su, Haslina, Reen dan Daud. Reen hantar group dia
jugak tapi diorang gi naik Chamah-Ulu Sepat (waaaaaa bestnya!!!). Aku
tak sempat jumpa Sue sebab dia balik awal sangat (ataupon aku yang
datang lambat sangat?). Dia memang best sebab dia janji nak kasik
kuaci dan memang dia bagi bebetoi. Aweng dan Pian naik bas UPM so
seat ada 2 kekosongan. Masa nie semua dah sampai kecuali Botak. Botak
telepon Fadilth bagitau yang dia tak jadik ikut. So, aku ingat nak gi
juallah balik tiket tuh kat kaunter transnasional. Alih-alih si botak
jadi ikut. Rupa²nya tadi dia main-main. Aku pon tanpa membuang masa
gi lar balik kat kaunter transnasional nak mintak balik tiket tadi.
Nasib baik belum jual. Kalau tak alamat menangis lah budak botak tuh.
Tu lah, main-main lagi.


24 MAC 2001 - SABTU

Tepat pukul 12.00 malam aku pon dengan muka tak malunya membuat
pengumuman penting iaitu besday aku jatuh pada hari nie!! He he he.... dah 24 tahun umur aku. Bas bertolak lebih kurang pukul 12.20 malam. Aktiviti rasmi atas bas, zzzzzzzzz.....

Lebih kurang pukul 3.50 pagi, bas sampai di Stesen Bas Kuala Kangsar
(my hometown). Aweng dan budak-budak UPM dah menunggu dengan bas
diorang. Mamu pun dah sampai. Dia naik train dari Penang. So,
kitorang semua pon menumpang sekali dengan bas UPM menuju ke Hutan
Lipur Ulu Kenas. Budak² UPM semua berjumlah 22 orang. Atas bas Aweng
bagitau satu berita yang tak menggembirakan aku. Bas UPM akan datang
pick-up budak² dia pada pagi Selasa. Ada miscommunication antara
budak² UPM dengan pengurusan bas diorang. Kitorang sebenarnya nak
balik tumpang bas UPM tapi memandangkan dah jadik macam nie, tawakkal
ajer lah. Tiket balik tak beli lagi. Dah ler time cuti awal Muharram.
Tapi aku tetap yakin yang tiket balik KL still ada kalau beli kat
Ipoh.

Masa sampai jer kat Hutan Lipur Ulu Kenas, dah nampak ada beberapa
team dah dok melepak kat bawah pondok. Ahh sudah. Ada team lain jugak
ker. Ramai la nanti kat campsite. Jangan jadik macam Korbu itu hari
sudah ler. Then lepak bawah satu pondok. Tiba-tiba Odah gempar sebab
handset dia tertinggal dalam bas UPM. MasyaAllah, careless sungguh
lar cik Odah kita nie. Pastuh Odah gi jumpa dengan bebudak UPM suruh
tolong ambilkan handset tuh nanti. Finally, aktiviti tidur bersambung
kembali. Zzzzzzzzz.....

7.00 pagi semua dah bangun. Breakfast kat gerai berdekatan. Memang
tak nak masak pagi nie. Kedai dah ada, rugi lar masak kan!! Tengah
dok melepak makan tuh bapak aku sampai dengan adik aku untuk hantar
permit. Tapi kesian kat bapak aku tuh. Renjer tak mintak pun permit.
Orang tua tu punyer lar 3-4 kali pergi ke Pejabat Daerah untuk
settlekan hal permit. Alih-alih renjer suruh tulis nama dalam buku
ajer. Tapi at least sebagai aset keselamatan lar permit tuh sebab
Pejabat Hutan hantar salinan permit tu kat Balai Polis Kuala Kangsar.

Selepas semua dah siap-siap packing dan get ready, Aweng panggil aku.
Rupa² ada sessi perkenalan antara team KHG dan bebudak UPM. So,
masing² dengan gaya, mutu, keunggulan tersendiri pon mengintroduce
lah diri masing². After sessi streching dan bacaan doa selamat,
ekspedisi bermula dengan Aweng bertindak sebagai guide.

