Bett - Gunung Tahan 6 Feb - 13 Feb 2005

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Bett - Gunung Tahan 6 Feb - 13 Feb 2005

Post by JeNaL » 18 Nov 2012, 14:34

Hari pertama - 6 feb 2005 - KL - merapoh

Berkumpul di Maju Curry House. Lepas maghrib gerak ke Hentian Putra menaiki LRT. Sampai kat stesen PWTC hujan lebat pulak tuh. awal-awal dah kena take five. Dalam kol 8.30 hujan still tak berhenti, kena pegi jugak nie. So ramai-ramai meredah hujan dari stesen PWTC ke Hentian Putra. Orang agak ramai kat sini. Masing-masing nak balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Line up terakhir yang pegi tahan :

1. bett
2. lipan
3. coklat_jug aka budin ataupun bud bud
4. nowa
5. pogolix
6. lofier kadang-kadang izahaz
7. arinazzly
8. tojen
9. muhibbah
10. hensem
11. pulut_itam
12. syam (adik pitam)
13. temakaujawa
14. onepolar
15. amoi
16. redtomato
17. puterilily
18. lipan2 aka nieta
19. miminurain
20. cipoi
21. nay
22. gapil
23. sofiah (awek temakaujawa)

Kengkawan yang datang menghantar abang jaws, uglysister, nina, botak, baby, hasanayat, anala, pegoretti, labor, mmkn, fauzihusin, nicemomok, mono, kukrak,spy dan kalau aku ada lupa tuh mintak maaf yer. Tak leh nak recall dah.

Bas ekspress Budaya bertolak dalam pukul 9.15 malam dari KL ke Kota Bharu tapi kitorang berhenti di Merapoh. memula standard lah bising dalam bas tapi lepas tuh semua membuta. Sampai di tempat makan kat merapoh lebih kurang jam 12.30 malam. Lepas makan tak sampai 5 minit dah sampai di pintu masuk Taman Negara Sungai Relau, Merapoh. After unloading beg, gerak menuju ke surau berhampiran dan tidur kat situ.

Hari kedua - 7 feb 2005 - kuala juram ke kem kor

Bangun tidur dalam pukul 6 pagi. Ada group lain sampai naik train berhenti kat Stesen Merapoh. Breakfast kat kedai makcik sebelah surau. Lepas tuh nego dengan abang hilux nak bawak masuk pi opis taman negara. 2 kali trip jugak lah nak gi opis taman negara tuh.

Sampai kat sana, baru tau ada 3 group yang pegi sekali dgn kitorang. Bebudak PKNS dan bebudak Belantara Outdoor Adventure Team. Lepas acara declare barang dan jugak settle segala pembayaran, naik 4WD menuju ke starting point kat Kuala Juram. Nowa pegang rekod plastik paling banyak 88 helai heheheh. Guide kitorang ialah abang zainal dan jugak hamdan (abang sabri). Kat sini rupanya musim kemarau dah lebih kurang 3 minggu tak hujan.

Sampai di Kuala Juram, buat warming up dulu sebelum acara bergambar dan bacaan doa. Lebih kurang kol 11 pagi, xpdc bermula. aku jadik sweeper. Budin kat depan. Trek pada hari pertama nie tak begitu heavy sangat dia punya cabaran. Lebih kepada pengenalan trek gunung tahan jer. Tapi ramai jugak yang dah ada unsur-unsur pangok menjelma di dalam diri mereka. Lunch kat Kuala Luis. Pastuh singgah layan air terjun kat Lata Luis pulak. Dari Lata Luis nie lah yang bukit dia betol punya canak. Alhamdulillah semua sampai kat Kem Kor tatkala matahari masih memancar. Malam semua tidur awal sebab perjalanan esok lagi jauh dan lebih mencabar.

