Bett - Yong Yap 6 – 9 Julai 2001

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Bett - Yong Yap 6 – 9 Julai 2001

Post by JeNaL » 18 Nov 2012, 14:48

EKSPEDISI GUNUNG YONG YAP : 6 JULAI – 9 JULAI 2001

Ahli-ahli ekspedisi (semua KHGian)

1. aweng – berjaya naik keretapi kali nie, syabas inspektor sahab
2. budin – otai yong yap nie. Dah 4 kali naik
3. jackal – pon dah naik yong yap. Seorang penyanyi dangdut yang baik
4. bett – dapat join hasil derma kilat, tQ
5. reen – 3 kali berak kat punchak
6. ina – tertinggal keretapi lagi
7. mamu – diawasi oleh kamera litar tertutup (cctv)
8. nadir – 1st time join bebudak KHG
9. eppa – kasut sebelah lain, sebelah lain
10. padil – pasangan gay botak
11. botak – masih kentut busuk
12. daud – seorang yang menjaga penampilan
13. zack – pengasas badang adventure team
14. khalis – minum minyak masak
15. udang – buat nadir luka kat dahi


Jumaat – 6 Julai 2001

KERETAPI JANGAN TINGGALKAN DAKU

Hari yang ditunggu sudah tiba. Kali nie aku sampai awal kat KL
Sentral sebab dah tanak mengulangi kejadian datang lambat masa gi
Batu Putih. Aku sampai lebih kurang pukul 7 petang. Datang dengan
gopren aku. Masa nie aku sampai nampak si padil sotong tengah line up
kat public phone. Aku gi kat dia. Then dia tanya kat aku kat mana
buleh beli prepaid celcom? Mana ler aku tau kat kL sentral tuh ada
jual ke tidak. Tanya kat dia mana bebudak lain. Dia cakap baru zack
jer yang dah sampai. Aku gi aa dekat kaunter pertanyaan tuh. Nampak
zack bersama kak dib dan kak azie. Yang lain tak nampak pon lagi.
Then aku gi carik rokok jap kat atas. Turun bawah jer tengok dah
ramai. Yang menghantar pon ramai. Macham ada kenduri la pulak. Aweng
pon ada? Heheheheh. Tanak kena tinggal lagi lah tuh. Tinggal daud dan
kak ina jer lagi yang belom sampai. Kak ina tuh dah memang diketahui
hobi dia datang lambat tapi daud yang muskil nie. Dah ler keje gomen,
balik awal laks tuh. Oooo agaknya dia pergi saloon kot nak set
rambut. Maklumlah dah kawan dengan model skang nie kenalah jaga
penampilan.

Aku dah lapar tahap kuda laut dah nie. Gi lar beli burger kat mcD
jap. Aweng pon nyibuk gak order kat aku. Pastuh angah pulak order kat
aku. Ingat aku nie ronald mcdonald ker? Dah ler kena beratur panjang.
Masa nie dah dekat pukul 7.50 malam dah tapi aku dok tengok bebudak
relex jer lagi macham tak der apa-apa pon. Aku pon gerak aaa dolu
dengan aweng nak ke platform. Pusing belakang balik tengok bebudak
dok berborak lagi. Isk bebudak nie nak kena panggil ker, aku berkata
di dalam hati. Aku pon patah ler balik ke belakang nak panggil
bebudak. Bukan apa risau kena tinggal train ajer. Time nie kak ina
sorang jer yang belom sampai. Kena tinggal lagi ke kak ina nie? Kat
platform train tunggu bila-bila masa jer nak gerak. Kitorang punya
koc kat M1. Train gerak tepat 7.50 malam. Sah ler kak ina kena
tinggal. Memang dah agak kak ina sure tak sempatnyer. Tepon henset
dia off ker rosak ker hapa ntah. Tak berapa lama lepas tuh kak ina
tepon henset aku. Dia cakap dia kat pudu. Aku suruh dia pi carik
tiket dolu then telepon balik. Pastuh dia tepon aweng laks. Dia naik
bas pukul 10 malam ke ipoh. Memula tuh ingatkan nak suruh nadir pick
up kak ina kat ipoh sebab nadir mai dari penang naik kereta tapi
akhirnya aku terpikir baik kak ina tunggu train kitorang nie kat ipoh.