EKSPEDISI SANTAI BERMULA

Trek pada peringkat awal sangatlah senang. Jalan tar dan trek tanah
merah. Cuma mendaki sikit. Itu pun secara melandai dan tak mencanak.
Semua jalan dengan happy ajer. Tak pressure langsung. Had laju
masing² memang 180 km/j. Dah trek senang. Tapi still berjaga-jaga
sebab Bubu terkenal dengan pacatnya yang ganas. Trek hanya mengikut
tepi sungai. Suasana hutan pun belum mula terasa. Aweng dan aku kat
depan menonong jer jalan. Tak stop langsung. Lebih kurang setengah
jam trekking. Sampai di satu simpang menghala ke empangan, kat sini
dah mula terasa suasana hutan tapi jalan still tanah merah dan
sedikit lecak. Mengikut maklumat yang didapati daripada Renjer kat
bawah tadi, lebih kurang 100 orang akan mendaki Bubu hari nie. Ramai
tuh!!! Aweng kat sebelah aku pon dok merungut-rungut sebab trek dah
lain. Maksudnya trek dah jadi besar berbanding masa dia datang dulu.
Peringkat pertama nie memang rilek ajer jalan sebab boleh dikatakan
80 % trek mendatar dan melandai.

Kitorang sampai kat tempat lunch di tepi Sungai Kenas lebih kurang
pukul 12 tengah hari. Masing-masing check kaki tengok pacat. Ramai
jugak yang kena termasuk lar aku. Kaki aku yang berdarah tuh telah
diabadikan oleh Mamu dengan kamera dia. Team KHG just makan roti dan
serunding ayam ajer. Mamu dan Khalis laks bantai mandi. Tau ler
korang berdua tak mandi pagi tadi. Sebab tuh pacat tanak dekat dengan
diorang. Hehehehe... Lama jugak dok melepak + lunch + bergambar +
membuat lawak dan gelak beramai-ramai = 1 jam lebih. Bebudak UPM dok
tengah makan lagi. So, decide untuk gerak dulu. Pian selaku 2nd guide
telah diberikan mandat oleh Aweng untuk menjadik guide kitorang dan
Aweng tunggu bebudak UPM.

Trek kali nie banyak pokok resam. Aku punya karrimat yang baru dibeli
kat Evergreen memang bercalar balar dan koyak² kena duri resam.
Hampeh tol. Kali nie trek agak mendaki skek tapi still boleh
bersantai. Pukul 2.50, sampai di satu kawasan yang agak lapang dan
berbukit. Tunggu group UPM kat sini. Tapi decide untuk proceed sebab
Pian cakap campsite dah dekat. Lebih kurang setengah jam trekking,
sampai di campsite bawah, berdekatan dengan sungai. Ada satu group
cina dah pasang khemah kat sini. Then aku , Mamu dan Pian pi usha
campsite atas (kem Sg.Gading kalau tak silap) Ramainya orang kat
sini. Memang dah tak der space langsung. Setengah jam ler jugak amik
masa pergi balik dari camsite Sg.Gading nie. So, decide untuk camp
kat bawah ajer. Kitorang amik port kat satu kawasan bersebelahan batu
besar dan budak² UPM kat satu kawasan lapang yang agak luas sedikit
kerana mengenangkan diorang ramai. Jaki betoi aku ngan group Cina nie
sebab konker kawasan. Diorang pon bukannyer ramai. Kesian lar kat
kitorang yang tak der kawasan nie. Kitorang terpaksa lar menebas dulu
apa² yang patut untuk meratakan kawasan. Dah rugi pokok-pokok yang
tak berdosa tuh disebabkan angkara group cina nie. Bebudak lelaki
semua akan tidur bawah flysheet ajer dan budak² pompuan dalam satu
khemah.

BUDAYA KENTUT BERLELUASA

Tukang masak rasmi ekspedisi kali nie si Saiful. Memang kelas dia
masak. Ahli-ahli setia dapur yang lain : Odah, Abe, Eppa, Angah dan
Pian. Yang lain² tukang makan ajer lah. Terima kasih lar kat diorang
nie. Kali nie buat style masak kawah. Maksudnya masak untuk reramai
sekaligus. Macam nie lagi senang. Lagipon kumpulan kecik. Rasa lebih
mesra dan erat macam nie. Time memasak nie lah memang penuh dengan
lawak jenaka dan kutuk mengutuk serta aktiviti kentut mengentut yang
mana para penyumbang ke arah kebusukan abadi ini ialah aku sendiri
(hehehe), botak gonjol dan aweng. Time nie jugak si Mamu dok
bercerita pasal ikan. Memang power betoi lar knowledge mamu mami nie.
Time makan pon macam tuh. Memang tak sunyi dengan gelak ketawa.
Takder yang merasa dirinya terpinggir dan duduk bersendiri. Semua
boleh layan kepala. Kemesraan yang terjalin nie memang menggembirakan
aku sebab sebagai ketua ekspedisi, salah satu objektif aku ialah
untuk mengeratkan lagi hubungan antara penggiat-penggiat outdoor atau
outdoor extremist nie. Aktiviti selepas makan, sembang dan buat lawak
serta berkongsi bau-bauan yang memang harum sampailah letih. Pukul
1.00 pagi, semua pon masuk beradu.

