Bett - Transpex Korbu - Gayung - Yong Belar 28 Aug - 1 Sept

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Bett - Transpex Korbu - Gayung - Yong Belar 28 Aug - 1 Sept

Post by JeNaL » 18 Nov 2012, 14:46

Ekspedisi Trans Korbu-Gayong-Yong Belar ini di adakan adalah bertujuan untuk menunaikan hajat dua orang rakan (Allahyarham Rohan & Sepoi). Bilangan ahli untuk ekspedisi kali ini agak ramai, iaitu 20 orang.

Bett
Budin
Jackal
Reen
Botak
Ina
Effa
Aweng
Syahrul
Shah
Nadir
Daud
Pet
Edy Badang
Kajang
Fazillah
Azmer
Om
Bahrain
Labor
27/8/2001

Tiket bas yang Aweng beli bertolak pukul 9.30pm kat platform 4 Puduraya. Tapi mamat ni baik je kencing kengkawan kata bas pukul 9.00 dan suruh kumpul kat depan Dunkin' Donut pukul 8.30. Pukul 8.30 tu aku baru je naik LRT dari Sri Petaling. Sampai kat Cheras ada la pulak sorang mamat pikul beg Deuter naik LRT, usha sket.. rupa-rupanya si Syahrul.

Sampai kat Pudu dalam pukul 8.50, tengok dah ramai dah kengkawan berkumpul kat depan kedai donut tu. Ada yg pegi cari selipar, ada yg pegi makan.. aku pulak pegi cari gam cap gajah, standy untuk gam kasut.

Lebih kurang pukul 9.30 kitaorang pun turun la kat platform 4 selepas bersalam-salaman dengan kengkawan yg menghantar kitaorang malam tu. Bas bertolak pukul 9.45. Reen ada la tanya kat mamat konduktor tu, bas ni ada berenti ke tidak? sepatah je mamat tu jawab “Tandas”. confius gak la dengar. Kat atas bas tu tak de apa yg menarik sangat sebab semuanya layan tidur.

Sampai Medan Kidd lebih kurang pukul 12.00tgh malam. melepak kat gerai makan, minum dan makan nasik goreng kampung. lepas semua dah habis makan, Budin refill gas dan jugak potong sayur untuk di bahagi²kan sementara menunggu si Nadir dan Azmer sampai dr Penang naik keretapi.


28/8/2001

Lebih kurang pukul 3.00am, si Nadir dgn Azmer sampai dari Penang, Masa tu ramai yg dah tidur dah. Lepas kemas² barang, kitaorang pun join tidur. bukan boleh tidur sangat, nyamuk punya la banyak, sampai si Kajang bangun makan Cloud 9 la malam tu.

7.00am.. semua dah bangun dah masa ni sebab dah ramai orang dan budak sekolah yg lalu lalang kat situ. lepas gosok gigi dan cuci muka, kitaorang terus cari kedai makan untuk breakfast. Ramai yang makan nasik lemak sebab sambal dia sedap. aku makan bihun goreng je. Lepas breakfast kitaorang tapaw untuk makan lunch sekali.. ada yg tapaw bihun, ada yg tapaw nasik goreng. aku dan beberapa kengkawan tapaw roti canai 2 bijik sorang.

9.30am masa ni kitaorang dah naik bas ke Ulu Kinta. Aweng negotiate ngan konduktor bas tu untuk hantar kami terus ke intake. Kitaorang akan bayar tambang lebih la sikit. Biasa bas berenti kat Kem PGA je Dari situ kena jalan kaki masuk ke intake, kira boleh tahan gak la jauh nye.. Bincang punya bincang, si konduktor tu kata okay, tapi si driver tu pulak yg tak nak hantar.. banyak la alasan yg dia bagi. kitaorang dah tak leh nak buat apa la kalau driver tu dah tak nak pergi.. Bila dah sampai kat kem PGA tu, ada yg dah turun dari bas. Tiba-tiba driver bas tu panggil naik balik, laa.... rupa-rupanya dia ingat kitaorang tak nak bayar. bila dah tau yg kitaorang akan bayar lebih, baru la dia nak hantar sampai intake. hampeh punya driver bas.

10.40am bermulalah xpdc Transpex KHG selepas salin pakaian, stretching, short briefing dari Aweng dan baca doa kat intake Ulu Kinta. Trekking pagi tu tak de apa la yg menarik sangat, semua layan kepala masing-masing je. ye la, belum panas lagi.

Sampai kat pondok selepas kampung orang asli dalam pukul 11.30am. Lama jugak la melepak kat situ.. sembang², makan cokelat, ambik gambar dan ada jugak yg menyapu minyak panas kat betis.. lebih kurang pukul 12.30 baru sambung jalan balik menuju ke Kem Agas. Geng-geng kat belakang start jalan dalam pukul 1.00 Trek dah start mendaki dah.. sampai separuh jalan jumpa ngan sorang orang asli tengah pikul petai..

Pukul 2.00pm baru kami yang belakang ni sampai di Kem Agas. Orang lain dah siap makan dah pun.. lepak jap makan nasik/roti canai yg di tapau dari Ipoh pagi tadi. Lepas minum teh limau yg Reen bancuh, kitaorang terus packing untuk sambung perjalanan. Dalam pukul 3.00 dah jalan. Lebih kurang pukul 3.30 sampai kat last sungai sebelum kem Seroja. Melepak lagi kat situ sampai pukul 4.00pm..

