Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsun)

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
jayakumar
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 09 Nov 2011, 17:23

Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsun)

Post by jayakumar » 14 Nov 2011, 18:12

Saya gembira untuk berkongsi catatan dari percubaan kali kedua mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat. Kali ini saya berjaya mencapai puncak. Butirannya berikut:
5:45am - bersarapan tosai/teh tarik dan memandu mengikut laluan jalan taman putra dari ampang
7:00am - sampai ke stesen renjer pangsun, register dan membayar RM1
7:10am - mula mendaki laluan 4WD
8:05am - sampai ke akhir laluan 4WD
8:35am - sampai ke Kem Lolo
9:45am - sampai ke Dataran Pacat
- hujan mula berubah dari renyai renyai ke lebat pada waktu ini, laluan mula sukar
10:55am - sampai ke Puncak Pengasih
11:40am - sampai ke Puncak Gunung Nuang
11:45am - cuma 5 minit di punca sebab hujan lebat, mula turun terus
- laluan makin licin dan makin berlumpur
- terjatuh dalam lumpur 5-6 kali semasa turun, digigit serangga di leher dan bahu, tercalar sebab tergenggam dahan dahan yang berduri semasa terjatuh.
- basah kuyup, nasib baik makanan dan camera semua dalam beg kalis air
1:30pm - sampai ke Kem Pacat
2:53pm - sampai ke Kem Lolo (turun dari Pacat ke Lolo mengambil 1:20 banding dengan naik 1:10 disebabkan keadaan licin)
- rendam terus dalam sungai untuk membersihkan lumpur dari seluruh badan, pakaian dan backpack
- berehat 10-15 minit
3:40pm - sampai ke laluan 4WD
4:40pm - sampai ke stesen renjer
6pm - sampai balik ke carrefour ampang

Jumlah masa: 9 jam 30 minit ( 4 jam 30min naik, 5 jam turun)
Jumlah air diminum : 3 liter 100+ (2 x 1.5L) , 1.5L air
Jumlah makanan dihabiskan semasa mendaki dan turun: 250g dark chocolate valrhona alpaco, 100g milk chocolate valrhona jivara lactee, 5 pisang, 100g kismis, 100g gajus goreng, 100g manga kering alphonso (walaupun habis makan semua ni masih lapar lepas habis! )

Ada lagi satu cerita yang saya tak pasti betul atau pun cuma khayalan sendiri: semasa turun di laluan 4WD, dah mula gelap pukul 4pm sebab hujan, saya dengar bunyi seperti bayi menangis di dalam hutan dan terbau bau yang harum dan terasa pelik. Mungkin cuma imaginasi disebabkan wayang. Saya terlalu takut jadi berjalan lebih cepat sampai ke stesen renjer.

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by shahrul » 14 Nov 2011, 19:09

tahniah..nanti bolehla try pulak trail dari Janda Baik - Nuang
trek ni best sbb bole layan air terjun dan masa utk sampai ke puncak Nuang pulak dlm 4-5 jam

:)
_________________
_________________

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 15 Nov 2011, 08:18

Wahsiapada stastik
menarik gak.
Ini ikut route lama ke... kalau bunyi orang nangis dan harumnya sekali. Memang la sebab hutan lain dah tak ada , mana lagi dia nak pegi.

molar
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 24 Oct 2011, 12:39
Location: Bukit Jalil

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by molar » 15 Nov 2011, 12:35

best2..gunung ni nk kena pki guide ke..

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by seper4alif » 15 Nov 2011, 13:11

peeergh... 1st nak tanya... u indian ka atau nick saja satu malaysia....? just nak tahu
klu indian... good day to you lah....

pepe pon tahniah... tak semua org nak log gunug rendah ni mcm nih nyer 80%lah kot....
heehehe....

bayi nangis? kenapa tak carik... klu jumpa dan itu org yg buang... u keluar TV...
tapi!!! klu bukan org buang n mmg penghuni situ... gambar u je pulak keluar tv heehehe....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by poncho » 15 Nov 2011, 13:49

log yang bagus dan detail. tatabahasa semua solid. kalau ada gambar lagi best.
masa turun lebih dari masa naik mungkin petanda lepas nie kena guna kasut yang lebih grip. apapun, keep it up
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by shahrul » 15 Nov 2011, 16:35

best2..gunung ni nk kena pki guide ke..
seeloknya pegi dgn guide atau org yg dah berpengalaman la
tapi masa saya ikut trail janda baik-nuang ahad lepas ada sorang lelaki Cina buat solo je

mungkin dia dah berpengalaman solo, ada kelengkapan yg cukup, gps etc :wink:
tapi kalau 1st try elok berhati-hati yg lebih
_________________
_________________

molar
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 24 Oct 2011, 12:39
Location: Bukit Jalil