Hari ketiga - 8 feb 2005 - kem kor ke bukit botak

Bangun seawal jam 5.30 pagi. Dalam kol 8.30 pagi, perjalanan bermula. Awal-awal dah layan Bukit Good Morning. Masak jugak nak melayannya. Time nie dah nampak bebudak yang pangok. Take 5 kat Permatang. Dari Permatang nie pulak layan Bukit Kembang Hidung. Pehhhhhhh mmg betol-betol kembang punya hidung nak melayan dia punya bukit. Dah ramai jugak yang mentol time nie. Aku kat belakang dok cover bini aku amoi. Jenuh jugak ler nak kasik semangat kat dia nie . Bukit mmg canak tak hengatnya, mmg kena guna 4WD. Sampai di Kubang, lunch kat sini.

Dari Kubang menuju ke Belumut pulak. Dekat jer jarak dia. Tak sampai sejam. Perjalanan pon tak sesusah nak sampai Kubang tadi. Trek dia kalau hujan mmg berlumpur tapi sebab musim kemarau so selut-selut semua dah jadik keras. Dari belumut shoot ke Bonsai pulak. Buleh tahan jugak dia nyer bukit. Geng belakang masa nie aku, amoi, tojen, temakaujawa dan sofiah. Masa sampai di Pemandangan (istilah guide) ataupon puncak view (tak nampak puncak tapi nampak bukit botak), dari jauh nampak bebudak yang dok tgh trekking nak ke bukit botak. Nampak kaler putih, kaler merah, cover beg kaler biru)

Kalau dari sini nak ke Bonsai dah dekat dah. Take 5 lama jugak kat Bonsai. Lega rasanya dah sampai sini sebab perjalanan dari Bonsai ke Bukit Botak dah buleh dikatakan leisure dan senang. Pokok-pokok semuanya bonsai dan saujana mata memandang. Trek pulak berbatu-batu dan yang pakai kasut getah tuh mmg sakit lah skek tapak kaki. Group last gerak dari Bonsai lebih kurang pukul 6 petang.

Masa nie air dah mmg kering gila. akunyer bladder pon tinggal saki baki taik unta jer. Selagi buleh sedut aku sedut jer sampai habis. Bebudak lain pon dah habis bekalan air. Dah letih dah nie rasanya. Air pulak takder. tetiba dari jauh nampak hensem dan onepolar berlari-lari turun bawak botol air. Kitorang punya bersorak seronok. Hensem dgn onepolar amik beg amoi dan sofiah. Dah dekat dah nak sampai bukit botak. Kitorang berlima sampai kat bukit botak dalam pukul 7.45 malam. Penuh gila bukit botak. Team PKNS tidur puncak dan team Belantara tidur sini jugak plus ada team lain yang buat merapoh-merapoh. Memang sejuk gila tapi alhamdulillah, langit mmg cerah dan nampaklah bintang yang berjuta-juta kat angkasaraya nun.

Bincang dgn guide pasal perjalanan esok hari. Kalau ikut plan esoknya tidur kat padang tapi atas nasihat guide, kitorang decide shoot ke Wray's camp. Zzzzzzzzzzzzz

Hari keempat - 9 feb 2005 - bukit botak ke wray's camp

Disebabkan musim kemarau, air kat bukit botak nie pon buleh kering. So kena pi amik air kat satu lagi water point yang agak jauh dari waterpoint biasa bukit botak. Gerak dari Bukit Botak dalam kol 9 pagi. Perjalanan ke puncak mmg menaik jer walaupon tak berapa mencanak tapi masih bisa menyesakkan paru-paru. dalam ol 10 pagi sampai kat puncak Tahan, yahooooooo!!!! Tahniah untuk lipan, lofier, pogolix dan nowa yang habis G7 di puncak tahan. semuanya dengan RMDC.....

Tak lama sangat kat puncak nie sebab nak mengejar ke wray's camp. Selepas acara bergambar wajib bersama tshirt rasmi, lebih kurang kol 11 pagi, gerak menuju ke wray's camp. Cuaca dah start panas dan aku pon mula mengeluarkan payung heheheh. Checkpoint pertama ialah bukit berapit di mana kitorang akan lunch kat sini. Memula lalu trek yang berbatu-batu dan saujana mata memandang, masuk trek hutan balik dan keluar balik trek berbatu-batu. akhirnya sampai kat bukit berapit. Bukit berapit nie ialah simpang nak menuju ke padang dan jugak puncak gedung.