Trek dari sungai tu nak ke Kem Seroja menaik je.. masa tu semua steady lagi.. dalam pukul 4.45 kita orang kat belakang ni (Aku, Botak, Budin, Kak Ina, Effa dan Daud) berenti lepak kat atas puncak bukit tu.. siap makan biskut “Stereo” yg Botak bawak lagi.. masa ni la si Botak sibuk dok mempromosikan telefon Ericson yang dia baru beli.. lepas tu menggelabah cari spec Oakley dia.. risau takut tertinggal kat intake tadi… nasib baik la dia dah masukkan dalam pouch bag dia…

5.15pm baru sambung trekking ke Kem Seroja. Sampai di Seroja dah pukul 5.30. Masa tu Jackal, Shah, Bett, Om, Bahrain, Fazillah masih lagi ada kat Seroja. Orang lain dah sambung trekking ke Kem Kijang. lepak kat situ sampai pukul 6.00pm. Separuh dah jalan dulu.. yg tinggal aku, Budin, Ina, Effa, Jackal, Shah & Botak.. sebelum sambung jalan ke Kijang aku dah rasa pewai semacam je… siap sound Botak & Jackal lagi suruh cover aku, yg akan pancit bila-bila masa..

Baru je berjalan 10 langkah, tiba-tiba Jackal berlari balik ke pondok tempat melepak tadi.. “Eehhh.. tuala aku..” aku ngan Botak apalagi, bantai gelak laa. Mana tak gelak, tuala tu dia dah pakai kat kepala dia.

Jalan dalam 15minit, maka bermulalah saat pewai aku.... mungkin sebab melepak banyak sangat dan juga tak cukup tidur… sampai kat last sungai yg nak kena cross tu aku suruh Budin relax dulu.. aku nak tidur jap, 5 minit je.. so diorang pun lepak la tunggu aku tidur.. hehehehe.. (terima kasih semua)..

Lepas cukup time, kita orang sambung balik.. trek awal-awal tu okay lagi… lepas tu start naik.. baiknye pacak. Jalan sampai pukul 7.00, aku lepak kat tengah trek kejap, nak tidur lagi..hehehhe.. Budin, Ina, Shah, Daud & Effa dah ke depan.. Tinggal la aku, Jackal dan Botak kat belakang. relak sampai 10 minit.. lepas jalan balik.. bukit tu tak habis-habis lagi.. baru je jalan 5 minit dah sampai kat puncak bukit tu.. Aku dah pewai habis dah masa ni… ada pulak batang balak kat situ, apalagi.. letak beg dan lepak dulu la.. Botak bukak biskut, aku cuba makan roti canai tapi nak kunyah pun dah tak larat.. last-last makan biskut Botak je.. Masa ni jugak la kita orang keluarkan torch light masing-masing, ye la.. dah nak start OT.. dah kenyang sket makan, aku pun baik je lunjurkan kaki.. masa untuk tidur.. letak je kepala atas haversack, terus aku lena.. apa yg Botak & Jackal sembang aku dah tak ambik tau dah.. pukul 8.00pm diorang kejut aku ajak jalan.. aku selamba je jawab.. “relax dulu.. kaki aku kebas lagi ni”.. dan aku selamba je sambung tidur… hehehhehehe.. kesian kat sweeper 2 org tu..

Pukul 8.15 baru aku bangun dan terus jalan.. depan sikit turun bukit.. Aweng ngan Azmer dah tunggu dah kat bawah bukit tu untuk rescue. Apalagi, aku bagi je la beg aku kat Aweng, bagi dia tolong bawak..hehehhehe.. terimakasih untuk Aweng. Pukul 8.30 dah sampai di Kem Kijang.. masa aku sampai tu Budin start start kerja-kerja dapur… aku lepak jap, bagi hilang mamai dulu dan baru pegi mandi ngan Jackal.. air dia buleh tahan lagi laa.. tak de la sampai kena nyanyi lagu opera masa mandi tu…

Lepas mandi leak kat dapur, tolong tengok Budin, Botak, Reen dan yg lain-lain masak.. pukul 10.30 baru start makan.. makan sahur… hehehehhe. Malam tu Budin masak ikan talang gulai lemak + nanas, sayur goreng dan ikan bilis goreng.. tu makanan untuk orang baru lepas beranak tu..

Lepas makan masing-masing ambik port untuk tidur sebab esok nak jalan jauh.. nak shoot terus ke Gayong.. yang tinggal aku, Botak, Bett, Effa, Jackal dan Budin. Budin, Botak dan Jackal dah start masak nasi himpit untuk lunch esok.. nak kena masak 3 periuk pulak tu.. nak tunggu masak satu periuk pun punya lah lama.. ntah pukul berapa baru diorang tu tidur aku pun tak tau sebab aku dah tidur pukul 1.30am.. sebelum tidur tu diorang siap rendamkan Bihun untuk breakfast esok.


29/8/2001

Pukul 7.30 pagi semua orang dah bangun dah... Kak Ina dengan Effa dah dok kat dapur, potong-potong bawang untuk goreng bihun... bila semua dah ready aku pun ambik port untuk memulakan tugas menggoreng bihun.. masa dok tengah syiok goreng, ada pulak org complaint lewat boleh makan... dan siap sound lagi suruh bangun awal kalau nak masak.. menyampah I...