Atas train, si ikan bilis pon ada sekali. Dia nak ke arau kalau tak
shilap. Bebudak KHG kalau dah berkumpul memang gamat umpama minyak
gamatlah. Dah tak pedulikan alam sekeliling dah tahap kebisingan dia
sampai eppa kena sound dengan sorang brader tuh. Tapi bising nyer
kejap ajer lah sebab lepas tuh bantai tidur. Esok nak trekking wooo.
Nanti tak cukup tidur laks. Kak ina dapat naik train kat ipoh sebab
bas dia sampai ipoh dalam 12.15 malam. So, dah lengkap ler semua
kecuali nadir sebab dia naik kereta dari penang. Masa nie dah start
bising balik sebab dah dekat nak sampai sungai siput. Tinggal lagi 2
stesen jer before stesen sg.siput. Pukul 2.10 pagi, sampai di sungai
siput. Semua dah lapar so makan ler dolu kat kedai makan stesen. Dah
nak tutup masa tuh dan tinggal kueteow dan mee ajer. Jadilah daripada
takder benda nak alas perut langsung. Kat sini pon still penuh dengan
gelak ketawa . Nadir sampai lebih kurang pukul 3 pagi. 1st time jumpa
nie. Jambu gaks budak dia. Buleh lar masuk Persatuan Gay KHG anjuran
padil dan botak. Heheheh. Dia bawak Columbia lagi. Banyak betoi stok
mamat jerman sorang nie. Habis laks tuh bebudak amik. Selesai makan
apa lagi, bentang groundsheet dan tidur zzzzzz.


Sabtu – 7 Julai 2001

Lebih kurang pukul 6 pagi semua dah bangun tidur. After semua dah
bersiap-siap, kitorang pon gerak ler ke stesen bas sg.siput untuk
amik bas ke lasah. Sampai kat sana bas pukul 6 pagi dah terlepas so
kena tunggu bas pukul 7 pagi lah nampaknya. Ini semua botak punya
pasal. Dia yang bangun lambat. Heheheh, botak lagi. Aku tumpang
kereta nadir bersama dengan mamu dan bebudak lain naik bas. Tambang
RM1.60. Sampai kat pekan lasah pukul 7.30 pagi. Memang koboi gila
pekan dia. Tak nampak ler pulak kuda tapi cipan, kakak cipan dan
tapir ada lah aku nampak. Kitorang taruk barang kat depan kedai Ah Hee
(pemandu Hilux) dan terus ke satu kedai makan di seberang jalan untuk
sarapan pagi dan tapau untuk lunch. Kat sini pon riuh lagi. Bagus lah
bebudak KHG nie. Semua mempunyai bakat lawak dan pekena orang yang
tiada tolok banding umpama tasik banding. Majoriti makan roti telur +
telur separuh masak. Semua ada unsur-unsur telur je nih. Nak tambah
power fizikal dan jugak power kentutikal. Pikir jugak apa benda yang
nak ditapau untuk lunch nanti. Nampak ler atas meja kaunter ada nasi
lemak dalam dulang. Banyak jugak tuh. Habis kena sental dengan
bebudak KHG. Pastuh kakak kedai tuh ganti dengan satu dulang lagi,
habis jugak. Kah kah kah kesian kat orang Lasah sbb tak dapat makan
nasi lemak pagi tuh. Mau dekat 30 bungkus jugak nasik lemak kitorang
beli.

Kat sini jugak ler aku, aweng dan mamu beli kasut getah yang orang gi
menoreh tuh untuk naik yong yap nanti. Saja nak terai. Si padil
sotong dah beli awal-awal kat choket. Budin pon beli gaks untuk
gantikan kasut dia yang lama. Budin, jackal, reen dan zack badang mmg
dok pakai dari dolu lagi. So, kitorang berempat baru nak mencoba lah.
Mahal tuh harga dia, RM420. Dah ler fully rubber laks tuh. Isk isk
isk…..
Tapi belom coba belom tau hah!.. After breakfast kitorang pon bersiap-
siap ler dengan pakaian masing-masing dan jugak mengemas beg dalam
toyota hilux serta meninggalkan mana-mana barang yang tanak bawak tuh
dalam kereta nadir. Nadir parking kereta dia depan kedai ah hee.
Jenuh lar nak berdiri dalam hilux nie nanti. Kat depan duduk 2 orang.
Maknanya kat belakang ada 13 orang campur beg lagi. Bayangkanlah
betapa sardin-nya nanti hilux tuh. Tapi takper sebab semuanya berjaya
mencarik posisi yang membolehkan penampilan diri dijaga dengan penuh
jitu dan saksama. Tepat jam 9 pagi, ah hee pon mulalah menekan pedal
minyak dan satu pengalaman baru akan muncul.

