Gunung Benum 2005

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Gunung Benum 2005

Post by matsaiko » 08 Jul 2012, 22:50

ini log perjalanan aku ketika cubaan kali ketiga


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Akhirnya tercapai jugak cita2 aku untuk sampai ke kemuncak Gunung
Benum.Setelah sekian lama mengidam,dapat jugak aku melihat dengan mata
kepala sendiri dan merasai perit jerih,susah senang dan suka duka untuk
sampai ke kemuncak Gunung Benum.G Benum boleh didaki dari Kg Tengah,Ulu
Ceka,Jerantut atau dari Felda Lembah Klau,Raub.Pada tahun 2000 aku ada cuba
naik melalui Ulu Ceka, tetapi kerana masaalah birokrasi penduduk kampung
dan guide, xpdc tersebut gagal tetapi gagal sekali bukan bererti gagal
selamanya,Setelah hampir 5 tahun menunggu,akhirnya aku berjaya menawan
puncak yang berketinggian 6940 kaki dari aras laut itu.Alhamdullilah misi
aku untuk menawan puncak Benum kali ini telah dibantu oleh 18 kawan2
seperjuangan yang cukup best.Walaupun ade sesetengahnya yang pertama kali
aku berxpdc bersama,namun sikap kerjasama tu tetap ada.

Perjalanan dimulai dengan menaiki 2 4WD dari Lembah Klau.Pada awal
perjalanan akan melalui kawasan dusun.Luas betul kawasan dusun dia
sepanjang bukit2 yang tinggi kawasan tanaman pisang,durian,koko dsb secara
komersial.Laluan 4WD tak berapa susah cuma ada 3-4 point tu agak sukar dan
mustahil untuk dilepasi oleh kereta biasa maupon 4WD standard.Setelah
melalui perjalanan selama sejam,kami pon tiba di Lata Berembun yang
merupakan kawasan Hutan Lipur dan merupakan kaki Gunung Benum.Kolam dia
punyala luas...air terjunnya yang tinggi sungguh segar mata
memandang.Terdapat pondok2 dan tandas awam yang dibina disini.Setelah siap
segalanya dan setelah Doa dibaca kami 19 pendaki dengan bersemangat
memulakan langkah dalam misi menuju ke kemuncak G Benum.

Permulaan perjalanan kena cross sungai di Lata Berembun tu.Dekat jek
seberangnya tapi airnya deras dan perlu berpijak pada batu2 yang
licin.Perlu hati2 kalau tidak jadilah seperti 2 ahli xpdc yang menyambut
salam selamat datang ke G Benom apabila tergelincir dan jatuh kedalam
sungai...siapa dia tu biarlah kami yang pegi saja yang tau
ehehehehe.Selepas semua selamat cross,trek melalui lereng2 sungai/bukit
(sungai disebelah kiri jalan)..sekejap menaik sekejap mendatar dan sekejap
menurun...jalannnn je sambil memerhati kolam2 air terjun yang menggiurkan
hati untuk terjun tiruk.Sampai satu part perlu cross sungai yang agak
besar. (sebelum tu ade gak cross tapi tak besar cuma 2 langkah dan tak
basah kasut).Berhenti sebentar menghela napas sambil mengunyah jajan yang
dibawa.Dari starting point ke sini dalam 45 minit gak la lebih kurang.

Perjalanan disambung kembali dengan berjalan dimana sungai disebelah kanan
kami pula.Jalan agak datar tapi semakin semak.Disini kami mula perasan trek
disini jarang dilalui oleh pendaki kerana trek hampir tiada....kami hanya
berpandukan marking lama (3 takek di pokok).jalan dalam 15 minit kami
kehilangan arah.Perjalanan terhenti sambil 3-4 ahli xpdc patah kembali ke
last marking dan mula mencari trek yang betul.Alhamdullilah jumpa dimana
ada simpang ke kiri dimana tandanya sudah tak jelas kelihatan.Regroup balik
disitu dan perjalanan diteruskan dengan trek yang memang tutup dicampur
dengan semak dan duri.Kami hanya berpandukan marking di pokok agar tak
tersasar arah lagi...trek semakin mencanak ketika ini.