10.00am group depan dah start trekking untuk hari kedua, menuju Gayong. Aku start pukul 10.40.. depan aku Bett dan belakang aku Jackal dan Syahrul.. Botak, Budin, Ina, Effa dan Shah masih lagi kat belakang.. aku dah tak jadi sweeper dah untuk hari kedua.. dah pencen.. hehehhe

Jalan mencanak-canak dari awal lagi... baru jalan sket Jackal potong dah aku... Bett dah berdesup kat depan.. Syahrul dah tak tau tinggal kat mana.. geng² kat belakang pun tak de dengar suara.. sampai separuh jalan jumpa Bett, Daud & Fazillah tengah makan semekut & beleder.. aku pun join diorang makan beleder.. lepas tu Bett jalan kat depan, diikuti dgn Fazillah dan Daud.. aku ikut je kat belakang diorang... sebelum sampai ke last water point Budin sampai kat belakang aku... aku bagi dia jalan dulu.. lepas tu dia potong si Daud dan Fazillah.. lepas potong je dia pun berenti.. dah sampai last water point.. masa tu dalam pukul 11.30. Reen dan group depan sampai situ pukul 11.00 lagi.. melepak kat situ sampai pukul 1.00... Reen melepak kat last water point tu 2 jam.. masa ni semua tanker dah fully loaded. Beg Bett dah full extend dah.


Pukul 2.00pm sampai kat Bukit Botak (juga dikenali sbg Bukit Nisam). Lepak lagi untuk makan tengahari.. menu untuk lunch hari tu ialah nasi himpit + sambal pecal dan juga serunding ayam tajaan mak Daud. (Terima kasih untuk Mak Daud). Lama gak la melepak kat Bukit Botak tu. sempat la aku masak air kopi 2 round...

3.30pm baru kita orang sambung balik.. Bett kat depan, aku, Reen, Syahrul, Jackal, Kak Ina, Effa, Budin, Shah dan last man Botak.. semua speed steady je... Bett tunggu aku kat batu yg nak kena panjat pakai tali tu utk bagi direction.. very-very risky, bak kata Jackal... aku try panjat ikut akar yg berjuntai, konon nak senang la.. sampai kat atas dah tak de jalan. terpaksa la bergayut kat akar tu dulu.. Reen yg kat belakang ni siap boleh potong aku lagi... last-last aku turun balik dan panjat ikut jalan biasa.. sampai kat atas tu lepak jap tunggu Syahrul.. lepas Syahrul naik, kita orang terus jalan.. Syahrul tunggu Jackal dan geng-geng belakang pulak naik.. Masa kat sini group belakang bukan main meriah.. siap ada sesi fotografi lagi.. sampai kat dalam poket seluar pun ambik gambar jugak la...

4.30pm aku, Bett, Reen dan Syahrul dah sampai kat Korbu Raya.. lepak jap situ tunggu geng belakang.. pukul 4.50 Jackal sampai. Elok Jackal sampai je kita orang terus jalan menuju ke puncak Korbu. Janji kumpul kat puncak Korbu. On the way nak sampai Korbu tu aku boleh la dengar suara Aweng dari puncak..

Aku sampai puncak Korbu dekat pukul 5.30pm.. Aweng, Nadir, Azmer, Kajang, Badang dan Om baru je sambung jalan ke Gayong. Diorang sampai puncak Korbu pukul 3.00pm lagi.. Yang ada kat puncak masa tu Pet, Daud, Bahrain & Fazillah.. Dalam pukul 6.00pm hujan turun.. geng-geng belakang belum sampai lagi.. so kita orang melepak je la dalam hujan tu.. Pukul 6.40pm baru hujan berenti.. masa ni semua dah sampai, saje je tak nak berjalan ke Gayong sebab nak tunggu hujan berenti... memang confirm OT lagi aku malam ni.. tapi kali ni OT ramai-ramai...

Jalan relax je turun ikut permatang menuju Gayong.. bila Maghrib kita orang berenti jap untuk menghormati masuknya waktu maghrib dan juga untuk keluarkan torch light. Masa ni Reen jalan kat depan bersama Pet. Diikuti oleh Daud, Fazillah, Bahrain, Bett, Aku dan Syahrul.. kat belakang sket Budin, Ina, Jackal, Effa, Shah dan Botak.. dalam pukul 9.00 group belakang dah tertinggal agak jauh sebab diorang stop kejap kat satu puncak.. kita orang tunggu la kat atas trek tu, ada la dalam 10 minit jugak tapi tak de sign diorang pun.. so kita orang decide untuk tunggu kat simpang. Elok jalan kejap je Budin & geng belakang sampai.. masa tu Reen, Pet, Daud, Fazillah & Bahrain dah ke depan.. so group belakang bertambah ahli 3 org lagi iaitu aku, Bett dan Syahrul..

Lepas jalan agak jauh, kitaorang stop. Lepak dulu sebab masa ni ramai yg dah letih dah, dicampur dengan sejuk kena hujan dan angin yg agak kuat.. dah la trek tu banyak nak kena membongkok bawah akar.. Bila start jalan balik, kaki Budin pulak buat hal.. aku pun laju je pegi nak tolong Budin.. tapi dia tak bagi pegang.. lepas pada tu okay je.. boleh sambung jalan.. mungkin sebab melepak lama kot..