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by molar » 15 Nov 2011, 16:46

best2..gunung ni nk kena pki guide ke..
seeloknya pegi dgn guide atau org yg dah berpengalaman la
tapi masa saya ikut trail janda baik-nuang ahad lepas ada sorang lelaki Cina buat solo je

mungkin dia dah berpengalaman solo, ada kelengkapan yg cukup, gps etc :wink:
tapi kalau 1st try elok berhati-hati yg lebih
ooo yeke..kalo camtu en.shahrul blh jdk guide sy x utk naik gunung ni. sy plan nk pegi tp masih mentah lg dlm dunia pendakian ni..harap blh beri tunjuk ajar :oops:

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by shahrul » 15 Nov 2011, 19:54

saya bukan guide bro.. redah trip orang bolehla..heheee..
try tengok kat forum Aktiviti Gunung, ramai je yg jadikan Nuang ni tempat training sebelum mendaki gunung2 yg lebih tinggi cam Tahan/Kinabalu :D
_________________
_________________

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by seper4alif » 15 Nov 2011, 20:24

klu dulu lah... ari jer macam nih... tetau jumpa atas puncak sensorang sekatti dia jeer... tuh yg nik dalam nih solo haahahaha...
rupenye ramai cenggini ek ish ish ish... klu aku ler camni kompom mak aku kata aku isim
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by rembau » 15 Nov 2011, 21:16

Atan bila kau nak lepak kat gelanggang? Macam nak pi le
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by shahrul » 15 Nov 2011, 22:15

klu dulu lah... ari jer macam nih... tetau jumpa atas puncak sensorang sekatti dia jeer... tuh yg nik dalam nih solo haahahaha...
rupenye ramai cenggini ek ish ish ish... klu aku ler camni kompom mak aku kata aku isim
ooo..gitu ke asal usul nick ari solo :lidah:
_________________
_________________

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by seper4alif » 16 Nov 2011, 08:38

hak ah.... tapi ape pon dia tanak citer kat orang... malu kah kah kah kah... n faboret dia barang celoreng atau camo... aahhaa.... pasal leh dok sensorang tanpa di sedari....
dia nya no plat kereta pon PHS berapa trah...(Penyamaran Hutan Simpan) kah kah kah... mati aku klu dia nampak posting nih haahaha


salang bang..... lama gak tak lepak... la nih dok umah pelan pelan malam jemaat wat 7 jer.....
ada cuti best g pasir mas, jumpa hok lain lok... ngaji jawi alif bha tha heeheheee....

nak g bebila jer buleh... rumah terbukaa jeer. romathan arituh ada jap... lanih buat kat sebelah mesjid subang15
ada rezeki leh main ngan biji lada sat heeheh
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by matsaiko » 16 Nov 2011, 09:59

Timing yang moderate..tak laju n tak slow..just nice

Congrats
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

jayakumar
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 09 Nov 2011, 17:23

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by jayakumar » 22 Nov 2011, 16:21

peeergh... 1st nak tanya... u indian ka atau nick saja satu malaysia....? just nak tahu
klu indian...
tak semua org nak log gunug rendah ni mcm nih nyer 80%lah kot....
Uhm, saya tidak ingin menyinggung perasaan anda. Tetapi setahu saya, di forum ini, kita semua kaum pendaki gunung, jadi saya tidak selesa melihat soalan kurang sopan seperti di atas. Saya juga ingin menulis nasihat ini. Orang yang cuba membahagikan pendaki di forum ini mengikut keturunan boleh dikatakan sebagai manusia yang masih terperangkap dalam penjara cara pemikiran kuno. Cara pemikiran kuno seperti inilah yang menyebabkan orang biasa macam kita senang dibahagikan dan diexploitasi oleh orang berkuasa. Dengan cara cara seperti inilah, kawasan hutan lipur di negara ini ditebang cuma untuk keuntungan orang orang kaya supaya mereka boleh berpesta di negara asing. Jadi nasihat saya, cuba berfikir lebih terbuka dan janganlah membazir masa berfikir tentang keturunan pendaki gunung lain. Satu lagi nasihat, tidak elok untuk kutuk pencapaian dan usaha pendaki lain. Kalau Gunung Nuang terlalu senang untuk pakar gunung seperti anda, baguslah untuk anda. Tetapi untuk saya, pada usia saya, saya terasa bangga untuk mencapai puncaknya.