25 MAC 2001 - AHAD

MENCANAK LAR PULAK

Bangun entah pukul berapa. Semua budak laki mengadu pasal tempat
tidur yang sempit. Hehehehehe….. Aweng gerak dulu untuk guide bebudak
UPM. After breakfast dan packing mana² yang patut, kitorang start
gerak dalam pukul 10.45 pagi. Selepas daripada campsite Sg. Gading,
trek dah mula mencanak 70 darjah. Tinggi betol. Dah ler aku jadik
tanker, pehhh berasap jugak ler lubang hidung nak membawaknya. Kat
kiri dan kanan banyak pokok mengkuang. Yang bestnya kat sini sebab
hanya naik satu bukit ajer. Maknanya takder lah puncak tipu. Naik
bukit tuh terus sampai ke puncak. Kalau menurun pun masa nak gi last
water point. Sampai kat last water point dalam pukul 12.15 t/hari.
Kat sini memang lepak lama gila. Siap masak teh lagi untuk bekalan
kat puncak nanti. Dalam 4 mass tin jugak kitorang masak. Selepas dah
puas melepak dan beberapa orang melakukan aktiviti paling masyuk
iaitu memerut, kitorang pon teruskan perjalanan ke puncak pada pukul
1.30 petang. Cuaca dah terasa sejuk masa nie tapi rasanya tak leh
lawan sejuk Yong Belar ataupon Irau.

Lebih kurang pukul 2.15 petang, semua dah selamat sampai di puncak.
Bebudak UPM pun dah lama sampai dengan Aweng. Pemandangan tak berapa
nampak sebab terlindung dek kabus. Semua pakat telepon tuh. Maklumlah
line ada kat atas. Heheheheh... Then Aweng bawak kitorang melawat
tempat bersejarah iaitu tempat macam mana boleh wujudnya nama Gunung
Bubu nie. Asalnya ada seorang penduduk kampung (ker penduduk asli?)
membaling sebiji bubu ke atas puncak sebuah gunung. Lalu melekat lah
nama Gunung Bubu. Tinggalan bubu tuh masih boleh kita tengok. Nanti
gambar akan menyusul. Then Aweng bawak kitorang gi melawat tapak
perkhemahan.. Macam ikut Tour Agency lar pulak. Hehehehehe... Jauh
jugak nak kena turun balik tapi ikut jalan lain lar. Sampai jer kat
sana, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Nasib baik lar ada satu
team tidur kat situ. Dapat lah kitorang semua menumpang teduh kat
bawah flysheet diorang. Sempat lar berkenalan dengan diorang
semua.Yang mana tak malu tuh selamba ajer menumpang dalam khemah
diorang. Memang sejuk tak ingat punya masa nie. Risau jugak takut beg
tanker yang kitorang bawak tuh basah sebab dalamnya ada makanan.
Harap² bebudak UPM tolong lar tutup dengan flysheet yang memang
kitorang bawak.

Bila hujan dah mula renyai, semua pun gerak balik ke puncak.
Alhamdulillah, budak² UPM nie memang bagus dan baik hati. Diorang
cover beg tanker kitorang dengan flysheet. So, tak jadi basah ler beg
tuh. Toceh toceh... Semua tengah lapar gila. Maklumlah hujan lebat
bercampur sejuk-kan. Makan dengan rakus dan tiada toleransi lagi dah.
Keadaan masa nie memang berkabus, so tak nampak scenery langsung.
Frust jugak kitorang sebab ingatkan nak tengok laut. Tapi tak per lah
dah tak der nasib. After a few photo shot, pukul 4.30 petang, semua
pun bergerak turun dengan seribu kepuasan sebab dah berjaya menawan
puncak Bubu. On the way turun, si Angah terjatuh dan pergelangan
tangan dia yang pernah patah tuh sakit balik. Sampai menangis lar
jugak budak manja sorang nie, Heheheheheh... Nasib baik masa nie dah
dekat dengan last water point. So, kat situ balut dulu tangan Angah
dengan kain balut luka. Hehehehe.. bandage tak ada so kain tuh pon
jadi lah. Then terus proceed sampai lah ke campsite Sg. Gading. Kat
sini bergambar dulu kat air terjun dia. Tiba-tiba nampak Aweng
datang carik kitorang, Dengan tak pakai bajunya. Rupa-rupanya dia
risau sebab kitorang tak sampai-sampai lagi. Bagus betul budak Aweng
nie. Kitorang semua selamat sampai semula ke campsite bawah pada
pukul 6.40 petang. Aktiviti waktu malam adalah seperti biasa macam
semalam. Makan, sembang kosong, buat lawak, kentut mengentut..
Pukul 12.00 malam, semua tidur. Zzzzzzzzzzz...