Jalan kejap je dah sampai ke simpang.. sampai je tengok fly-sheet dah pasang kat simpang tu.. Reen ada kat tepi trek tu dengan muka confius... bila Budin sampai je Reen terus tanya, “Din, ni puncak Gayong ke?” Budin cakap bukan.. Gayong kat depan sket.. memang sikit betul.. 5 minit je..

rupa-rupanya group depan dah dapat wrong information.. diorang ingat itulah puncak Gayong.. ntah sapa ntah guide diorang... hehehehe.. Masa tengah confius tu geng belakang dah bising dah suruh jalan sebab tak tahan sejuk.. dah la kat situ sempit... dalam dok kecoh tu, Budin dah sambung jalan ke Gayong, diikuti oleh Syahrul & Shah.. lepas tu baru la yang lain-lain ikut termasuklah Reen, Pet dan Daud yg sampai kat simpang tu lebih awal dari kami.. yang tinggal kat simpang malam tu ialah Aweng, Nadir, Azmer, Kajang, Om, Bahrain dan Fazillah (juga dikenali sbg Budak Simpang)..

Pukul 10.00pm semua dah sampai Gayong dan celebrate. terutamanya Daud yg dah complete G7 dia kat situ... Aku pun pegi salin pakaian. Bukak je kasut tengok-tengok kasut aku dah koyak.. esok pakai sandal la jawabnya.. lepas salin baju, pasang fly, Budin, Jackal, Kak Ina, Effa dah masuk ke dapur.. Pet masak nasik. Daud buat air milo.. Jackal goreng telur untuk masak telur goreng sos... pukul 12.30 dah boleh makan... lepas makan terus tidur (tidur kat puncak Gayong)


30/8/2001

Pukul 7.00am Reen dah bangun dah. Apa dia buat bangun pagi-pagi tak tau la aku.. setengah jam lepas tu baru aku bangun.. ingat nak tengok view tapi tak clear sangat sebab kabus tebal..

Lepas dah hilang rasa ngantuk.. Reen ajak aku masak.. no hal nye.. kita orang pun duduk kat dapur.. tengok apa yg boleh di masak. Menu hari tu nasik goreng untuk breakfast & lunch sekali. Ambik pisau potong bawang dulu.. habis je potong bawang aku tinggalkan dapur pegi tengok view.. hehehehe. tinggal la Reen sorang kat dapur tu.. (sorry ye Reen)

Dalam pukul 9.00am geng yang tidur simpang dah sampai kat puncak. Siap bawak haversack masing-masing lagi... masa tu semua dah bangun dah..

Kat dapur Effa menyambung tugas memasak yg aku tinggalkan tadi.. sedar-sedar dah siap dah nasik goreng.. apalagi, makan time..

lepas makan semua sibuk packing sambil ambik gambar.. geng-geng simpang yang sememangnya dah siap jalan dulu menuju ke H20. Tapi kali ni Reen kena guide diorang. takut silap campsite lagi.. masa tu dah dekat pukul 11.00am.

Kami yg kat belakang jalan pukul 12.00tgh. Aku terpaksa pinjam sandal Converse Kak Ina sebab kasut aku dah koyak. Trek menurun je.. Semua jalan dengan penuh hati-hati sebab takut terpijak tahi Tapir. Jalan dalam 20 minit jumpa kem cerek (ataupun W). Lepak situ jap...sembang². Semua malas nak turun ambik air kat bawah sebab jauh. Lagipun air still ada lagi.. sambung jalan lepas setengah jam melepak.

Baru je Jackal pakai haversack, tiba-tiba bunyi “Schreek”.. rupa-rupanya spray yg dia letak dalam poket tertekan.. habis hijau poket seluar dia.. masa tu kita orang gelak sampai nak krem perut... Bett dgn Daud yg dah jalan kat depan terlepas show tu.. menyumpah-nyumpah dia kat depan bila dengar kitaorang gelak sebab tak boleh join...

Trek naik-turun sikit².. banyak puncak² yg memberikan view cantek².. setiap puncak kitaorang stop kejap, ambik gambar.. dari puncak² tu kitaorang boleh nampak puncak 6852, tempat kita orang akan berenti makan tengahari. Trek dah start naik baiknye.. aku suruh Bett cari port untuk take 5 tapi malangnya dah tak de puncak.. aku kencing budak-budak kat belakang kata Bett stop kat depan sikit je... last-last diorang stop kat belakang tu sebab ada orang jadi Bading... Jackal pun bagi lah ubat berupa Sagun pada Effa, tapi Botak yang makan. Aku masa tu dah sampai ke 6852. Mengikut kata Budin, dari situ nak ke 6852 dalam 2 jam lagi baru sampai.. tu sebab diorang stop dulu, jauh lagi tu 2 jam.. lepas semua dah okay diorang sambung jalan balik. baru je 10 minit memanjat, dah sampai kat 6852.. hehehhe.. Kak Ina kena kencing...

Masa aku sampai kat 6852, semua orang ada kat sana. Masa tu pukul 3.30pm. Reen cerita yang budak depan dah silap tempat sebelum tu.. diorang ingatkan satu puncak tu 6852 tapi bila Reen sampai, Reen cakap tu bukan 6852. 6852 ada plate. Masa tu muka sorang² muncung je nak angkat beg.. jalan 10 langkah je terus jumpa tempat yg ada plate tu... gelak besar la semua..



Dalam pukul 4.00pm geng belakang sampai.. bila Budin naik ke puncak tu, dia pun sama dengan Reen.. “eehh.. ni bukan 6852 ni”. Tapi lepas jalan depan sikit baru confirm tu puncak 6852.. Kak Ina pun sound Om & Bahrain suruh diorang masak untuk dinner tapi selamba je Om jawab yang di tak perlu masak sebab dia tetamu.. semua yang dengar panas je. Masa tu Reen dan geng depan dah sambung jalan. So diorang tak tau la cerita..