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by seper4alif » 22 Nov 2011, 16:50

halo bos.... i tanya bukan nak provok.. if u really indian... just wana say good day to you only... not becous of banding banding kan bangsa lah kawan.... u see my post lah n baca n copy semua... dont lah cut sikit than sambung dengan yg lain....


wher is my ''pepe pon tahniah'' efor the word that u cut n pase....
i mean what r u doing its good, that no body wanna log the small places like nuang... allways bangga dengan TT or kinabalu or V2... tapi gunung depan rumah kasi tutup....

thats what i mean lah bro... if im doin wrong im sorry k... never mean like what u think... thats all....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by seper4alif » 22 Nov 2011, 16:57

Lim Kok Weng (1malaysia)

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti


Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia


Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa


Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

ini lagu faboret i selepas lagu justin bebber (bebeh)....
kita nyanyi sama sama ok....... chears
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by kenoi » 02 Dec 2011, 10:11

terima kasih tuan atas log ini. insyaAllah saya akan jejak puncak Nuang cuti Krismas nnt.

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by am » 02 Dec 2011, 21:19

der.. (saper4alif) awak nie lama tak masuk hutan nie. hahaha.. awak punya posting da mcm org2 yg awak mengata dulu. so watchout der.. kadang2 kita tak nampak apa yg orang nampak terhadap tulisan kita, dan org masih tak kenal kita mcm mana sehingga mereka berada dalam komuniti dan mengenali hati budi masing2. gaya tulisan awak mungkin sesuai untuk org2 yg mengenali awak.. :p

neway harap teguran terbuka encik jayakumar ini dapat membuka minda kita para pendaki malaysia semua. insyallah.
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by seper4alif » 03 Dec 2011, 01:14

heem tu ah... tapi aku rasa dia salah baca... dia cut separuh dia ambik yg lebih... aku tanya takut salah org... if islam tak salah kan untuk aku bagi salam.. mmg ah bunyi nick dia indian, but still got to know itch other tol tak... lain lah aku 24jam bukak posting salam perkenalan. heehehe...

takpa ah klu dah salah kat aku... tadok hal... simpan jadi pekasam sedap gak makan dari panas jadi arang... abu kena buang hee heee
sebelom aku jumpe solo, setiap kali dia call aku aku bagi salam... bila jumpe dia depan baru aku tahu sapa dia... haahahaha

soo... pengalaman aku mengajar aku untuk bertanya...... :)

ps: posting aku lain beb... klu ko tengok balik mcm ko cakap beza wooo aku sekali je org kata salah terus aku mintak maf kan kan kan.... haahahaha tadok mangkuk tingkat tadok nasik tambah belakang pinggan ngeh ngeh ngeh
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by am » 03 Dec 2011, 07:05

muehehehe..... (adoi da nk pecah perut tergelak nie)

anyway mr.jayakumar, log anda OKAY, boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang memerlukan. mungkin boleh tambah maklumat mengenai bilangan pendaki bersama anda, lingkungan umur pendaki bersama anda, dan kelajuan pendakian KM/J (kalau ada GPS lebih mudah).

ini adalah penting bagi mengelakkan log anda digunakan oleh pendaki2 baru tanpa usul periksa dan menyebabkan masalah kepada diri mereka sendiri apabila tidak menyedari kemampuan sendiri.
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by shahrul » 06 Dec 2011, 00:56

trek ke Nuang via Pangsun skrg mcm dah kena bajak sebab hujan+ramai yg mendaki
masa turun tu mmg kena hati2 lebih, kalo idak boleh tersembam :D
_________________
_________________

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: Catatan mendaki Gunung Nuang melalui Hulu Langat (Pangsu

Post by azkramm » 24 Oct 2012, 10:53

hebat!

Post Reply