Naik punya naik punya naik...kemudian trek mula menurun dan melengkok ke
kiri.Kami dah mula perasan yang trek dilalui adalah salah.Berhenti
lagi.Pakar GPS kami patah dan mencari jalan lain...selang 10 minit dia
kembali dan kompem kami tersasar arah lagi buat kali ke 2.Sebenarnya ada
simpang di atas sana yang kami tak perasan.Memandangkan jam hampir pukul 1
ptg kami decide lunch saja disini.(plan asal lunch di
lastwaterpoint)Selesai lunch kami meneruskan perjalanan dengan berpatah
balik ke simpang tadi dan turun kesebelah kiri (turun sikit jekk) lepas tuh
dia bagi bukit pannnnnjanggggggggggg baekkk punya...bukit ni memang tiada
balas kesihan...dengan trek yang pacak dan tiada tempat meletak kaki...bisa
meletupkan jantung woooo sibbaik la dah lunch dulu tadi hehehe

Masa ni group dah berpecah kebeberapa bahagian la...masing2 lkut step
masing2...tapi disebabkan trek semak (pokok tumbang atas trek banyak betul)
sempat gak la berhenti2 sambil amik nafas sambil menunggu pakar pakar tebas
menebas semak didepan.Setelah dengan bersusah payah kami mendaki...habis
keluar semua skill tiba jugak kami di last waterpoint sekitar jam 3.30
ptg.Sebenarnya sebelum tiba di LWP ni,dah dengar bunyi air....tapi jgn
tertipu...jauh lagi LWP dia hehehe.Tempat berhenti dia tak besar.sempit
sikit.Macam LWP Yong Yap.Ada tanda gantung botol.Air turun sebelah
kanan.Dekat jek tapi air kecik perlu ditadah melalui aliran batu.Berhenti
agak lama disini...makan,solat dan sebagainya.5ptg Perjalanan diteruskan
dengan mendaki rabung yang cukup canak...dengan beg yang berat diisi
air,dengan pokok tumbang ditengah trek...dengan perlu memanjat dahan2 yang
tumbang...menyelinap sana..merangkak sini...memang diakui...G Benum memang
sukar untuk didaki...jangan under estimate gunung ni...seksanya tuhan
ajelah yang tau....

Sampai satu part dimana kawasan dah mula berubah...suasana dan ekosistem
dah lain...lumut2 semakin kerap dijumpai...dah nak dekat dah niiii (ayat
penyedap hati) regroup di satu open view.Diberitahu perjalanan dalam sejam
lebih akan sampai di campsite yang nak dituju.Dari sini trek permatangggg
saja tapi naik tetap naik la tapi tak secanak mendaki rabung yang tak
habis2 di bawah tadi....trek permatang ni dah senang disusuri kerana dah
memang ade laluan...hanya ikut jek laluan tu tak perlu peka sangat melihat
marking seperti di permulaan perjalanan tadi.Akhirnyaaaa..heheh akhirnya
kami selamat tiba di Kem Bulat pada ketinggian 5000 kaki lebih dimana last
peserta tiba pukul 8mlm.Kem Bulat ni dapat nama sempena nama Bulat OGKL
yang dah taknak jalan masa sampai disini.Kem nya agak luas.ada 3 bahagian
untuk ditarik fly....maksimum kapasiti 30 orang boleh muat jika pandai
menyusun..malam tu tidur dengan nyenyak sekali kerana campsite boleh kata
rata gak la dan yang best angin tak terasa sebab di Kem Bulat ni pokok2nya
tinggi dan melindungi kami dari digigit kesejukan dek angin yang
datang....

1 May 2005
Selamat hari pekerja...malas betol nak bangun tapi kemalasan tu tak
berpanjangan sebab terpikir hari ni nak ke puncak.Ditambah pula tak perlu
packing sebab kami akan buat day hike ke puncak Benum.That mean kami ada
semalam lagi di Kem Bulat ini.Bestnye tak perlu packing hehehe.