Lepas semua org dah pegi baru la kita orang kat belakang bukak nasik goreng yg ditapau pagi tadi... Budin bukak air milo yg dia tapau dan Botak bukak dapur untuk panaskan.. semua makan dengan penuh selera..

Pukul 5.00pm baru kita orang sambung berjalan. Baru je jalan 5 minit, Syahrul yg jalan depan aku dah pusing balik.. aku tanya la kenapa? dia cakap nak tunggu org belakang. Padahal aku dah tau dah yg dia nak cari port berak.. hehehhe.. sampai kat puncak viewing 6852, aku suruh Bett lepak kejap. Tunggu Syahrul.. orang² yg belakang pun lepak sekali kat situ.. Syahrul tu pun satu, turun berak pun siap bawak haversack sekali. nasib baik sweeper perasan, kalau tidak mau kena tinggal tu.. dah la tu, dia siap bagi warning lagi jangan tengok belah kiri bila orang melintas Aku sempat gak tidur kejap. Botak risau je tengok aku tidur, takut jadi macam first day tu... hehehhee.

Bila Syahrul settle je kita orang terus sambung jalan. trek turun je.. sampai Kem Intan baru berenti lepak. On the way tu Effa sempat gak la tangkap biawak.. Budin & Jackal yang tolong pegang. Sambung jalan balik pukul 7.00.. masa ni kena careful sikit sebab nak kena turun batu yg curam.. lepas je turun batu tu kita orang bukak ambik torch light dan sambung OT lagi untuk hari ke-3 bagi aku.. pukul 7.30 dah sampai kat first sungai. Reen dgn Nadir dah tunggu kat situ. Sampai kat Kem H20 pukul 8.00pm. Jumpa pulak dengan member Jackal, Ram. Diorang nak buat Trans jugak tapi dari Blue Valley. Diorang bertolak pukul 7.00am dari Blue Valley dan sampai di Yong Belar pukul 3.00pm. Dari Yong Belar ke H20 diorang buat 4 jam.

Dalam pukul 8.45 hujan dah mula turun.. semua orang melepak kat bawah fly. Tak boleh nak buat kerja. Bila dah boring dok bawah fly tu, mulalah kita orang keluar. Pegi mandi sungai. Didahului oleh Reen.. masa ni ramai la yang nyanyi lagu opera, sebab sejuk..

Hujan belum berenti lagi lepas habis mandi. So melepak bawah fly lagi lagi la.. tak boleh nak buat kerja apapun. dah la malam tu aku punya turn masak tomyam. Dah dekat pukul 11 baru hujan berenti.. akupun terus masuk ke dapur. Nasib baik la Kak Ina, Effa, Pet, dan Edy Badang dah potong² sayur untuk tomyam tu.. senang sket kerja aku.. tu pun pukul 12.00 baru semua boleh makan.. makan sambil menyambut MERDEKA...

Masa aku tengah masak tu, Budin, Botak dan Daud sibuk dok pasang hammock sebab fly tak muat. Satu pokok gantung 3 hammock tu. Pagi esoknya dah rapat ke tanah dah hammock Budin. Lepas makan semua orang bersiap untuk tidur. Aku tengok muka Effa sedih semacam je. Rupa-rupanya sleeping bag dia dah basah sebab kena hujan tadi. Plastik bocor pulak. Kesian betul aku tengok muka dia masa tu. Nasib baik la Jackal bagi pinjam dia punya sleeping bag.



31/8/2001

Pukul 6.15 lagi Budin dah bangun sorang² untuk masak nasik lemak. Kesian dia.. demi kengkawan, sanggup bersusah payah bangun awal untuk menyediakan sarapan. tu pun ada yg tak tau nak berterima kasih. Tak lama lepas tu Nadir datang tolong. Dalam pukul 8.00 baru la orang lain bangun. masa tu nasik lemak Budin dah masak dah pun.

Pukul 10.30, group depan dah start jalan dah. Kita orang yg group belakang ni masih lagi bersiap, kumpul sampah & clearkan campsite. Masa tu la Shah cari sarung khemah tak jumpa. Mengikut teori Botak, budak India kawan Ram semalam yang terambil. Lepas dah siap packing semua, Shah pulak sibuk membasuh sampah yg dia nak kena bawak. Rajin betul Shah ni. Sampah pun dia basuh.

Seperti hari sebelumnya, pukul 12.00 baru jalan. Tu pun selepas dah puas ambik gambar. Masa ni Reen dah join group belakang. Semalam dia jadi guide untuk group depan tapi kena tinggal. Trek naik tu best je canak. Sampai nak putus la urat keting. Dah habis mencanak tu, kita orang stop kejap. Lepas tu sambung balik. Kejap je dah sampai kat permatang. Masa tu ada la satu port yang boleh nampak satu puncak yang ada macam tanah runtuh atau rock face (take sure la). Entah la puncak apa, tapi aku pasti tu bukan Yong Belar. Sebab dekat sangat dan tanah runtuhnya tak sama.

Dalam pukul 1.30 kita orang stop lagik. Untuk menghormati waktu sembahyang Jumaat. Masa ni Bett dengan Daud dah terkedepan sedikit. Masa ni la Shah cerita pasal Arqam la, pasal lagu Michael Jackson yg di re-fill la.. lagu dari droup Take-5 la.. dan juga pasal lagu limbo..limbo...