SUCI DALAM DEBU

`Berjalan di tanah gersang
Mentari mencengkam dada
Debu-debu di jalanan
Mencari teman setia'

Di awal perjalanan memang havoc gila dalam hilux. Tak habis lagi
gelaknya since dari dalam tren lagi. Memula lalu jalan tar. Tapi
sekejap ajer tuh dan bila lepas jer dari kampung bawong, dah start
masuk trek balak dah. Masa nak masuk ke trek balak ada satu simpang
di sebelah kiri (jalan tar). Menurut ah hee jalan tuh menuju ke pos
kemar. Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan. That's mean kalau nak ke
chamah-ulu sepat ikut sini pon buleh. Tapi 3 jam lebih lar duduk
dalam hilux. Nescaya akan bertukar menjadi batu lah akan punggung mu.
Cuaca masa nie masih redup lagi dan tak berapa panas. Ingatkan best
lar naik hilux nie tapi trek dia masyaallah, korang bayangkanlah trek
balak yang dah lama tak kena hujan. Berdebu-debu. Memang tak payah
nak pergi saloon lah kalau nak kaler rambut. Naik hilux nie ajer dan
dijamin anda akan mendapat hasil yang sangat memuaskan hati inchik
memerang. Hatta bulu kaki mahupon bulu mata turut bertukar kaler jua.
Turut tidak ketinggalan dalam proses mari mewarna ini ialah bulu
hidung dan jugak bulu-bulu lain yang tersembunyi. Semuanya jadik
kaler merah. Tiada yang merah melainkan merah belaka. Tapi penggunaan
warna merah di dalam ekspedisi kali ini amatlah ingin dielakkan oleh
semua ahli. Pantang ada kaler merah, maka bersiap sedialah telinga
anda untuk dikutuk sebagai seorang otai. Namun , inchik otai yang
sebenar hanyalah terdapat di kampung hussin. Kalau berselisih dengan
lori balak lagilah sakit. Dengan campur bau asapnya lagi, nak kaber
mata lagi. Debu-debu yang berterbangan adalah amat memudahkan kita
mengidap penyakit barah tekak mahupon penyakit batuk kering serta
mungkin batuk kokol.Muka pon secara automatik memakai foundation atau
di dalam bahasa melayunya bedak asas.

On the way, kitorang lalu di beberapa perkampungan orang asli.
Kampung yang mula-mula sekali ialah Kampung Bawong. Kemudian
Kg.Dawoi, Rengkah, Kuala Legap, Jei, Perjek, Santih, Temakah dan
Komris. Dekat Kuala Mu sendiri ada 4 kampung dan aku dah tak ingat
namanya tapi kg hussin masih tiada dalam senarai terpilih. Masa atas
hilux nie udang telah mencederakan nadir dengan menjatuhkan besi
pengadang kat tepi hilux tuh bedebab jatuh atas kepala nadir. Luka +
lebam tuh bai. Tapi nadir memang kontrol macho dan jugak pernafasan
sekali. Udang yang bersalah dalam hal nie!!

Sampai di satu simpang menghala ke Kuala Mu, hilux berhenti untuk
mengambil guide orang asli. Nama dia mas. Lebih kurang pukul 10.50
pagi masa nie. Time nie semua dah tak larat dah dan merungut bila nak
sampai. Kepala pon dah pening-pening, perut pon dah mual rasa macham
nak muntah tapi still buleh tahan lagi. Dengan debunya lagi.
Waaaaaaaaaaaaa, bila nak sampai nie. Trek balak nie mmg berbukit-
bukau. Dah ler ah hee bawak laju. Terlompat-lompat kitorang kat dalam
hilux tuh macham kangaroo. Dengar citer ah hee nie dolu bawak lori
balak 5 tahun. Mmg expert ler sebab memang kawasan dia. Akhirnya
pukul 11.10 pagi kitorang sampai di pondok. Pondok nie sebenarnya
merupakan rumah orang asli lama yang dah tak digunakan kot ataupon
mungkin digunakan sekali-sekala sebab kawasan berhampiran pondok nie
terdapat kebun orang asli. kat sini, semua pon buat last preparation
dan pukul 11.40 pagi, ekspedisi sebenar pon bermula.

MULA TREKKING

Masa mula-mula trek still rata lagi dan lalu kot kebun ubi orang
asli. Kemudian kena turun satu bukit dan melintas sungai. Pastuh
jalan lagi dan kena lintas sungai lagi. Tapi sungai kechik ajer lah.
Then pukul 12.10 t/hari sampai kat pondok 2 untuk lunch. Meriah gaks
time lunch nie. Semua dok pakat² makan nasi lemak hasil tapauan tadi.
Pastuh kat sini pon ada sungai untuk ambik air. Bila semua dah
kenyang, lebih kurang pukul 12.35 t/hari kitorang pon trekking
semula. Trek dah mula menunjukkan tanda-tanda pencanakan akan
berlaku. Ramai yang dah makin slow dan macam nak pewai. Tapi aku
still maintain lagi. Entah apa laks aku kali nie rasa fit gila.
Selalu takder lah macham nie kalau dah mencanak gila babas. Tapi yang
tensennyer sebab kasut getah aku nie longgar lar pulak. Asyik nak
tercabut ajer. Pukul 1.10 t/hari take 5 yang pertama. Then trek
mencanak lagi. Tak berapa lama kemudian, pukul 1.40 take 5 lagi. Aik
baru setengah jam. Aku pon pelik jugak time nie apsal cepat nar take
5 nya tapi paham sbb trek mmg mencanak dan cepat meletihkan. Kat sini
reen dan zack badang open buah lai dan buah pear. Budin cakap nak
bawak buah tembikai tapi tak bawak pon. Lama jugak ler dok melengung
kat sini.