After lunch, gerak naik menuju ke permatang gedung. Trek berbatu-batu dan panas, Sekali-sekala mawi datang menyibuk (kabusgunung). View mmg superb. Sebab permatang gedung tuh bukannya ada pokok tinggi pon. Semuanya pokok bonsai dan ada kawasan yang mmg takder pokok langsung. Turun naik turun naik, singgah bergambor jap kat bangkai kapal terbang jaman british yang terhempas kat sini kat sini dan akhirnya sampai di puncak gedung. Shejukkkkkkkk......

Dari puncak gedung kita buleh nampak kem padang yang terletak jauh di bawah lembah sana. Lepas gedung jer dah start masuk trek hutan balik dan start main tali. Mmg curam gila dan kalau tak berhati-hati mmg jatuh kaw-kaw punya. Tapi ada jugak yang gayat rupanya ahaks!! Banyak tempat yang mmg berbahaya dan memerlukan pengawasan dari orang lain kalau nak turun kat situ. Trek mmg turun jer dan naik bila nak sampai di Gunung Resket. Dari Resket ke Nak menyampai ke Gunung tangga 15 pon lagi horror dia punya main tali. Golongan hawa mmg kena passing beg kat golongan adam lah kalau nak lalu kat laluan bertali nie.

Dari tangga 15 shoot ke gunung pangkin pulak. Geng sweeper masa nie aku, tojen, muhibbah, nay, gapil, temakaujawa, sofiah dan jugak guide zainal. air pon dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kitorang rilek kat gunung pangkin dulu sebagi menghormati waktu maghrib. Gerak dari gunung pangkin dalam pukul 8 malam. Aku kat depan dan tojen belakang aku. Mmg slow gila jalan sbb aku takmo gap yang terlalu jauh dgn bebudak yang kat belakang. Trek pulak meurun jer dan ada part-part yang nak kena main tali jugak.

Take 5 kat campsite pangkin bawah sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke wray's camp. Memula aku dgn tojen buleh lah tahan lagi jalan slow tapi disebabkan takder air dan kedahagaan tahap ekstreme maka kitorang berdua pon decide utk jalan laju skek ke wray's camp. Memang saiko gila sbb tak sampai-sampai. Betul ke jalan aku nie? Ke aku terlepas wray's camp dan tgh shoot nak ke teku?... aku bertanya di dalam hati. Mmg muskil sangat time tuh. Aku dok berdoa jer agar aku belum terlepas wray's camp. Manalah tau tetiba tuhan nak gelapkan pandangan aku dgn tojen tak nampak wray's camp sbb jauh sgt dah rasa nya berjalan nie. Alhamdulillah, dekat kol 10 malam kitorang berdua pon sampai di wray's camp. Orang pertama sampai pon dalam pukul 7.30 malam. terakhir sampai around 11.30 malam.

Nak amik air satu hal, jauh ke bawah nun. Dalam sejam jugak lah perjalanan turun naik. aku betul-betul hargai sapa-sapa yang pi turun amik air kat bawah nun. Korang tau siapa korang. aku mmg saspek gila lah tetambah yang sanggup turun 2 kali tuh!!
Campsite mmg full gila sbb geng pkns dan belantara pon lepak sini. makan pon dalam kol 12 malam. semua pon tidur dalam kol 1 pagi. Zzzzzzzzzzz

Hari kelima - 10 feb 2005 - wray's camp ke kem putih

Pagi nie digemparkan dengan berita kehilangan air-air di dalam botol yang telah disimpan untuk kegunaan memasak dan jugak bekalan minum setiap ahli xpdc. Siapakah manusia yang sungguh tidak bertanggungjawab menghabiskan air-air yang diambil oleh mereka yang sangat bertanggungjawab itu? Kesudahannya, air utk pagi nie hanya ada belen 1 botol jer. Makan pon ala kadar jer, belen nasi goreng semalam dan air teh yang dicatu.