Dalam pukul 2.00 baru la kita orang sambung jalan balik. Jalan dalam setengah jam dah jumpa Bett dengan Daud. Diorang tengah tunggu kami untuk lunch. Nasik lemak pagi tadi dia yang bawak. So, lepak lagi untuk makan. Selain dari nasik lemak, kita orang masak maggi dan jugak makan nasik himpit yang still ada.

Dalam pukul 4.00 baru la mula jalan. Seperti biasa, Bett dengan Daud jalan depan.. jalan dah banyak nak kena memanjat dan juga membongkok bawah akar-akar. Sampai kat satu kawasan tu nak kena merangkak baik je bawah akar. Jackal, Effa dan Budin dah lepas dah. Kak Ina pun dengan susah payah merangkak la. Lepas tu baru turn aku. Elok je masa aku dok tengah-tengah merangkak tu, Budin bagitau kat Ina yang ada route yg tak payah nak merangkak. Panjat sket je. Reen yg kat belakang aku ni pun apalagi, terus melompat kot situ la. Gelak besar la diorang.. Aku ngan Kak Ina dah kena kencing...

Sampai satu kawasan yang berlumut, kita orang ambik gambar jap. Lepas tu ada la satu kawasan lembah yang nak kena turun. Semua orang turun kecuali Shah dengan Botak yang ambik short-cut. Lalu atas batang balak. Depan je sikit jumpa tulang-tulang kambing gurun. Ambik gambar lagi. tapi kejap je la stop.

Pukul 6.00 baru kita orang berenti. Take 5. Kira lama gak la jalan. Masa ni la baru kita orang perasan yang kepala Kak Ina dah berakar dah..hehehhe. Masa ni Bett dgn Daud yang kat depan sibuk dok memanggil. Cakap last water point belum jumpa lagik.. 6.15 sambung jalan. 15 minit jalan dah jumpa Bett ngan Daud melepak kat satu tanah runtuh. Lama gak la dia melepak kat situ tunggu kami. Tak sampai pun 5 minit jalan dar tempat tanah runtuh tu dah jumpa last water point.

Daud turun survey. Reen ngan Botak pegi survey kat atas sket sebab dulu Reen ambik air kat atas sket tapi kat atas tu air kering. Daud cakap air kat bawah tu okay. Masa ni jugak la kita orang jumpa note yang Nadir tinggal. Diorang sampai situ pukul 2.30pm. Laju gila diorang ni..

Oleh kerana masa tu dah pukul 7.00, so kita orang melepak dulu kat atas. Tak nak turun ambik air lagi sebab takut mengganggu haiwan lain yang turun nak minum air masa tu. Syahrul pulak sibuk nak membuang. Dia turun sorang-sorang. Orang dah larang dah tapi dia turun jugak sebab dah tak tahan. Terpaksa la Shah turun panggil dia, suruh naik balik.

Masa melepak tu sempat la kita orang bukak lantern dan masak air teh dulu. Dalam pukul 8.00 baru turun ambik air. Aku, Budin, Effa dan Kak Ina tak turun. Kejap lepas tu Syahrul dah naik. Cari port. Dalam 15 minit kemudian baru la semua orang naik.

Sebelum jalan, aku bagi maglite kecik aku pada Shah sebab dia punya torch dah makan bateri. Bett ngan Daud still kat depan sekali. Diikuti oleh Jackal, Effa, Budin, Kak Ina, Aku, Reen, Syahrul, Shah dan Botak. Masa jalan tu dah pukul 8.30pm. Trek masa tu memang memanjat akar je.

Masa on trek tu kita orang ada gak terpikir, sapa la yang ada melepak kat kedai abg Johan kat Benteng malam tu. Jalan dalam 10 minit, tiba-tiba Syahrul terjatuh atas akar. Risau gak kita orang. Lepas tu kita orang suruh dia jalan kat depan aku. Yang best masa trekking menuju puncak YB ni, bulan memang terang. So, kita orang boleh agak la yang puncak tu dah dekat dah.

Dalam pukul 9.30pm, semua dah sampai kat puncak YB. Masa tu ada group lain kat puncak. Nasib baik la Aweng, Nadir & geng depan dah sampai awal. Sempat la diorang pasang fly untuk kita orang semua. Terima kasih kepada mereka yang memasang fly untuk kami.

Bila semua dah letak beg dan dah hilang letih, kita orang berkumpul untuk membaca al-Fatihah kepada arwah kerana kita orang telah menunaikan hajat mereka. Selepas itu barulah kita orang celebrate sket² dengan memasang mercun ‘karipap’ dan juga mercun das yg meleleh.....

Lepas tu barulah kita orang salin baju dan masuk bawah fly untuk memasak. Menu malam tu – Telur masak kicap dan Ikan masin goreng. Jackal goreng telur, Budak buat masak kicap. Kak Ina & Effa seperti biasa, ambik kontrak potong-memotong bawang & halia. Nasik Aweng dah masak awal-awal lagi. Lepas telur dah masak barulah aku ambik posisi untuk goreng ikan masin. Pukul 12.00 baru semua siap, kita orang kejutkan mana yang dah tidur. Hanya Kajang dan Azmer je yang bangun. Yang lain dah tak larat nak bangun.

Lepas makan & kemas-kemas, semua ambik port untuk tidur. Masa tu la pulak view memang cantik. Bulan cerah je. Awan nipis. Sekali-sekala kabus naik. memang lawa betul malam tu. Disebabkan tak jadi tidur, so aku bukak rumah urut. Dekat pukul 2.30 jugak la baru semua orang tidur.