Trek seterusnya lebih merupakan laluan permatang. Cepat sungguh dah
sampai ke permatang. Selalunya kalau dah sampai permatang nie
ketinggian dah 5000 kaki ke atas. Trek kira clear lah sebab dah lama
tak hujan so takder lah becak. Lumut pon kering dan dah bertukor ke
kaler kuning. Bila pegang lumut pon rasa macham tajam-tajam menyucuk-
nyucuk tapak tanganku ini. Time nie aku kat depan dengan daud. Lutut
kiri aku dah mula terasa sakit balik dah. Ini semua gara-gara gi
nuang seminggu sebelum yong yap lah nie. Sakit wooo lutut aku nie.
Rasa macham ada garpu nak keluor dari kepala lutut aku.

Pastuh nampak satu kawasan lapang. Guide dah berhenti masa nie. Dia
cakap sini last water point. Kena turun ke bawah tuh. Pastuh aweng,
reen dan nadir laks sampai. Sejuk gila kat sini. Sentiasa berangin
kawasan dia. Aku pon bukaklah sumi sebab dah lapor. Pastuh aweng laks
bukak raisin. Nadir laks bukak jambu batu kering. Pehh banyaknyer
makanan. Kenyang betoi aku makan. Bebudak lain tak sampai lagi nie.
Reen ajak aku turun ke bawah dolu. Susah jugak nak turun ekk. Turun
punya turun punya turun tapi tak sampai-sampai. Jauhnya. Camno ler
nak naik nanti dengan bawak botolnya. Dekat 10 minit jugak turun ke
water point. Bila dah sampai ke bawah, rupa-rupanya ada anak sungai
kechik dan jugak air terjun kechik kat bawah. Air plaks memang dah
tahap kutub utara lagaknya. Tak sanggup aku nak kena air. Hatta ikan
pon tak sanggup nak hidup kat dalam tuh. Lama jugak ler dok melepak
kat sini sebab bebudak main air dolu. Pastuh nak naik ke atas amik
masa dekat 15 minit ler jugak. Kat sini jugak bebudak buat solat
jamak takdim dan bukannya jamak takyah (bak kata zack badang), kah
kah kah. Bila dah berhenti lelama nie mula lar terasa malas nak
berjalan.Perut dah kenyang, badan dah sejuk tapi nak tak nak terpaksa
ler jalan jugak sebab budget nak sampai puncak sebelum malam. So 4.15
petang, kitorang gerak.

LUAR JANGKAAN!!

Trek memang takder belas kesiannyer mencanak. Nasib baik tak berselut
dan takder guna tali. Masing-masing pon dah slow skek sebab berat beg
dah bertambah dengan kehadiran air. Sampai kat satu part nampak ler
pemandangan skek tapi yang seluar slacknyer sebab nampak trek balak
bersimpang siur. Mencacatkan view ajer. Dengar citer ah hee projek
pembalakan kat sini dah lebih kurang 30 tahun. Buleh bayangkan tak
dah berapa ribu pokok kena tebang dan berapa juta keuntungan dah
dikaut oleh kapitalist jahanam nie? Kemudian take 5 lagi buat kali
yang ke-4. Jam masa nie menunjukan 4.55 petang. Sebenornya si padil
yang ajak take 5 dan biasanya kalau dia ajak take 5 dia akan suruh
budin berhenti hisap rokok. Tapi bila budin pasang jer rokok padil
terus jalan. Memang hampress asam jawa lar kau padil!! Hehehe. Bila
dah habis rokok sebatang, kitorang pon start trekking balik. Budin
cakap dah dekat punchak nie. Aku tak tau ler nak percaya ke tidak
sebab budin nie bukannya buleh pakai sangat cakap dia. Ahaks, jangan
marah aa budin!! Aku budget koman-koman pon pukul 7 petang baru
sampai puncak nie. Sekali sampai kat puncak pukul 5.30 petang. Mau
tak terkejut aku!! Korbu dan Batu Putih sampai waktu malam. Sekali
sampai Yong Yap matahari dok terpacak atas kepala lagi. Selepas sessi
meng'congrate' kat diri masing² telah berlalu, lepak jer lah dulu
jap. Nampak nadir dah dok pasang flysheet sorang². Awalnya nadir
pasang. Jap gi aaa tolong. Heheheh (sebenornya malas). Guide awal-
awal lagi dah pasang khemah dan buat unggun api.

