Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Menyimpan dan mengemaskini log yang telah diposkan di dalam Gunung Online
Post Reply
User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by abe~G » 07 Jul 2009, 00:09

CATATAN PERJALANAN
27 jun 2009 (sabtu)
Hari pertama:
LCCT –Miri airport – Bandar Miri – Bukit Lambir – Muzium petroleum .
Masa perjalanan:
500 pagi: Kajang ke LCCT
730 pagi – 1100 pagi : LCCT ke Miri
1200 – 0100 tgh hari: Check in Park Hotel.
0200 – 0600 petang: Jalan jalan ke Bukit Lambir.
0600 – 0730 petang: Museum Petroleun Miri.
0730 – 0800 malam: Keluar makan.
0830 – Balik hotel dan ……………….
Bermalam di Park Hotel


28 jun 2009 (Ahad)
Hari kedua:
Miri – Bario – De Plateau. (ronda ronda sekitar Bario)
Masa perjalanan:
0930 –1030 pagi: Flight Miri to Bario ( 1 jam).
1030 – Check in di De Plateau.
1200 – Ronda2 sekitar Bario sampai petang.
Hari yang santai.

Bermalam di De Plateau guest house (owner Douglas and Marry)


29 jun 2009 (Isnin)
Hari ketiga:
Bario – Pa Ukat – Pa Lungan.
Masa perjalanan: ( 5 jam)
900 pagi – barrio ke Pa Ukat. Melalui trek laluan kerbau angkut barang.perjalanan agak landai
1100 pagi – Pa Ukat.. perkampungan puak kelabit juga satu2nya perkampungan di antara Barrio dan Pa Lungan.
0200 petang – Tiba di pa Lungan
0400 – Lawatan ke Batu Ritung.
Bermalam di Batu Ritung Lodge (home stay)

30 jun 2009 (Selasa)
Hari keempat:
Pa Lungan – Long Repun – Pa Belaban – Kem 2.(LWP)
(Permulaan pendakian yang sebenar)
Masa perjalanan: ( 830 pagi – 1000 malam)hamper 12 jam trekking.
830 pagi – Pa Lungan.
0130 – Long Repun (ada pondok) makan tengan hari disini.
0600 – Pa Belaban.- prepare headlamp untuk trekking malam.
1000 – Kem 2. – kesejukan hujan malam dalam situasi lauan trek yang sangat samar2.
Plan asal ke long repun jer, tapi rundingan dan keputusan telah di buat atas suara majority untuk meneruskan perjalanan ke kem 2. Walau pun OT sampai kul 10 malam dalam hujan dan kesejukan bagi mengelak dari terpaksa berkerja keras pada hari terakhir.
Bermalam di kem 2. Dalam kesejukan dan penuh pacat sampai ke atas kepala dan muka.

01 julai 2009 (Rabu)
Hari kelima:
Kem 2 – Puncak Murud – Kebun Batu – Church camp.
Masa perjalanan: 800 pagi – 1000 malam ( 12 jam)
0800 pagi – kem 2 – laluan tiada maaf mencanak sampai ke puncak.sepanjang hari layan lumut dan setengah hari layan bonsai.
1100 – take 5 dekat kawasan pokok bonsai
Teruskan pendakian.
0300 petang - sampai puncak buduk murud- sesi bergambar dan kesyukuran tanda sampai ke puncak murud.
0430 petang – teruskan pendakian – trek mula menurun perlahan2 melalui bonsai dan lumut.
0600 – Kebun Batu – hari mula gelap. Nyalakan head lamp. Trekking malam lagi.
Aku dah mula longlai akibat malam tadi tak cukup rehat kesejukan kena hujan dan gangguan pacat.
1000 malam – Church Camp.
Saat saat yang mencabar mental, huhu ada yang menangis oiii, ada yg pecak tapak kaki,
TQ pada yang tolong resque, Henry dan Naza.
Badan aku seram sejuk terpaksa tidur awal makan , makan ubat dan terus tidur sampai pagi.
Bermalam di Church Camp.