Tepat jam 10 pagi,perjalanan dimulakan.kali ni kami berjalan tak
pecah.Masing2 melekatttt jekkk...laluan trek ke puncak ni all the way
adalah laluan permatang.seawal perjalanan,banyak trek binatang
ditemui...bersimpang siur...trek dari Kem Bulat ke puncak ni juga sedikit
semak akibat pokok tumbang diatas trek tapi tak seteruk hari semalam.Lebih
kurang dalam sejam lebih perjalanan,kami terpegun apabila jumpa bongkah2
batu yang cukup besar tersergam di tepi2 trek...Subhanallah...cukup
unik...dicelah2 antara pertemuan batu terdapat seperti tempat perlindungan
haiwan atau sebaliknya..Wallahualam...bersih seperti terjaga je kawasan
dia....ada lumut lumut yang lekang dari batu lalu terjadi seperti tirai
langsir di zaman purbakala...sungguh klasik kejadian semulajadi
ini...disini juga perjalanan kami agak perlahan kerana sibuk mengambil
gambar kenangan di sepanjang perjalanan apabila bertemu bongkah2 batu yang
cukup besar malah ada yang seperti tergantung....inilah dia keunikan G
Benum.

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah kami tiba di satu simpang.Ada satu
plat kuning besar terletak dipokok.Kekiri merupakan trek dari Ulu Ceka dan
juga second trek dari lata berembun.Rasanya Jackal ikut trek yg ni
kot...kekanan pula trek menuju ke puncak Benum.dari simpang ni anda perlu
jalan lagi 15 minit untuk tiba di kemuncak Gunung Benum.Puncak dia
mempunyai berut...kawasan disekitar berut tak besar...cukup2 untuk berut tu
sahaja....campsite disebelah belakangnya ...perlu turun sedikit
kebelakang...ada 2 kawasan campsite....yang pertama tu agak besar...kire
main campsite lar...leh muat 20 org dlm satu2 masa...dan satu lagi campsite
dibahagian hujung sekali...dan kat sinilah satu2nya tempat open utk melihat
view sunrise/sunset.Untuk mengelakkan kami tiba lewat di Kem Bulat,lebih
kurang 45 minit selepas tu,kami pon turun semula melalui jalan yang sama
kami lalui tadi...perjalanan mudah kerana segala halangan dah ditebas
ketika kami pergi tadi....last peserta tiba semula di Kem Bulat 7.15
mlm.Malam tu kami disapa oleh rintik rintik hujan...nak kata lebat idak
juga...nak kata gerimis pon idak juga...hehehehe...hujan pergi datang
tiupan angin pulakkk...sejukkkkkk...tapi tidak apa...Deuter +One aku
bersedia menghangatkan tubuh comel tuannya ahakss!!!!!!

2 May 2005
Pabila hujan dimalam hari,ia gantikan dengan cuaca terang dipagi hari..pagi
tu dalam pukul 7 budin suruh bawak keluar kamera sebab ada sunrise.Apalagi
masing2 keluar...memang cantik tapi sayang tiada angle yang cantik untuk
dirakam kerana pokok2 sekeliling tinggi...ketika ni terpikir kalau bermalam
dipuncak tentu dapat merakam gambar.Ok...setelah semuanya siap....lebih
kurang jam 10.20 pagi kami mula turun....first checkpoint kami di
LWP.Perjalanan menurunnnnnn ajekkk...lihat belakang terpikir...erkkkk trek
camni ke yg aku naik kelmarin?? ish ish ish...sekitar jam 11 tiba di
LWP...take 15 jap pastu sambung perjalanan yang tak habis2 menurunnnnn
ajekkkk...ade sekali jek yg aku ingat menaik itupon kejap jekk pastu
turunnnn jekkkk sampai la dengar sungai semakin dekat semakin jelas
kedengaran sehinggalah tiba di sungai besar semula...berhenti disungai ni
sekitar jam 1 tengahari sambil masak air + meggi +semekut+sumi sambil
memerhatikan deruan air sungai...sambung perjalanan menyusuri tebing2
sungai semula selama sejam,akhirnya kami selamat tiba di Lata Berembun
kembali lebih kurang jam 4 petang.Masing2 membersihkan diri.Naik 4WD semula
jam 6ptg dan tiba di Felda Lembah Klau sekitar jam 7 dan bergerak ke KL
pada jam 7.30mlm.