Hari nie trekking semua tension sbb dahaga tak cukup air. Next water point ialah teku yang jaraknya lebih kurang 3 jam dari wray's camp. Hari nie aku trekking dgn onepolar. Air dalam botol dia tinggal skek sangat kurang dari suku botol. Pastuh aku check akunyer bladder pon ada saki baki taik unta air dan campur air dlm botol tuh nampak banyak ler skek. Kongsi minum air pon sorang satu penutup botol jer. Lutut muhibbah pon out gila time nie. Memula bahagikan bebarang dia tapi sampai satu part beg dia pon kena orang lain usung sbb takmo bagi bebanan lebih kat lutut dia.

Tekak mmg dah kering sesangat nie. On the way jumpa buidn, cipoi, amoi dan lily tgh take 5. Kasik diorang minum sorang satu penutup botol. Lega rasanya sbb diorang mmg takder air langsung dah. At least basah jugak tekak diorang. Memang seksa sangat masa nie. Dah ler air banyak hilang sbg peluh, air nak ganti balik pon takder. Sampai satu part dah dekat dah dgn teku masa nie) terpaksa passing balik beg kat muhibbah sbb nak nak shoot ke teku secara berjalan dgn laju. Muhibbah pon kata ok apalagas, aku dgn onepolar pon cargass lah.

Lunch kat teku dan mandi-manda skek. Dalam kol 3 petang jugak lah baru gerak ke putih. 8 kali kena crossing sungai. Aku jalan kat belakang dgn amoi, temakaujawa, syam, gapil, nay, sofiah dan abang zainal. Amoi dah mula tension sbb tak sampai-sampai terutamanya masa bukit last sebelum sungai ke 7. Jenuh jugak nak kasik semangat kat dia. Memang dah mentol sesangat dah. Kitorang sampai kat kem putih dalam pukul 8 malam. Orang paling awal pon sampai dalam pukul 6 lebih rasanya. geng pkns dan belantara pon lepak sini malam nie. tapi ada tambahan geng. Geng abang murdafi dan sifoo zul bersama dgn perhilitan bwk bebudak mana ntah. diorang dari teku.
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Hari keenam - 11 feb 2005 - kem putih ke melantai

Gerak dari Putih dalam pukul 9 lebih. Tapi budin dan hensem gerak awal sbb nak runner campsite kat melantai. Perjalanan hari nie tak sesusah hari-hari sebelumnya. Cuma awal-awal nak kena layan Gunung Rajah yang panas terik tuh. Pastuh layan 27 buah bukit yang dikenali sebagi Bukit Malang tapi tak terasa sangat pon sebenornya 27 buah bukit tuh. Hari nie aku mmg ngantuk gila. Pantang take 5 mesti aku tidur. Kat Kem tengah aku tidur dari kol 2 sampai 3 petang. lunch pon makan sumi degan kismis jer pastuh adalah maggi skek. Tapi tension jugak trekking dari Kem tengah nak ke Melantai nie sbb dok kat belakang dgn guide hamdan. memacam guide hamdan dok bercerita dgn aku sampailah ke kish percintaan dia, kisah bisnes dia, kisah family dia dan memacam lagi lah. aku mendengar sambil menahan ngantuk hahahah. Sori hamdan kalau aku tertidur time ko bercerita tuh.

Sampai kat Kem melantai dalam pukul 6 petang. Kat sini bebudak kata nampak bunga pakma, so aku dgn tojen pon pi naik balik ke atas nak tgk bunga pakma. memula tak jumpa tapi budin pon naik sekali utk tunjukkan lokasi bunga tuh. kalau tak salah aku ada dalam 5 kuntum bunga pakma. Ada yang masih menguntum, ada yang dah kembang, ada yang baru nak kembang, ada yang dah mati. Tapi tak sebesar yang team RMDC jumpa kat chamah-ulu sepat.

Nowa, lofier dan nazzly tak sihat. Macam nak demam. Hari nie semuanya rilek dan happy jer sbb malam terakhir. Esok dah nak keluar ke kuala tahan. Habiskan stok makanan yang ada. Tidur pon lewat. Yang terakhir tidur pukul 3 pagi lebih. Zzzzzz........