1/9/2001

Semua orang bangun awal untuk tengok sun rise, kecuali Budin, Botak dan Aweng. Aku ngan Kak Ina bangun kejap je, lepas tu sambung tidur. Memang lawa la masa tu. Semua bukit nampak clear dan warna merah kena matahari.

Bila dah panas baru la semua orang bangun. Pagi tu menu makan semekut ngan maggi je. Air pun buat yang segera je sebab gula dah habis. Sambil makan tu sambil ambik gambar. Masa ni la si Daud bergambar dengan gambar aweknya. Kena baling la.. apalagi.

Group Cina yang share puncak ngan kita orang dah belah sebelum pukul 10.00 lagi. Diorang semua 8 orang. Semua otai. Diorang la yang banyak bagitau kami nama-nama puncak yang boleh nampak dari YB tu. Separuh drpd group tu nak buat Trans dan separuh lagi balik ke Blue Valley.

Pukul 11.00 semua orang dah siap dah. Sebelum start trekking pada hari terakhir tu kita orang ambik gambar kumpulan. Banyak keping gak la. Semua kamera nak ambik. Pukul 11.30 baru jalan. Aku kat belakang masa tu sebab aku antara orang yg tau jalan turun tu selain daripada Jackal, Budin dan Reen. Kat belakang ngan aku masa tu ialah Bett, Daud, Syahrul, Shah dan Botak.

Masa trekking turun tu aku banyak melompat & terjun. Baru je jalan 15 minit, bahu aku jatuh. Mungkin sebab aku dok terjun² dan jugak sebab aku lupa nak streching sebelum start trekking tadi. Aku bagitau kat Bett, terkejut dia. Aku siap suruh dia rasa lagi kat bahu aku. Menggelabah gak la masa tu. Dia tolong bukakkan beg aku. Aku mintak dia tolong masukkan balik tapi dia tak tau. So, aku cuba la masukkan sendiri. Dua tiga kali try tak boleh. Panic gak la aku. Masa tu la Shah dah berlari mintak tolong dari geng depan.

Dalam tengah sakit tu, aku try la berjalan ke kawasan yang lebih clear sket kat depan. Nasib baik la masa berjalan tu ada terhentak sket dan membuat kan bahu aku kembali normal. fuuhhhh.... lega rasanya walaupun masih lagi sakit, kebas dan tangan masih tak rasa apa. Bila bahu aku dah masuk balik, aku suruh Daud dan Shah pegi bagitau geng depan yang aku dah okay. Tak payah rescue. Aku mintak cream dari Bett untuk di sapu. Masa tu Shah dah balik dah. Terjelir-jelir dia kepenatan. Masa tu orang-orang lain kat depan semua dah tau. Nadir dan Azmer dah patah balik untuk tolong. Begitu juga dengan Pet, Om, Jackal, Aweng. Kesian kat korang semua. Dah la dah jauh kat depan, kena patah balik pulak. Reen pun dah setengah mati nak mengejar group depan untuk inform pasal kecederaan aku tu.. SORRY dan TERIMA KASIH SEMUA...

Lepas sapu cream tu, aku sambung jalan. Weight dah kurangkan sket. Aku bagi 2 botol air yg aku bawak pada Botak dan Shah. Mintak diorang tolong bawak. Masa jalan tu seksa la jugak. Dah la trek menurun je, tangan boleh guna sebelah je pulak tu. Lantaklah.. pandai naik, pandai-pandai la aku turun. Memang tu la risiko yang aku harus ambik.

Dalam pukul 2.30pm baru la kita orang sampai kat Kem Tudung Periuk. Masa kat sini baru la aku bukak First Aid Kit aku. Ambik pain killer dan juga muscle pain punya ubat. Memang ubat untuk menahan sakit bahu aku tu. Sekali lagi aku sapu cream kat bahu aku.

Lepas makan semekut, pukul 3.00 kita orang dah start jalan balik. Bahu aku dah tak rasa kebas sangat dah masa tu. Mungkin effect dari pain killer tu kot. Kat Kem Tudung Periuk tu ada la beberapa tompok tahi gajah. Tengok pada keadaan, tak sampai seminggu lagi tahi tu.

Masa kat situ gak aku dah bagitau kat diorang ni yang kita kena lalu 4 puncak, lepas tu keluar trek balak. Tapi sebelum nak sampai ke 1st puncak dari Tudung Periuk tu, kena memanjat gak la sket. Bila dah sampai ke puncak 1st, lepak jap. Reen tanya aku, ni 2nd puncak ke? hehehhe...

Dari 1st Puncak tu dah boleh nampak puncak yang lagi 3 yang nak kena lalu tu. Nak ke 2nd puncak dalam 15 minit je. 2nd puncak ke 3rd puncak memang dekat. 3rd puncak ke puncak last agak jauh sket. Dalam 45 minit baru sampai. Yang tinggal kat belakang masa tu, Effa, Botak, Bett dan aku. Sebelum sampai puncak last tu, banyak lak soalan dari budak 3 orang ni. Semua dah boring dah masa tu. Bila nampak tempat clear sket je, tanya.. ni puncak last ke?

Last-last sampai gak kat puncak last tu. Dari situ boleh nampak YB. Punya la jauh. Masa ni la baru rasa yang kita orang ni memang gila. Orang waras tak buat kerja naik gunung ni... hehehhehe.