02 julai 2009 (Khamis)
Hari keenam:
Chusch Camp – Last jambatan – Lepo Bunga – Pa Rebata.
Masa perjalanan: 830 pagi – 0300 petang ( 6 jam) hari yang santai pasal trek dah banyak menurun
Hari hujan layan separuh jambatan kayu, separuh jalan balak menurun dan separuh trek laluan air dan akar pokok.
0830 pagi – Church camp.
1000 pagi – Hujung jambatan kayu – rehat lama sikit disini pasal hujan lebat, lepas ni nak harungi trek menurun yang curam pulak.
0100 tengah hari – Lepo Bunga ( ada pondok) – berhenti untuk rehat tengah hari sambil tunggu kawan yang di belakang.
0130 tengah hari – terus trekking ke Pa Rebata.
0300 petang – Pa Rebata – huhu rezeki ada magi mee selonggok dekat pondok ni. Apa lagi.
Bermalam di Pa Rebata ( ada pondok) 2 minit perjalanan sebelum jambatan belah kanan.

03 julai 2009 (Jumaat)
Hari ketujuh:
Pa Rebata – Jalan company – hujung permatang – Padang Kerbau – Ba Kelalan.
Masa perjalanan: ( 4~5 jam) perjalan yng agak jauh juga tetapi 80% adalah menurun.
0800 pagi – Pak Rebata – Trek balak lebuh kurang 2 jam.
1000 pagi – baru jumpa susur keluar ke trek hutan. Take 20 minit –
1020 pagi – Terus menyusuri trek hutan melalui permatang menurun yang panjang.sesekali ada bunyi berdebupppppp. Di belakang. Jalan licin baru lepas hujan.
1230 tengah hari – huhu lega rasanya dah jumpa kawasan kebun .
Hanya 10 minit dari sini sudah kelihatan hujung air port Ba Kelalan.
Huhu tersangat lega rasanya.
0100 tengah hari - checkin di Apple Lodge isi buku pelawat –
0400 petang – Jalan jalan sekitar Ba kelalan, lawatan ke sekolah kebangsaan Ba kelalan untuk mencari zs keluar menerusi internet, sebab disini tiada perhubungan talian telefon
0800 malam – sesi poco poco sambil sembang sampai jauh malam melayan kerenah guide yang gila gila juga tu.
1200 malam – Tidur
Bermalam di Apple Lodge. ( Depan Ba Kelalan air port).
Adengan Poco poco di ketuai oleh Castelo.

04 julai 2009 (Sabtu)
Hari kelapan:
Ba Kelalan – Lawas – Miri – LCCT.
Masa perjalanan:
0920 pagi – Ba Kelalan – Lawas – 45 minit flight.
1100 pagi – 1200 tgh hari – Lawas ke Miri.
1200 tengah hari sampai petang – ronda ronda pasar awam, imperor, dan santai santai cari cendera hati untuk di bawa balik.
0930 malam – Flight dari Miri ke LCCT
1150 malam – sampai LCCT.
Salam salam peluk cium ummmmp… jumpa lagi di lain trip insyaallah.
Balik kerumah masing masing
Terima kasih pada semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak. Semuanya akan menjadi tanda kenangan untuk hari mendatang.
Assalamualaikum.

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by rembau » 07 Jul 2009, 01:11

TQ bro...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by biNGai » 07 Jul 2009, 02:09

bapookkk 8 hari punye trip..apa mau kasik brg beli jiwa nihhh?? :mrgreen:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 09 Jul 2009, 16:30

Tahniah la Bro
Memang aku teringin tapi ekarang aku sebok beno...
Dekat dekat sehari dua boleh la :keke:

User avatar
che'gu
Pendaki Tegar
Posts: 289
Joined: 27 Jan 2009, 01:58

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by che'gu » 17 Jul 2009, 00:40

Tahniah....singgah Lawas dulu? Kalu tahu bleh kawan sambut kat airport lawas. Siap dengan bunga mangga lagi....hehehe... :lol:

User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by abe~G » 09 Aug 2009, 17:30

rembau:

TQ

ngai:
takada apa yg teman beli untuk beli jiwa,
semua mahal dekat sana. beras rm10 sekg, bawang rm10, kentang rm12.. yang murah rokok seludup jer... hehehee.

bro kamal:

TQ, trip boleh tahan, kalau ada peluang rasa macam tak mau pi dah.. :lol:

chegu:

Lu dekat lawas yer chegu. wa suspen ler masa flight nak landing tu, macam nak masuk sungai jer gaya nya.

azim_xp
Pendaki Gunung
Posts: 13
Joined: 27 Nov 2008, 22:06
Location: sepang
Contact:

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by azim_xp » 10 Aug 2009, 03:54

uhh menarik trip nie abg-g roger2 r klu ada trip2 sedemikian rupe lagi huhu :roll:
........"aku dan sesuatu"........ "ada apa disebalik tu haaa??" :roll:
http://arezim.multiply.com

User avatar
Nizam
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 27 Jan 2006, 08:37
Contact:

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by Nizam » 11 Aug 2009, 22:01

Salam Abe~G...

Tahniah Yek...Pic Takde Ke Bro....
Sudah Ada Plan Mau Ke Sana Laa...
[["Wa Budak Baru Belajar Memanjat" ®]]

User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by abe~G » 12 Aug 2009, 20:58

azim:

kalau berhajat nak pi sana sila hubungi Nature Explorer.. castelo dia biasa buat trip trip jauh begini. saya ikut dia jer.

nizam:

ada hajat ker dalam masa terdekat ni?

kalau nak pergi elok ler buat trip panjang bario puncak dan bakelalan. puas hati walau pun terpaksa berkerja keras sedikit, guide boleh di perolehi di Pa Lungan, tapi kalau sorang atau berdua dia orang tak nak pergi kena ambik 3 orang guide, sebabnya balik pun dia orang perlu berteman juga, pasal balik kena redah jalan kaki treking jugak dalam hutan, bayaran guide juga boleh tahan juga.

gambar gambar boleh di lihat di : sila klik

GAMBAR MURUD

azim_xp
Pendaki Gunung
Posts: 13
Joined: 27 Nov 2008, 22:06
Location: sepang
Contact:

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by azim_xp » 14 Aug 2009, 03:43

gambar yang menarik abg g tq........bertambah hati ingin ke sana haha
........"aku dan sesuatu"........ "ada apa disebalik tu haaa??" :roll:
http://arezim.multiply.com

User avatar
che'gu
Pendaki Tegar
Posts: 289
Joined: 27 Jan 2009, 01:58

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by che'gu » 15 Aug 2009, 12:39

chegu:

Lu dekat lawas yer chegu. wa suspen ler masa flight nak landing tu, macam nak masuk sungai jer gaya nya.
Yup, kawan kat lawas. Flight nk masuk sg ka? Hahaha....biasa la tu, airport tepi sungai. Kalu landing dlm sg bleh carik udang galah terus...


Nizam:
Ada hajat mau ke Murud ka? Nnt risik2 kawan gak yer kalu jd nk kesana. Mana tau kalu kena tarikh dan bleh ikut. Ada keinginan nk kesana gak nih. :mrgreen:

User avatar
castello
Pendaki Sondol
Posts: 416
Joined: 06 Jun 2006, 09:35
Location: cheras, kuala lumpur
Contact:

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by castello » 04 Dec 2009, 22:54

Wah....akhirnya up jugak trip Murud kita ni yer...

anyway...tahun depan 2010 ada gak buat trip Murud ni...tapi starting dari Ba'kelalan - Puncak - Bario.

Sapa berminat boleh ler call saya. Lagipun saya dah up kat GO ni...boleh check details kat situ.
CASTELLO
Callsign: 9W2CTX
Guide License No.: TG9600
Mobile No.: 0126206087
NATURE EXPLORER ENT.

User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Re: Gunung Murud (Bario - PaLungan - Puncak - Ba Kelalan)

Post by abe~G » 15 May 2014, 20:13

beberapa tahun kemudian (2012), jeng jeng jeng ---------------> tak ku sangka aku pulak kena pindah kemari . huhuhu.

Post Reply