Last sekali sampai si khalis sebab dia nie ada penyakit asma so time
yong yap nie laks datang penyakit tuh. Dah ler ubat tak bawak.
Bebudak semua gi salam-salam dgn khalis sebab menjadi orang terakhir
sampai kat puncak. Lepas dia letak beg ajer mamu pon pi lah bagi kat
khalis satu botoi fanta grape baik punya tapi ayor kat dalamnyer
macham ayor zappel. Maklumlah kan ke khalis baru sampai so kesian aaa
kat dia, tentu dahaga gila. Yang lawaknya semua mata dok menumpu jer
kat khalis. Khalis slowly jer bukak plastik tutup botoi tuh Langkah
seterusnya ialah khalis membuka pula tutup botoi tuh dan dengan
rakusnya terus minum dari botoi tuh. Semua mata semakin galak melihat
ke arah khalis dan tiba-tiba, kah kah kah kah kah kah kah berderai
bunyi ketawa dan kelihatan khalis sedang mengelap-ngelap mulutnya.
Rupa-rupanya mamu kasik botoi yang berisi minyak masak kat khalis.
Muahahahahahah memang kelakar gila time nie. Kesian kat khalis
menjadik mangsa keadaan yang memang disengajakan. Mamu yang bersalah
dalam hal nie. Marah dia khalis!! Pastuh keluorkan semua barang makan
untuk dinner malam nie dan pasang flysheet. Memang budget tidur bawah
flysheet jer kali nie. Yang tidur dalam khemah reen, daud, budin, ina
dan eppa serta guide. Lepas dah settle, semua pon dok melepak kat
bahagian `dapur' sambil berborak. Semua rasa happy sebab sampai awal
kat puncak. Puncak dia buleh dikatakan luas jugak kot. Dalam 10
khemah 4 men lepas lagi tapi pack lah sikit. Yang bestnya port berak
memang banyak gila dan begitu strategik sekali. Kalau tak percaya
cuba tanya reen. Heheheh….Pastuh semua laks dok pakat-pakat pakai
jeket columbia masing². Hehehehe, sponsored by. Kalau ler semua ada
jeket nie, lagi lah gempak. Sejuk tuh kat puncak. Nie pon bukan musim
hujan. Kalau hujan ler tak tau camno lah.

Matahari nampaknya dah nak semakin tenggelam. So pakat ler reramai gi
nengok sunset. Memang ada satu port baik punya nak tengok sunset.
Tapi ada banyak semut daa kat situ. Yang teruk menjadi mangsa, eppa
dan jackal. Sampai masuk dalam baju dan seluar tuh. Tapi tak clear
sangat sunset dia sebab kabus tebal tapi ada lah jugak view yang
menarik untuk di amik gambar. Lama jugak lepak kat situ. Pastuh gi
balik ke campsite dan mula start memasak untuk dinner. Tukang masak
sapo laie budin dan dibantu oleh kak ina, eppa dan udang. Time nie
suhu dah mencapai 9 darjah celcius (mengikut jam nadir) dan suhu
purata ialah 12 darjah. Memang dah tahap dewa punya sejuk nie. Zack
laks dah pening-pening kepala time nie dan gi lar tidur jap bawah
flysheet. Tengah dok berborak tuh dengar budin cakap, oi zack muntah
tuh, gi aa tengok jap. Mamu dan reen gi lar melawat zack kejap.
Apahal laks mamat nie muntah. 1st time aku naik gunung orang muntah
kat puncak. Hehehehe, nak gelak ke nak kesian hah? Terasa ngantuk
laks so aku amik kesempatan tidur jap. Dinner makan nasik lauk telur
dadar, ikan masin dan sayur campur. Tapi yang muskilnya orang sakit
yang tak menyempat-nyempat nak makan siap suruh kak ina isikan untuk
dia dulu. Ahaks!! Lepas makan dok melepak ajer lah atas groundsheet
sambil berborak.Then buat cocktail laks. Semua campur : laici,
longan, nenas, jelly, sumi. Pehh mmg sedap gila. Tambah laks bila
layan cocktail nie kat depan unggun api yang guide pasang. Syahdu jer
layan.

Pastuh yang tinggal beborak aku, aweng, eppa, jackal, budin, reen dan
kak ina. Yang lelain dah layan mata. Then budin laks masuk khemah
dulu sebab efek ubat selesema yang dia makan dah semakin mencapai
tahap tertinggi. Masa nie dah pukul 11 malam lebih. Tiba-tiba reen
kata nak gi berak. Astaga, dengan cuaca tengah sejuk gila macham nie
dia buleh nak gi berak. Nak basuh ponggong dengan air yang macam ais
tuh. Aku memang surrender!! Tak sanggup pakcik. Pukul 12 malam, semua
pon masuk beradu.