Dengan berakhir dan berjayanya trip ke G Benum ni maka tamatlah ekspedisi
anjuran KembaraHutanGunung dan berakhirlah penantianku selama lima tahun
yang mengidam kemuncak G Benum....pada yang tak pernah pegi lagi tu anda
disaran pergi..pergi jangan tak pergi....tapi jgn ajak aku
hahahahhaha.....SEkian........
Image
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Benum 2005

Post by shahrul » 09 Aug 2012, 04:04

Thanks abam reen sudi kongsi log.
sedikit log perjalanan melalui route yg berbeza

Benum via Ulu Cheka
Benum ... perjalanan dirancang bermula dari pos perhilitan kg perlok. Disini terdapat kemudahan seperti tandas ,bilik air ,wakaf & tapak khemah yang disediakan.
Rentis bermula disini ,sehingga ke kemsite malam pertama dijangka sampai antara jam 5 - 7 ptg.

Hari ke2 ... cabaran sebenarnya. Elok mulakan perjalanan lebih awal,jam 8 pg ... mendaki hingga puncak gunung Liling dlm masa 3 jam ,kemudian perjalanan mula turun naik ... turun kemudian mendaki beberapa puncak , lupa nak bilang berapa kali sehingga sampai ke puncak Permatang Angin .Kemsite disini,lyan angin ,kabus dan orked. Selepas makanmlm kita lepak atas batu sambil nikmati pemandangan kerlipan neon bandar2 di Pahang Barat.

Hari ke3 ... packing .. tinggal .. daypack ke puncak kira2 3 jam ,
selepas makantghari bermulalah perjalanan pulang ,kita gelungsur cerun,redah pokok tumbang ,dikait duri rotan dsbnya hingga ke sungai Terbol kemsite ... pasang khemah ,masak dan mandimanda di jeram yg menyamankan sehingga ketarlutut .

Hari ke4 ... layan sg Terbol ,naik bukit (sikit je), jalan disisi tebing,turun & landai ... singgah Lata Bujang kejap dan 2 jam kemudian kita dah sampai ke pos Perlok ...InsyaAllah !
Benum via Perlok (Pos Perhilitan/Kg Perlok)
Gunung Benum adalah puncak kedua tertinggi di negeri Pahang.Terletak di hutan simpan perlindungan hidupan Kerau dan hanya boleh dimasuki melalui pos perhilitan Perlok.

Untuk ke pos perhilitan perlok ada 2 jalan masuk iaitu melalui pekan Damak,Jerantut & pekan kuala krau,Temerloh.Di pos ini terdapat kemudahan tapak perkhemahan,bilik air/tandas dan pondok wakaf.

Jadual perjalanan

Hari #1
9-00 pagi - bermula dari pos perhilitan perlok
1 tghari - jamuan di puncak bukit 800
6-00 ptg - bermalam di kemsite 1 ( mandi manda )

Hari #2
8-00 pagi - mula mendaki
11-00pg - sampai puncak Lilin
2-00 ptg - sampai kemsite Batu Serondong ( lunch)
6-00 ptg - sampai kemsite Permatang Angin .
- mandi manda air tangki kalo larat
- makan malam
- layan view pahang barat jika cuaca mengizinkan

Hari #3
8-00 pg - mula gerak ke puncak benum ( beg tinggal kt bawah)
9-30 pg - sampai puncak benum
11-00 pg - mula turun
12-00 tghari - makan tghari di sungai merah
2-00 ptg - mula gerak ke kemsite sg besar
7-00 mlm - sampai ke kem sg besar

Hari #4
8-00 pg - mula bergerak keluar
6-00 ptg - sampai ke pos perlok
bersih diri
9-00 mlm - bergerak pulang
kredit Azman Samah (Benum Galus Galus)
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Gunung Benum 2005

Post by shahrul » 09 Aug 2012, 04:13

so gunung benum ni sebenarnya ada banyak route la ye?

1) Lembah Klau
2) Ulu Cheka
3) Perlok
4) Lata Berembun

ada lagi...?
_________________
_________________

Post Reply