26 MAC 2001 - ISNIN

SELAMAT TINGGAL GUNUNG BUBU

Aku memang bagi kelonggaran sikit dalam bab bangun tidur nie. Tak nak
push bebudak. So dekat-dekat pukul 9 pagi baru semua bangun. Then,
after sarapan pagi, aktiviti kemas-mengemas dan packing pun bermula.
Kitorang gerak turun dalam pukul 11.00 pagi. Sampah semua kitorang
angkut bawak balik. Gunung Bubu nie boleh dikatakan bertuah jugak
sebab sampah memang tak banyak kalau nak compare dengan Korbu atau
Ledang. Trekking kali nie macam hari pertama jer lah. Bersantai
bercampur beg dah semakin ringan. Heheheheheh... Aweng yang mula-mula
sampai kat Hutan Lipur Ulu Kenas dalam pukul 1.20 tengah hari dan
yang terakhir Mamu dan Khalis, pukul 2.05 petang.

Boleh dikatakan perjalanan turun kali nie ramai yang kena pacat dalam
jumlah yang banyak. Mamu kena 2 ekor kat satu lubang. Baru lah
menampakkan pacat Bubu nie. Mungkin sebab masa naik itu hari kitorang
group last so orang depan dah angkut semua pacat dan turun pulak
kitorang group 1st. So, paham-paham ajer lah-kan.

Kitorang semua lunch dekat gerai berdekatan. After dah mandi dan
membersihkan diri, jadiklah penunggu kejap sebab nak menunggu bapak
aku yang tercinta datang angkut bawak keluar. Bapak dan mak aku
sampai dalam pukul 2.20 petang. So, van bapak aku muat 6 orang ajer
kat belakang so buat 2 trip. Sampai kat stesen bas kuala, aku gi
carik tiket balik kL tapi seperti yang diduga, memang sold out!! So,
aku amik tiket bas ke Ipoh pukul 5.45 petang. Masa nie awal lagi,
baru pukul 3 lebih. So, bapak aku kasik cadangan kat aku untuk ajak
bebudak semua datang rumah dulu. Aku on ajer lah-kan. Kat rumah aku,
memang bebudak nie semua kenyang gila lar. Ada laksa Kuala, cendol,
bubur kacang, buah tembikai, keropok, air sarsi... errkkkk,
alhamdulillah!! Bebudak pompuan yang 3 orang tuh aku dengar sakan dok
borak dengan mak aku kat dapur. Entah apa yang diorang borak pun aku
tak tau. Korang borak apa hah?? Selepas semua dah menunaikan solat
Asar, bapak aku pun jadik runner lagi untuk angkut semua gi stesen
bas K.Kangsar balik. Kesian kat orang tua nie tapi dah dia sanggup.
Demi anak-anak... walaupun bapak dan mak aku cukup tak berkenan
dengan aktiviti naik gunung aku nie, diorang still bagi layanan baik
kat kawan-kawan outdoor aku. Aku sayang bapak dan mak aku!!!

Sampai kat Ipoh dalam pukul 6.30 petang. Tiket tak beli lagi nie.
Tiba-tiba datang lar seekor ulat datang tanya pasal tiket. Cukup
seronot aku sebab dah ada tiket nak balik kL. Walaupun kena RM 15.00
tapi lantak lar. Ada bas nak balik kL nie pun dah kira syukur. Bas
pukul 7.30 malam. Mamu pun amik tiket balik Penang jam 7.30 jugak.
Atas bas, semua layan tidur lar. Sampai kL lebih kurang pukul 11.00
malam. Bas slow gila. Selepas bersalam-salam, ekspedisi Bubu pun
bersurai.

Sekian, terima kasih.

KESIMPULAN

Ekspedisi kali nie merupakan ekspedisi yang paling seronok pernah aku ikut. Tak ada apa yang aku tak puas hati, melainkan berpuas hati belaka. Thanx to Aweng dan Pian kerana sudi menjadi guide tanpa bayaran. Kepada semua ahli ekspedisi Bubu, korang memang best!!
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Post Reply