Ahad – 8 Julai 2001

6.30 pagi aku terjaga. Aweng kejutkan aku sebab aku dah pesan kat dia
tolong kejutkan aku kalau nak tengok sunrise. Bila aku bangun jer aku
tengok sandal teva aku dah leboh. Sapa lar pulak yang pakai nie.
Jenuh aku dok menjerit tapi sorang pon tanak ngaku. Waaaaaaaaaaaaaa.
Aku pon pie lar carik sandal aku tuh. Jumpa ler jugak yang sebelah
kanan tapi sebelah kiri sandal Reen. Bantai ajer lah. Baper kerat jer
yang dah bangun. Aku, aweng dan jackal jer. Pastuh barulah yang
lelain bangun. Siap bentang groundsheet tuh kunun nak melayan sunrise
dengan penuh perasaan tapi memang hampeh. Haram apa pon tak nampak.
Nampak cahaya skek ajer. Chess buat penat bangun awal jer. Kalau
sambung tidur tadi kan ke seronot.

Tapi sempat ler jugak acara bergambar ala-ala model yang menjadi
pujaan daud. Hehehehe. Kemudian apa lagi, operasi memasak breakfast
pon bermula dengan jaya sekali. Masak bihun sup. Tukang masaknyer kak
ina kalau tak shilap ler. Sementara tengah dok masak tuh, yang lelain
amik kesempatan kemas² mana yang patut. Kemas groundsheet, flysheet,
kemas beg, sidai baju bawah matahari dan lelain lagi. Masa nielah aku
terjumpa balik sandal aku. Hehehehe. Yang tak bangun time nie tinggal
botak dan udang ajer. Flysheet dah cabut pon dok tidur lagi. Isk isk
isk….. apa nak jadi. Dah habis kemas then apa lagi melantak lar.
Sedap jugak bihun nie. Sebenornya kat atas nie kalau mender tuh tak
sedap pon jadik sedap sebab dah lapor. Kui kui kui kui.

Dah habis breakfast dan packing, apo laie acara bergambar pon
bermula. Memula team jacket columbia. Fuhh memang ramai betoi kali
nie. Masa batu putih dolu rasanya aku dan aweng ajer sekarang nie
rata-rata dah pakai columbia. Kalau team lain tengok nie sure diorang
akan ingat team kita semua bebudak lord padahal sendiri makan pengat
lah, ahaks. Itu pon kalau team lain taulah pasal kewujudan columbia
nie-kan. Kui kui kui kui. After team columbia, masuk pulak team kasut
getah. Sempoi gila pakai kasut getah. Pastuh barulah sessi bergambar
beramai-ramai. Memula semua amik gambor bersopan ajer umpama cipan
dan kakak cipan. Bila masuk jer gaya bebas, hah tuh dia sampai
tergolek-golek bebudak kena tolak. Sampai eppa jatuh atas khalis lah.
Aku pulak tengah dok naik belakang aweng buleh si budin jolok bontot
aku. Terkedek-kedek aku menahan geli. Hampresss!!

Turun kali nie nadir keluorkan walkie talkie. Semalam ingat nak guna
gaks tapi tak jadi sebab sampai puncak sebelum pukul 6 petang. Nadir
cakap pukul 6 petang baru guna walkie talkie. Sekali sampai awal
daaa. Kali nie baru nak terai guna. Aku sebenornya 1st time gi xpdc
ada walkir talkie nie. Depan jackal pegang. Tengah nadir pegang dan
geng belakang udang yang pegang. Pukul 10.30 pagi, bergerak turun
meninggalkan puncak yong yap bersama seribu kenangan dan jugak muntah
zack.