Dari puncak tu aku cakap tak de puncak lain dah. Siap guarantee lagi, kalau ada puncak lagi, aku akan belanja diorang semua. Dari situ ke trek balak ambik masa 20 minit lagi. Kat depan tu ada satu bukit lagi. Diorang tanya aku, nak kena naik ke bukit tu? Aku kencing la.. apalagi. Lepas aku cakap kena naik, diorang dah tak banyak tanya dah. Dah lama sikit jalan baru la diorang start tanya balik. Mana trek balak ni.. tak sampai pun. Siap kena marah lagi aku masa tu.

Bila keluar je kat trek balak tu, semua menjerit. Macam orang kena histeria. Masa tu dah pukul 5.00pm. Group Kak Ina, Reen yang kat depan sket dah kat bawah dah. Diorang siap lambai-lambai lagi kat kita orang bila dengar kita orang menjerit. Ni la first time rasa seronok bila jumpa trek balak. Sebelum ni memang boring kalau trekking kat trek balak.

Sebab semuanya dah tak sabar nak keluar, kita orang terus jalan. Tak lepak pun. Sampai je kat bawah tu, nampak tanda yg Jackal spray. Hijau panjang je kat pokok paku-pakis tu. Sebab banyak sangat dia spray, kita orang pun ambik la daun pokok tu untuk buat souvenir.


Dari situ kita orang jalan relax je sebab dah tak jauh. Pukul 5.30 sampai kat dam. Kat simpang nak ke dam tu pun banyak gak Jackal spray kat pokok tumbang tu. Hampir satu dahan la hijau. Botak siap ambik satu ranting untuk souvenir. Tapi ada gak orang terlepas simpang tu. Macam mana boleh lepas tak tau la. Dah pancit sangat la tu kot.

Dari dam tu nak kena memanjat tangga 46. Naik ke batu sempadan Pahang-Kelantan, simpang nak ke trek lama/Gunung Triangle. Kat situ Bett ngan Botak dah laju kat depan. Dah tak sabar nak sampai.

Pukul 6.00pm semua orang dah selamat sampai kat Blue Valley. Aweng ngan Budin dah keluar ke Kg Raja untuk tunggu Abg Jeff. Jauh gak diorang trekking keluar tu, demi untuk kengkawan. Aku, Bett, Botak & Effa mandi dan basuh-basuh apa yang patut.

Dah dekat pukul 7.00 baru la 4WD sampai untuk bawak kami keluar ke Kg Raja. Satu 4WD tu boleh pegi takt Kg Raja je. Separuh kena naik van abg Jeff. Disebabkan Van tu tak muat, so aku calll member aku Mawi. Suruh dia datang jemput aku kat Kg Raja. Aku, Shah, Reen, Jackal dan Bett naik kereta ke Tanah Rata. Sampai kat Tanah Rata, kita orang cari restoran untuk dinner. Lapar gila tu, satu hari makan semekut je. Sebab lapar sangat tu la yang ada makan Sumi cicah Serunding kat trek siang tadi. Lepas makan tu ada la sorang kawan dah jadi Badung.

Sementara kita orang makan tu, Abg Jeff dok sibuk cari Van untuk hantar kita orang ke Tapah Road. Train pukul 4.20am. Masa tu dah la musim cuti hari Merdeka, punya la susah nak cari transport. Last-last dapat satu van je. So, terpaksa la aku mintak tolong kat Mawi hantar aku ke Tapah Road. Nasib baik la kawan aku ni jenis tak kisah. Terima kasih banyak² la pada dia. 4 orang naik kereta dia masa tu, aku, Shah, Daud dan Fazillah.

Pukul 11.30pm turun dari Tanah Rata. Sampai Tapah Road lebih kurang pukul 1.30am. Kat atas kereta tu aku memang ngantuk gila. Nak biar Mawi drive sorang-sorang, kesian pulak kat dia. Dah la mintak tolong dia. Terpaksa la aku tahan ngantuk aku. Budak 3 orang kat belakang baik je tidur.

Bila sampai kat Tapah Road, terus je bukak ground dan tidur. Syahrul siap pasang ubat nyamuk lagi. Masa ni rasa lapar la pulak. Silap tadi tak tapau. Budin dah pasang Hammock. Dalam pukul 3.00 semua dah tidur dah. Aku dah tak boleh nak tidur sebab bahu aku dah mula rasa sakit balik. Pukul 4.15am aku dah kejut diorang semua. Standby sebab keretapi dah nak sampai.

Bila naik je keretapi, terus cari kantin. Lapar tu.. sibuk la brader kantin tu kejap kena serang ngan kami. Seperti biasa, lepas makan terus tidur. Sampai kat Rawang dalam pukul 7.00am. Dah tak boleh tidur dah masa tu. Ambik kamera, suruh Shah ambik gambar diorang ni tengah tidur.

2/9/2001

8.00am. Alhamdulillah. Kami dah sampai kat KL Sentral. Ambik gambar group lagi sekali tapi kamera aku tak jadi. Dari situ naik Putra LRT ke CM. Breakfast kat kedai Yusoff. Ambik gambar lagi. Sebelum balik, ambik gambar lagi. Lepas tu baru bersurai. Semua nak balik tidur sebab esok dah nak masuk office balik.


Alhamdulillah, secara keseluruhannya kami dah berjaya menamatkan Ekspedisi Trans Titiwangsa ni di samping dapat menunaikan hajat rakan kami.


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

-report by labor-
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Post Reply