Hari ketujuh - 12 feb 2005 - melantai ke kuala tahan

Hari nie perjalanan bermula agak lewat. Dalam pukul 10 pagi baru semua gerak. temakaujawa, sofiah, gapil dan nay gerak awal dalam kol 8.30 pagi dgn guide zainal. semua dah tak sabar nak sampai ke kuala tahan. Yahooooooo!!!!!!!!! memula jer teruk sbb nak kena layan Bukit melantai. Lepas tuh trek memang landai jer lah sampai ke kuala tahan. Jumpa tapak kaki gajah dan taik gajah yang masih sangat lah baru. Guide cakap dalam subuh tadi gajah tuh lalu. Semua jalan serius jer dan tak mo take five sebab nak cepat sampai. geng belakang take five kat simpang kuala terenggan (simpang 5.5 km) dalam 20 minit pastuh proceed. Lepas tuh singgah lagi take 5 kat jambatan besi. Aku, budin dan cipoi gerak lambat skek sbb memasing dah pangok dan mengantuk.

Akhirnya, kitorang bertiga sampai lebih kurang kol 2 petang kat opis perhilitan. Declare barang dan settlekan pembayaran apa yang patut, gerak ke hostel di seberang sungai. Petang aktiviti bebas. gapil, temakaujawa dan sofiah balik petang nie atas alasan masing-masing.

Malam gi layan video taman negara dan makan malam kat restoran terapung. Pastuh layan sembang-sembang sampai kol 4 pagi kat hostel. Zzzzzzzzzzz

Hari kelapan - 13 feb 2005 - kuala tahan - kL

Breakfast kat restoran terapung. Pastuh pi layan canopy tapi bukan semua yang pegi. Lepas layan canopy, balik hostel dan checkout dlm kol 1.30 petang. Bot ke kuala tembeling dalam kol 2 petang. kena amik 2 bot. memula bising lah dlm bot pastuh semua layan tidur. Sampai kat kuala tembeling kol 4 petang. Bas ekspress dari jerantut ke kL kol 5 petang.

Tapi ada berita buruk, di kuala tembeling, mengikut agen SPKG Tours syarikat yang kitorang beli tiket bas, bas utk kitorang takder sbb last minit tak dapat permit bas tambahan. aku dah menyirap dah masa nie. Duit dah bayar, aku dah call dan aku dah fax kan resit pembayaran tapi bas masih takder.

Kisahnya asal mcm nie. aku dah beli tiket kol 4 petang jerantut ke kL tapi SPKG tours nie tak inform budak yang jaga kaunter tiket. so budak tuh pi jual tiket kitorang kat orang lain. So diorang ada call aku dlm seminggu sebelum tahan dan ckp ada bas ganti kol 5 petang. Takper aku accept lagi dan diorang ckp amik tiket kat kaunter diorang di kuala tembeling. Tapi bila sampai di kuala tembeling, agen tuh ckp bas takder sbb permit tak lulus. Aku dah tensi gila dah. Decide naik train je lah.

Ingatkan kan naik illegal jer dari jerantut ke kL. So takder seat dan kena bayar denda RM10 tambah tiket Rm15 so total RM25 seorang. Tapi kuor idea lain, kitorang pi Gemas naik keretapi mel kol 6.30 ptg dan try carik bas ekspress kat sana. sampai kat gemas around 11 malam. Bas dah sure takder punya. sesaja lah pi kat kaunter tiket, kot-kot ada tiket keretapi lagi nak ke kL. Mmg menakjubkan betol. Rupanya ada ekspress tambahan dari singapore mmg ada seat kosong lagi tapi kelas 2 lah. Sorang Rm16. alhamdulillah. So kitorang pon naiklah keretapi ke kL kol 2.30 pagi dan sampai kL lebih kurang pukul 5.45 pagi yang mana kalau bas tuh tak tipu kitorang, kol 8 malam kitorang dah buleh sampai kat kl.

sekian sahaja report ringkas dari aku
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Post Reply