Aku jalan kat belakang kali nie dengan udang, botak dan padil sebab
sakit lutut maa. Seksa jugak aku nak melayan sakit aku nie. Slow gila
aku jalan. Sampai aku sendiri rasa tension sebab jimbab sangat aku
jalan. Aku suruh udang potong aku dolu tapi dia tanak. Aku pon jalan
jer lah. Jenuh jugak nak turun sebab trek semalam naik mencanak, so
turun pon curam lah nampak gayanya. Then jumpa mamu, nadir dan zack.
Sampailah satu part si padil offer kat aku guna yoko-yoko dia. Aku
pon sapu ajer lah kat lutut aku. Memang terasa panas tuh. Lepas nie
mmg bedesup ler aku jalan. Memula tuh aku join mamu, nadir dan zack
tapi bila diorang stop kat satu pokok utk amik gambor, aku dah tak
bley tunggu dah nie aku pon jln ler sengsorang. Lama jugak aku jalan
sengsorang nie. Tak teringat laks aku kat sini mmg area rimau. Kalau
aku teringat jgn harap ler aku nak jalan sorang². Tak lama kemudian
jumpa kak ina, eppa dan khalis. So aku pon join lah diorang. Kitorang
sampai kat pondok pukul 12.45 t/hari. Aweng, jackal dan daud sampai
pukul 12.15 manakala budin dan reen sampai pukul 12.30. Fuhhh lega
akhirnya sampai jugak kat pondok nie. Ah Hee dah sampai time nie.
Pastuh kak ina keluarkan sumi. Berlambak-lambak. Ada 4 plastik lagi
kat dia. Rupa-rupanya kak ina lah pencuri sumi selama nie!! Yang lain
sampai antara pukul 1.10 hingga 1.20 petang. Patutlah diorang lambat,
carik akar kayu rupanya. Yang diorang bawak balik, pokok gajah bernak
dan jugak kacip fatimah. After dah taruk beg dalam hilux, pukul 1.30
ptg kitorang pon bergerak meninggalkan pondok.

Kali nie mmg havoc tahap dewa. Tak habis-habis menyanyi. Dari
lagu `inilah barisan kita' sampailah ke lagu raya. Semua keluar dan
semua menyanyi dgn penuh taksub sbb seronot dah habis xpdc. Nampak
jer lori balak, "SERAAAAANNNNNGGGGGGG". Jangan tak percaya pulak
kitorang serang semua lori balak yang ada kat situ. Kalau tak percaya
anda adalah digalakkan untuk melihat sendiri dengan pergi ke sana
melalui kg hussin. Dari trek balak nie nampak puncak yong yap. Rasa
macham tak percaya jer sebab mmg nampak tinggi giler dan seolah-olah
unbelievable jer nak panjat. Tapi sebenarnya G7 yang paling senang
ialah yong yap. Tak percaya, terailah panjat tapi dinasihatkan jangan
ikut kg hussin. Sampai kat satu sungai berhenti kejap sebab bebudak
nak amik gambor sungai tuh. Masa nie aku tukor tempat dgn budin. Aku
dok depan dgn daud sebab aku nak salin nama-nama kampung. Kat depan
nie aku dok berborak-borak je lah dengan ah hee. Tengah dok borak-
borak tuh dengor suara kat belakang dok bising gila sambil nyanyi-
nyanyi. Chess nyesal aku dok depan. Mengenangkan aku nak salin nama-
nama kampung jer aku dok depan nie. Biorlah kotor dan berdebu
sekalipon, takdernyer aku nak jaga penampilan. Rupa-rupa yang diorang
dok bising tuh sebab topi reen melayang kena tiup angin. Kah kah kah
kah. "Topiku, usah dikau pergi. Kau tinggalkan diriku sendiri"

3.25 petang sampai di surau Kg.Bawong. Ah Hee balik dulu sebab dia
nak lunch. Aweng, mamu dan nadir ikut ah hee sebab nak amik kereta
dan report akan kepulangan kami semua kat balai polis. Mandi-manda
dulu kat sini. Fuh, memang puas hati dapat mandi nie. Mana taknya,
muka masing-masing dah macham kuah kari. Memang sental habis-habisan.
Nak jadi satu cerita si budin mintak shampoo daud tapi daud tak kasik
lagi sebab dia pon belum pakai. Shampoo tuh pon kechik ajer macham
shampoo hotel. So budin pon bior jer lah dulu. Debush debush dan
debush lagi. Bila daud dah habis guna shampoo, budin pon amik lar
shampoo tuh. Sekali dah habis licin. Daud buleh habiskan shampoo tuh.
Bila budin tanya, dia cakap penampilan kena jaga. Kitorang apa lagi
lepas tuh bantai gelak lar. Berlori-lori daud kena kutuk. Pastuh kena
gelak reramai. Kah kah kah kah. Memang bakal menjadi suatu kisah
klasik untuk masa depan nie.
Jangan marah yer inchik ayderm with pimple. Lepas mandi tuh solat
jamak dan aktiviti tidur di dalam surau sebab tak tahan gurau.

Dalam 4.30 petang ah hee sampai. Tapi bebudak 3 orang tuh tak sampai
lagi nie. Mana lar diorang nie pergi. Lama betoi. Dah ler pakaian aku
tinggalkan dalam kereta nadir. Takkan aku nak pakai kain pelekat
sampai ke lasah. Bebudak dah bantai gelak kat aku. Si eppa pon
mengalami nasib yang sama. Tapi dia pakai kain batik. Tengah dok
mengangkut beg diorang sampai. Siap bawak air tuh. Ahh leganya rasa
tekakku ini. Aku pon amik lar pakaian aku dari dalam kereta nadir
tapi malas nak tukor dah. Tukor kat lasah ajer lah. Dekat jer
sebenarnya surau nie dengan lasah. Lebih kurang 10 minit ajer. Sampai
kat kedai ah hee baru aku perasan daud tertinggal. Kah kah kah kah.
Nie sure tak tahan gurau la nie lalu mengambil keputusan untuk
menetap di surau. Rilex gila kat sini. Masing-masing pon dah jadi
malas. Semua duduk ajer. 5.10 petang aweng, mamu dan nadir sampai kat
kedai ah hee bersama daud. Nampak ajer kereta tuh awal-awal kitorang
dah ketawa berdekah-dekah. Masing-masing menunggu jer daud kuor dari
kereta. Daud keluor ajer memang kena lagi. Kesian betoi kat daud. Kah
kah kah kah.

Dah puas melepak serta bergurau senda, gi lar tunggu bas nak ke
lasah. Nadir pergi dulu ke sg siput dgn mamu dan aweng. Kat sini
memang daud lagik jadi bahan. Muahahahahahah, sesungguhnya memang
ususku hampir terputus kerana asyik ketawa jua. At least ok ler jugak
sebab tensen nunggu bas lelama nie. Sejam lebih menunggunya. Naik bas
dalam pukul 6.35 petang. Atas bas usah dikenang lah, rasa macham bas
tuh dah jadik hak milik KHG. Segala skil lawak dan jugak ketawa habis
keluor atas bas nie. Sampai naik lenguh rahang aku nie. Ramai
kaum `tinted' dalam bas nie. Sebab tuh nampak mendung jer dalam bas.
Kalau orang luar tengok siap nampak kilat sabung-menyabung lagi. Tuh
kitorang lah tuh yang jadik kilat dan guruh.

7.10 malam sampai di sg.siput. Aweng cakap tiket bas ke kL dah habis
so kitorang decide naik dari ipoh ajer lah. Tunggu ler bas nak ke
ipoh tapi ramai gila orang. Nak tak nak kena naik cab lah. Tambang
RM20 satu teksi so kira RM4 satu kepala tapi budak laki kena bayor
RM8 sebab ada 2 kepala. Ahaks!! Bila semua dah naik cab tinggal aku,
budin, jackal dan reen ajer. Mamu, nadir dan padil pon ada lagi time
nie. Diorang bertiga balik kL naik kereta nadir. At last kitorang
naik bas ajer sebab bas yang sampai dolu. Tambang RM2.35. Dah dekat
nak sampai ke ipoh, aku call aweng nak konporm pasal tiket balik kL.
Aweng cakap tiket pukul 2 pagi jer yang ada. Bas ekspress Damai Ria.
Tambang RM11.30.Ok lah tuh sebab sampai kL around 5 pagi. Pukul 8.50
malam, kitorang sampai kat medan kidd. Dinner dulu. Lapor tahap
optimum dah nie. Masa nie aweng mengumumkan ada duit balance sebanyak
RM82.10. Kitorang decide untuk open table hari isnin kat benteng. Tak
sangka ada duit balance sebanyak tuh lagi. Lepas makan kitorang gi
lepak kat bawah satu pondok tak berapa jauh dari medan kidd. Bentang
groundsheet dan tidur. Tapi aku tak leh tidur sebab nyamuk banyak.
Aku teringat aku bawak kad so apa lagi main kad ler. Main black jack.
Botak jadik tokan. Bengkak² ler jugak jari aku nie kena jentik dengan
botak. Haram betoi, kuat gila dia jentik. Botak pon teruk lar jugak
kena dengan aku, budin, khalis dan reen.Lepas main kad, gi minum
sambil isap `kok lu. Pastuh bersiap-siap dan pergi naik bas. Bas
memang kelas gila. Business Coach tuh. 2.15 pagi bas bertolak. Kali
nie memang dah tak dengar lagi dah suara² sumbang buat bising. Semua
layan tidur. Tapi sekejap sangat rasanya dah sampai kL. Aku tengok
jam dah pukul 5.15 pagi. Gi breakfast kat shukran dulu. 6.00 pagi,
xpdc bersurai.
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

MinahGunung
Pendaki Gunung
Posts: 26
Joined: 06 Jul 2011, 13:10

Re: Bett - Yong Yap 6 – 9 Julai 2001

Post by MinahGunung » 18 Jul 2013, 10:15

Baru habis mengimbau kenangan ni. Dah 12 tahun rupanya masa mula2 nek Yong Yap nih. Kebanyakan pun dah berkeluarga. Ada yg dah berenti menggunung nih. Kak Ina insyaAllah selagi terlarat & tak menyusahkan kengkawan akan masih beraktiviti mcm nih.

Post Reply